Tarikh: 25 Februari 2012 Masa: 12.30 tengah hari 2.00 petang Tempat: Georgetown, Penang
1.0 Pendahuluan
2.0 Sejarah Nama Kapitan Keling adalah berasal daripada perkataan Captain of India yang dialih bahasakan daripada Captain menjadi Kapitan manakala perkataan Keling adalah gelaran yang diberikan kepada kaum pendatang dari benua India yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada kurun dahulu. Masjid ini terletak di Jalan Masjid Kapitan (dahulu Pitt Street) dan bersempena jawatan Caudeer Mohudeen iaitu ketua komuniti (kapitan) India yang membinanya sekitar tahun 1800. Ia pernah dijadikan sebagai masjid negeri kerana meerupakan salah satu masjid bersejarah yang terbesar di Georgetown.
Pada asalnya, masjid ini mempunyai tapak seluas 18 ekar yang diperuntukkan untuk komuniti India Muslim di Pulau Pinang oleh Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith pada November 1801. Justeru, Kapitan Keling membawa masuk pembina dan batu batan untuk projek ini. Struktur asalnya adalah setingkat, berbentuk empat segi bujur dengan bahagian sekelilingnya mempunyai bangku panjang. Namun begitu, pembangunan pesat bandar Georgetown menyebabkan kerajaan membeli kawasan sekitar masjid untuk membina Balai Polis dan Pasar Campbell Street. Menjelang 1903, keluasan asal berkurangan menjadi 8 ekar sahaja. Makam Kapitan (yang meninggal 1934) terletak di Kampung Kolam, tidak jauh daripada masjid ini.
Pada tahun 1910, kerja-kerja penaiktarafan telah dilakukan dengan mengadaptasikan seni bina Moghul melalui penambahan kubah dan menara
Mughal. Sebuah madrasah juga telah dibina pada tahun 1916. Penaiktarafan seterusnya dilakukan pada tahun 1930 sepertimana rekabentuk Masjid Kapitan Keling sekarang. Pengubahsuaian dalam aspek rekabentuk telah dilakukan kerana yang asalnya dianggap kurang praktikal. Namun begitu, bagi mengekalkan ciri tradisi asalnya, masjid ini tidak dibina semula tetapi hanya diperbesar dan dinaik taraf. Antara kerja-kerja penambahbaikan ialah ketinggian siling di ruang solat utama ditingkatkan, sistem pengudaraan dan pencahayaan disempurnakan.
Seni hiasan dan reka bentuk luaran dan dalaman masjid ini juga berbentuk seni geometrik memandangkan unsur manusia atau binatang ditegah dalam Islam. Pada tahun 2003, masjid ini dinaiktarafkan lagi dengan peruntukan RM 5 juta bagi mengatasi masalah sistem pengaliran yang tidak sesuai. Ketil beratap juga dibina ke kawasan wuduk jemaah muslimat selain penambahan kaligrafi pada kubah dan dinding bagi menggantikan motif benda hidup. Sebuah Pusat Informasi dan pelbagai kemudahan lain juga dibina dan disediakan.
3.1 Politik Secara ringkasnya, ahli jawatankuasa masjid dipilih berdasarkan sistem demokrasi dan majlis syura yang terdiri daripada kedua pihak muslimin dan muslimat. Organisasi yang ditubuhkan ini berperanan dalam menjaga segala kebajikan Masjid Kapitan Keling ini di samping menjadi tulang belakang atau tonggak dalam mempergiat dan memperluas syiar dakwah Islam sama ada di dalam masjid ataupun di luar yakni kerjasama dengan badan-badan atau organisasi luar yang tertentu.
3.2 Ekonomi 3.2.1 Sistem wakaf Masjid Kapitan Keling ini melaksanakan sistem wakaf memandangkan mempunyai kawasan tanah yang luas iaitu sekitar 18 hektar. Hanya 8 hektar sahaja yang digunakan untuk mendirikan kawasan masjid. Oleh itu, luas kawasan tanah yang berlebihan diwakafkan bagi kegunaan pembangunan dan menaik taraf prasarana bandar Georgetown seperti balai polis, pasar Campbell Street dan sebagainya. Melalui sistem ini, kawasan tanah diwakafkan dan hasil pendapatannya digunakan untuk membayar upah kepada organisasi yang menguruskan masjid serta untuk urusan kebajikan lain dan sebagainya. Selain itu, sistem ini juga
memperuntukkan buku-buku yang dijual kepada orang ramai dan hasil jualan juga adalah untuk kegunaan masjid seperti membaikpulih masjid dan upah kepada pekerja di masjid ini. 3.2.2 Sumber ekonomi Penjanaan ekonomi masjid pula bergantung kepada penjualan buku di samping wang zakat yang telah di peroleh. Hasil tulisan atau karya ilmiah yang berbentuk dakwah Islam telah dijual dan dipasarkan secara meluas di Malaysia khususnya sebagai sumber utama ekonomi masjid.
3.3 Sosial 3.3.1 Komuniti Setempat Komuniti setempat merujuk kepada aktiviti kemasyarakatan seperti akad nikah, sambutan maal hijrah dan korban yang diadakan di masjid ini. Umat Islam juga boleh membayar zakat di masjid ini. Selain itu, saudara yang baru memeluk islam dari pelbagai kaum terutamanya kaum india juga melakukan aktiviti bersama seperti mempelajari ilmu, tazkirah, membuat tahlil dan solat berjemaah bersama-sama. Khutbah jumaat pula dibuat secara selang-seli iaitu satu minggu khutbah disampaikan dalam bahasa Melayu dan minggu seterusnya khutbah disampaikan dalam bahasa Tamil. Hal ini memberi peluang kepada kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa baru serta merapatkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum.
3.4.1 Ruang solat Ruang solat di dalam masjid Kapitan Keling dibahagikan kepada dua iaitu bahagian muslimin dan muslimat. Ruang ini boleh memuatkan kirakira 2000 jemaah dalam satu masa. Kemudahan seperti telekung solat (bagi perempuan), sejadah, al-Quran, Suah Yasin dan Al-Mathurat juga disediakan di setiap sudut ruang.
Selain untuk mengerjakan solat, ruang ini juga dimanfaatkan sebagai tempat untuk majlis-majlis ilmu mingguan dan harian seperti ceramah agama dan tazkirah. 3.4.2 Kaunter informasi Pada bahagian hadapan pintu masjid ini, terdapat satu kaunter informasi yang telah diwujudkan. Beberapa rak pamphlet ataupun risalah agama telah ditempatkan di satu sudut untuk tatapan dan rujukan para pengunjung. Kaunter tersebut diselia oleh dua orang petugas dalam satu-satu masa. 3.4.3 Madrasah dan Prasekolah Sebuah madrasah juga telah dibina di kawasan Masjid Kapitan Keling yang diberi nama Madrasah Anwarul Uloom. Madrasah ini telah dibuka kepada golongan kanak-kanak hingga remaja untuk mempelajari ilmu agama Islam secara mendalam. Antara kursus yang ditawarkan ialah tahfiz al-Quran, tafsir Al-Quran dan sebagainya. Prasekolah juga dibina sebagai pusat ilmu pendidikan untuk kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Prasekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan penekanan kepada kanak-kanak tentang asas pegangan agama Islam seperti adab dan akhlak islamiyah. 3.4.4 Perpustakaan Selain daripada menjadi tempat untuk mengerjakan solat, masjid juga boleh digunakan sebagai tempat untuk pendidikan agama. Oleh itu, Masjid Kapitan Keling mempunyai perpustakaan untuk menyimpan buku-buku ilmu dan agama serta menjadi tempat untuk jemaah menimba ilmu pengetahuan tentang agama. Di samping itu, jemaah juga boleh berbincang tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan agama di dalam perpustakaan. 3.4.5 Kuaters Imam Kuaters imam juga telah dibina khas untuk para imam yang berkhidmat di Masjid Kapitan Keling. Kuaters ini diwujudkan bagi memudahkan para imam untuk menjalankan segala urusan dan khidmat di Masjid.
4.1 Sistem pentadbiran Masjid Kapitan Keling menggunakan konsep syura dalam perlantikan organisasi dalam pentadbirannya. Syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh alQuran yang membawa maksud amalan bermesyuarat. Konsep ini
mengutamakan keputusan jemaah ulama untuk mencapai sesuatu matlamat atau keputusan. Sistem syura ini diaplikasikan di dalam mesyuarat oleh sekumpulan ulama yang muktabar dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dengan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebagaimana ibrah yang dapat diambil daripada kisah perjuangan para sahabat Nabi iaitu pemilihan pemimpin di zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Sesungguhnya konsep syura yang diperkenalkan islam ini sememangnya jelas memberi banyak manfaat dalam menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Pengurusan ekonomi yang berasaskan sistem wakaf juga merupakan salah satu bukti bahawa organisasi yang ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir Masjid Kapitan Keling ini mengutamakan dasar Islam dalam pentadbiran mereka. Sistem wakaf ini merupakan sistem yang sangat dianjurkan dalam Islam dalam menjaga kebajikan rakyat dan organisasi tanpa ada sebarang penyelewengan dan sebagainya.
4.2 Hasil tulisan dan karyawan Terdapat pelbagai hasil karya tulisan ilmiah dan dakwah dibukukan dan dijual sebagai sumber ekonomi. Antara karya popular yang dijilid dan dipasarkan ialah What the Bible Says About Muhammad tulisan Ahmad Deedat.
4.3 Seni bina 4.3.1 Pintu masuk Pintu masuk menunjukkan peralihan di antara bahagian luar Masjid Kapitan Keling yang kotor dengan bahagian dalam masjid yang lebih
bersih
dan
suci.
Jemaah
membuka
kasut
atau
selipar
dan
meninggalkannya di pintu masuk sebelum masuk ke masjid. Selain itu, pintu masuk juga merupakan gambaran pertama tentang rumah Allah S.W.T yang sangat disanjung oleh orang islam. Jemaah lelaki dan jemaah perempuan mempunyai pintu masuk yang berlainan di masjid ini. 4.3.2 Tempat berwuduk Tempat berwuduk terletak berdekatan dengan pintu masuk. Hal ini kerana jemaah yang telah mengambil wuduk boleh berjalan kaki tanpa memakai kasut atau selipar ke tempat dengan tidak mengotorkan kaki mereka. Tempat berwuduk di masji ini hadir dalam bentuk pili air dan kolam. Jemaah lelaki dan perempuan mengambil wuduk di tempat yang berasingan. 4.3.3 Ruang solat Ruang solat merupakan kawasan di mana jemaah mengerjakan solat secara beramai-ramai atau berjemaah. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling suci di dalam masjid serta mengandungi mimbar di mana tempat khutbah jumaat disampaikan, kubah dan mihrab. Tempat solat juga merupakan bahagian dalaman sesebuah masjid. Selain itu, tempat solat dibuat dalam bentuk segi empat tepat dimana bahagian yang memanjang akan menghadap ke kiblat. Makmum pula akan mengerjakan solat di saf belakang imam. 4.3.4 Kubah Hakikatnya, kubah utama tidak terletak pada bahagian tengah tempat solat tetapi ia terletak berdekatan dengan dinding kiblat. Dalam tradisi Islam, kubah melambangkan keindahan syurga yang hakiki. Kubah seringkali diwarnai dengan warna biru awan, putih, hijau, biru kehijauhijauan, emas atau kombinasi warna-warna tersebut. Kubah dibuat daripada marmar, batu-bata atau simen.
4.3.5 Dinding kiblat dan mihrab Kiblat merupakan arah yang menunjukkan Kaabah dimana jemaah perlu menghadapnya ketika mengerjakan solat. Dinding kiblat dibina
berserenjang dengan arah Kaabah. Kiblat juga haruslah senang dilihat oleh makmum yang baru memasuki tempat solat. Mihrab pula merupakan sau petunjuk kiblat kepada makmum dan imam. Di samping itu, imam mengetuai solat di mihrab manakala makmum akan menyusul dan mengulangi pergerakan imam di saf belakang. 4.3.6 Beranda Beranda merupakan halaman atau bahagian yang mengelilingi masjid. Sesetengah berbumbung. masjid Di mempunyai ini, bahagian beranda yang tidak
masjid
beranda
berfungsi
untuk
memberi
pengudaraan yang baik serta kesejukan kepada kawasan tempat solat. Di samping itu, beranda juga berperanan untuk memberi sumber pencahayaan kepada tempat solat.
4.4 Hubungan antara tamadun lain Masjid Kapitan Keling merupakan gabungan tamadun Arab (Islam) dan India. Dalam aspek binaan, dapat dilihat seni ukirannya bercirikan India
memandangkan pengasas bangunan masjid ini adalah berasal dari India iaitu Caudeer Mohan, namun tidak bercanggah dengan tamadun Islam yang melarang ukiran yang berbentuk patung ataupun benda hidup. Justeru, ukiran motif bunga-bungaan dan corak yang abstrak dapat dilihat di dalam bahagian dalam dan luar masjid. Selain itu, kaligrafi Arab dan tulisan al-Quran juga dapat dilihat pada dinding masjid membuktikan bahawa unsur tamadun Islam juga diaplikasikan pada binaan Masjid Kapitan Keling.
5.0 Fungsi
5.1 Rumah ibadat Jemaah berhimpun di dalam masjid ini untuk mengerjakan solat boleh memberi simbol yang melambangkan perpaduan dalam sesuatu ummah. Solat pula dianggap sebagai satu acara keagamaan yang menyatupadukan jemaah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila solat hanya boleh dilakukan dalam jangka masa waktu yang tertentu oleh semua orang Islam di dalam dunia ini. Di samping itu, jemaah di seluruh dunia juga menghadap ke kiblat yang sama iaitu Kaabah di Mekah. Tambahan lagi, umat Islam juga melakukan solat berjemaah semasa Hari Raya Haji dan Hari raya Aidilfitri. Selain itu, seseorang jemaah tidak semestinya hanya melakukan solat di dalam masjid. Jemaah juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berupa ibadat kepada tuhan. Sebagai contoh, berzikir, membaca al-Quran, bertasbih, berselawat, megadakan tazkirah dan sebagainya.
5.2 Pusat ilmu Masjid Kapitan Keling juga berfungsi sebagai pusat pendidikan formal dan tidak formal. Masjid ini mempunyai sekolah agama dan tadika untuk kanak-kanak. Sekolah agama dan tadika ini memberi pendekatan tentang ilmu agama, pengajian al-Quran, ibadah, akidah dan akhlak. Selain itu, masjid ini juga mempunyai perpustakaan sendiri yang membekalkan pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan agama Islam dan agama-agama lain. Orang ramai boleh mendapatkan buku-buku tersebut secara percuma bagi menggalakkan dan memantapkan lagi pengetahuan agama Islam dalam diri mereka. Tazkirah pada waktu maghrib juga sering diadakan dengan menekankan penyampaian ilmu berkait tentang tafsir Al-Quran dan hadis.
5.3 Pusat pelancongan Masjid Kapitan Keling merupakan masjid yang pertama dan tertua di Goergetown. Antara tarikan yang lain ialah masjid ini merupakan satu-satunya
masjid di Malaysia yang mengadakan khutbah Jumaat dalam bahasa Tamil dan Bahasa Melayu secara berselang minggu. Senibina masjid ini pula berasaskan seni India-Moghul iaitu mempunyai kubah yang menarik serta ukiran berwarna yang diadaptasi daripada monumen Moghul di India. Seni bina ini serta sejarah masjid ini sendiri telah menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengetahui sejarah serta melihat sendiri keindahan dan keunikan hasil seni masjid ini. Oleh itu, sudah tentu Masjid Kapitan Keling menjadi salah satu destinasi wajib pelancong di Georgetown, Pulau Pinang. Seramai 3 orang pemandu pelancong atau tourguide telah dilantik dalam memperkenalkan sedikit sebanyak tentang Islam dan Masjid Kapitan Keling ini kepada para pelancong yang berkunjung. Majoritinya terdiri dalam kalangan penduduk setempat berbangsa India Muslim yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Khidmat mereka ini diupah berdasarkan duit zakat yang telah diperoleh masjid.
5.4 Pusat penjanaan ekonomi Selain wang zakat dan sedekah jariah, antara sumber ekonomi utama Masjid Kapitan Keling ini ialah penjualan buku-buku ilmiah. Buku-buku karya ulama terkenal ini dijual secara meluas di dalam Malaysia dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kemajuan Masjid Kapitan Keling ini sebagai salah satu daya tarikan pelancong di Penang juga menjadi faktor penyumbang kepada penjanaan sumber ekonomi ini. Hampir setiap hari, beratus-ratus pelancong yang akan datang dan melawat Masjid Kapitan Keling ini. Justeru, sambutan baik yang diberikan oleh pelancong sama ada luar dan dalam negara sememangnya menjadi sumber ekonomi yang kukuh dan mantap dalam menyumbang kepada penaiktarafan masjid dan sebagainya.
5.5 Pusat komuniti 5.5.1 Bimbingan percuma Khidmat bimbingan dan motivasi Islam yang percuma juga disediakan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu Islam
terutamanya kepada saudara baru (mualaf). Hal ini dilaksanakan secara formal dan tidak formal oleh para jawatankuasa yang telah dilantik oleh organisasi masjid. Selain itu, program-program dakwah luar turut dianjurkan oleh pihak masjid dengan kerjasama PERKIM, IPSI dan pelbagai lagi dalam meyebarkan dakwah Islam sebagai contohnya tarbiah bakal guru dan sambutan Maulidur Rasul dan program bual bicara agama (talk show). Program tarbiah bakal guru telah diadakan bertujuan untuk menguatkan pegangan Islam bakal guru khususnya yang bakal bertugas di kawasan Sabah dan Sarawak. Hal ini berikutan berlakunya peningkatan kes-kes murtad dalam kalangan guru pada masa kini. Semasa sambutan Maulidur Rasul pula, dengan kerjasama PERKIM dan IPSI, pendekatan yang berbeza dan kreatif juga telah diadakan dengan mengedarkan bunga hidup dan coklat kepada bukan Islam beserta buku ringkas yang bertajuk Mengenali Nabi Muhammad. Pendekatan ini amatlah efektif dan berkesan dalam mengajak golongan bukan Islam mengenali dan memahami Islam yang sebenarnya selain daripada ceramah Maulidur Rasul semata-mata. 5.5.2 Heritage day Pada tarikh 7 Julai setiap tahun, Masjid Kapitan Keling akan mengadakan Heritage Day ataupun Hari Warisan. Pelancong dari dalam dan luar negara serta masyarakat dari pelbagai kaum agama adalah diundang. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti
pertandingan ular dan pembukaan kira-kira lebih 20 kiosk yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan yang diwarisi pelbagai kaum. Kira-kira lebih kurang seramai 8000 pengunjung setiap tahun yang turut serta dalam meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Warisan ini. Hal ini menunjukkan bahawa hari tersebut banyak memberikan impak yang positif serta menarik minat pengunjung untuk mengenali masjid dan sekaligus tertarik untuk mengenali dan mendalami Islam dengan lebih baik lagi.
y y y y y