Anda di halaman 1dari 4

Isu-isu Laras SAINS 1 a)

STPM 2012/2013

Bahagian B dan C

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG Pengenalan :


Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak bersih menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya. Kesedaran dan pendidikan kesihatan perlu untuk menjaga kesihatan rakyat. Pencegahan daripada penyakit-penyakit berbahaya dengan amalan hidup yang sihat dan pengambilan makanan seimbang dapat mempertingkat kualiti kesihatan dan mengurangkan beban kerajaan dalam menampung keperluan rawatan dan perubatan.

3)

Penyakit Koronari Jantung


Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman. Gumpulan lemak ini dipercayai berasal daripada kolesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kolesterol yang tinggi.

b)

Kesan Negatif (Tidak Mengambilnya) :


Budaya mengambil makanan tidak seimbang dan tidak bersih yang semakin meningkat akan menimbulkan pelbagai komplikasi serta mengganggu tumbesaran. Makanan segera mengandungi pengawet, garam, serta lemak dan kolesterol yang berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan mental dan fizikal. Hasil pertanian yang terdedah kepada bahan-bahan kimia menyebabkan pengguna terpaksa mencari alternatif lain sebagai makanan tambahan. Pengguna terpaksa mengambil makanan tambahan untuk mengatasi masalah kekurangan zat yang diperlukan oleh badan.

4)

Kanser Payu Dara


Sesetengah jenis kanser dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Ini kerana terdapat beberapa kanser yang bukan berpunca daripada pemakanan. Dalam hal ini kanser payu dara ada kaitannya dengan pemakanan. Ia berkait rapat dengan lebihan lemak yang ada dalam badan. Daripada kajian yang dilakukan banyak makanan yang berlemak meningkatkan risiko kepada barah payu dara.

5)

Kanser Usus Besar


Bahan-bahan yang berlebihan dalam badan disimpan dalam usus besar dan menghasilkan toksin. Ini boleh membawa kepada kanser usus besar. Selain itu kurangnya gentian juga boleh mengakibatkan berlakunya kanser usus besar.

c)

Kesan Positif :
Makanan berkhasiat menjamin kesihatan mental dan fizikal. Menambah daya ketahanan diri terhadap penyakitpenyakit berbahaya. Rakyat yang sihat akan menjana ekonomi negara dan mencapai wawasan kerajaan. Menggalakkan pelbagai sektor pertanian dan industri pemprosesan dan pembungkusan yang berkaitan dengan makanan seimbang.

6)

Nasopharyeal (kanser hidung dan peti suara)


Ia dikatakan berpunca daripada pengambilan makanan yang disalai seperti daging salai, ikan salai dan sebagainya. Begitu juga makanan yang diawet yang dicampurkan dengan beberapa bahan kimia untuk diawet. Sekalipun tidak 100 peratus bukti menunjukkan ia adalah penyebab kepada kanser jenis ini, tetapi kajian yang dilakukan menunjukkan terdapatnya hubung kait.

d)

Kepentingan Mengambil Makanan Seimbang :


Amalan pemakanan yang baik menjamin kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya. Dapat mempertingkat daya ketahanan diri. Mewujudkan generasi yang cergas dan proaktif yang menjadi aset negara.

7)

Hipertensi (Darah Tinggi)


Hipertensi atau darah tinggi berlaku akibat tindakbalas tidak normal salur darah yang menyebabkan tekanan di dalam saluran darah meningkat melebihi dari biasa. Tekanan darah normal bagi orang dewasa ialah 120mmHg (tekanan sistolik) dan 80mmHg (tekanan diastolik). Peningkatan tekanan darah menjadi lebih tinggi dari paras normal akan menyebabkan kerosakan serta pemendapan plak kolesterol pada salur darah, dan seterusnya boleh mengakibatkan pendarahan dan kerosakan pada organ. Hipertensi dikatakan berpunca daripada berat badan yang berlebihan atau pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi. Di samping itu ia juga dikaitkan dengan pengambilan lemak yang berlebihan, pengambilan garam yang banyak, kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam dan juga dikaitkan dengan faktor keturunan.

RISIKO AKIBAT PEMAKANAN TIDAK SIHAT 1) Obesiti / Kegemukan


Obesiti dikatakan berpunca daripada pengambilam kalori yang terlebih, lebihan tenaga yang terdapat daripada lemak, karbohidrat, kandungan gula dan terlalu banyak protein. Obesiti berlaku apabila terlalu banyak tenaga yang diambil berbanding dengan yang digunakan. Kalori yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai lemak. Obesiti dan overweigh adalah dua masalah besar yang disebabkan oleh ketidakseimbangan pemakanan.

8)

Osteoporosis
Penyakit yang semakin ketara dan ditakuti bukan semata-mata disebabkan keadaan tulang rapuh dan lemah tetapi tulang mudah patah dan ia kadang kala tidak disedari sehingga pesakit sendiri mengalaminya. Ia berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan seharian. Tetapi faktor semula jadi seperti keturunan, hormon, terlalu kurus, jantina dan etnik bangsa turut menyumbang berlaku Osteoporosis. Gaya hidup tidak sihat termasuklah mengambil pemakanan yang tidak seimbang terutama yang kurang kalsium, merokok, pengambilan alkohol dan tidak bersenam menyumbang kepada berlakunya Osteoporosis.

2)

Kencing Manis (Diabetis)


Kencing manis adalah suatu keadaan kesihatan di mana badan tidak dapat mengawal penggunaan gula secara normal. Penyakit ini biasanya akan merosakkan ginjal maka terjadilah suatu keadaan yang dikenali sebagai diabetic nephropathy. Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisme. Kencing manis juga dikaitkan dengan keadaan tubuh badan yang mengalami overweigh / obesiti.

TABIAT MAKAN UNTUK KESIHATAN


Ada cara mudah untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat, tanpa perlu menyukat sajian, tanpa perlu menimbang lemak, minyak dan gula setiap kali kita makan. Tabiat makan yang sihat bermakna mengambil makanan yang betul untuk badan dan minda, sambil mencegah kekurangan dan berlebihan zat makanan yang boleh membawa mudarat. Inilah kegunaan Piramid Panduan Makanan sampingan yang menunjukkan cara mengamalkan tabiat makan yang praktikal untuk hidup sihat. Piramid Makanan adalah satu daripada ciri utama Garis Panduan Diet untuk rakyat Malaysia. Ia memberikan bantuan visual yang membahagikan jenis makanan ke dalam lima kumpulan utama. Kumpulan-kumpulan ini diletakkan dalam peringkat yang berlainan mengikut susunan tertentu bagi memberi panduan mengenai jumlah yang patut diambil bagi setiap kumpulan makanan. Piramid ini membawa tiga prinsip penting tetapi mudah untuk diingati. Pertama, makan pelbagai jenis makanan. Kedua, makan mengikut imbangan yang betul. Ketiga, makan secara sederhana. Sebagai manusia, kita tidak boleh hidup dengan makan roti saja. Kita memerlukan pelbagai jenis makanan yang menggabungkan semua kumpulan makanan dalam Piramid Panduan Makanan. Di samping itu, kita juga perlu mempelbagaikan jenis makanan dalam setiap kumpulan makanan yang kita makan. Sebabnya mudah, manusia memerlukan tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat) untuk tumbesar, bergerak, bermain, berfikir dan belajar. Makanan berlainan membekalkan tenaga dan nutrien yang berlainan dalam jumlah dan kombinasi yang berlainan. Mempelbagaikan jenis makanan adalah cara terbaik untuk mendapatkan segala khasiat kebaikan daripada makanan yang kita makan. Untuk mendapatkan imbangan yang betul, kita perlu mengambil lebih banyak makanan dari kumpulan tertentu, khususnya kumpulan di tahap paling bawah Piramid dan mengurangkan sebanyak mungkin makanan dari kumpulan di tahap paling atas piramid. Maka itu, Garis Panduan Diet Malaysia secara khusus mencadangkan kita makan lebih banyak nasi dan produk bijirin lain, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran kerana makanan ini membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, serat dan komponen yang penting untuk kesihatan kita. Garis panduan ini juga menyarankan kita mengurangkan lemak, kolesterol, garam dan gula, yang tergolong dalam kumpulan makanan di bahagian teratas piramid. Pendek kata, kita dinasihatkan supaya mengurangkannya sebanyak yang boleh. Satu lagi prinsip penting menyarankan kita supaya makan secara sederhana. Dengan erti kata lebih mudah, jangan makan terlalu banyak. Walaupun kita disaran mempelbagaikan jenis makanan, ini tidak bermakna kita peru makan semua 50 sajian jamuan berselerak yang dihidangkan pada jamuan yang kita hadiri! Persoalannya ialah, banyak manakah yang dikatakan terlalu banyak? Jawapannya ada dalam Piramid Panduan Makanan yang menetapkan saiz dan bilangan sajian. Oleh kerana saiz dan bilangan sajian yang disarankan adalah untuk usia dua tahun ke atas, kanak-kanak hanya memerlukan bilangan sajian yang lebih rendah berbanding had lebih tinggi untuk orang dewasa. Membiasakan diri dengan tabiat makan yang sihat sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut cadangan Piramid Panduan Makanan untuk merasai nikmat hidup sihat dan sejahtera.

KURANGKAN LEMAK, BANYAKKAN MAKANAN BERSERAT USAHA menyelamatkan berjuta-juta nyawa daripada ancaman penyakit kronik yamh dikaitkan dengan diet mendorong pakar kesihatan dan pemakanan membuat kesimpulan bahawa manusia lebih sihat jika mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Ini bermakna mengurangkan makanan berlemak dan memperbanyakkan makanan berserat setiap hari. Nasihat ini diberikan oleh pihak berkuasa terkenal seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), serta badan professional seperti Persatuan Dietetik Amerika. Nasihat ini juga dilaungkan oleh kerajaan banyak negara dunia (termasuk negara kita). Mereka menggunakan bahasa berlainan, perkataan berlainan dan paparan gambar yang berlainan seperti piramid, pinggan dan pagoda. Tetapi pada asasnya ia membawa maksud yang sama: makan paling banyak makanan dalam kumpulan karbohidrat, makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, makan makanan berprotein dan tenusu secara sederhana dan kurangkan lemak, kolesterol, gula dan garam sebanyak yang boleh. Saranan ini membentuk asas bagi prinsip tabiat makan yang sihat dan disokong serta diselaraskan dengan hasil penyelidikan dan cadangan pakar penyelidikan, institut penyelidikan dan agensi kerajaan yang utama di dunia. Selagi sains perubatan dan sains pemakanan dunia tidak mengumumkan perubahan, lebih baiklah anda meneruskan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Sentiasa sematkan ingatan ini dalam diri anda kerana mungkin ada pihak yang memberikan pandangan bercanggah dan mendakwa ada diet yang dikatakan lebih baik. Ini kerana kalau ada diet yang lebih baik, tidakkah anda fikir kerajaan dan pakar dunia berebut-rebut untuk mengumumkannya? Dalam usaha menjaga kesihatan untuk jangka panjang, tidak ada jalan singkat yang tidak mendatangkan kesan sampingan atau memudaratkan kesihatan! Selagi sains perubatan dan sains pemakanan dunia tidak mengumumkan perubahan, lebih baiklah anda meneruskan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Percubaan mengamalkan tabit makan yang boleh menjejaskan kesihatan mungkin satu kesilapan yang membawa padah.
(Rencana ini sumbangan Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia, Persatuan Kajian Obesiti Malaysia dan Kementerian Kesihatan sempena Bulan Pemakanan Malaysia 2003).

2 a)

PEMUSNAHAN HUTAN (PENYAHUTANAN Pengenalan :


Manusia ghairah mencari keuntungan. Motif pembangunan / kemajuan / tapak perindustrian. Manusia rakus mengeksploitasi alam sekitar. Sikap manusia yang mementingkan keuntungan / tidak bertanggungjawab.

3 a)

PENCEMARAN AIR Pengenalan :


Pencemaran air akibat aktiviti perindustrian, kejadian tumpuhan dan pembuangan sisa-sisa minyak, serta pembuangan sampah-sarap yang berleluasa. Mengancam hidupan dan keseimbangan ekosistem.

b)

Punca :
Pencemaran sungai akibat pembuangan sisa pertanian, sisa-sisa toksik, atau kumbahan (efluen) dari sektor perkilangan dan sampah sarap. Penyahutanan yang berleluasa dan aktiviti pembalakan haram serta pembangunan tidak terancang menyebabkan kawasan tadahan, habitat, dan ekosistem terjejas. Tumpahan minyak akibat kemalangan dan pembuangan sisa-sisa kotoran minyak dalam operasi pembersihan kapal mencemari perairan. Proses penggerudian dan pengeluaran minyak dan gas mengakibatkan pencemaran laut. Penerokaan dan pembangunan sepanjang pantai serta aktiviti pelancongan mengakibatkan pencemaran pantai dan perairan berlaku.

b)

Punca Penyahutanan :
Pembalakan secara berleluasa / pembalakan haram. Penebangan hutan untuk kawasan pertanian / kebun kecil / perladangan (oleh pihak kerajaan / swasta / orang perseorangan) Kegiatan pertanian pindah oleh Orang Asli / nomad. Pembersihan hutan untuk pembangunan kampung / bandar baru (oleh kerajaan). Pembinaan empangan / kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik. Pembinaan bangunan / kawasan petempatan / perumahan / perindustrian. Kebakaran hutan secara besar-besaran (pada musim kemarau / akibat pembakaran terbuka). Hutan diserang penyakit / bencana alam contoh : air pasang perbani dan letusan gunung berapi.

c)

Kesan :
Hidupan akuatik terancam akibat pencemaran air yang serius. Kesihatan manusia terancam akibat pengambilan makanan laut yang sudah tercemar atau mengandungi sisa-sisa toksik. Aktiviti pembersihan kawasan perairan yang terancam dan mangsa hidupan yang terbabit seperti kesan tumpahan minyak menelan kos yang tinggi dan menyebabkan kerugian yang besar..

c)

Kesan :
Positif Pembangunan / kemajuan kawasan yang terbabit. Perubahan pandang darat fizikal / landskap. Kawasan pertanian dapat menambah sumber / bekalan makanan. Negatif Menjejaskan kawasan tadahan / sumber air bersih. Pencemaran air / udara. Menjejaskan ekosistem. Kepupusan spesies flora dan fauna. Menjejaskan hidupan akuatik. Hakisan tanah / tanah runtuh. Peningkatan suhu setempat / kesan rumah hijau / pulau haba. Penipisan lapisan ozon. Khazanah bumi semakin berkurangan.

4 a)

SUMBER TENAGA ALTERNATIF Pengenalan :


Kepupusan sumber tenaga dunia menyebabkan manusia mencari sumber-sumber alternatif untuk menampung keperluan semasa. Ledakan penduduk dunia dan kepesatan industri mencetuskan krisis tenaga utama. Penggunaan sumber-sumber tenaga alternatif diterokai untuk menampung keperluan semasa. Berpotensi untuk dimajukan bagi kegunaan pada masa akan datang. Membawa beberapa keburukan di samping kebaikan.

d)

Keburukan :
Pembinaan empangan menjejaskan ekosistem / memusnahkan hutan, contohnya Empangan Bakun. Mengancam hidupan liar dan akuatik, contohnya pembinaan empangan dan kuasa air daripada ombak. Risiko / kesan sampingan seperti sisa radioaktif adalah terlalu tinggi dan berbahaya.

Cikgu SEZALI DIN 1991~2012 4hb Feb 2012 5.14 pm.

b)

Jenis-Jenis Sumber Aternatif :


A B C D Tenaga Nuklear Menggunakan bahan radioaktif. Lebih 15% penggunaan elektrik dihasilkan. Lebih murah / menjimatkan kos. Tenaga Solar Atau Suria Dihasilkan oleh pancaran matahari. Menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik. Mudah dan menjimatkan kos. Boleh disimpan lama. Dapat digunakan jika diperlukan. Tenaga Hidroelektrik Menggunakan arus air untuk menghasilkannya (melibatkan pembinaan empangan). Mudah didapati sumber air terjun banyak. Potensinya amat menggalakkan. Dapat menjimatkan kos pengeluaran. Tenaga Angin Menggunakan kincir angin. Kurang popular tetapi dapat membantu sebagai tenaga alternatif.

Latihan Intensif Laras SAINS 1.

STPM 2012/2013

Amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan masyarakat pada hari ini telah dikenal pasti menjadi punca kepada meningkatnya penyakit kronik, namun terdapat juga punca-punca lain turut mempengaruhinya. Huraikan penyataan ini. Hutan mempunyai peranannya sendiri kepada kehidupan manusia. Penyahutanan akan menjejaskan alam sekitar dan kehidupan manusia. Bincangkan. Pencemaran air yang berlaku di negara ini dikategorikan berpunca daripada kegiatan manusia sendiri sehinggakan telah menimbulkan kesan kepada hidupan. Bincangkan. Sumber tenaga alternatif mampu membawa kebaikan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar, namun cabarannya terhadap kelestarian alam sekitar tidak boleh diketepikan. Bincangkan.

2.

3.

c)

Kebaikan :
Sumber alternatif membantu mengurangkan krisis tenaga. Potensi masa hadapan sumber tidak pupus menjamin keperluan. Sumber semula jadi mudah didapati air terjun / sungai (tenaga hidroelektrik) Memelihara alam sekitar daripada tercemar kuasa hidro elektrik. Bersih mengurangkan risiko pencemaran alam kuasa hidroelektrik. Menggiatkan kitar semula dan tebus guna tanah. Menjamin taraf kesihatan membantu bidang perubatan / penyelidikan.

4.