Anda di halaman 1dari 8

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL TAJUK: LABU SAYONG

PENGENALAN LABU SAYONG adalah sejenis labu yang digunakan untuk menyimpan air minum. Ianya mampu menyejukkan air, dan dikatakan menurut fahaman orang dahulu, air yang disimpan dalam labu ini boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya secara berterusan. Terdapat dua jenis bentuk tradisional yang popular iaitu labu bentuk gelugur dan bentuk panai. Namun perkembangan masa telah menjadikan bentuk Labu Sayong bertambah dari masa ke masa. Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.

Labu sayong dijadikan perhiasan lanskap

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

SEJARAH NAMA Labu Sayong diambil dari sebuah perkampungan di dalam daerah Kuala Kangsar, negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu Kampung Sayong. Kampung Sayong memang telah terkenal sejak dahulu lagi dengan pembuatan seni kraf tembikar. Di kampung ini juga, terdapat sejenis tanah liat yang amat bersesuaian untuk dibuat tembikar. Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana dan dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai

kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu sehinggalah ke hari ini. Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakannya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Preses membuat motif pada masa dahulu

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

JENIS-JENIS LABU SAYONG

LABU PANAI

LABU GELUGUR

LABU JANTUNG

LABU LEPAP

LABU TELA

LABU AIR

LABU TANAH

LABU GELUK

LABU PUCONG

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

TEKNIK

Teknik Picit Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengahtengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari.

Teknik Lingkaran Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.

Teknik Kepingan Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.

Teknik Tuangan Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG

PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG Menyediakan Tanah Tanah liat yang lembut diambil dari tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering. Tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah dan ketul-ketul batu yang ada. Setelah bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya. Membentuk Membentuk merupakan proses yang sangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

Menghias Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

Membakar Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar. Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

MOTIF DAN HIASAN MOTIF yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:a) Bunga cengkih b) Bunga kedudut c) Bunga tanjung d) Bunga padi e) Bunga pecah empat f) Bunga pecah lapan

g) Bunga lawang h) Pucuk rebung

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

BIDANG 4: KRAF TRADISIONAL

RUJUKAN

http://labusayung.blogspot.com/ http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/dapur_labusayong.htm http://www.abhamz.com/2011/02/sejarah-labu-sayong.html http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/6/?menuid=95 http://duniaseramik.tripod.com/id14.html http://www.kraftangan.gov.my/main/content/77/?page_name=Proses_Pembuatan_Labu_Sayon g_77&menuid=1