Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN PROGRAM SARJANA

GGGC 6463: METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SIMULASI INOVASI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN TEKNIK PERMAINAN SECARA ONLINE BERBANTUKAN BLOG
OLEH:

MD. ISHAK BIN SAID (P42922) PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. AB HALIM BIN TAMURI

PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini perlu diuruskan secara sistematik kerana tanpa pengurusan yang sistematik suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Khalid ( 1993) pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan menfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum. Salah satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah memperbaiki mutu pengajarannya supaya lebih berkesan. Seseorang guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan di atas, ternyata bahawa satu langkah atau alternatif perlu diambil oleh guru bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Proses pengajaran yang berkesan dan dijalankan dalam suasana sihat dan bersemangat akan dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Dengan itu, pembelajaran efektif akan berlaku.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ini, saya memilih kaedah pembelajaran koperatif dengan menggunakan teknik permainan. Pembelajaran koperatif melibatkan permuafakatan yang menitikberatkan aktiviti setiap individu di dalam kumpulan di mana mereka bekerja bersama-sama untuk kebaikan kumpulan mereka. Pembelajaran koperatif juga dilihat sebagai suatu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran kognitif (Slavin,1984). Menurut Jaques (1991), kita adalah sebuah masyarakat yang sentiasa bermesyuarat dunia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bertemu untuk berkongsi maklumat, merancang, menyelesaikan masalah, mengkritik dan memuji, membuat

keputusan baru atau mencari kelemahan yang lalu. Usaha kerjasama akan wujud selepas saling kenal-mengenali di mana ia akan membawa kepada saling bantumembantu di antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan tujuan pembelajaran koperatif di mana setiap pelajar yang berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat dan kebolehannya akan berkongsi idea sesama mereka dan bekerjasama dalam mempelajari kemahiran atau melaksanakan suatu tugas. Permainan ini dicipta bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Belajar melalui permainan ini adalah teknik yang telah sedia ada dan sudah diamalkan oleh ramai guru dan pendidik dalam pelbagai subjek terutamanya subjek matematik dan sains sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Untuk tujuan itu saya membuat dua inovasi kepada teknik permainan ini. Yang pertama permainan dibangunkan dengan digunakan dalam P&P ini menggunakan perisian Quiz Generator yang boleh digunakan secara percuma daripada laman web http://classtools.net. Selain percuma, guru boleh mempelbagaikan dan mengubahsuai permainan yang dibangunkan secara online mengikut kesesuaian topik, kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran ini lebih menarik, guru boleh mencipta laman blog P&P mereka sendiri yang boleh direka secara percuma menggunakan pelbagai tool yang disediakan di internet. Dengan adanya blog persendirian ini, guru boleh meletakkan pautan kepada permainan/kuiz yang telah dicipta dan juga lembaran kerja P&P yang dihasilkan di dalam blog berkenaan. Contohnya http://methodologiislam.blogspot.com . Dengan cara itu permainan ini boleh diakses secara online daripada laman blog yang dicipta. Pelajar hanya perlu mengetahui url laman blog guru. Lembaran kerja untuk sesuatu topik atau permainan ini dimuat naik ke laman web 4shared.com (http://www.4shared.com). Ini memberi peluang kepada ramai pelajar menggunakannnya secara serentak dalam sesuatu masa dan juga boleh digunakan sebagai aktiviti pengayaan atau kerja rumah kerana pelajar boleh mengakses permainan ini dan memuat turun lembaran kerja berkenaan di luar waktu persekolahan.

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam perlaksanaan P&P secara online ini. Antaranya ialah sekiranya tidak kedapatan rangkaian internet yang baik di sesebuah sekolah, maka P&P permaianan/kuiz secara online ini tidak dapat dijalankan secara berkesan. Namun begitu, masalah ini boleh di atasi dengan cara guru boleh memuat turun permainanan online yang telah direka itu dan disimpan ke dalam cakera keras komputer atau peranti-peranti yang seperti cd rom dan pen drive.. Permainan/kuiz berkenaan masih boleh dilaksanakan secara offline.

Laman Blog http://methodologiislam.blogspot.com

Permainan War of the Word http://classtools.net/my/quiz94310.htm

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. 2. 3. 4. 5.

Subjek : Pendidikan Islam. Bidang : Fekah Kelas : 4 Alpha Tajuk : Rukun Haji dan Wajib Haji Waktu : 8.00 8.40 pagi

6.

Objektif Pengajan dan Pembelajaran. 6.1. Pada akhir P&P murid dapat: (1) menyatakan perkara-perkara rukun dan wajib haji dengan betul (2) menerangkan pengertian setiap perkara-perkara rukun dan wajib haji dengan tepat

7.

Aktiviti:

7.1. Set Induksi ( 5 minit ) 1. Guru menunjukkan kepada murid gambar orang yang berpakaian ihram haji. 2. Guru menyoal pelajar dengan menjurus kepda soalan mengapa orang itu berpakaian demikian. 3. Guru akan mengaitkan jawapan pelajar kepada keperluan mematuhi perkaraperkara rukun wajib dalam ibadat haji. 7.2. Aktiviti 1 ( 5 minit ) 1. Guru menuliskan perkara rukun dan wajib ibadat haji di papan hitam. 2. Guru meminta murid mengamati dan mengingati perkara rukun dan wajib haji tersebut sambil menjelaskan pengertiannya secara ringkas. 7.3. Aktiviti 2. (20 minit ) 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

3. Guru mengarahkan satu demi satu kumpulan murid untuk bermain war of word daripada laman blog guru dengan cuba mengumpul mata yang tertinggi. Kumpulan yang memungut markah yang tertinggi dikira pemenang. 4. Setelah setiap kumpulan selesai bermain, guru menyoal semua pelajar tentang pengertian perkara rukun dan wajib haji dengan lengkap. 7.3. Penilaian ( 7 minit ) 1. Pelajar diminta melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.

7.4. Penutup. ( 3 minit ) 1. Guru membuat kesimpulan kepada pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Jaques, D. 1991. Learning In Groups. 2nd ed. London, Kogan Page. Khalid Mohamed Nor 1993. Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai M Sdn. Bhd.

Slavin, R. B. 1984. Students Motivating Students to Excel: Cooperative Incentives, Cooperative Tasks and Student Achievement. The Elementary School Journal. 85(1): 53-63. http://www.classtools.net http://methodologiislam.blogspot.com http://www.4shared.com