Anda di halaman 1dari 8

Pelbagai Jahitan Leher Tulang Belut

MANUAL

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Topik 1

Kandungan
Topik 1: Latar belakang 1.1 Objektif Pembelajaran Topik 2: Peralatan dan bahan 2.1 Objektif Pembelajaran 2.2 Bahan 2.3 Peralatan Topik 3: Langkah-langkah 3.1 Objektif Pembelajaran 3.2 Langkah-langkah

Halaman

3 3-5

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Latar Belakang
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat: Menerangkan latar belakang jahitan tulang belut

Topik 1

Jahitan hiasan leher yang asli khusus untuk baju kurung tradisional dan baju Melayu Johor

Satu-satunya hiasan leher baju kurung yang diwarisi sejak turun-temurun

Jahitan ini menambah kehalusan seni buatan baju kurung Melayu

Berasaskan kepada jahitan lilit ubi

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 1

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Topik 1 Latar belakang

Semakin kecil saiz jahitan tulang belut, semakin tinggi nilai kehalusan seninya

Tidak sesuai digunakan sebagai hiasan jahitan tepi kelengkapan rumahtangga

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 4

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Peralatan dan Bahan


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat: Mengenal pasti dan menyenaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat jahitan tulang belut

Topik 2

Peralatan*

Gunting

Jarum tangan nombor 12

Bahan**

Tips
penggunaan jarum tangan saiz adalah paling sesuai untuk menghasilkan corak jahitan yang halus. Ia juga mengekalkan kehalusan seninya. penggunaan jarum tangan yang bersaiz besar pula akan menghasilkan jahitan yang lebih besar. Ini akan mengurangkan nilai kehalusannya.

Tips
penggunaan saiz benang nombor 50 adalah paling sesuai untuk menghasilkan corak jahitan yang halus. Ia juga mengekalkan kehalusan seninya.

Benang nombor 50

Baju kurung yang belum dikelim lehernya

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 2

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Langkah-langkah
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat: Menerangkan langkah-langkah membuat jahitan tulang belut Membuat jahitan kia Membuat jahitan tulang belut pada jahitan baju kurung

Topik 3

1. Masukkan selembar benang ke dalam lubang jarum

2. Bahagikan benang kepada dua bahagian yang tidak sama panjang

3. Jahitan dilakukan dari sebelah luar baju, bahagian belakang

4. Mulakan dari bahagian tengah leher baju. Ia dapat mengelakkan sambungan jahitan dilihat dengan jelas

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 3

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Topik 3 Langkah-langkah

5. Simpul bahagian hujung benang, susup ke dalam antara lapisan lapik dan baju kemudian cucuk keluar ke atas

6. Kemudian jahit lilit ubi sebanyak 4 mata jahitan. Pastikan pergerakan dari kanan ke kiri
Tips
kedudukan jarum semasa membuat jahitan lilit ubi hendaklah serong 30 bagi menghasilkan jahitan yang lebih rapi. kedudukan mata jahitan lilit ubi, jangan terlalu jarak dengan lubang leher baju kurung untuk memastikan kehalusannya. pastikan kedudukan mata jahitan adalah selari di dalam dan di luar baju sehingga akhir.

7. Susupkan jarum ke dalam lubang mata jahitan lilit ubi yang ke-3 dari depan pada bahagian luar baju

8. Cucuk jarum ke dalam mata jahitan lilit ubi yang ke-4 dari depan

9. Sekali lagi, susupkan jarum ke dalam lubang mata jahitan lilit ubi yang ke-3 dari depan tetapi pada bahagian dalam baju

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 4

Pelbagai Jahitan: Leher Tulang Belut

MANUAL

Topik 3 Langkah-langkah

10. Tambahkan lagi 1 mata jahitan lilit ubi di bahagian depan

11. Ulang L6 hingga L9 sehingga memenuhi keliling leher baju kurung

L6 L8

L7 L9

12. Matikan jahitan tulang belut dengan menyusup jarum ke dalam lipatan leher dan potong benang yang berlebihan

13. Hasil jahitan tulang belut

Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Halaman 5