Anda di halaman 1dari 12

PRAKTIKAL 1 TOPIK: Keperluan asas bagi tumbuhan.

TUJUAN: Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, air dan udara. TEORI: Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk menjalankan proses

tumbersaran dengan sempurna dan sihat. Keperluan asas bagi tumbuhan termasuklah cahaya matahari, udara, air dan juga tanah yang mempunyai nutrien dan mineral yang mencukupi. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses

fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk keseluruhan tumbuhan tersebut. Selain itu, udara seperti karbon dioksida dan oksigen juga penting dalam proses fotosintesis. Keperluan asas seperti air penting dalam menjalankan proses respirasi. PENYATAAN MASALAH: (a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? (b) Adakah tumbuhan memerlukan air? (c) Adakah tumbuhan memerlukan udara? HIPOTESIS: keperluan asas bagi tumbuh-tumbuhan termasuklah cahaya matahari, udara dan air. EKSPERIMEN A (Tumbuhan memerlukan cahaya matahari) PEMBOLEH UBAH: (a) Dimanipulasi: kehadiran cahaya matahari (b) Gerak balas : keadaan tumbuhan berdaun lebar (c) Malar BAHAN/ RADAS: Tumbuhan berdaun lebar, vaselin, kertas hitam dan klip kertas. : kehadiran kuantiti air dan udara

PROSEDUR A: 1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai pencahayaan yang baik. 2. Vaselin disapu secara berhati-hati pada beberapa helaian daun. Vaselin disapu pada kedua-dua bahagian daun. 3. Pemerhatian dilakukan dengan daun yang tidak disapu dengan vaselin. Pemerhatian juga dijalankan terhadap warna dan kesergaran daun. PROSEDUR B

1. Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian. 2. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk beberapa hari. 3. Selepas beberapa hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan keputusan.

EKSPERIMEN B (Tumbuhan memerlukan air) PEMBOLEH UBAH: (a) Dimanipulasi : kehadiran air pada benih-benih kacang (b) Gerak balas :keadaan benih-benih kacang (c) Malar BAHAN / RADAS: benih-benih kacang, dua cawan plastik, air dan kapas. PROSEDUR: : kehadiran cahaya matahari dan jenis benih kacang digunakan

1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam dua cawan plastik. 2. Kedua-dua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari. 3. Tumbuhan A disiram air secukupnya setiap hari. 4. Tumbuhan B tidak disiram air. 5. Pemerhatian dijalankan terhadap keadaan benih-benih kacang.

EKSPERIMEN C (Tumbuhan memerlukan udara) PEMBOLEH UBAH: (a) Dimanipulasi: kehadiran udara (b) Gerak balas : keadaan benih-benih kacang (c) Malar BAHAN/ RADAS: benih-benih kacang, dua balang dan dua cawan plastik, tanah humus, kapas dan air. PROSEDUR A: 1. Benih-benih kacang ditanam di dalam balang. 2. Tanah pada kedua-dua balang disiram air secukupnya. Udara telah disingkirkan daripada tanah apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan. 3. Balang pertama ditutup menyebabkan bekalan udara tidak lagi dibekalkan kepada benih-benih kacang. 4. Balang kedua dibiarkan lembap dengan disiram air pada kadar yang diperlukan. PROSEDUR B: 1. Kedua-dua cawan plastik diisi dengan air. 2. Kapas diletakkan pada bahagian atas cawan plastik. Benih-benih kacang diletakkan di atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap. 3. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan plastik kedua, seterusnya menyebabkan penyingkiran udara. 4. Kedua-dua cawan plastic diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya yang sama. : jenis benih kacang yang digunakan

KEPUTUSAN Eksperimen A: Prosedur A Pemerhatian Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2: Daun mula layu dan kelihatan kekuningan Hari 3: Daun kelihatan kekuningan yang ketara Hari 4: Daun tidak gugur Daun Inferens layu disebabkan

stomata telah ditutup dan tidak mendapat cahaya

matahari yang mencukupi untuk proses fotosintesis.

Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan. Hari 2: Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketara Hari 3: Daun berwarna kuning Hari 4: Daun berwarna kuning dan layu

Daun

layu

disebabkan ditutupi telah untuk

bahagian kertas

yang hitam daun

menghalang

mendapat cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

Eksperimen B: Tumbuhan A Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Benih kacang mula berkembang Hari 4 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akar. Inferens Proses percambahan dan tumbersaran benih kacang memerlukan air.

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang langsung tidak tumbuh Hari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh

Benih dapat

kacang

tidak

bercambah

tanpa air.

Eksperimen C: Prosedur A1 (Balang ditutup) Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akar Hari 4 : Semua benih kacang masih sama dengan hari ketiga. - benih kacang dapat bercambah dan tumbuh kerana menggunakan udara yang terperangkap untuk terus hidup sehingga kandungan udara habis. Inferens Benih kacang menggunakan udara yang terperangkap dalam balang.

Hari 1 : Benih kacang tidak A2 (balang tidak ditutup) menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akar Hari 4 :Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna.

Benih kacang dapat tumbuh dengan sempurna kerana mendapat keperluan asas iaitu cahaya matahari, air dan udara.

B1

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 :Benih kacang mula cambah Hari 3 : Benih kacang mula kering Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Benih kacang tidak tumbuh.

-kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan

B2

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula bercambah. Hari 3 : Benih kacang mula kering Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Benih kacang tidak tumbuh.

-kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan

PERBINCANGAN: 1. Dalam eksperimen A, prosedur A, daun hijau yang disapu Vaselin telah bertukar warna kepada kuning. Hal ini disebabkan penyapuan Vaselin akan menghalang pembukaan stomata. Fungsi stomata adalah untuk pertukaran gas bagi menjalankan proses fotosintesis serta pengangkutan air dalam daun tersebut. Dalam keadaan stomata yang tutup, daun hijau tidak dapat menjalankan proses fotosintesis dan respirasi dan seterusnya akan berwarna kuning dan layu. 2. Dalam eksperimen A, prosedur B, daun yang ditutup dengan kertas hitam telah bertukar warna menjadi kuning dan layu terutamanya pada tepi daun tersebut. Bahagian yang ditutupi kertas hitam telah menghalang daun untuk mendapatkan cahaya matahari seterusnya proses fotosintesis tidak dapat dijalankan. 3. Dalam eksperimen B, tumbuhan A telah bercambah dan berkembang berbanding dengan tumbuhan B. Ini bermaksud air merupakan elemen yang amat penting dalam proses percambahan dan tumbersaran. 4. Eksperimen C, melalui prosedur A, biji benih yang berada di dalam balang jar yang ditutup tetap bercambah dan terus hidup. Hai ini kerana biji benih tersebut menggunakan udara yang masih terperangkap di dalam balang. Bagi benih kacang yang berada di dalam balang jar yang tanpa ditutup, benih kacang dapat tumbuh dengan sempurna kerana mendapat keperluan asas iaitu cahaya matahari, air dan udara. 5. Eksperimen C , melalui prosedur B, biji benih tidak dapat tumbuh kerana air telah dikeringkan. Hal ini kerana air terlalu sikit dan ruang meletak cawan terlalu terdedah kepada matahari seterusnya menyebabkan air tersejat pada kadar yang segera. Biji benih pada kapas juga mengecut kerana air pada kapas telah menyejat. 6. Keperluan asas bagi tumbuhan adalah udara, air, cahaya, dan nutrien seperti potasium and mikronutrien ( iron, zink, magnesuim, dll). 7. Tumbuh-tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal oleh pelajar.

8. Tumbuhan memerlukan air. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat air yang mencukupi untuk hidup. 9. Terdapat pelbagai fungsi air bagi tumbuhan. Antaranya adalah untuk proses transpirasi dimana air digunakan untuk memindahkan mikroelemen yang diperlukan seperti iron. 10. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Ini kerana, cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan semasa proses fotosintesis. KESIMPULAN Kesimpulannya, keperluan asas bagi tumbuhan termasuk cahaya matahari, udara dan air. Tumbuhan tidak dapat menjalankan proses-proses penting seperti fotosintesis dan respirasi tanpa ketiga-tiga elemen tersebut. Oleh itu, hipotesis dapat diterima.

SOALAN: EKSPERIMEN A 1. Apakah akan terjadi jika hanya bahagian atas daun diselaputi Vaselin? Atau hanya bahagian bawah? Stomata berada di bahagian belakang daun. Sekiranya bahagian belakang daun diselaputi Vaseline, maka daun tersebut akan layu dan mati kerana daun tersebut tidak dapat menjalankan proses fotosintesis dengan berkesan. Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia yang bertujuan menghasilkan makanan. Sekiranya hanya bahagian atas daun ditutupi, daun tersebut masih boleh hidup. Stomata tumbuhan darat banyak terdapat pada bahagian bawah daun bertujuan untuk mengurangi penguapan. Hal ini kerana, fotosintesis memerlukan air dan penguapan akan mengurangkan jumlah air. Sebaliknya pula, stomata tumbuhan air banyak terletak di atas daun yang bertujuan untuk mempercepat penguapan. 2. Adakah daun akan terus mati sekiranya Vaselin dibersihkan selepas sehari?

Tidak. Hal ini adalah kerana tumbuhan akan mendapat cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis sekiranya vaselin dibersihkan selepas sehari. 3. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun ditutup? (separuh bahagian atas dan separuh bahagian bawah) Bahagian daun yang ditutup akan menjadi warna kuning dan layu terutamanya pada bahagian belakang daun. Namun bahagian daun yang tidak ditutup masih hidup sebab ia masih boleh menyerap cahaya untuk melakukan proses fotosistesis. 4. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan? Buat pemerhatian selama beberapa hari. Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.Selepas kertas hitam ditanggalkan, bahagian daun yang telah layu dan mati tidak dapat hidup lagi. EKSPERIMEN B 1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih berbeza digunakan? Ya. Semua benda hidup memerlukan keperluan yang sama, 2. Mungkinkah anda memberikan air yang berlebihan kepada tumbuhan? Tidak. Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas melalui akar dan sekiranya terlalu banyak air, akar tidak dapat menyerap udara. Hal ini akan menyebabkan akar menjadi lemas. Seterusnya, akar akan mati disebabkan anoksia, keadaan di mana tumbuhan kekurangan oksigen. Daun membebaskan oksigen sebagai bahan buangan manakala akar menggunakan oksigen sebagaimana manusia menggunakan oksigen. Apabila tanah mendapat terlalu banyak air, tanah akan menggunakan semua oksigen yang ada dan membebaskan karbon dioksida. Sekiranya keadaan ini berlarutan, mineral yang terdapat di dalam tanah akan bertukar menjadi toksik kepada tumbuhan 3. Bagaimana petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang mencukupi, tidak cukup air atau terlebih air? Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut:

a) Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat. b) Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering. c) Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan. EKSPERIMEN C 1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan? Pam Vakum. 2. Adakah akan ada masalah kepada petani sekiranya terlalu banyak udara? Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani. 3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih yang berbeza digunakan? Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal hidup. 4. Tumbuhan membuat makanan sendiri, tetapi ia tetap memerlukan bekalan mineral. Pilih 3 mineral dan terangkan apa yang berlaku sekiranya tumbuhan tidak mendapat mineral tersebut. Nitrogen Daun menjadi kekuningan, tumbuhan terbantut, tumbuhan kering sebelum matang, daun akan gugur dan tumbuhan akan layu Kalsium Daun termuda pada tumbuhan yang kekurangan kalsium

menggulung ke bawah dan hujung-hujung daun kering Fosforus Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan lambat matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan, tanda kekurangan bermula pada daun tua.

5. Haiwan dan tumbuhan perlukan makanan. Berikan dua sebab mengapa haiwan dan tumbuhan perlukan makanan.

Makanan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Haiwan memerlukan makanan untuk pembekalan tenaga yang berterusan. Karbohidrat, lemak dan protein yang terkandung di dalam makanan membantu membekalkan tenaga kepada hidupan. Makanan juga membantu memanaskan badan haiwan dan membantu tumbesaran. Tumbesaran penting bagi membaiki sel dan tisu. Tumbuhan juga memerlukan makanan dan air untuk tumbesaran. Akar tumbuhan menyerap zat dan air dari tanah. Daun tumbuhan membuat makanan dengan menggunakan cahaya matahari. Makanan penting kepada hidupan untuk terus mengekalkan kewujudan spesisnya.