Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PENGHANTARAN DAN SISTEM PENGAGIHAN SISTEM PENGHANTARAN Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari

janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Tujuan meninggikan voltan janaan adalah ; a) Untuk mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak . b) Untuk mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kecil). Tenaga elektrik boleh dibekalkan dan diagihkan sama ada dalam bentuk arus ulang-alik (A.U) atau arus terus (A.T) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian digunakan dalam sistem pengahantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian A.U digunakan dalam sistem pengagihan. Pertimbangan yang penting dalam operasi talian penghantaran adalah merujuk kepada kejatuhan voltan dan kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian dan juga kecekapan talian penghantaran. Komponen-komponen seperti rintangan, kearuhan dan kemuatan yang terdapat pada talian penghantaran mempengaruhi keadaankeadaan tersebut. Sistem Gelang Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun. Sistem Bus Ties Dengan menyambungkan lilitan primer dan sekunder secara gelang Sistem Rangkaian Dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan lilitan sekunder secara gelang. Kedua-dua lilitan adalah dari pengubah peninggi. Sistem grid Digunakan untuk menyambungkan janakuasa-janakuasa elektrik yang besar Kebaikan dan Keburukan Sistem Grid a). Kebaikan Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain menghadapi masalah. Perubahan frekuensi sentiasa stabil. Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan. b). Keburukan Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. Memerlukan penjagaan yang rapi. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui talian- talian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri mekanikal : Kekuatan penyokong Lendutan Tegangan Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesenstesen yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ; Stesen diesel Stesen Tempatan Luar bandar SISTEM PENGAGIHAN Sistem pengagihan merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan. KESIMPULAN

Pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna perlu melalui peringkat penjanaan, penghantaran dan pengagihan. Tenaga elektrik dijana di stesen janakuasa dan ditingkatkan voltannya sebelum dihantar ke pencawang masuk utama di destinasi tertentu. Sebelum tenaga elektrik diagihkan kepada pengguna, voltan akan diturunkan kepada 415V/240V di pencawang pengagihan.Jika nilai voltan ini tidak diturunkan, pengguna akan menerima voltan yang amat tinggi dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya juga menyebabkan menara pilon menjadi terlalu aktif. Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik dengan banyaknya yang terhasil daripada pemotongan fluks oleh gegelung yang terdapat pada sesebuah penjana. Lazimnya terdapat dua jenis penjanaan iaitu penjanaan arus terus dan penjanaan arus ulang-alik. Penjanaan arus terus. Arus yang mengalir dalam sesuatu litar pada satu arah sahaja dinamai arus terus. Arus terus diperoleh daripada sumber seperti sel suria, bateri dan penjanaan arus terus. Penjanaan arus ulang-alik. Arus ulang-alik ialah arus yang sentiasa berubah-ubah arah pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Penjanaan arus ulang-alik merupakan sumber bekalan utama di Malaysia. Di negara kita terdapat tiga jenis stesen janakuasa utama iaitu, stesen janakuasa hidro, terma dan gas. Keupayaan stesen janakuasa menjana kuasa elektrik bergantung kepada penjana dan penggerak utamanya. Voltan yang dihasilkan adalah antara 10.5kV hingga 11.0kV. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan sistem penyelarasan, nilai tersebut ditetapkan pada kadar 11.0kV

Sistem penghantaran tenaga elektrik

Sistem pengagihan