Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingin saya panjatkan kesyukuran kerana atas izin ALLAH s.w.

t, akhirnya tamat sudah kursus Gerak Kerja Kokurikulum Olahraga pada semester ini. Seinfiniti terima kasih ditujukan kepada Pensyarah Pembimbing, WAJ 3112, Gerko Olahraga, Encik Zainal bin Mohd Amin atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini. Banyak ilmu telah saya perolehi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang belajar bersama Encik Zainal kerana tidak dapat dinafikan lagi beliau memang seorang yang berpengetahuan luas serta berpengalaman dalam bidangnya. GERKO Olahragai ini bertujuan membantu guru pelatih mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan olahraga di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, khususnya guru Pendidikan Jasmani, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti sekolah. Melaui kursus inilah saya belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai olahraga. Selain kuliah atau interaksi yang berkesan, saya juga amat berpuas hati dengan penganjuran Kursus Olahraga KOAM anjuran Jabatan GERKO Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Kursus dan ujian KOAM telah membuka mata saya tentang pentingnya mempunyai pengetahuan dalam undang-undang dan peraturan olahraga kerana pembelajaran yang berfokuskan kepada teknik atau perlakuan sahaja tidak lengkap.

GERKO bertujuan memberi kemahiran asas dan mempertingkatkan pengetahuan dan keterampilan guru agar dapat menjadi guru yang berkesan. Ianya juga dapat memupuk sikap positif, semangat, daya faham yang tinggi dan nilai serta etika keguruan di kalangan guru permulaan. ia sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan akan datang. Antara tajuk yang dipelajari sepanjang kursus ialah Pengenalan kepada olahraga. Encik Zainal telah memberi input megenai sejarah dan latar belakang olahraga di peringkat antarabangsa dan juga di Malaysia. Begitu juga dengan tajuk tajuk seperti acara trek iaitu lari pecut, lari jarak sederhana, lari jarak jauh, lari berganti-ganti, dan lari berpagar. Begitu juga acara padang sepertti lompat tinngi, lompat jauh, lontar peluru, merejam lembing dan lempar cakera. Saya telah

mempelajari teknik-teknik larian yang betul dan latihan yang bersesuaian. Saya juga telah dapat membina keyakinan diri kerana sebelum ini, saya merasakan saya tidak berkebolehan dalam acara pecut, ini kerana saya tidak mengaplikasikan teknik yang betul semasa berlari. Encik Zainal telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan menarik. Beliau sering tampil dengan teknikteknik yang berkesan dan ianya diajar secara ansur maju dan ini dapat memotovasikan saya untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Aktiviti lempar cakera misalnya, Encik Zainal telah membantu saya menyesuaikan diri dengan alatan (cakera) melalui permainan bersama pasangan dengan menggolekkan cakera dari jarak yang dekat ke jarak yang semakin jauh. Selain itu, aktiviti memanaskan badan yang dilakukan oleh Encik Zainal adalah sangat menarik. Beliau mengambil pendekatan fun learning dengan permainan seperti shadow boxing , buka dan tutup pintu besi, tampar lutut, cuit siku dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini membuatkan saya teruja dan sentiasa tertunggu-tunggu aktiviti seterusnya.

Dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti itu, kualiti guru yang bakal dilahirkan amat penting. Malahan kualiti guru seharusnya tidak sahaja mencakupi hal-hal akademik, tetapi pembangunan fizikal turut berperanan. Pembangunan fizikal ini meliputi permainan dan olahraga. Memandangkan gerko olahraga merupakan komponen yang penting dalam latihan perguruan, maka penglibatan guru pelatih melalui aktiviti ini akan dapat memenuhi kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pencapaian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Jika matlamat ini boleh dicapai melalui penyertaan guru pelatih dalam aktiviti olahraga di peringkat latihan perguruan, maka tidak hairanlah sahsiah guru pelatih yang akan terbentuk nanti boleh mencerminkan kualiti guru yang bakal dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru ( IPG)