Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Alhamdulilah Bersyukur kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini

seperti yang ditetapkan oleh pensyarah saya. Dalam perlaksanaan tugasan ini banyak ilmu baru telah saya perolehi terutamanya dalam acara lontar peluru. Seperti yang diketahui umum fasa-fasa yang terlibat dalam lontar peluru ini adalah seperti Fasa Persediaan , Fasa Gelungsuran , Fasa Lontaran dan Fasa Pemulihan. Semua fasa-fasa ini amat penting dilaksanakan dengan betul agak momentum lontaran yang dibuat akan mencapai tahap maksimum yang dapat dilaksanakan oleh seseorang atlit tersebut . Selain itu dalam melaksanakan acara lontar peluru ini beberapa corak ansur maju dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif seseorang pelajar disekolah nanti dapat menguasai acara ini berdasarkan corak latihan ansur maju yang dilaksanakan . Selain itu, corak latihan ansur maju ini adalah berbeza berdasarkan cara lompatan yang akan dibuat oleh atlit tersebut. Antara gaya lontaran yang popular dalam acara lontar peluru ini adalah Teknik Lontaran Dirian Statik , Teknik Lontaran Sisi , Teknik Lontaran Membelakangi Kawasan Lontaran dan Teknik Perry O Brian sering digunakan pada masa kini . Setiap gaya ini mempunyai cara perlaksanaan ansur maju yang berbeza kerana tahap setiap gaya dan gaya tersebut adalah berbeza. Seterusnya, dalam melaksanakan tugasan ini juga saya dapat mendalami lagi tentang sistemsistem otot yang terlibat dalam acara lontar peluru ini. Seperti kebiasaan sains dan sukan tidak dapat dipisahkan. Hal ini telah membantu saya lebih mengetahui secara lebih mendalam tentang otot -otot yang terlibat dalam aktiviti lontar peluru yang telah saya laksanakan dalam tugasan pada kali ini. Banyak otot-otot yang terlibat dalam setiap fasa lontar peluru ini seperti biceps , triceps , brakialis , pektoralis major dan Latisimus dorsi. Otot otot ini akan mengembang dan mengecut apabila melaksanakan acara ini secara maksimum akan menyebabkan kelenturan tubuh seseorang atlit itu dapat mencapai tahap kelenturan dan fleksibiliti yang tinggi . Kesimpulannya, perlaksanaan tugasan pada kali ini telah memantapkan lagi pengetahuan saya terhadap sains dan sukan terutamanya dalam acara lontar peluru . Dengan pelakasanaan tugasan ini saya lebih fokus dalam mengkaji acara yang telah saya pilih. Oleh yang demikian ini telah memberikan kelebihan kepada saya dalam acara ini . Sekian terima kasih .