Anda di halaman 1dari 17

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM


Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Mendefinisikan konsep sukan ragam Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan sukan ragam dan faedah sukan ragam Menggunakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran sukan ragam serta contoh-contoh pertandingan.

10.0

PENGENALAN
RINGKASAN BAB 10.0 10.2 10.3 Pengenalan Konsep, Definisi Sukan Ragam Pengurusan dan Pengelolaan Sukan Ragam

Pengalaman lepas Sukan ragam merupakan aktiviti-aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran asas, kemahiran yang di pertandingan dalam sukan ragam terdiri daripada kemahiran yang telah diajar oleh guru. Contohnya dalam permainan bola sepak kemahiran menghantar, menahan, menyepak dan mengelecek yang dipertandingkan dalam bentuk sukan setelah guru mengajar kemahiran asas. Dalam sukan ragam skor bagi setiap acara diberikan kepada kebolehan dan keupayaan ahli pasukan berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan. Dengan kata lain markah akan di berikan berdasarkan prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran. Pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan. Setiap peserta akan menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing berdasarkan prestasinya. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi di pilih sebagai pemenang.

OUM

183

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

10.1

KONSEP DAN DEFINISI SUKAN RAGAM

Sukan bermaksud kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau tenaga yang dilakukan secara pertandingan untuk merehatkan badan. Ragam bermaksud pelbagai bentuk atau kemahiran. Oleh itu sukan ragam bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau lebih disiplin sukan dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang. Pasukan yang mempunyai ahli yang dapat menguasai gabungan kemahiran dengan baik akan memungut mata yang tinggi dan di isytihar sebagai pemenang. Dalam erti kata lain sukan ragam ialah kegiatan atau aktiviti kemahiran asas sukan yang mempertandingkan. Sukan ragam bukanlah sesuatu perkara baru dalam mata pelajaran pendidikan jasmani, sukan ragam telah di perkenalkan dalam sukatan pendidikan jasmani sejak awal tahun 1960an lagi. Oleh kurang kesedaran dan pendedahan di kalangan guru pendidikan jasmani terhadap sukan ragam, sukan ini gagal mendapat tempat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Mungkin juga terdapat guru pendidikan jasmani merasakan mengelolakan sukan ragam adalah perkara yang agak rumit. Namun hakikat yang sebenarnya sukan ragam bukanlah rumit sekiranya kita mengetahui cara pengendalian yang sebenar. Guru-guru pendidikan jasmani seharusnya di dedahkan dengan cara pengendalian sukan ragam yang sebenar Sukan ragam lebih membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar kita, jika kita melaksanakan dengan baik. Sukan ragam yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran di kalangan pelajar kita. Menyedari hakikat ini sebagai guru pendidikan jasmani kita perlu memperuntukkan sekurang-kurang satu waktu dalam setiap penggal persekolahan untuk acara sukan ragam. Objektif sukan ragam ialah 1. 2. Sukan ragam akan memberi peluang kepada pelajar untuk merasa seronok dan puas ketika menjalankan aktiviti pertandingan. Sukan ragam berkonsep mempelbagaikan aktiviti pendidikan jasmani dengan cara ini pelajar tidak akan merasa bosan mempelajari satu kemahiran tanpa pertandingan Sukan ragam akan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri di dalam pertandingan tanpa mengira kebolehan yang di miliki oleh pelajar dengan itu pelajar tidak akan merasa terasing Sukan ragam merupakan alat pengukuhan setelah mempelajari kemahirankemahiran asas dalam kelas pendidikan jasmani. Sukan ragam membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang telah di pelajari di dalam kelas Sukan ragam akan memberi peluang kepada pelajar merasa kepentingan diri sebagai ahli kumpulan. Pelajar akan mencuba sedaya upaya untuk menyumbangkan mata kepada kumpulan masing-masing Sukan ragam dapat memupuk semangat kerjasama sepasukan Sukan ragam berupaya memupuk bakat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti pertandingan

3.

4. 5. 6.

7. 8.

184

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Sukan ragam adalah pertandingan atau permainan yang berkonsepkan kepada kemahiran asas. Sukan ragam melibatkan aktiviti-aktiviti permainan dan pertandingan yang melibatkan kemahiran asas, Sebagai contohnya dalam sukan ragam bertema kemahiran asas permainan hoki, kemahiran yang dipertandingkan dalam sukan ragam ialah memukul, menolak, menguis, mencedok, mengelecek dan lain-lain. Sukan ragam akan membolehkan kita menilai keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran asas di samping memotivasikan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai kemahiran asas. Dalam pengelolaan pelajar sukan ragam pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing. Skor bagi setiap acara diberikan kepada kebolehan dan keupayaan peserta. Markah akan di berikan berdasarkan prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran. Pemenang di pilih daripada pasukan yang mengumpul mata tertinggi. Apakah beza sukan ragam dengan sukaneka?

Faedah Sukan Ragam Sukan ragam dalam pendidikan jasmani membawa banyak faedah kepada pelajar antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Sukan ragam akan melibatkan sepenuhnya komitmen pelajar dalam mengambil bahagian. Sukan ragam mampu melibatkan semua aktiviti kemahiran asas pendidikan jasmani Sukan ragam akan memberikan peluang kepada pelajar mengambil bahagian secara aktif dengan menyumbang mata kepada kumpulan. Sukan ragam membolehkan setiap pelajar merasa terharga kerana segala aktiviti yang dilakukan pelajar akan menyumbangkan markah Sukan ragam terbina daripada pelbagai kemahiran yang dipertandingkan, ini akan membuatkan pelajar merasa seronok dan terharga dalam menjalankan aktiviti ini Sukan ragam memberi mata berdasarkan kebolehan pelajar, keadaan ini akan merangsang setiap pelajar untuk memperoleh mata bagi pasukannya. Sukan ragam dilihat dapat menanamkan semangat berpasukan, kesukanan dan kepimpinan di kalangan pelajar Sukan ragam dapat mengelakkan rasa kebosanan di kalangan pelajar dalam mempelajari kemahiran. Sukan ragam tidak memerlukan peralatan khas yang mahal dan biasanya menggunakan alatan yang di gunakan dalam aktiviti pendidikan jasmani Sukan ragam tidak memerlukan ruang, gelanggang atau padang yang luas untuk menjalankan aktiviti. Sukan ragam membolehkan guru membuat penilaian dan mengukur pencapaian pelajar dalam kemahiran tertentu

OUM

185

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

(l)

Sukan ragam boleh bertindak sebagai maklum balas kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Semak Kendiri 10.1


1. 2. 3. Sila definisikan secara ringkas sukan ragam Huraikan sejauh mana sukan ragam memberi faedah kepada mata pelajaran pendidikan jasmani? Huraikan objektif sukan ragam dalam kelas pendidikan jasmani.

10.2

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN SUKAN RAGAM

Sukan ragam seperti juga aktiviti pertandingan lain perlu di urus dan di kelolakan dengan perancangan yang rapi dan pengetahuan. Sebelum melaksanakan sukan ragam terdapat pelbagai perkara perlu kita sebagai guru pendidikan jasmani fikir dan putuskan. Sebelum melaksanakan sukan ragam kita perlu mengetahui apakah prinsipprinsip pengelolaan sukan ragam, langkah-langkah pengelolaan sukan ragam dan amali pengelolaan kejohanan. Prinsip-prinsip Pengelolaan Sukan Ragam (a) (b) Sukan ragam perlu di kendalikan secara berpasukan selaras dengan objektif am yang di gariskan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Guru perlu mengelakkan keputusan yang berat sebelah contohnya dari segi pembahagian pelajar ke dalam kumpulan. Guru perlu membahagikan pelajar secara seimbang dari segi kebolehan dan keupayaan pelajar dalam kelas pendidikan jasmani. Ketua pasukan perlulah di lantik bagi membantu guru mengendalikan dan memimpin pasukan. Pencatat serta pegawai pertandingan perlulah dilantik dari kalangan pelajar yang tidak boleh mengambil bahagian kerana sesuatu sebab Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan dalam sebaiknya perlulah sama supaya pertandingan berjalan dengan licin dan adil. Keupayaan sesuatu acara perlulah berdasarkan keupayaan murid. Oleh itu guru perlu mengetahui keupayaan murid sebenarnya sebelum menentukan kriteria pembahagian markah. Pembahagian markah minimum perlulah berdasarkan keupayaan minimum pelajar supaya murid merasa lebih bermotivasi untuk menyertai sukan ini. Sistem pemberian markah serta arahan perlulah mudah difahami oleh peserta dan pegawai kejohanan Peraturan yang di bina bagi setiap acara perlulah ringkas dan mudah difahami Acara dalam sukan ragam perlulah pelbagai supaya kita dapat menguji keupayaan pelajar yang berbeza-beza

(c) (d) (e) (f)

(g) (h) (i) (j)

186

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

(k)

Pilih tema sukan ragam, sekiranya tema sukan ragam bertemakan sesuatu permainan, guru pendidikan jasmani perlu memilih acara dari permainan yang menjadi tema Ketika mengatur stesen bagi setiap acara selang selitkan acara yang mudah dan sukar

(l)

(m) Semua acara perlu berjalan dengan serentak dengan itu guru perlu merancang supaya acara di tamatkan dalam masa yang hampir sama (n) Dalam merancang sukan ragam guru juga perlu memikirkan peralatan yang tersedia di sekolah.

Langkah-langkah Pengelolaan Sukan Ragam Seperti juga dalam mengendalikan pertandingan atau sukan lain terdapat tiga fasa pengelolaan sukan ragam iaitu: (a) (b) (c) Peringkat pra pertandingan Peringkat semasa pertandingan Peringkat pos pertandingan

Peringkat Pra Pertandingan Dalam peringkat pra pertandingan antara langkah yang perlu diambil ialah: (a) (b) Guru perlu memilih dan menetap tarikh yang sesuai untuk mengendalikan sukan ragam Guru perlu merancang dan memilih acara untuk pertandingan sukan ragam. Kegiatan yang dipilih perlulah mempunyai jaminan keselamatan yang tinggi, menarik dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar Menetapkan sempadan kegiatan sukan ragam dengan meletakan tanda atau garis tertentu Memastikan peralatan yang digunakan dalam sukan ragam mencukupi dan dalam keadaan baik Guru pendidikan jasmani perlulah menyediakan borang pertandingan yang akan memudahkan pegawai pertandingan Maklumkan kepada pelajar mengenai peraturan serta sistem pemberian markah dalam sukan ragam ini Gunakan kedah tunjuk cara ketika memberi arahan pertandingan

(c) (d) (e) (f) (g)

Peringkat Semasa Pertandingan Dalam peringkat pra pertandingan antara langkah yang perlu diambil ialah: (a) (b) (c) (d) Pelajar dibahagikan kepada pasukan tertentu mengikut keupayaan Setiap pasukan dibahagikan mengikut stesen permulaan yang berlainan. Setiap stesen diduduki oleh satu pasukan Pertukaran stesen perlu bersistem contohnya mengikut arah jam, melawan arah jam atau mengikut nombor

OUM

187

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

(e) (f) (g)

Pelajar mengambil bahagian mengikut giliran dalam kumpulan giliran boleh susun mengikut barisan atau melalui undian Ketua pasukan akan membantu guru menjaga disiplin ahli kumpulannya Arahan acara yang dipertandingkan perlu diberikan semasa pertandingan bentuk penyampaian bergantung kepada keadaan contohnya guru memberi arahan secara ringkas dan jelas ataupun di catat dalam kad dan diserahkan kepada ketua pasukan Sekiranya terdapat pilihan percubaan lebih daripada satu, pencatat perlu mencatat semua percubaan yang dilakukan tetapi memilih skor yang terbaik sahaja.

(h)

Peringkat Pos Pertandingan (a) (b) (c) (d) (e) (f) Menyusun balik peralatan yang digunakan disusun dengan rapi di stor sukan Guru dan pencatat akan mengira markah yang diperolehi bagi setiap kumpulan Dalam keadaan kumpulan yang mempunyai ahli yang tidak sama jumlahnya pemenang dikira pada purata pungutan markah Guru mengumumkan keputusan serta analisis yang diperolehi oleh setiap kumpulan Prestasi pelajar direkodkan di dalam buku rekod sebagai rujukan Post mortem dilakukan terhadap acara yang dipertandingkan

Semak Kendiri 10.2


1. Untuk mengendalikan sukan ragam seorang guru pendidikan jasmani perlu mengetahui prinsip-prinsip pengelolaan sukan ragam, nyatakan prinsip tersebut. Terdapat 3 fasa dalam mengelolakan sukan ragam huraikan ketigatiga fasa tersebut. Huraikan konsep sukan ragam dalam pendidikan jasmani? Nyatakan 3 fasa dalam mengelolakan sukan ragam.

2. 3. 4.

CONTOH PENGELOLAAN KEJOHANAN / PERTANDINGAN SUKAN RAGAM Contoh 1 TEMA: KEMAHIRAN MANUPULATIF ALAT Tahun 3 Stesen Terdapat 3 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu: 1. 2. 3. Meleretkan bola kecil ke atas tin minuman Menendang bola ke sasaran Memukul bola ke dalam lubang

188

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Stesen Meleretkan bola kecil ke atas tin minuman

Pengelolaan Arahan Stesen 1 Terdapat 11 tin disusun secara piramid Tin perlu dibaling dari jarak 3 meter (kawasan yang X di tanda) Pelajar diberi peluang untuk membaling bola ke arah tin sebanyak 3 kali Markah akan di beri berdasarkan jatuhan tin Pelajar akan dapat menjatuhkan tin melalui satu percubaan sahaja akan diberi tambahan bonus sebanyak 10 markah. X

Catatan Pelajar menggunakan kemahiran meleret bola (manipulatif alat)

Susunan tin

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana 1 Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan.

OUM

189

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

Stesen Menendang bola ke sasaran

Pengelolaan Arahan Stesen 2 Minta pelajar menendang bola ke arah gol hoki Tendangan dalam keadaan statik dari kawasan x yang telah di bina oleh guru Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk menendang bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan di mana bola di tendang masuk A = 6 Markah B = 10 markah C = 6 markah

Catatan Letak tiang bendera bagi memisahkan sempadan A, B dan C. Minta pelajar menendang bola ke sasaran Gunakan bendera gol bahagikan kepada tiga kawasan (A,B dan C)

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata * A dan C = 6 m, B = 10m Stesen Memukul bola ke dalam lubang Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Pengelolaan Arahan Stesen 3 Minta pelajar memukul bola hoki dengan menggunakan kayu hoki ke dalam lubang Pukul bola dari kawasan A yang telah di tanda oleh guru

Catatan Buat 3 lubang iaitu 1, 2 dan 3. Minta pelajar memukul bola ke dalam lubang (rajah

3 A

Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk memukul bola Mata akan dikira berdasarkan lubang di mana bola di pukul masuk 1 = 3 Markah 2 = 6 markah 3 = 10 markah

1 2

190

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata * A dan C = 6 m, B = 10m Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Contoh Kawasan Pengelolaan

Rajah 9.1: Contoh kawasan pengelolaan sukan ragam di padang hoki

SUKAN RAGAM TEMA: KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI Tahun 4 Stesen Terdapat 4 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu: (a) (b) (c) (d) Memukul ke arah sasaran Menguis ke arah sasaran Menguji jarak jauh mencedok Menguji ketepatan mencedok

OUM

191

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

Memukul ke arah sasaran

Stesen 1 Terdapat 3 tin atau botol susun botol atau tin minuman dalam bentuk susunan pin bowling Pukul perlu dilakukan pada jarak 3 meter (kawasan yang di tanda A) Pelajar diberi peluang untuk memukul bola ke arah tin sebanyak 3 kali Markah akan di beri berdasarkan jatuhan tin Pelajar akan dapat menjatuhkan tin melalui satu percubaan sahaja akan diberi tambahan bonus sebanyak 3 markah. A Sasaran X

Pelajar di minta memukul ke arah sasaran (X) dari kawasan A. Aktiviti pertandingan dalam kumpulan akan memberi motivasi kepada belajar untuk mencapai kemenangan dan melakukan yang terbaik

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana 1 Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata * tambahan 3 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 3 tin dengan sekali percubaan. Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Menguis ke sasaran

Arahan Stesen 2 Minta pelajar menguis bola ke arah gol hoki Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di bina oleh guru) Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk menguis bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan di mana bola di kuis masuk A = 6 Markah B = 10 markah C = 6 markah

Letak tiang bendera bagi memisahkan sempadan A, B dan C. Minta pelajar menguis bola ke sasaran Gunakan bendera gol bahagikan kepada tiga kawasan (A,B dan C)

192

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Menguji jauh jarak mencedok

Arahan Stesen 3 Minta pelajar mencedok bola ke arah kawasan Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di bina oleh guru) Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk mencedok bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan jatuhan pertama bola di ceduk masuk Kawasan jatuhan di beri mengikut grid yang telah ditetapkan

Guru mesti memastikan aspek keselamatan pelajar ketika aktiviti ini

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

OUM

193

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

Menguji ketepatan mencedok

Arahan Stesen 4 Minta pelajar mencedok bola ke arah sasaran Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di tanda oleh guru) Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk mencedok bola Mata akan dikira berdasarkan ketepatan pelajar mencedok bola ke dalam bekas Setiap bekas mempunyai markah tersendiri yang telah ditetapkan

Guru mesti memastikan aspek keselamatan pelajar ketika aktiviti ini

Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Gabungan gelecek longar, rapat dan india

Arahan Stesen 5 Minta pelajar melengkapkan gabungan gelecek bola Seorang pelajar saja perlu berada dalam litar Masa pelajar berada di dalam litar diambil kira( masa permulaan di ambil ketika pelajar mula menyentuh bola dan tamat ketika telah menyempurnakan pusingan) Mata akan dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pelajar. Setiap masa yang diambil akan mempunyai markah yang telah ditetapkan

Variasi ini membantu mempelbagaikan cara gelecek ketika pertandingan.

194

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

SUKAN RAGAM TEMA: KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA Tahun 6 Stesen Terdapat 3 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu: (a) (b) (c) Lari Pecut 10 saat Menendang bola ke arah gol meleret bola ke arah botol plastik
Stesen 1 Pelajar pecut diminta berlari

Lari Pecut 10 saat

Selepas 10 saat wisel akan dibunyikan pelajar diminta berhenti Pelajar di minta berhenti berlari serta merta selepas wisel dibunyikan. Setiap seorang pelajar diberi dua kali percubaan Mata adalah berdasarkan kepada jarak larian dalam 10 saat

OUM

195

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

Borang Markah
Nama Kumpulan Mawar Berduri Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan. Lari melangkah batang rotan 5 saat Stesen 2 Pelajar diminta berlari melangkah rotan yang ditinggikan sebagai penghalang Selepas 5 saat wisel akan dibunyikan pelajar diminta berhenti Pelajar di minta berhenti berlari serta merta selepas wisel dibunyikan. Setiap seorang pelajar diberi dua kali percubaan Mata dikira berdasarkan jumlah batang rotan yang dilangkah oleh pelajar Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Borang Markah
Nama Kumpulan Mawar Berduri Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

196

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Lari bergantiganti mengelilingi skital

Stesen 2 Pelajar diminta berada dalam kumpulan Peserta pertama akan berlari membawa baton mengelilingi skital Baton akan di beri kepada peserta kedua dan mengulangi larian mengelilingi skital Baton akan di beri kepada peserta kedua dan mengulangi larian mengelilingi skital Mata dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pasukan dalam menamatkan perlumbaan

Borang Markah
Nama Kumpulan Saujana Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Jumlah Markah Purata Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Lari bergantiganti 30 meter

Stesen 2 Pelajar diminta berada dalam formasi di bawah Peserta pertama akan berlari membawa baton kemudian diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya ketiga dan keempat Mata dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pasukan dalam menamatkan perlumbaan

OUM

197

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

BAB 10

Borang Markah
Nama Kumpulan Mawar Berduri Jumlah Ahli = 5 Bil 1 2 3 4 5 Nama Aiman Ariff Albab Muharam Syawal Cubaan 1 MARKAH Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah

Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan.

RUMUSAN
Sukan ragam bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau lebih disiplin sukan dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang. Sukan ragam telah di perkenalkan dalam sukatan pendidikan jasmani sejak awal tahun 1960an lagi. Sukan ragam lebih membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar kita jika kita melaksanakan dengan baik. Sukan ragam yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran di kalangan pelajar kita. Sukan ragam berkonsep mempelbagaikan aktiviti pendidikan jasmani dengan cara ini pelajar tidak akan merasa bosan mempelajari satu kemahiran tanpa pertandingan. Sukan ragam berupaya memupuk bakat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti pertandingan. Sukan ragam adalah pertandingan atau permainan yang berkonsepkan kepada kemahiran asas. Dalam pengelolaan pelajar sukan ragam pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing. Sebelum melaksanakan sukan ragam kita perlu mengetahui apakah prinsip-prinsip pengelolaan sukan ragam, langkah-langkah pengelolaan sukan ragam dan amali pengelolaan kejohanan.

198

OUM

BAB 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

PERKATAAN PENTING
Kemahiran asas yang pelbagai Sukatan pendidikan jasmani Keadaan pertandingan Satu waktu dalam setiap penggal persekolahan Memberi peluang kepada semua pelajar Mempraktikkan kemahirankemahiran asas Kepentingan diri sebagai ahli kumpulan Semangat kerjasama sepasukan Menyumbangkan mata untuk kumpulan Prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran Pasukan yang mengumpul mata tertinggi. Pelajar merasa terharga Menanamkan semangat berpasukan Penilaian dan mengukur pencapaian pelajar Prinsip-prinsip pengelolaan Langkah-langkah pengelolaan Amali pengelolaan kejohanan Peringkat pra pertandingan Peringkat semasa pertandingan Peringkat pos pertandingan

RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

OUM

199

Anda mungkin juga menyukai