Anda di halaman 1dari 11

[Type the document title] [Year]

4.1 PERGAULAN
Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas). Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan. Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya. Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

[Type the document title] [Year]

a. BATAS PERGAULAN MUDA-MUDI SESAMA PEREMPUAN


i. SEAGAMA Secara umumnya, pergaulan sesama wanita Islam adalah lebih 'bebas' jika dibandingkan dengan lelaki bukan mahram. 'Bebas' di sini bermaksud jika di hadapan lelaki bukan mahram mereka perlu menutup aurat dan menjaga tingkahlaku serta percakapan, namun jika mereka bersama wanita Islam, segala larangan ini tidak dikenakan lagi kepada mereka. Namun begitu, sebagai seorang wanita Islam yang beriman dan berakhlak, kebebasan yang diberikan ketika bersama dengan wanita Islam yang lain perlu kepada batasannya juga. Contohnya, tidak terlalu mendedahkan aurat sehingga boleh membawa kepada fitnah dan keinginan nafsu wanita lain yang melihatnya. Begitu jugalah di dalam soal pergaulan. Saudari perlu menghindarkan diri daripada berkelakuan agak keterlaluan bersama sahabat wanita lain sehingga boleh menimbulkan rasa curiga atau fitnah dengan perbuatan saudari itu. Islam memandang berat jika sesuatu perkara itu boleh membawa kepada timbulnya fitnah dan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada seseorang Islam itu. ii. BERLAINAN AGAMA Soalan 1:. Saya ingin bertanya tentang pergaulan dengan non-muslim? Secara umumnya Islam telah menggariskan beberapa adab tertentu dalam masalah pergaulan dengan non-muslim terutama sesama jantina bagi menjamin kehormatan dan rahsia diri serta agama terjaga dengan baik. Islam membenarkan umatnya bergaul dengan non-muslim atas dasar tanggungjawab kemanusiaan dan dakwah. Cuma hubungan itu ada had yang lebih khusus berbanding hubungan dengan saudara seagama. Umat Islam mesti faham perbezaan agama agar tidak terikut-ikut dengan kepercayaan dan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam. Umat Islam tidak ditegah untuk menuntut ilmu daripada non-muslim apatah lagi untuk bergaul dengan mereka asalkan kita dapat menghindar diri daripada dikhianati di mana yang paling penting ialah ilmu agama agar setiap diri kita dapat memberi faham kepada non-muslim tentang ajaran Islam yang sebenar. Kita dibenarkan memberi dan menerima hadiah daripada mereka apatah lagi memberi bantuan kemanusiaan yang diperlukan agar keindahan Islam dapat digambarkan kepada mereka dengan mudah. Soalan 2 : Saya juga ingin tahu tentang aurat wanita islam dengan wanita bukan islam. Batas aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam menurut kebanyakan ulama adalah seperti aurat wanita dengan lelaki yang halal kahwin (ajnabi) iaitu keseluruhan tubuh kecuali tangan dan muka. Ini bukan untuk membezakan agama tetapi bagi menjaga kehormatan dan rahsia diri. Kita bimbang maruah diri kita akan tercemar atau diaibkan jika didedahkan di hadapan wanita bukan Islam akibat perbezaan agama. Ada juga ulama yang berpendapat aurat wanita dengan wanita bukan Islam ialah apa yang boleh nampak pada zahir seperti pakaian orang yang sedang berkerja bila berhadapan dengan perempuan bukan Islam.

[Type the document title] [Year]

b. BATAS PERGAULAN MUDA-MUDI LELAKI PEREMPUAN


Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan

mendesak ataupun keperluan,

maka ianya dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam. Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan : Pada prinsipnya, perhubungan di antara antara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara total, malahan Pada prinsipnya, perhubungan di dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlakdan ajaran perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan adab.
Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab.

Adapun DALIL-DALIL yang sabit daripada Nabi s.a.w tentang larangan percampur-gaulan antara lelaki dan perempuan, ialah seperti berikut: Allah telah berfirman: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya...Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya..." (An-Nur: 30-31) Bagaimana boleh menahan penglihatan bagi lelaki dan perempuan, apabila mereka berjumpa muka di suatu tempat. Jelaslah, bahawa ayat tadi menjadi bukti yang kuat tentang larangan percampur-gaulan bebas dan pengharaman hukumnya. Dalam firman Allah yang lain lagi: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab: 53) At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawasanya baginda telah bersabda: "Tiada yang akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan, melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya." Tersebut di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, sebuah Hadis daripada Rasulullah s.a.w berbunyi: "Waspadalah kamu dari mendatangani kaum wanita! Berkata seorang: Wahai Rasulullah! Bagaimana menemui mertua? Sabda Rasulullah: Mertua itu maut." Tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim juga sebuah Hadis daripada Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

[Type the document title] [Year]

"Jangan seseorang kamu duduk sendirian dengan seorang wanita, kecuali ada bersama kamu kaum kerabat." Adapun DALIL-DALIL tentang pengharaman kepada wanita asing ialah seperti berikut: Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya. (An-Nur: 30)

FirmanNya lagi: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al-Isra: 36) Muslim telah meriwayatkan daripada Jarir r.a katanya: "Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang penglihatan terserempak, maka jawab baginda: Alihkan penglihatanmu!" Abu Daud dan At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. katanya: "Saya berada di sisi Rasulullah s.a.w dan Maimunah ada di sisi kami, maka datanglah Ibnu Ummi Maktun; iaitu setelah turun perintah menyuruh kami berhijab. Maka berkata Nabi s.a.w.: Tutuplah muka kamu kedua (Ummi Salamah dan Maimunah) daripadanya.Kami pun menjawab: Wahai Rasulullah! Bukankah dia itu (Ibnu Ummi Maktun) orang buta, tidak dapat melihat kami, dan tidak boleh mengenali kami?! Bersabda la Rasulullah s.a.w.: Apakah kamu kedua juga buta, tidakkah kamu melihatnya?!" Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Waspadalah kamu dengan duduk-duduk di perjalanan orang ramai! Jawab para sahabat: Wahai Rasulullah! Kami tidak dapat mengelakkan diri dari duduk-duduk di situ, kami bercakap-cakap di situ. Maka berkata Rasulullah s.a.w: Jika kamu tidak dapat lepaskandiri kamu duduk-duduk di situ, maka hendaklah kamu berikan jalan itu haknya! Mereka bertanya: Apa dia hak jalan itu, wahai Rasulullah?! Jawab baginda: Menahan penglihatan, memberhentikan pengacauan, menjawab salam, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Sumber : Buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan Syed Ahmad Semait

[Type the document title] [Year] i. SEAGAMA Sekali lagi ditegaskan, meskipun Islam mengharuskan pergaulan, tetapi ia bukanlah satu kebebasan mutlak namun masih dalam ruang lingkup dan batasan tertentu. Terdapat beberapa tatacara yang mesti dijaga dalam pergaulan, khususnya antara lelaki dan wanita. a) Menundukkan

pandangan

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)
Tidak melihat aurat / memandang dengan pandangan syahwat / bukan pandangan yang liar. Pandangan pertama dimaafkan, namun jangan pula disusuli dengan pandangan kedua dan ketiga kerana ianya haram. b) Menjaga

aurat

dan

kehormatan

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orangorang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31)
ii. BERLAINAN AGAMA

[Type the document title] [Year] sama seperti di atas

c. BENTUK PERGAULAN
i. YANG SIHAT Pada perspektif Islam, pergaulan yang sihat ialah pergaulan yang baik dengan adab-adab tertentu. Tips Mengamalkan Pergaulan Yang Sihat: a) Bersangka baik elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca permusuhan b) Murah dengan senyuman tidak memerlukan modal dan dari aspek kesihatan, kajian mendapati kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu senyum berbanding 43 otot sewaktu mengerutkan dahi (rahsia awet muda) c) Lahirkan simpati dan empati turut berdukacita dengan musibah yang menimpa kawankawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka. d) Sebarkan salam tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi kepada semua e) Pamerkan kasih sayang saling membantu, mengambil berat dsb f) Latih diri ingat nama kawan - insan lain akan merasa dihargai g) Hormati pandangan pihak lain sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan atau bangkang dengan cara yang penuh berhikmah h) Minta maaf dan sedia memaafkan meminta maaf dan mengakui kesalahan tidak akan menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia. Bersedia memaafkan orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (AlAfuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya. i) Tepati janji salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak menepati j) Doakan kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara Allah antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di dalam AlMathurat). Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah insan-insan yang disayangi, mudah-

[Type the document title] [Year] mudahan Allah akan sentiasa mempertautkan hati antara kita. Elakkan : a) Menyakiti hati orang lain b) Gurauan melampaui batas c) Memperkecilkan orang lain d) Bercakap kasar (sekalipun bergurau) e) Mempamerkan riak wajah tidak selesa atau tidak suka

ADAB MENJAGA PERGAULAN YANG SIHAT Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan :

Ucapan yang makruf (baik) dan sopan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al
Quran supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik, kita ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk 'flirting' (menggoda), gurauan, sendaan yang tidak bermanfaat dan sia-sia.

Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah SWT menyuruh lelaki dan
wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah dan yang berbaur syahwat. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam (solat) beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.

Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas


bahawa Rasulullah SAW bersabda: Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhrimnya.

Menghindari tempat syubhah. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara


yang meragukan kamu (Riwayat Bukhari) Adab khas untuk wanita :

Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah SWT: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri
dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. (Surah Al Ahzab : 59). Dan firmanNya lagi: Janganlah kamu berhias diri sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliyyah zaman dahulu. (Surah Al Ahzab : 33)

Serius dalam ucapan, tidak mengada-ngada atau bermanja-manja


dalam percakapan. Firman Allah SWT : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing)

[Type the document title] [Year] sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan). (Surah Al Ahzab : 32)

Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang
lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. (Surah An Nur : 31)

ii. YANG DIHARUSKAN Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1- Harus kerana terpaksa (dharurah)


Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: "Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2- Harus kerana keperluan (hajat)


Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan: a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan. b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain. c) Ikhtilat kerana menjadi saksi Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

[Type the document title] [Year] d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. e) Ikhtilat kerana melayan tetamu Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW. f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu. g) Ikhtilat dalam kenderaan awam Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie. h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya: "Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah." i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal. j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini

[Type the document title] [Year] ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah. Sumber : http://my.opera.com/soreh71/blog/2010/04/14/adab-pergaulan

iii. YANG DITEGAH ISLAM

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan
perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada sepertiYahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja. Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolaholah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya. Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31) Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah

10

[Type the document title] [Year] SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim: 1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." 3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang. 5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda. "Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..." "Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar-benar penting dengan berlawanan jantina kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

11