Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU Pada semester kali ini,saya diwajibkan menjalani kursus terapi Pendidikan Khas.

Bagi tugasan ini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil agar perjalanan terapi Pendidikan Khas kali ini tampak lancar. Saya bersama-sama empat lagi ahli kumpulan saya yang lain dari kumpulan Pendidikan Khas tiga telah bergabung usaha dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah memilih untuk menjalankan serta membentangkan mengenai terapi cara kerja di hadapan kelas. Sebaik sahaja pembahagian tugas dijalankan, kami berlima mula memulakan tugas masing-masing demi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan di dalam menyiapkan tugasan ini. Saya mula mencari baha mengenai terapi cara kerja di lamanlaman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Saya juga berjumpa kepada pensyarah-pensyarah yang pakar mengenai bidang terapi ini. Akhirnya hasil di antara kami berlima mendapatkan maklumat serta input-input mengenai terapi cara kerja ini menampakkan hasil yang cemerlang. Alhamdulillah tanpa ada kerjasama di Antara rakan-rakan yang lain, tugasan ini pastinya tidak dapat dilakukan dengan mudah. Saya turut berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap seorang daripada ahli dapat menyumbangkan beberapa idea yang hebat dalam ketika sesi perbincangan di dalam kumpulan, hal ini amat membanggakan saya. Pada perbincangan kali pertama, kami berlima telah bersetuju untuk membuat doh dengan menggunakan plastisin serta bekas doh untuk menekap. Namun oleh kerana kami kekurangan sumber kewangan berikutan masalah elaun yang tidak dapat lagi maka kami membuat doh dengan menggunakan tepung. Idea ini terhasil melalui perbincangan kami dengan pensyarah pembimbing Cik Zubaidah. Beliau mencadangkan kepada kami agar membuah doh tepung bagi menjalankan aktiviti terapi cara kerja ni. Beliau terut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti terapi ini kepada kanakkanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Hasil daripada pengalaman serta pemerhatian saya sewaktu saya menjalankan tugasan Program Berasaskan Sekolah(PBS) pada semester lepas, saya dapati aktiviti

terapi cara kerja ini adalah melibatkan bahagian-bahagian motor halus. Terapi cara kerja ini penting bagi murid-murid pembelajaran khas. Tugas saya pada tugasan kali ini adalah membentangkan terapi cara kerja ini di hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Bagi tugas menyiapkan doh tepung pula telah di berikan kepada ahli kumpulan saya yang lain. Justeru itu saya hanya perlu menyiapkan serta wajib memahami apa yang dimaksudkan dengan terapi carakerja sebelum saya membuat pembentangan nanti. Tanggal 1 Februari 2012, iaitu pada hari pembentangan saya telah meyediakan peralatan-peralatan untuk pembentangan seperti komputer riba dan LCD bersam-sama ahli kumpulan saya. Pada permulaan agak sukar untuk memahamkan kepada rakanrakan kelas akan apa yang kami perbentangkan kerana terdapat pelajar yang bersembang sewaktu perbentangan di jalankan. Namun setelah saya menegur kesalahan mereka barulah mereka senyap. Akhirnya semua perjalanan aktiviti kami berjalan dengan lancar tenpa sebarang gangguan. Pandangan serta komen daripada pensyarah pembimbing iaitu En. Azmi juga amat lah membina serta memuaskan hati saya. Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai ahli kumpulan yang begitu memberikan kerjasama yang sangat baik pada saya. Saya harap di semester-semester akan datang, akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini yang banyak memberikan kebaikan serta input-input baru pada pelatih-pelatih guru saperti saya ini. Disediakan oleh : NAZRI FAHMY BIN BAHARIN 901219-10-5703