Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2012 SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU DI PADANG SEKOLAH

SMK KKB

PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan Sekali Berpengakap Terus Berpengakap menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bermasyarakat secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdisiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia. OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. TEMA Sekali Berpengakap Terus Berpengakap SASARAN TARIKH 9 Mac 2012 hingga 10 Mac 2012 (Jumaat Sabtu) SENARAI JAWATANKUASA 1 Semua 50 ahli pengakap baru. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran. Mendapat Sijil Keahlian setelah lulus Ujian Lencana Keahlian.

Pengerusi Naib Pengerusi 1 Ketua Perkhemahan Setiausaha Program Kem Komandan

: : : : :

Tn. Hj. Manap bin Jarkasi Pn. Wan Shamsiah bt. Wan Yusoff Puan Azma Shakirah bt. Mohd Fauzi Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman En. Suhaini bin Samsudin AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL 1

Bidang Tugas Pendaftaran

Penempatan Perkhemahan

Keselamatan dan disiplin

Catatan - mencatat kehadiran ahli - memungut yuran Pn. Zarina bt. Zainal pendaftaran Abidin - bekerjasama dengan AJK penempatan - menguruskan penempatan khemah pelajar Pn Azura bt. Draman memastikan proses penempatan pelajar lancar. - menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik. - Memastikan perkhemahan En. Sulaiman bin Mukhtar berjalan dengan suasana harmoni. - Membuat rondaan malam - Melantik AJK berkaitan Cik Salmah binti Ibrahim Pn. Roslah bt. Makh Hassan Pn. Zurinawati bt. Sahrujie memastikan pengagihan makanan berjalan lancer melantik di kalangan ahli menyediakan makanan memastikan kebersihan surau, tapak perkhemahan dan sekitarnya dalam keadaan baik di sepanjang perkhemahan. memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan. Menaip nama pelajar dengan betul. Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir perkhemahan. Memastikan dokumentasi

Pemimpin

4.

Makanan

Kebersihan

Sijil

Pn. Azma Shakirah bt. Mohd. Fauzi Pn. Nurulhidayah bt. Miskandar Pn. Wan Nur Fatiha bt. 2

Buku program /

dokumentasi

Wan Nasir

Aktiviti

En. Suhaini bin Samsudin dibantu oleh Calon Pengakap Raja / Penerima Rambu Remaja dan 8 org ahli pengakap remaja penerima rambu muda.

disediakan di akhir perkhemahan. Menyediakan pamplet mudah berkaitan perkhemahan. Melantik jurulatih Memastikan setiap stesen ada jurulatih atau pegawai bertugas Memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Mengadakan Ujian Lencana Keahlian.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN Anggaran Kos 1. 2. 3. 3. Makan malam RM5 x 50 x 1 kali Sarapan pagi RM3 x 50 x 1 kali Minum petang RM3 x 50 x 1 kali Sijil dan hadiah RM1 x 50 Buku Skim Latihan Pengakap Muda RM6 x 50 Perbelanjaan runcit aktiviti RM100 JUMLAH PERBELANJAAN = RM250 = RM150 = RM150 = RM50 = RM300 = RM100 =========== RM1000.00

TENTATIF PROGRAM JUMAAT (9 Mac 2012) 3.00 4.00 petang - pendaftaran masuk - Teknik mendirikan khemah dan melipat khemah dengan betul 4.00 5.30 petang - Taklimat perkhemahan - Peraturan pakaian seragam pengakap - Pengedaran Buku Skim Latihan Pengakap Muda - Penerangan tentang Skim Latihan Pengakap Muda 05.30 07.00 petang - Solat Asar berjemaah - Permainan pengakap (permainan kim). 07.00 09.00 malam - Makan malam - Solat maghrib berjemaah - Kuliah Maghrib - Solat Isyak berjemaah 09.00 11.30 malam - Prinsip Rukun Negara - Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia - Persetiaan dan Undang-undang Pengakap - Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap - Sejarah Pengakap Malaysia dan Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell 11.30 12.00 malam - minum malam - berehat SABTU (10 Mac 2012) 6.00 07.00 pagi - Solat Subuh berjemaah 4

- Kawad tongkat - Kawad statik 07.00 08.00 pagi - Sarapan pagi 08.00 10.00 pagi - Ujian Lencana Keahlian 10.00 pagi - Minum pagi 10.00 11.30 - Ujian Lencana Keahlian 12.00 tengah hari - Berkemas / lipat khemah 12.30 tengah hari - Bersurai Penutup Perkhemahan Lencana Keahlian Pengakap merupakan titik permulaan ahli pengakap sebelum meneruskan latihan kea rah menjadi seorang Pengakap Raja. Semoga aktiviti dapat dijalankan dengan jaya dengan kerjasama semua pihak. Yang menjalankan tugas,

.. (SUHAINI BIN SAMSUDIN) Pemimpin Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu.

Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. Khemah (jika ada) Sepasang uniform pengakap lengkap Pakaian Solat (muslim) Baju T Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan) Berus gigi Sabun mandi Tuala mandi Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik) Seluar sukan Stokin Buku log Alatulis Pinggan Cawan Kain lap (untuk lap khemah) Telur ayam 4 biji Sardin Cap Ayam saiz besar Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG sama sekali.

UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN 1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh. 2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai bertugas pada waktu tersebut. 3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas. 4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap. 5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran. 6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk. 7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri. 8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali melakukan aktiviti kecuali senaman pagi. 9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU JALAN KOLAM AIR PANAS, 44000 KUALA KUBU BHARU

TEL: 03-6064 1162

Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

: SMKKKB / PGK/12/02/03 : : 5 MAC 2012

Kepada : Semua ibu/bapa/penjaga, Ahli Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu. Tuan / Puan, PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Perkhemahan Pengakap mengikut maklumat berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Tarikh Tempat Pendaftaran Waktu balik Sumbangan : : : : : 9 10 Mac 2012 SMK Kuala Kubu Bharu 3.00 petang di SMK Kuala Kubu Bharu 12.30 tengah hari (Sabtu 10 Mac 2012) RM10 seorang (Buku Skim Latihan Pengakap Muda, makan dan sijil)

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membuat Ujian Lencana Keahlian bagi melayakkan ahli pengakap memakai Lencana Keahlian Pengakap. 4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta sumbangan kepada Cikgu Suhaini bin Samsudin pada atau sebelum 9 Mac 2012. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, -------------------------------------(HJ. MANAP BIN JARKASI) Pengetua Cemerlang, SMK Kuala Kubu Bharu. s.k., 1. 2. Penolong Kanan Kokurikulum Fail

Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawa saya bernama _____________________________________________________


(Nama Bapa / Penjaga)

beralamat _______________________________________________________________ _______________________________________________________________________


(Alamat)

memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________


(Nama Anak .)

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________ dalam Tingkatan __________ untuk menyertai ________________________________
SMK Kuala Kubu Bharu (Nama tempat) Perkhemahan Pengakap di

____________________

bertarikh ____________________________

9 10 Mac 2012

bertujuan _________________________________________________________ yang dianjurkan oleh pihak _________________________________________ Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan pergi dan balik dari aktiviti tersebut. Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan anak saya. Pengakuan dibuat oleh: ........................................ (Tanda tangan) ........................................ (Nama) . Saksi
(Tanda tangan) SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

Mendapatkan Lencana Keahlian Pengakap

....................................... (Nama)

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________