Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

SCE 3109: TENAGA DALAM KIMIA


PRAKTIKAL 4: TINDAK BALAS REDOKS

NAMA

: MOHD ASRUL HAFIZ BIN ALI @ YUSOF :MOHD SYAFIE BIN SAMSIR :MUHAMMAD SHAFIQ BIN SHUKRI :WAN MOHD RIDZAUDDIN BIN WAN MAJID

EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. : 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm -3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Bahan

Alat Radas : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Prosedur : 1. Tiub U diletakkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat

dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan.

7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan. 8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Galvanometer

Elektrod karbon Larutan ferum (II) sulfat Larutan berasid kalium dikromat (VI)

Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Keputusan :

Bahan Larutan Ferum (II) sulfat + larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium iodida + Larutan Kalium manganat (VII) berasid

Anod Larutan ferum (II) sulfat

Katod Larutan Kalium dikromat (VI) berasid Larutan Kalium manganat (VII) berasid

Galvanometer Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan Jarum Galvanometer bergerak ke arah kanan

Pemerhatian Ferum (ll) menjadi warna coklat kemerahan Kalium bertukar menjadi warna biru

Larutan Kalium iodida

Perbincangan : Pengoksidaan dan penurunan, tindak balas kimia pelengkap yang dicirikan oleh penurunan atau pengoksidaan masing-masing satu atau lebih elektron oleh atom atau molekul. Pada asalnya istilah pengoksidaan telah digunakan untuk merujuk kepada reaksi di mana oksigen digabungkan dengan unsur atau sebatian contohnya tindak balas magnesium dengan oksigen untuk membentuk magnesium oksida atau gabungan karbon monoksida dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida. Begitu juga, pengurangan merujuk kepada penurunan dalam jumlah oksigen dalam bahan atau penyingkiran yang lengkap. Contohnya, tindak balas kuprum oksida dan hidrogen untuk membentuk kuprum dan air. Dalam eksperimen ini, terdapat dua reaksi redoks berlaku. Tindak balas pertama adalah antara larutan ferum (II) sulfat dengan kalium dikromat (VI) berasid. Sementara reaksi kedua adalah antara larutan kalium dan kalium manganat (VII) berasid.

Dalam tindak balas pertama, ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan. Ia membebaskan elektron menjadi ion ferum (III). Oleh sebab yang demikian, ferum (ll) sulfat berlaku perubahan warna dari hijau pucat kepada warna kemerahan coklat. Berikut adalah persamaan setengah bagi ferum (II). Fe2+ (ak) Fe3+ + eDalam tindak balas ini, elektron akan berkumpul dan kemudian melalui elektrod karbon dalam larutan ferum (ll) sulfat sebelum mengalir ke wayar penyambung. Elektrod karbon bertindak sebagai terminal negatif. Elektrod kemudian mengalir ke terminal positif, yang merupakan karbon elektrod dalam larutan kalium dikromat berasid (VI). Ion dikromat (lV) bertindak sebagai agen pengoksidaan menerima elektron dan oleh itu, menjalani proses penurunan untuk menjadi larutan tanpa warna kromium (ll) ion.

Persamaan setengah Pengoksidaan: Fe2+ (ak) Fe3+ + e-

Persamaan setengah Penurunan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) Persamaan keseluruhan: Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6 Fe2+ (ak) 2Cr3+ (ak) + 6Fe3+ (ak) + 7H20 (ce) Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai jambatan garam untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir.

Dalam tindak balas antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (Vll), ion manganat (Vll) bertindak sebagai agen pengoksidaan, jadi ia menerima elektron dan bertukar menjadi larutan tanpa warna mangan (ll) ion dan akan menghasilkan air. Persamaan setengah ionik Penurunan : MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H20 (ce) Persamaan setengah ionik Pengoksidaan : I2 (g) 2I- + 2ePersamaan ionik keseluruhan: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce) Hasil dari tindak balas ini harus diuji dengan larutan kanji 1% untuk mengesan kehadiran iodin dalam larutan yang bertindak balas tadi.

Kesimpulan : Berlaku pemindahan elektron dari katod ke anod melalui wayar penyambung.

Soalan:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.

Tindak balas 1: FeSO4 + K2Cr2O7 Fe Cr2O7 + K2 SO4 Tindak balas 2: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan.

Tindak Balas

Agen Pengoksidaan Ion Ferum (ll) sulfat Ion Manganat (Vll)

Agen Penurunan

(FeSO4 dan K2Cr2O7) (KI dan KMnO4)

Dichromate (Vl) ion Ion Iodida

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.

Tindak balas 1 (FeSO4 and K2Cr2O7) Terminal negatif (FeSO4) ke terminal positif (K2Cr2O7)

Tindak balas 2 (KI and KMnO4) Terminal negatif (KI) ke terminal positif (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

Fungsi asid sulfurik adalah ia bertindak sebagai jambatan garam yang memisahkan tindak balas setengah dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion dalam litar.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.

Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah: i. Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl) ii. Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalium sulfat (K2SO4) 5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik?

Kerana larutan bromida kalium akan bertindak balas dengan bahan tindak balas. Ini akan menyebabkan tindak balas tidak berlaku. Selain itu, kompaun itu tidak akan membenarkan pergerakan ion dalam tindak balas.