Anda di halaman 1dari 5

Ujian 1

Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

Media bermakna saluran komunikasi.Media terbahagi kepada media

cetak dan media elektronik.Percival dan Elington (1984) membahagikan media

kepada 2 iaitu :

1. Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti filem, pita ,piring

hitam, slaid, perkataan bercetak dan kombinasi antaranya.

2. Pelbagai saluran komunikasi massa termasuklah surat khabar, radio dan

televisyen.

Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai

sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.

Torkelson (1972) ,membahagikan media kepada mesej, bentuk mesej dan

saluran mesej.

Penggunaan media amat penting dalam pembelajaran kerana dapat

menyalurkan mesej kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran ,

perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga terjadinya

proses pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran,penggunaan media memperlihatkan

beberapa kelebihan seperti memperjelaskan penyampaian mesej.Ini

bermaksud sesuatu mesej dapet diterangkan dengan jelas dan berkesan

dengan menggunakan pelbagai alatan dari abstrak hingga konkrit.Selain

itu,penggunaan media tidak terhad.Ianya merentasi batasan ruang, waktu dan

pancaindera.Segala maklumat boleh didapati dengan mudah dengan melayari


internet.Penggunaannya pula sentiasa berubah mengikut perkembangan

semasa.

Selain itu, penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi

mudah menarik minat,meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan

yang kukuh, menjimatkan masa serta boleh diulang-ulang penggunaannya. Ini

membuatkan seseorang pelajar itu lebih teruja untuk belajar.Pelajar juga

akan memperolehi pengalaman dan pesepsi yang sama.

Antara fungsi media pemgajaran ialah pengajaran bersama pengajar.

Setiap pelajar dapat belajar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

Pengajar hanya menjadi fisilitator sahaja.Dengan adanya media pengajaran

pelajar juga boleh belajar secara sendiri tidak bergantung perlu bergantung

kepada tenaga pengajar. Contohnya,pelajar boleh belajar dengan melayari

internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran.Pelajar juga boleh membuat

folio bermedia yakni dengan mengumpulkan semua bahan yang ada dalam satu

fail.Selain itu,pengajaran secara tematik iaitu mengikut tema-tema

tertentu serta pendidikan jarak jauh boleh dilakukan dengan melayari

internet atau menggunakan e-mel dan sebagainya.Manakala bagi pelajar

istimewa seperti OKU dan pelajar genius tidak lagi menghadapi masalah.Ini

kerana mereka boleh belajar di mana saja tanpa perlu ke mana-mana.Di sini

menunjukkan betapa pentingnya penggunaan media dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan media merangkumi seluruh proses

pembelajaran sehingga dapat merangsangkan pemikiran,perasaan,perhatian

dan minat seseorang pelajar.


Ujian 2

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk;

a) pengajaran bersama pengajar

b) pengajaran tanpa pengajar

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk

menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat

merangsang fikiran, perasaan,minat serta perhatian pelajar dan seterusnya

terjadilah proses pembelajaran.

Walaupun media pengajaran merangkumi seluruh proses pembelajaran

,namun terdapat juga masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media

dalam bentuk:

a) Pengajaran bersama pengajar.

Masalah yang mungkin timbul dalam pengajaran bentuk ini ialah pelajar hanya

menerima apa saja yang disediakan oleh pengajar.Oleh itu pelajar

bergantung sepenuhnya kepada pengajar.Pengajaran satu hala iaitu

berfokuskan guru .Tiada tindakan untuk pelajar membuat rujukan

tambahan.Selain itu,tahap perkembangan dan kesediaan belajar pelajar

berbeza.Jadi ,strategi pengajaran dan aktiviti yang berbeza hendaklah

diadakan.Tidak semua pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti.

Selain itu,stail pembelajaran setiap individu adalah berbeza.

b) Pengajaran tanpa pengajar

Penggunaan media dalam bentuk pengajaran tanpa pengajar akan menimbulkan


masalah tiada kawalan dalam had melayari internet atau e-mel.Pelajar boleh

melayari mana-mana program yang diingininya.Pelajar hanya menerima apa

saja yang diperolehi dan tiada tempat rujukan sekiranya timbul sebarang

masalah pembelajaran .Tiada sukatan pelajaran yang khusus yang menjadi

panduan pelajar. Begitu juga dari aspek sosial iaitu tiada interaksi diantara

individu dengan individu lain.Selain itu,kesediaan persekitaran, kesediaan

pelajar serta pengalaman pembelajaran tidak dititik beratkan dalam

pengajaran bentuk ini. Proses penilaian tidak berlaku kerana penilaian

sepatutnya dilakukan sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum,semasa dan

selepas pengajaran.Pengajaran tanpa pengajar juga menyebabkan murid

lemah akan terus tercicir kerana tidak ada media atau aktiviti yang sesuai

untuk membantu mereka.


MEDIA PENGAJARAN

NAMA : NOR AZIZAH BINTI


AHMAD

KURSUS : PENGAJIAN KAJIAN


SOSIAL

TUTOR : EN. ABRAHAM