Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN KEM KOMANDAN

PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAWAN NASIONAL


2008
Tarikh : 15 November 2008 hingga 20 November 2008
Tempat : Kompleks Rakan Muda Mak Lagam , Kemaman

Program Bersama Keluarga Angkat


Tarikh : 21 November hingga 24 November 2008
Tempat : Kampung Ibok , Kampung Yak Yah, Kampung Batu 9 dan
Kampung Padang Kemunting, Kemaman

Laporan Hari Pertama : 15 November 2008 ( Sabtu )

Pada hari ini seramai 20 orang pegawai telah mendaftar untuk bertugas iaitu ;

i. Kem Komandan
ii. Penolong Kem Komandan
iii. Ketua Fasilitator
iv. 9 Orang Fasilitator
v. 4 Orang Jurulatih
vi. 4 Orang Urusetia

Seramai 160 orang peserta telah selamat tiba dan mendaftar untuk menjalani
program ini.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Kem Komandan pada jam 3.30
petang dan tamat menjelang jam 5.00 petang. Para peserta seterusnya diberikan
minum petang dan makan malam dan meneruskan aktiviti solat maghrib dan
kuliah maghrib. Tepat jam 8.30 malam semua peserta telah berkumpul di Dewan
besar dan aktiviti suai kenal diuruskan oleh Ketua Fasilitator serta semua
fasilitator.

Aktiviti suaikenal telah tamat pada jam 11.30 malam , semua peserta di minta
menjawab soalan soal selidik kali pertama dan apabila selesai menjawab semua
peserta di arah balik ke asrama untuk berehat. Semua Pegawai bermesyuarat
sehingga jam 1.00 pagi.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 1


Laporan Hari Kedua : 16 Nov 2008 ( Ahad )

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh.
Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat
pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi
semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus
( SWOT ) dikendalikan oleh semua Fasilitator.Slot kedua Kecergasan Emosi
dikendalikan oleh En Aziz Ibrahim seorang Caunselor. Semua peserta
bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat
tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari.

Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga oleh Fasilitator
dengan tajuk Tangapan dan Gambaran Masa Depan Ceramah ini tamat pada
jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat
asar.

Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan
semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik.

6.30 malam semua peserta bergerak ke kaantin untuk makan malam dan bersiap
ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan
oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman.

9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah
yang bertajuk Manusia sebagai Khalifah oleh En Zaki b Ambak pegawai
memerintah St John Ambulan Negeri Terengganu.

Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk
berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Ketiga : 17 Nov 2008 ( Isnin )

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh.
Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat
pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi
semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus
yang bertajuk Pengenalan Kepada sukarelawan dikendalikan oleh Fasilitator Slot
kedua Ceramah yang bertajuk Ciri-Ciri Unggul Sukarelawan dikendalikan oleh
fasilitator . Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik.
Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan
tengah hari.

Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga oleh En
Muhamad Sulaiman tajuk ceramah Pengurusan Badan-Badan Sukarela.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 2


Ceramah ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk
minum petang dan solat asar.

Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan
semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik.

6.30 malam semua peserta bergerak ke kantin untuk makan malam dan bersiap
ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan
oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman.

9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah
yang bertajuk Strategi Kesedaran Kesukarelawan Isu dan Cabaran oleh En
Mazlan dari Pejabat Belia Sukan daerah Kuala Terengganu.

Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk
berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Keempat : 18 Nov 2008 ( Selasa )

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh.
Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat
pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi
semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Simulasi Pilihanraya
dikendalikan oleh semua Fasilitator dalam slot ini semua peserta didedahkan
kepada perjalanan pilihanraya sehingga kepada proses pengiraan undi . Semua
peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti
rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari.

Program disambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot kedua bertajuk
Kemahiran Komunikasi Interpersonal I Ceramah ini tamat pada jam 4.30 petang.
Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar.

Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan
semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik.

6.30 malam semua peserta bergerak ke kaantin untuk makan malam dan bersiap
ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan
oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman.

9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot bertajuk
Kemahiran Komunikasi Interpersonal II yang dikendalikan oleh semua fasilitator.

Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk
berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 3


Laporan Hari Kelima : 19 Nov 2008 ( Rabu )

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh.
Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat
pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi
semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus
Bertajuk Perjuangan Kemerdekaan Negeri oleh Tn Hj. Shamsuddin b Adam dari
Pejabat Menteri Besar Terengganu. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustaz Hj
Hussin seorang penceramah bebas , Tajuk Ceramah beliau ialah Perpaduan
Bangsa Malaysia. Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama
yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor
dan makan tengah hari.

Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot Tayangan Filem
Bukit Kepong , slot ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti
rehat untuk minum petang dan solat asar.

Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih En Aziz dan
semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik.

6.30 malam semua peserta bergerak ke kantin untuk makan malam dan bersiap
ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yang dikendalikan
oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman.

9.00 Semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah
bertajuk Keusahawanan Dalam Konteks Negara oleh En Izanie Razak
Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Terengganu. Dalam slot ini peserta telah
diajukan beberapa soalan dan juga memberikan pendapat mereka tentang
keusahawanan dan jenis-jenis perniagaan yang boleh diusahakan.

Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk
berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Keenam : 20 Nov 2008 ( Khamis )

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh.
Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat
pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi
semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus
Bersama NGO dikendalikan oleh semua Fasilitator.Slot ke dua Kemahiran
Merancang juga dikendalikan oleh fasilitator. Semua peserta bersemangat dan
memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah
hari untu solat Zohor dan makan tengah hari.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 4


Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga LDK
dikendalikan sepenuhnya oleh semua Fasilitator dalam kumpulan, slot ini tamat
pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan
solat asar.

Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan
semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan SenamRobik
mengikut kumpulan.

6.30 malam semua peserta persiapkan diri ke surau untuk solat maghrib dan
isyak serta kuliah maghrib yang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama
Kemaman.

9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot
Pengurusan Malam Kebudayaan dan jamuan BBQ . Dalam Slot ini semua
kumpulan telah diberikan tugasan untuk mengurus perjalanan jamuan BBQ dan
juga persembahan malam kebudayaan. Semua Fasilitator menilai perjalanan
majlis tersebut.

Program tamat pada jam 11.30 malam. Semua peserta diminta menjawab soalan
soal selidik kali ke dua sebelum balik ke asrama untuk berehat manakala semua
pegawai bermesyuarat.

PROGRAM ANAK ANGKAT DI KAMPUNG ANGKAT

Laporan Hari Ketujuh : 21 Nov 2008 ( Jumaat )

Semua peserta bersiap untuk solat Subuh dan berkemas untuk bergerak ke
Kampung angkat masing-masing. Para urusetia dan Fasilitator membantu
peserta bagi memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan serta tidak
ada barang peribadi peserta tertinggal. Dalam pada itu juga kebersihan asrama
turut diberikan perhatian.

Satu taklimat Keluarga angkat telah diberikan oleh Kem Komandan kepada
semua peserta dan peserta telah dikumpulkan dalam kumpulan mengikut
kampung angkat masing-masing. Sesi Bergambar beramai-ramai diadakan
sebelum peserta berangkat pergi ke kampung angkat.

Semua peserta telah berangkat ke kampung angkat dengan empat buah bas
yang disewa khas tepat jam 9.00 pagi dan tiba di Kampung Ibok jam 9.30 pagi.

Ketibaan peserta telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Ibok selaku
tuan rumah , semua peserta telah ditempatkan sementara di dua buah premis

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 5


iaitu peserta perempuan di Bangunan E- Komuniti manakala peserta lelaki di
Bangunan Perpustakaaan Desa.

Selepas solat Jumaat majlis perasmian program keluarga angkat telah


disempurnakan oleh YAB Dato Ahmad b Said Menteri Besar Terengganu.
Semua Ibu Bapa angkat telah mendapat anak angkat mereka mejelang jam 5.00
petang. Semua peserta menjalani aktiviti di rumah keluarga angkat masing-
masing.

Laporan Hari Kelapan : 22 Nov 2008 ( Sabtu )

Aktiviti perkampungan angkat dimulakan dengan senamrobik di kampung


masing-masing. Aktiviti gotong-royong membersihkan Balai Raya, Surau dan
tanah perkuburan dijalankan di kampung masing-masing sehingga lewat tengah
hari.

Ibu bapa angkat juga mengadakan aktiviti lawatan ke Zoo Kemaman yang
kebetulan Zoo tersebut terletak di kawasan perkampungan angkat. Semua
peserta di urus oleh Pengerusi JKKK dan Ibu Bapa angkat.

Pada sebelah malam pula di Masjid Kampung Ibok dan Kampung Batu Sembilan
diadakan Ceramah Perdana . Semua penduduk dan juga anak angkat hadir dan
mengikuti ceramah tersebut. Terdapat juga Pengerusi JKKK yang mengadakan
BBQ kepada anak-anak angkat mereka di kampung angkat masing-masing.

Semua pegawai menjalankan seliaan dari masa kesemasa. Mesyuarat Malam


semua pegawai di adakan di rumah tumpangan yang disediakan. Sehingga jam
1.00 pagi

Laporan Hari Kesembilan : 23 Nov 2008 ( Ahad )

Aktiviti Sukaneka diadakan di Padang Bola Kampung Ibok. JKKK Kampung Ibok
telah mengendalikan aktiviti ini yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam
12.30 tengah hari.

Pada sebelah petang pula semua peserta berkumpul di Balai raya kampung
masing-masing untuk menjalani sesi latihan Malam Kebudayaan sehingga lewat
petang.

Pada jam 9.00 malam aktiviti malam kebudayaan di adakan di Dewan Sekolah
Kebangsaan Ibok. Malam Kebudayaan ini di kendalikan oleh Majlis Belia Daerah
Kemaman. Semua peserta dari empat kampung mengambil bahagian dalam
persembahan.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 6


Sambutan penduduk setempat amat menggalakkan di mana Dewan SK Ibok
penuh sesak dengan orang ramai.

Aktiviti malam kebudayaan tamat jam 1.00 pagi. Semua anak-anak angkat
pulang ke rumah keluarga angkat dengan menaiki kenderaan yang disediakan
oleh JKKK dan juga ibu bapa angkat masing-masing.

Semua pegawai pulang ke rumah tumpangan dan bermesyuarat sehingga jam


2.00 pagi.

Laporan Hari Kesepuluh : 24 Nov 2008 ( Isnin )

Hari ini merupakan hari terakhir program PJKN. Semua peserta telah berkumpul
diperkarangan Masjid Ibok untuk Majlis Penutup PJKN peringkat negeri
Terengganu.

Sebelum majlis bermula semua peserta diberikan taklimat oleh Kem Komandan
tentang tatacara majlis dan juga perjalanan pulang semua peserta. Selesai
taklimat peserta telah diberikan borang penilaian kursus untuk dijawab dan
dikembalikan kepada Kem Komandan untuk dianalisis oleh urusetia.

Majlis penutup bermula tepat jam 11.00 pagi. Tuan Pegawai Daerah Kemaman
telah sudi untuk merasmikan penutupan PJKN peringkat negeri Terengganu bagi
tahun 2008.

Selesai majlis penutup. Semua peserta , pegawai dan dif jemputan telah
dijemput untuk jamuan makan tengah hari.

Semua peserta telah di arah berkumpul dan bersalaman dengan semua pegawai
bertugas serta Ibu Bapa angkat sebelum mereka berangkat pulang dengan bas
masing-masing.

Majlis tamat apabila semua peserta telah selamat pulang ke daerah masing-
masing menjelang jam 2.30 petang.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 7


RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM :

Pada hemat saya program yang dirancang ini telah dapat dijayakan dengan
lancar seperti mana yang diharapkan. Bermula dari hari pertama sesi program
berlansung sehingga tamatnya di kampung angkat semua peserta telah dapat di
kaderkan sebagai seorang sukarelawan yang mempunyai jati diri untuk
membantu tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Dalam pada itu juga semua
peserta telah menunjukkan jati diri yang tinggi apabila sanggup berada selama
10 hari bagi mengikuti program ini hingga tamat. Dalam ucapan wakil peserta
ada menyarankan agar program ini dipanjangkan sehingga ke 20 hari, ini
menunjukkan bahawa kesemua peserta berasa seronok dan tidak tertekan
semasa mengikuti program ini. Bagi pihak fasilitator, kesemua mereka telah
berjaya melaksanakan tanggungjawab sehingga mencapai objektif seperti yang
diharapkan. Aktiviti tidak hanya terikat pada ceramah tetapi diikuti dengan
perbengkelan dan tugasan serta pembentangan telah menarik perhatian
kesemua peserta untuk melibatkan diri sepenuhnya. Pada saya kesemua
fasilitator yang dipilih ini sememangnya amat berpengalaman dan pakar dalam
bidang mereka. Para jurulatih juga tidak ketinggalan membantu menjayakan
program ini. Ketua Jurulatih merupakan seorang yang amat berpengalaman
dalam bidangnya telah berjaya membentuk satu golongan pelapis baru bagi
senamrobik. Peserta yang tamat program ini apabila pulang ke sekolah di daerah
masing-masing akan menggunakan kemahiran mereka untuk mengajar rakan-
rakan yang lain. Pengalaman yang ada dalam pengurusan beberapa program
telah membantu pihak urusetia melaksanakan tanggunjawab mereka melicinkan
perjalanan program serta membantu para fasilitator dan juga jurulatih dalam apa
juga aktiviti. Perlaksanaan di perkampungan angkat juga dapat dijalankan
dengan baik sekali, bermula dengan majlis penyerahan anak angkat sehinggalah
ke majlis perasmian penutup. Kerjasama daripada semua pengerusi JKKK amat
baik sekali terhadap anak-anak angkat di bawah penyeliaan mereka. Kepada
pihak penganjur khususnya Majlis Belia Negeri Terengganu yang banyak
membantu terutamanya dari segi kemudahan peserta seperti makan dan minum,
pengangkutan, tempat tinggal , Penyediaan Kit Peserta dan juga Kebajikan
peserta tidak kurang juga dapat membantu menjayakan program ini. Kebajikan
para pegawai terutamanya makan dan minum serta tempat tinggal yang
diberikan perhatian oleh pihak Majlis Belia Negeri Terengganu dan Majlis Belia
Daerah Kemaman amat juga turut membantu para pegawai dalam
melaksanakan tugas mereka. Akhir sekali harapan saya moga Program seperti
ini dijadikan acara tahunan dalam kalendar aktiviti MBNT.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 8


KEKUATAN PROGRAM :

Kejayaan pelaksanaan PJKN kali ini amat bergantung kepada elemen seperti
berikut :

i. Peserta Program : - Kesemua peserta program adalah pelajar dari


Tingkatan 6 Rendah dan kebanyakkan daripada mereka ini adalah
pemimpin pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan
keterampilan yang tersendiri. Kesemua mereka amat cemerlang di
sekolah masing-masing. Oleh yang demikian tidak ada masalah
disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua
mereka taat dan ikut perintah yang diberikan.

ii. Barisan Fasilitator dan Jurulatih yang berpengalaman – Pemilihan


fasilitator yang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling dan juga
sukan serta banyak pengalaman dalam mengendalikan program-
program seperti ini telah dapat menjayakan program ini dengan cekap
dan cemerlang. Kesemua Fasilitator yang terlibat memiliki Ijazah
dalam bidang pendidikan , sukan dan juga kaunseling.

iii. Kem Komandan / Pen. Kem Komandan – Pemilihan Kem Komandan


dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma
serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan
perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah
menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia.
Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai
di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka
pegawai di bawahnya di hadapan peserta.

iv. Urusetia yang berpengalaman – Perjalanan Program tidak mungkin


berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan
berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan
cemerlang bersama-sama Kem Komandan. Fasilitator dan juga
Jurulatih.

v. Kemudahan Prasarana Kursus yang lengkap – PJKN kali ini yang di


adakan di Kompleks Rakan Muda yang sememangnya lengkap
dengan semua kemudahan asas terutamanya tempat penginapan,
tempat makan, tempat berkursus dan juga tempat bersukan dapat
membantu melicinkan perjalanan program. Dalam pada itu juga
kemudahan siaraya , projektor , komputer dan talian internet dapat
membantu pihak urusetia melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Kemudahan pengangkutan dari rumah peserta ke Kompleks Rakan
Muda dan dari Kompleks Rakan Muda ke Kampung angkat serta dari

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 9


Kampung angkat balik ke daerah peserta masing –masing turut
membantu melicinkan perjalanan program.

vi. Hubungan baik pihak Pengurusan dan Pengerusi JKKK kampung


angkat – Tanpa hubungan yang baik antara pihak MBNT dan MBDK
dengan pengerusi JKKK Kampung Ibok, Kampung Yak Yah ,
Kampung Batu 9 dan Kampung Padang Kemunting sudah tentu
program anak angkat tidak dapat dilaksanakan.

vii. Peruntukan Program yang mencukupi – Tanpa peruntukan


kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan
dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang
hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan
PJKN kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan kewangan
yang diperolehi.

Kelemahan :

Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

i. Kemudahan Penginapan Fasilitator – Penginapan untuk fasilitator /


urusetia dan juga jurulatih tidak mencukupi. Hanya ada sebuah sahaja
bangunan untuk penginapan bagi semua pegawai. Pegawai lelaki dan
perempuan terpaksa berkongsi bangunan dan diagaihkan bilik sahaja.
Perkara ini seharusnya diatasi segera tatapi tidak ada tindakan
sehingga program tamat.

ii. Kemudahan rawatan kecemasan – Walaupun ada urusetia bahagian


ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Masa rawatan hanya
disediakan pada jam 1.00 petang dan jam 5.00 petang. Bagi Kes-Kes
kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus
ke hospital dan keadaan ini berterusan sehingga hari terakhir di Kem
Rakan Muda. Diharapkan moga pada program yang akan datang
urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini
berlangsung.

iii. Makan dan Minum Pegawai tidak mencukupi – Pegawai yang lewat
tiba di kantin untuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan
malam tidak dapat makan dan terpaksa makan diluar. Hal ini berlaku
kerana pihak Katering menghidangkan makanan mengikut jumlah
pegawai yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan
makanan seperti mana jumlah yang ditempah. Walau bagaimanapun
hal ini dapat diselesaikan setelah empat hari program ini berjalan.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 10


iv. Masalah air di asrama – Para peserta mengalami masalah air di bilik
mandi dan tandas, ini adalah kerana tekanan air di asrama sangat
lemah apabila tiba waktu puncak iaitu pada waktu pagi dan petang.
Keadaan ini juga berlaku di bangunan penginapan para pegawai.
Masalah ini berterusan tanpa dapat diatasi kerana ia melibatkan kos
penyelengaraan yang tinggi.

v. Ketiadaan Urusetia Kerohanian – Aktiviti ini diserah terus kepada


Pegawai dari Pejabat Agama Kemaman tanpa ada seorang urusetia
khusus untuk program kerohanian. Diharapkan pada program yang
mendatang disediakan seorang urusetia khusus untuk kerohanian.

Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil
tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh ,

.................................................
( MOHD ANUAR B IBRAHIM )
Kem Komandan
PJKN Terengganu 2008
Kemaman , Terengganu

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu 11

Anda mungkin juga menyukai