Anda di halaman 1dari 4

Esei : Keburukan Penggunaan Plastik

Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun dan memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak negatif yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia? Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Jikalau beberapa dekad dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedaikedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Terdapat kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius serta memandang enteng masalah ini. Apakah yang membahayakan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik dan terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain. Selain itu, plastik juga diperbuat dari sebuah sumber yang amat berharga iaitu minyak. Jika lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan. Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak mudah dilupuskan dari muka bumi. Walaupun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastic, namun sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul. Beg plastik juga sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh menyerap kedalam tanah dan memasuki sumber air kita dan juga menyebabkan tanah tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian. Binatang yang menyangka beg plastik makanan dan menghadamnya boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut. Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna lazimnya malas membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Justeru itu mereka lebih cenderung menerima beg plastik yang diberi oleh penjual. Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membelibelah dengan menyediakan beg tersebut dengan mengenakan bayaran atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik. Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik

berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Tidak ramai yang menyedari kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika kita jarang meneliti jurnal dan majalah saintifik.

Izharnya, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates yang disebut THA-lates iaitu satu bahan yang akan membuatkan bahan plastic menjadi lembut dan mudah lentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia. Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan nyawa manusia.

Membawa beg sendiri apabila membeli-belah juga memberikan banyak kelebihan sebenarnya dan barangan kecil yang dibeli tidak perlu dibungkus menggunakan beg plastik.Kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila hendak membeli makanan yang biasanya dibungkus. Terdapat juga pasar raya hyper merekacipta beg plastik yang akan terlerai sendiri dalam masa beberapa bulan dan ia mengurangkan masalah sampah.

Antara manfaat yang bakal kita perolehi ialah, kita mudah membawa barang samada kecil mahupun besar dan tidak mudah tercicir semasa membeli-belah.Kita juga tidak perlu menghabiskan masa membuka bungkusan satu persatu dan sampah juga berkurangan kerana biasanya plastik bersaiz kecil tidak digunakan semula. Membungkus makanan dalam bekas yang kita bawa lebih terjamin dari aspek kebersihan kerana kita sendiri yang mencuci malah masa membeli juga dapat dijimatkan.

Apa pun, kini wujud sekelumit kesedaran apabila sebahagian negeri di Malaysia berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Bukan sahaja kompleks membeli-belah malah institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan penggunaan plastik sama sekali.Tapi kenapa plastik masih lagi menjadi isu yang polemik mutakhir ini?

Terdapat sebuah artikel yang menyatakan bahawa presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor memberitahu bahawa penggunaan plastik tidak menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar. Beg plastik juga mampu memberi ancaman yang besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.

Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini. Masalah yang kita hadapi sehingga sekarang ialah, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat yang dan konsisten yang tidak lekang dek panas, tidak lentur dek hujan seperti yang diamalkan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Sebagai contoh, Australia Selatan juga telah melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air. Pengguna akan diberi beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli juga perlu menyediakan green bags, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg tersebut. Larangan ini berjaya mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.

Tuntasnya, pihak yang bertanggungjawab telah bersinergi bagai aur dengan tebing berhempas pulas menghasilkan satu tenaga yang efisien merealisasikan program-program supaya mengecapi aspirasi menangani kemelut ini. Sebagai contoh apabila kita pergi ke pasar raya besar lazimnya, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 bagi setiap beg plastik yang disediakan.Pernahkah kita terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya bilangan bahan buangan yang sinonim dengan plastik ini semakin meningkat dengan optimum di muka bumi ini? Konklusinya, tidak perlulah kita bersikap evasif kerana punca masalah ini timbul adalah kerana diri kita sendiri, maka kita juga tidak mustahil untuk menyelesaikannya bak kata pepatah tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Sebagai pengguna yang bijak, marilah kita sama-sama mengorak langkah menyumbang komitmen seoptimum yang mungkin bagi mengurangkan penggunaan beg plastik mulai detik ini.Kita juga perlulah melentur buluh dari rebungnya dengan

menyemai amalan ini kepada generasi muda pewaris harapan bangsa . Biarpun kita mungkin merasa kekok pada awalnya tetapi fikirkanlah manfaat yang lebih besar yang akan kita dapati serta kesannya kepada alam sekitar yang kita sayangi.