Anda di halaman 1dari 44

Persetiaan Raja-Raja 1.

Persetiaan dengan Kedah


Pada 16 hari bulan Sya'ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. (2008). Kuala Lumpur: ITNM

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeni, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahani dan bulan bercahaya: Perkaraperkara Perjanjian adalah seperti berikut: Perkara I Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam nibu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang. Perkara II Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai. Perkara III Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka. Perkara IV Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dan Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka. Perkara V Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda. Perkara VI Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan. Perkara VII Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu. Perkara VIII Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga. Perkara IX

Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris. Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri. Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang danipada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan. Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing. Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang. Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791. (Tandatangan) F. LIGHT

2. Persetiaan dengan Naning, 1801 Selasa, 13 Oktober 2009 04:22 | Ditulis oleh Prof.Abdullah
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:Perkara 1 Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara 11 Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya. Perkara 111 Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang). Perkara 1V Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain. Perkara V Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati. Perkara V1 Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara. Perkara V11 Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan manamana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas. Perkara V111 Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik. Perkara 1X Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang

mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah. Perkara X Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan. Perkara X1 Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas. Perkara X11 Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain. Perkara X111 Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu. Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya. Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801. (Tandatangan) A. TAYLOR.

Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning


Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia. Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.

3. Perjanjian Sir Stamford Raffles, 1819


Selasa, 13 Oktober 2009 04:16 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekalain tukun pulau mana di dalam perintahya Singapura di dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles, Leftenan Gabenor Bengal Yang Maha Mulia. Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kopeni Inggeris dengan negerinegeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selama-lamanya. PERKARA YANG PERTAMA Maka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat yang di bawah perintah Singapura Johor. PERKARA YANG KEDUA Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja. PERKARA YANG KETIGA Dari hal tanah Kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada datuk Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial. PERKARA YANG KEEMPAT Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris. PERKARA YANG KELIMA Maka apabila datang seri sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-perkara hal perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu dinaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris maka dari itu diturunkan tandatangan dan cap kedua kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat surat ini kepada empat hari bulan Rabiul Akhir 1233. Cap dan tandatangan

4. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 -menyerah sepenuh kedaulatan dan hak ... untuk selama-lamanya
Selasa, 13 Oktober 2009 04:13 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala Lumpur: ITNMB

SUATU PERSETIAAN PERSAHABATAN dan PERIKATAN antara SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA di satu pihak, dengan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR di satu pihak lagi, diikat pada dua hari bulan Ogos, satu ribu lapan ratus dua puluh empat (1824), bersamaan dengan enam hari bulan Zulhijah, tahun Hijriah, satu ribu dua ratus tiga puluh sembilan (1239), oleh Sultan Johor yang di atas, iaitu DULl YANG MAHA MULIA SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH, dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR yang di atas, iaitu DULl YANG AMAT MULIA DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA bagi pihak Baginda dan Datuk Temenggung sendiri, dengan JOHN CRAWFURD, ESQUIRE, Residen British di Singapura, yang diberi kuasa sepenuhnya dalam persetiaan ini oleh Yang Teramat Mulia WILLIAM PITT, LORD AMHERST, Gabenor General Kota William di Benggala, bagi pihak SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA itu. Perkara I Keamanan, persahabatan, dan persefahaman yang baik akan wujud selama-lamaya antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor serta waris dan pengganti masing-masing. Perkara II Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini menyerah sepenuh kedaulatan dan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya untuk selama-lamanya, Pulau Singapura, yang terletak di Selat Melaka, bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahan dengannya, dalam lingkungan sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura. Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya. Perkara IV Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnkan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol (iaitu kurang drpd RM3 juta sekarang - Hasbullah Pit), bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji yang tersebut di atas sebanyak satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol, dan Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja juga dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji di atas sebanyak tujuh ratus Dolar Sepanyol. Perkara V Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia berjanji menyambut dan melayan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan penuh kemuliaan, kehormatan dan adat istiadat yang layak atas kedudukan dan taraf masingmasing, bilamana Baginda dan Datuk Temenggung menetap atau mengunjungi Pulau Singapura. Perkara VI Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sekiranya Duli Yang Maha Mulia

Baginda Sultan dan Datuk Temenggung, waris atau pengganti Baginda dan Datuk Temenggung memilih untuk menetap di mana-mana bahagian Negeri sendiri, dan bagi maksud tersebut hendak berpindah dari Singapura, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, waris atau pengganti Baginda, sejumlah wang sebanyak dua puluh ribu (20,000) Dolar Sepanyol, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, waris atau pengganti Datuk Temenggung sejumlah wang sebanyak lima belas ribu (15,000) Dolar SepanyoP Perkara VII Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sebagai balasan kepada bayaran yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, dengan ini menyerahkan, bagi pihak diri, waris, dan pengganti masing-masing, kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan pengganti mereka buat selama-lamanya, semua hak dan hak milik kepada setiap jenis harta tak alih, sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kebun, dusun, atau pokok kayu, yang mungkin dimiliki oleh Baginda dan Datuk Temenggung di Pulau Singapura atau di wilayah tanggungannya pada masa yang difikirkan Baginda dan Datuk Temenggung sebagai sesuai untuk berpindah dari pulau tersebut, bagi maksud menetap di Negeri sendiri, tetapi hendaklah difahami dengan sejelas-jelasnya oleh setiap pihak bahawa peruntukan Perkara ini tidak meliputi apa-apa jenis harta yang boleh dipegang oleh mana-mana pengikut atau orang suruhan Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung yang berada di luar kawasan sekitar kediaman sebenar yang kini diperuntukkan kepada Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung. Perkara VIII Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan ini berjanji bahawa selama Baginda dan Datuk Temenggung menetap di Pulau Singapura, atau menerima gaji bulanan masing-masing daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Persetiaan ini, Baginda dan Datuk Temenggung tidak boleh sekali-kali mengikat apa-apa perikatan dan juga tidak boleh berutus-utusan dengan mana-mana kuasa atau raja asing, tanpa pengetahuan dan keizinan Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya. Perkara IX Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, dengan ini berjanji bahawa jika sekiranya Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja berpindah dari Pulau Singapura sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara ke-6, dan berasa gusar untuk menetap di wilayah mereka sendiri berbangkit daripada perpindahan itu, memberi mereka suaka diri dan perlindungan sama ada di Pulau Singapura atau Pulau Pinang. Perkara X Pihak Penjanji dengan ini menyatakan dan berjanji bahawa tiada mana-mana pihak pun akan campur tangan dalam hal-ehwal dalaman pihak pemerintah yang satu lagi, atau dalam mana-mana pertelingkahan politik atau peperangan yang mungkin tercetus dalam wilayah masing-masing, dan mereka juga tidak boleh menyokong satu sarna lain melalui kekuatan senjata terhadap mana-manajua pihak ketiga. Perkara XI Pihak Penjanji dengan ini berjanji menggunakan apa-apa cara yang masing-masing berkuasa bagi menghapuskan rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dan juga di laut sempit, selat dan sungai lain yang bersempadanan, atau yang di dalam, wilayah masing-masing selagi ia berkaitan dengan kekuasaan dan kepentingan langsung Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung. Perkara XII Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini berjanji mengekalkan perdagangan bebas dan tidak terganggu di mana-

mana sahaja di kawasan kekuasaan mereka, dan membenarkan perdagangan dan lalu lintas negara British ke dalam semua pelabuhan dan pangkalan kapal kerajaan Johor dan wilayah tanggungannya berdasarkan syarat negara yang paling diutamakan. Perkara XIII Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, selagi Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja kekal menetap di Pulau Singapura, tidak membenarkan mana-mana orang suruhan atau pengikut Baginda dan Datuk Temenggung meninggalkan langsung khidmat sebenar mereka, untuk tinggal atau kekal berada di Pulau Singapura atau wilayah tanggungannya. Tetapi dengan ini hendaklah difaharni sejelas-jelasnya bahawa semua orang suruhan dan pengikut itu hendaklah terdiri daripada rakyat kelahiran mana-mana bahagian wilayah kekuasaan Baginda dan Datuk Temenggung sahaja, di mana kuasa Baginda dan Datuk Temenggung kini bertapak kukuh, dan nama-nama mereka pada masa memasuki perkhidmatan Baginda dan Datuk Temenggung, hendaklah ditulis secara sukarela dan sewajarnya dalam sebuah daftar yang disimpan bagi maksud itu oleh ketua pihak berkuasa tempatan pada masa itu. Perkara XIV Maka adalah dengan ini, saling dinyatakan dan dipersetujui bahawa syarat-syarat semua Konvensyen, Persetiaan atau Perjanjian yang lalu yang diikat antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor, hendaklah dengan Persetiaan ini disifatkan sebagai, dan dengan ini, terbatal dan termansuh sewajarnya, walau bagaimanapun dengan pengecualian syarat-syarat terdahulu sebagaimana yang telah diberikan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, apa-apa hak atau hak milik bagi pendudukan atau pemilikan Pulau Singapura dan wilayah tanggungannya seperti yang tersebut di atas.

Dibuat dan diikat di Singapura, pada hari dan tahun yang tertulis di atas. (T.T.) SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH. (T.T.) 1. CRAWFORD. DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA. (T.T.) AMERST. (T.T.) EDWARD PAGET. (T.T.) F. FENDALL.

Diratiftkasikan oleh Yang Amat Mulia Gabenor Jeneral dalam Majlis, di Kota William di Benggala, pada sembilan belas hari bulan November, satu ribu lapan ratus dua puluh empat. (Tandatangan) GEO. SWINTON, Setiausaha Kerajaan. Nota: 2 Perkara VI dan VII, apabila berkaitan dengan Datuk Temenggung, telah dibatalkan melalui perjanjian bertarikh 19 hari bulan Disember 1862. Lihat Maxwell & Gibson 1924: 129-130.

5. Perjanjian Belanda 1824


Selasa, 13 Oktober 2009 04:11 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada, Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

PERSETIAAN ANTARA DULl YANG MAHA MULlA BAGINDA KING GREAT BRITAIN DENGAN RAJA NEGERI BELANDA BERKAITAN DENGAN WILAYAH DAN PERDAGANGAN DI HINDIA TIMUR, DITANDATANGANI DI LONDON PADA 17 HARI BULAN MAC 1824. Dengan Nama Trimurti Paling Kudus dan Paling Tunggal. Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda, berhasrat mewujudkan suasana saling memanfaatkan berkaitan dengan Tanah Jajahan dan Perdagangan rakyat masing-masing di Hindia Timur, supaya kesejahteraan dan kemakmuran kedua-dua negara boleh digalakkan sepanjang waktu pada masa hadapan, tanpa apaapa perbezaan dan rasa cemburu yang pada masa lampau telah menggugat keharmonian yang sepatutnya wujud antara mereka; dan dengan harapan segala kejadian salah faham antara Wakil masing-masing boleh, sedapat mungkin, dihalang; dan dengan tujuan membuat keputusan tentang sesetengah persoalan yang telah timbul dalam penyempurnaan Konyensyen yang dibuat di London pada 13 hari bulan Ogos 1814, setakat yang berkaitan dengan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda di Timur, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing, iaitu:Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland melantik Yang Amat Arif George Canning, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, dan Ketua Setiausaha Negara bagi Hal-Ehwal Luar Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dan Yang Amat Arif Charles Watkin Williams Wynn, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, Leftenan Kolonel Pemerintah Rejimen Askar Berkuda Yeomanry di Montgomeryshire, dan Presiden Lembaga Pesuruhjaya Duli Yang Maha Mulia Baginda King bagi Hal-Ehwal India:Dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda melantik Baron Henry Fagel, Ahli Kor Askar Berkuda Wilayah Holland, Konsul Negara, Knight Grand Cross of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Royal Guelphic Order, dan Duta Besar Khas dan Wakil Penuh Duli Yang Maha Mulia Raja Belanda (di negeri) Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Anton Reinhard Falck, Commander of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Menteri Jabatan Arahan Awam, Perindustrian Negara, dan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda King:Yang, setelah menyampaikan Kuasa Penuh masing-masing, mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, maka telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:Perkara I Pihak Penjanji Tertinggi berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara Tanah Jajahan masing-masing di Kepulauan Timur, dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai negara bertaraf paling diutamakan; dan rakyat masing-masing perlu mematuhi Peraturan tempatan di setiap Petempatan. Perkara II Rakyat dan kapal sebuah negara tidak perlu membayar, atas pengimportan atau pengeksportan di pelabuhan pihak yang satu lagi di Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti yang dikenakan ke atas rakyat dan kapal negara pemilik pelabuhan itu. Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon oleh

kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan itu melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British. Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila diimport atau dieksport o1eh rakyat, atau di atas kapal negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke atas rakyat atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam peratus. Perkara III Pihak Penjanji Tertinggi berjanji bahawa selepas ini tiada apa-apa Persetiaan dibuat oleh mana-mana pihak, dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur yang boleh mengandungi apa-apa Perkara yang cenderung, sama ada secara nyata atau melalui penetapan duti tak setara bagi mengecualikan perdagangan Pihak yang satu lagi daripada pelabuhan Kuasa Peribumi itu; dan jika dalam mana-mana Persetiaan yang wujud kini pada mana-mana Pihak terdapat apa-apa Perkara yang mempunyai maksud sedemikian, maka Perkara itu hendaklah terbatal sebaik-baik sahaja Persetiaan ini diikat. Maka adalah difahami bahawa sebelum pengikatan Persetiaan ini, perhubungan telah dibuat o1eh setiap Pihak Penjanji dengan pihak yang satu lagi tentang segala Persetiaan atau Perjanjian yang wujud antara setiap mereka dengan mana-mana Kuasa Periburni di Laut Timur dan bahawa perhubungan itu hendaklah dibuat berkaitan dengan segala Persetiaan yang diikat oleh mereka masing-masing selepas ini. Perkara IV Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda berjanji memberi Perintah yang ketat kepada Pihak Berkuasa Awam dan juga Tentera dan demikian juga kepada Kapal Perang mereka supaya menghormati kebebasan perdagangan yang ditetapkan oleh Perkara I, II dan III; dan tidak boleh, dalam mana-mana hal menyekat perhubungan bebas Peribumi di Kepulauan Timur dengan pelabuhan kedua-dua Kerajaan atau rakyat kedua-dua Kerajaan dengan Pelabuhan kepunyaan Kuasa Peribumi. Perkara V Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji bersetuju mencegah pelanunan di laut-laut itu; mereka tidak akan memberi sama ada suaka atau perlindungan kepada kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidakakan membenarkan dalam mana-mana hal kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa masuk, disimpan, atau dijual di mana-mana Tanah Jajahan mereka. Perkara VI Maka adalah dipersetujui bahawa Perintah akan diberikan oleh kedua-dua Kerajaan kepada Pegawai dan Wakil mereka di Timur supaya tidak mendirikan apa-apa Petempatan baru di mana-mana pulau di Laut Timur, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Kerajaan masing-masing di Eropah. Perkara VII Kepulauan Maluku, khususnya Ambon, Banda, Temate, dan Wilayah Tanggungan terdekat masingmasing adalah dikecualikan daripada kuat kuasa Perkara I, II, III dan IV, sehingga Kerajaan Negeri Belanda mendapati sesuai untuk melepaskan monopoli rempah-ratus; tetapi jika Kerajaan tersebut, pada bila-bila masa sebelum pelepasan monopoli itu, hendak membenarkan rakyat mana-mana kuasa, selain Kuasa Periburni Asia, menjalankan apa-apa hubungan perdagangan dengan pulau-pulau tersebut, maka rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain hendaklah dibenarkan mengadakan hubungan sedemikian dengan kedudukan yang betul-betul serupa.

Perkara VIII Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menyerah kepada Duli Yang Maha Mulia

10

Baginda King Great Britain, semua pertapakannya di Benua India, dan melepaskan segala keistimewaan dan pengecualian yang dinikmati atau dituntut disebabkan oleh pertapakan itu. Perkara IX Kilang di Kota Marlborough dan semua Tanah Jajahan British di Pulau Sumatera adalah dengan ini diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Belanda; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain selanjutnya berjanji bahawa tiada apa-apa Petempatan British akan didirikan di Pulau itu, dan tiada apa-apa persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan mana-mana Raja, Orang Besar atau Negeri Peribumi di sana. Perkara X Bandar dan Kota Melaka serta Wilayah Tanggungannya adalah dengan ini diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda berjanji, bagi pihak diri dan rakyat Baginda, tidak akan mendirikan apa-apa Pertapakan di mana-mana bahagian Semenanjung Melaka, atau mengikat apa-apa Persetiaan dengan mana-mana Raja, Pembesar atau Negeri Peribumi di sana. Perkara XI Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain menarik balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau Belitong dan Wilayah Tanggungannya, oleh Wakil Kerajaan Negeri Belanda. Perkara XII Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain. Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada apaapa Pertapakan British akan didirikan di Pulau Karimon, atau di Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di mana-mana pulau lain di selatan Selat Singapura, dan tiada apa-apa Persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan para Pembesar pulau-pulau itu. Perkara XIII Segala Tanah Jajahan, Petempatan dan Pertapakan yang diserahkan melalui Perkara terdahulu hendaklah diserahkan kepada para Pegawai Raja masing-masing pada 1 hari bulan Mac 1825. Segala Kubu hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh pemberitahuan Persetiaan ini di India; tetapi tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat oleh suatu pihak ke atas pihak yang satu lagi terhadap kelengkapan tentera atau bekalan daripada apa jua jenisnya, sama ada yang telah ditinggalkan atau dipindahkan oleh Kuasa penyerah, dan tiada juga terhadap apa-apa tunggakan hasil atau bagi apa-apa bayaran pentadbiran. Perkara XIV Semua penduduk Wilayah yang diserahkan melalui Perjanjian ini, akan menikmati kebebasan, selama satu tempoh enam tahun dari tarikh ratifikasi Persetiaan ini, bagi melupuskan, sesuka hati mereka, segala harta mereka dan berpindah ke mana-mana negeri yang mereka sukai, tanpa disuruh atau dihalang. Perkara XV Pihak Penjanji Tertinggi bersetuju bahawa tiada mana-mana Wilayah atau Pertapakan yang disebut dalam Perkara VIII, IX, X, XI, dan XII boleh, pada bila-bila masa, dipindahkan kepada mana-mana kuasa lain. Sekiranya mana-mana Tanah Jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah satu Pihak Penjanji, maka hak pendudukannya hendaklah dengan serta-merta beralih ke pihak yang satu lagi. Perkara XVI Maka adalah dipersetujui bahawa segala akaun dan penuntutan kembali yang berbangkit daripada

11

pemulangan Jawa, dan Tanah Jajahan lain kepada para Pegawai Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda di Hindia Timur, dan juga yang tertakluk di bawah Konvensyen yang dibuat di Jawa pada 24 hari bulan Jun 1817 antara Pesuruhjaya kedua-dua Negara itu, seperti yang lain-lainnya, hendaklah ditutup sepenuhnya secara muktamad dan diselesaikan dengan bayaran sejumlah wang sebanyak seratus ribu paun sterling, yang hendaklah dibuat di London oleh pihak Negeri Belanda, sebelum habis tempoh tahun 1825. Perkara XVII Persetiaan ini hendaklah diratifikasikan, dan ratifikasi yang akan dibuat bersama-sama di London hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ini, atau secepat yang mungkin jika boleh. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani Persetiaan ini dan mengecap padanya meterai lambang mereka. Dibuat di London pada tujuh belas hari bulan Mac tahun Masihi satu ribu lapan ratus dua puluh empat. (Tanda tangan) GEORGE CANNING. (Tanda tangan) CHARLES WATKIN WILLIAMS WYNN. Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 8-12.

6. Penyerahan Pemerintahan Sarawak oleh Pangeran Muda Hassim, 1841 Selasa, 13 Oktober 2009 04:08 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB, 2008

Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak. Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar. Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

12

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain. Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjan jian ini. Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh. Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.

7. Tauliah daripada Sultan Borneo yang Melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, 1877
Selasa, 13 Oktober 2009 04:07 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala Lumpur: ITNM

Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta, Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua. Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang dikasihi, Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu Negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko, yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah yang lain sejauh hingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami. Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja wakil Sah Syarikatnya di Borneo. Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni AlMarhum Maulana Abdul Wahab hendak menamakan dan melantik dan dengan ini menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan, dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak terhadap pengeluaran hasil

13

bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan, dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat duit, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat, dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri. Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu, dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Maharaja tersebut, maka orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya. Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877. Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 156-157. Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.

8. Perjanjian yang Dibuat oleh Pembesar Perak di Pulau Pangkor, 1874


Selasa, 13 Oktober 2009 04:01 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB (2008) Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka, dan, Bahawasanya sebilangan besar orang Cina yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan dalam perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak dilindungi secukupnya, dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan berleluasa di negeri tersebut, dan ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas teruk dan keamanan serta ketenteraman Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-kadang turut terancam, dan, Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan mereka mengawal kacau-bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan, dan, Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini, Tuan Yang Terutama SIR ANDREW CLARKE, K.C.M.G., C.B., Gabenor Tanah Jajahan NegeriNegeri Se1at, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah tersebut dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah mencadangkan

14

Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat bersama kepada Pemerintah Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan orang lain yang bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu:I. Pertama. - Bahawa Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak. II. Kedua. - Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil diserahkan hak kepadanya. III. Ketiga. - Bahawa segala pelantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja, hendaklah disahkan. IV. Keempat. - Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh AlMarhum Sultan hendaklah disahkan. V. Kelima. - Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua pelantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan. VI. Keenam. - Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya mestilah dirninta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. VII. Ketujuh. - Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut. VIII. Kelapan. - Bahawa pembiayaan untuk Residen-residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadi tanggungan pertama daripada hasil Negeri Perak. IX. Kesembilan. - Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut. X. Kesepuluh. - Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini. XI. Kesebelas. - Bahawa Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut:Dari Bukit Sigari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No.1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga ke laut, kemudiannya di sepanjang pantai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ke timur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Sigari. XII. Kedua belas. - Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Selatan Province Wellesley (Seberang Prai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya,

15

seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak. XIII. Ketiga belas. - Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segera di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerjakerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawaipegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad. XIV. Keempat belas. - Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negerinegeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan. Perkara di atas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah memaharni perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai mengikat diri mereka dan Waris serta Pengganti mereka. Peijanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British, pada dua puluh hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat. Disempumakan di hadapan saya, ANDREW CLARKE, Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Madya Negeri-Negeri Selat. Cap Cap Cap Cap Cap Cap Cap Cap Mohor Mohor Mohor Mohor Mohor Mohor Mohor Mohor Sultan Perak. Bendahara Perak. Temenggung Perak. Menteri Perak. Syahbandar Perak. Raja Mahkota Perak. Laksamana Perak. Dato' Sagor.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 28-30.

9. Pemasyhuran Selangor, 1875 - meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda
Selasa, 13 Oktober 2009 03:57 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada <em>Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia</em>. 2008, Kuala Lumpur ITNM Pemasyhuran Selangor oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke, R.E., C.B., K.C.M.G., Gabenor dan Panglima Besar Negeri-Negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-Negeri itu.

16

Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Sarnad, Pemerintah Selangor, Klang, Langat, Bernam dan Lukut, serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu, kami telah menghantar dua orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya. Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari bulan Sya'ban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di negeri Baginda, dan karni menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayahwilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana. Dengan Perintah Tuan Yang Terutama, T. BRADDELL, Setiausaha Tanah Jajahan. Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan, Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.

10. Pemasyhuran Pahang, 1889


Selasa, 13 Oktober 2009 03:55 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 (2010). Kuala Lumpur: ITNM Meterai: Sultan Ahmad Muazam Shah Beta, Sultan Ahmad Muazam Shah, putera A1-Marhum Sultan A1i, yang menduduki takhta Kerajaan Pahang serta segala wilayah tanggungannya, dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bahawa beta telah memberi titah perintah kuasa kepada putera su1ung beta Tunku Mahmud, dan bahawasanya beta mula merasa beban usia tua dan kegeringan yang menimpa beta, dan dengan demikian beta ingin berundur daripada memerintah Kerajaan beta dan setelah dipertimbang halus-ha1us beta te1ah menetapkan hati dan mengesahkan bahawa putera beta itu akan menjadi wakil beta da1am perundingan dengan Residen British bagi memperbuat undang-undang dan mengeluarkan peraturan yang berhubung dengan segala perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan, dan beta mengakui bahawa segala tindakan putera beta itu dalam mentadbir hal-ehwal negeri adalah seolah-olah beta yang tadbir sendiri. Dan se1anjutnya beta telah memberi titah perintah yang mengurniakan kepada putera beta itu kuasa sepenuhnya dan selengkap-lengkapnya supaya semua Pembesar dan Penghulu beta mesti mematuhi sepenuh-penuhnya apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh putera beta itu, kerana dalam setiap halnya perintah itu adalah perintah beta jua. Dibuat pada 22 hari bulan Ju1ai 1889. Teks ini diambil dari Maxwell &amp; Gibson 1924: 70.

17

11. Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan, 1895
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Selasa, 13 Oktober 2009 03:51 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British. 2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. 3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini. Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell, G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas. (Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai) Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G. (Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit. Meterai Dato Bandar. (Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD Meterai Undang Jelebu. (Tandatangan) SYED ALl Saksi. (Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER. 30 hari bulan Jun 1895. CAP DATO JOHOL.

18

Saksi. (Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS Meterai Dato Rembau. (Tandatangan) SIRUN Meterai Yam Tuan Besar. (Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH. 20 hari bulanJun 1895. Saksi. (Tandatangan) MARTIN LISTER. (Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana. Saksi. (Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER Teks diambil daripada Maxwell &amp; Gibson, 1924: 64-65

12. Persetiaan Persekutuan, 1895


Selasa, 13 Oktober 2009 03:50 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. Kuala Lumpur: ITNM PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang berikut, iaitu: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan Kerajaan British. 2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British. 3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar. 4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British, bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat.

19

Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas. 5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka, atas permintaan Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat. Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British. Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895: Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yam Tuan Besar Sri Menanti Dato' Haji Ahmad, Dato' Bandar Sungai Ujong Dato' Ata, Data' Undang Jahal Dato' SyedAli bin Syed Zain, Dato' Undang Jelebu Dato' Serun bin Sidin, Dato' Undang Rembau Tengku Dewa Tampin Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.126. Lihat juga Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib Warisan Negara 1892: 44.

13. Perjanjian antara Great Britain dengan Siam, 1909


Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. 2008. Kuala Lumpur: ITNM Selasa, 13 Oktober 2009 03:49 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |

DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909) Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:

20

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.; Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:Perkara I Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini. Perkara II Tarikh Penyerahan Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini. Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini. Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I. Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain. Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negerinegeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayahwilayah yang diperihalkan dalam Perkara I. Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini. Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

21

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa. Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU. Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll. Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan. Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan. Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan. Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya. Perkara VIII Ratifikasi Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing. Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909. (T.T.) RALPH PAGET. (T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR. Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).

14. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Kelantan, 1910
Selasa, 13 Oktober 2009 03:46 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Dokumen dan Perjanjian Lama Malaysia, 1871 -1965. Kuala Lumpur: ITNMB Bahawasanya Negeri Kelantan telah diakui sebagai berada di bawah naungan Great Britain, dan bahawasanya adalah perlu bagi menentukan prinsip di mana Kerajaan Negeri itu akan dikendalikan pada masa hadapan, maka dengan yang demikian, adalah dipersetujui antara Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Naungan yang mewakili Kerajaan Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Long Senik, Raja Kelantan, bagi pihak diri, waris dan pengganti Baginda, seperti berikut:-

22

Perkara I Raja Kelantan berjanji tidak mengadakan apa-apa perhubungan politik atau urusan politik dengan manamana kuasa atau raja negara asing, kecuali melalui perantaraan Duli Yang Maha Mulia Baginda King England. Perkara II Duli Yang Maha Mulia Baginda King England berhak melantik pegawai menjadi Penasihat dan Penolong Penasihat di Negeri Kelantan bagi bertindak sebagai wakil (atau ejen) Duli Yang Maha Mulia Baginda King England. Raja Kelantan berjanji membayar kepada Penasihat dan Penolong Penasihat itu apa-apa gaji sebagaimana yang akan ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dan menyediakan temp at kediaman yang sesuai untuk mereka; dan Raja Kelantan selanjutnya mengaku janji mematuhi dan memberi kuat kuasa kepada nasihat Penasihat itu, atau semasa ketiadaannya, Penolong Penasihat itu, dalam semua hal pentadbiran, selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Perkara III Raja Kelantan berjanji tidak mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan tanah, atau memberikan apaapa konsesi kepada, atau membenarkan apa-apa pindah milik kepada, atau oleh, mana-mana individu atau syarikat, selain anak watan Negeri Kelantan, dan tidak melantik mana-mana pegawai, selain anak watan Kelantan, yang diberi gaji sebanyak lebih daripada 400 setahun, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran secara bertulis daripada Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dengan syarat bahawa, sekiranya kawasan pemberian atau konsesi itu tidak Perkara IV Tiada apa-apa pun dalam perjanjian ini boleh menjejaskan kuasa pentadbiran yang kini dipegang oleh Raja Kelantan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalarn perjanjian ini, hubungan antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King adalah sama seperti yang pernah wujud antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam. Dua salinan perjanjian ini hendaklah dibuat, satu dalarn bahasa Inggeris dan satu dalarn bahasa Melayu yang mengandungi tafsiran yang sarna. Dibuat di Kelantan pada dua puluh dua hari bulan Oktober 1910. (Tandatangan) JOHN ANDERSON. Meterai. Saksi. (Tandatangan) H.M. JACKSON, KOLONEL. (Tandatangan) R.E. STUBBS. (Tandatangan) TUAN LONG SENIK BIN AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD. Meterai. Saksi. (Tandatangan) TENGKU SRI INDRA MAHKOTA. (Tandatangan)

23

TENGKU CIK TUAN ABDULLAH. (Dalam Tulisan Jawi) Teks diambil dari Maxwell &amp; Gibson 1924: 109-111.

15. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan Terengganu, 1910
Selasa, 13 Oktober 2009 03:45 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 - 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB Perjanjian ini adalah untuk menentukan sesetengah perkara berkenaan hubungan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Terengganu, iaitu sebuah Negeri Melayu Islam berpemerintahan sendiri. Dibuat antara wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda King Gerat Britain, iaitu Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King. Dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Zainal Abidin, yang memiliki dan mentadbir Kerajaan Terengganu dan segala wilayah tanggungannya, bagi pihak diri dan waris baginda yang menggantikan baginda sebagai Sultan menurut adat istiadat Melayu dalam Kerajaan Terengganu. Perkara I Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa kedua-dua Kerajaan akan saling membantu. Demikian juga kedua-dua Kerajaan akan saling serah-menyerah pesalah atau tertuduh atau orang yang disabitkan terhadap apa-apa kesalahan menurut persetujuan yang akan dibuat antara kedua-dua Kerajaan. Maka adalah juga dipersetujui bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi dengan seketat-ketatnya peruntukan dokumen ini. Perkara II Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengisytiharkan bahawa baginda hanya berhasrat menempatkan seorang Pegawai British bermastautin di Terengganu sebagai wakil yang tugasnya adalah serupa dengan tugas Pegawai Konsul. Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu mengaku janji menerima Pegawai itu dan memberi percuma sekeping tanah di negeri ini bagi membina sebuah rumah untuk diduduki Pegawai tersebut. Perkara III Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bagi pihak dirinya untuk melindungi Kerajaan dan Negeri Terengganu dan segala wilayah tanggungannya daripada serangan musuh asing, dan bagi maksud ini dan maksud seumpamanya pegawai Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King akan pada setiap masa dibenarkan keluar masuk dengan bebas ke laut dan wilayah Terengganu dan wilayah tanggungannya dan menggunakan cara yang munasabah untuk menentang serangan tersebut.

24

Perkara IV Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa tanpa pengetahuan dan keizinan Kerajaan British baginda tidak akan membuat apa-apa persetiaan, berurusan atau berutus-utus surat tentang perkara politik atau menghantarkan utusan kepada mana-mana Kerajaan asing, mengganggu dalam politik mana-mana negeri Melayu atau memberikan apa-apa konsesi perlombongan yang melebihi 500 ekar atau tanah lain yang melebihi 3,000 ekar kepada mana-mana orang selain penduduk asal dan rakyat Terengganu. Maka adalah juga dipersetujui bahawa jika timbul apa-apa sebab yang menghendaki perutusan politik antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan mana-mana Kerajaan asing, perutusan itu hendaklah dijalankan melalui Kerajaan British yang Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu bergantung bantuan dan untuk menyelesaikan apa-apa perkara antara Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan asing itu. Fasal yang terakhir di atas tidak merujuk perutusan bukan politik atau lawatan yang bersifat persahabatan atau seumpamanya. Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini menurunkan meterai dan tandatangan masing-masing. Ditandatangani di Singapura pada dua puluh dua hari bulan April tahun 1910 bersamaan dengan sebelas hari bulan Rabiulakhir tahun 1328. Meterai Pesuruhjaya Tinggi. JOHN ANDERSON. Saksi. Cap Mohor Sultan. Saksi. T. PERROT, PemerintahAskar, N.N.S. F. BELFIELD, Peguam Negara, N.N.S. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD. OMAR BIN ABDUL RAHIM. HAJI NGAH BIN YUSOP. AHMAD BIN ABDUL RAHMAN. Teks diambi1 dari Maxwell &amp; Gibson 1924: 112-113. Perkara II dimansuhkan dan digantikan melalui Perjanjian 24 Mac 1919 (lihat Maxwell &amp; Gibson 1924: 113-114).

16. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Johor, 1914
Selasa, 13 Oktober 2009 03:41 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 - 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNM Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 hari bulan Disember 1885,

25

yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia FREDERICK ARTHUR STANLEY, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaldah dimansuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya: Maka, dengan ini dipersetujui oleh dan antara Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young, K.C.M.G., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR bahawa Perkara di atas dimansuhkan dan Perkara berikut menggantikannya: Perkara III Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima, dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk, seorang Pegawai British yang dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Me1ayu. Pembiayaan untuk Ketua Penasihat dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan ditanggung daripada Hasil Negeri Johor. Pemungutan dan pengawalan segala hasil negeri hendaklah dikawal selia di bawah nasihat Ketua Penasihat itu. Pada menyaksikannya, SIR ARTHUR HENDERSON YOUNG dan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR telah menandatangani Perjanjian ini pada dua belas hari bulan Mei satu ribu sembilan ratus empat belas. Tandatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri dan Wilayah Johor. (Tandatangan) IBRAHIM Disaksikan oleh: OMAR BIN AHMAD AHMAD BIN MUHAMMAD KHALID JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD MUHAMMAD BIN MAHBUB Tandatangan Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young Tandatangan ARTHUR YOUNG Disaksikan oleh R. J. WILKINSON Teks diambil dari Maxwell &amp; Gibson 1924: 136

26

17. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Kedah, 1923
Selasa, 13 Oktober 2009 03:21 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 - 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB PERJANJIAN bagi menentukan perhubungan persahabatan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Islam Kedah; DIBUAT ANTARA Tuan Yang Terutama SIR LAURENCE NUNNS GUILLEMARD, K.C.B., K.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain: Dengan Duli Yang Teramat Mulia TUNKU IBRAHIM, C.M.G., Tunku Pemangku Raja yang menggantikan tempat Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH, K.C.M.G., bagi pihak diri dan bagi pihak keturunan Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH yang akan menggantikan Baginda sebagai Sultan dan Pemerintah Negeri Kedah. 1. Negeri Kedah hendaklah kekal di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain yang akan menjalankan hak ketuanannya. 2. Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah tidak boleh mengadakan apa-apa urusan politik dengan mana-mana kuasa atau raja asing, kecuali melalui perantaraan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain. 3. Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain tidak akan memindahkan atau dengan cara lain melepaskan hak ketuanannya ke atas Negeri Kedah kepada kuasa lain dan tidak akan menggabungkan atau menyatukan Negeri Kedah atau wilayahnya dengan mana-mana Negeri lain atau dengan Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat tanpa keizinan bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dalam Majlis. 4. Pengganti Sultan hendaklah sentiasa terdiri daripada seorang keturunan langsung Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH atau keturunannya yang dipilih oleh Majlis Negeri dan diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain. 5. Sultan Kedah dan pengganti Baginda akan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk seorang Penasihat British bagi menasihati semua perkara yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri, selain perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu, dan akan menerima nasihat itu, dengan syarat bahawa tiada apa-apa pun dalam fasal ini yang boleh dengan apa-apa cara memudaratkan hak Sultan atau pengganti Baginda untuk berjumpa Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu atau menghadap Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom jika Sultan berkehendakkan sedemikian. Pembiayaan untuk Penasihat British dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu dan hendaklah ditanggung daripada hasil Negeri Kedah. 6. Negeri Kedah hendaklah diperintah oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan

27

bantuan Majlis Negeri yang hendaklah terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan sebagai Presiden, tiga orang ahli Melayu yang dipilih melalui pelantikan berdasarkan kedudukan atau jawatan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan kebenaran Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi, dan seorang lagi ahli yang adalah Penasihat British. Dengan syarat bahawa atas persetujuan bersama Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, ahli tambahan boleh diwujudkan bagi menganggotai Majlis bagi apa-apa tempoh tertentu. Semasa ketiadaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, seorang ahli Melayu yang dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan hendaklah mempengerusikan Majlis. 7. Bahasa Melayu, dengan tulisan Jawi dalam hal bahasa bertulis, hendaklah menjadi bahasa rasmi dalam semua jabatan Kerajaan Kedah kecuali jika diperuntukkan dalam undang-undang Negeri Kedah atau oleh pihak berkuasa khas Kerajaan bahawa mana-mana bahasa lain boleh digunakan. Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama SIR LAURENCE NUNNS GUILLEMARD, K.C.B, K.C.M.G. dan Duli Yang Teramat Mulia TUNKU IBRAHIM, C.M.G., Tunku Pemangku Raja Kedah, telah menurunkan cap meterai dan tandatangan masing-masing. Disempumakan di Singapura pada 1 hari bulan November 1923, bersamaan dengan 21 hari bulan Rabiulawal 1342. Meterai Pesuruhjaya Tinggi. LAURENCE N. GUILLEMARD. Saksi. W. PEEL. A. F. RICHARDS. Cap Mohor Pemangku Raja. IBRAHIM. Saksi. MANSUR. MOHAMAD MID. Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 104-105.

18. Perisytiharan Panglima Tentera Jepun, 1942


Selasa, 13 Oktober 2009 03:19 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Diambil daripada <strong>Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 1965</strong>, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB Daripada Halaman 2, The Syonan Times, Hari Sabtu, 21 Februari 2602 (bersamaan 1942 M), Syawal 17 [Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia; Bahan-Bahan Pilihan Pameran Arkib Warisan Negara 1982:

28

84.] SINGAPURA bukan sahaja merupakan pusat penghubung Empayar British bagi menguasai India British, Australia dan Asia Timur tetapi juga merupakan sebagai pangkalan kukuh untuk melanggar dan menindas mereka dan Britain telah bertahun-tahun bermegah dengan ciri-ciri kekuatannya yang tidak dapat ditawan dan secara umumnya telah diterima sebagai kubu yang tidak dapat dikuasai (musuh). Walau bagairnanapun, sejak tentera Jepun melancar operasinya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura, mereka telah menawan seluruh Semenanjung dalam masa dua bulan sahaja dan telah menghancurkan kubu kuat itu hanya dalam tempoh tujuh hari dan dengan demikian kekuasaan British di India British, Australia dan Asia Timur telah runtuh dalam sekelip mata sahaja dan bertukar menjadi seperti kipas tidak berivet atau sekaki payung tidak bertangkai. Pada asalnya, orang Inggeris telah menyanjung prinsip mereka yang terlampau egoistik dan dogmatik dan mereka bukan sahaja membenci orang lain, tetapi juga sudah biasa menjalankan intimidasi secara licik, tipu helah serta penuh muslihat dan mereka sanggup melakukan ketakadilan dan ketakjujuran demi mempertahankan kepentingan mereka sahaja, dan dengan demikian mereka sebenarnya telah merosakkan seluruh dunia. Kini memandang kepada operasi ketenteraan Angkatan Tentera Darat Jepun dan memandang kepada pentadbiran British dan akibatnya, maka kesan penindasan British terhadap orang Tanah Melayu adalah amat jelas dan tentera British, semasa menjalankan operasinya dan juga semasa berundur dari medan perang, telah merampas serta menjarah-rayah segala khazanah, harta benda, bekalan dan sumber daripada rakyat jelata dan tidak teragak-agak memusnahkannya dan mereka sanggup mendatangkan keperitan dan kesengsaraan yang amat sangat kepada rakyat jelata dengan membakar rumah mereka dan Inggeris menempatkan askar India dan Australia di barisan hadapan sedangkan tentera mereka kekal di Singapura. Dengan yang demikian, keegoan, ketakadilan dan ketakjujuran Inggeris tidak dapat digambarkan melainkan layak digelar sebagai musuh bersama manusia. Sebab mengapa Jepun menentang habis-habisan kali ini, dan menghunus pedang pemusnah kedurjanaan mereka sudah pun dijelaskan dalam beberapa perisytiharan. PERISYTIHARANPANGLIMA TENTERAJEPUN, 1942 Pemerintah Jepun yang lalu dan oleh sebab itu tidak perlu diisytiharkan lagi. Walau bagaimanapun, kami berharap kami telah menyapu bersih segala kesombongan dan ketakjujuran anasir British dan menanggung penderitaan serta menikmati kemanisan bersama-sama seluruh rakyat yang prihatin dengan semangat "bertolak ansur" dan juga berharap dapat memupuk pembangunan sosial dengan mewujudkan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya, di mana Sistem Barn keadilan perlu dicapai di bawah "Semangat Agung Kosmokrasi" dengan memberikan pengertian hidup sebenar kepada setiap bangsa dan individu berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Dengan yang demikian, maka angkatan tentera Jepun, selepas ini akan berusaha sedaya upayanya menyapu bersih saki-baki kuasa Britain dan AS di kawasan bersempadan dan berhasrat merealisasikan pembangunan dan dasar abadi Malaya selepas merawat luka yang diakibatkan oleh penindasan berdarah British pada masa yang lalu dan memulihkan kerosakan perang yang diakibatkan oleh perang.

29

Dengan ini tentera Jepun berharap agar rakyat Malaya memahami niat sebenar Jepun dan bekerjasama dengan tentera Jepun ke arah mewujudkan Sistem Barn dan Lingkungan Kesemakmuran. Tentera Jepun akan menyingkirkan dan menghukum mereka yang masih lagi menipu diri mereka sendiri, mereka yang mempertahankan kepentingan diri sendiri, mereka yang bertindak menentang kemanusiaan atau mereka mengganggu keamanan dan ketenteraman awam dan mereka yang menentang Perintah dan mengganggu tindakan ketenteraan tentera Jepun. Dengan tertawannya Singapura, perisytiharan di atas ditujukan kepada seluruh rakyat jelata untuk menerangi jalan yang benar bagi maksud menghapus kesilapan diri masing-masing. TOMOYUKI YAMASHITA, PANGLIMA TENTERAJEPUN. Februari 2602.

19. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dengan Negeri Perlis, 1945
Selasa, 13 Oktober 2009 02:56 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | BAHAWASANYA pada 28 hari bulan April 1930, suatu Perjanjian (kemudian dari ini dinamakan Perjanjian 1930) telah diikat antara Mendiang Duli Yang Maha Mulia Baginda King George V dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis; DAN BAHAWASANYA adalah wajar untuk mewujudkan keadaan bagi perkembangan pedembagaan untuk Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dan untuk kerajaan masa depan Negeri Perlis. DENGAN INI DIPERSETUJUI antara Sir Harold MacMichael G.C.M.G., D.S.O., Wakil Khas Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra ibni AI-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Pedis bagi pihak diri, waris dan pengganti Baginda:1. Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sepenuhnya ke atas Negeri Perlis. 2. Selagi Perjanjian 1930 tidak berlawanan dengan Perjanjian ini atau dengan perkiraan pedembagaan masa depan untuk Tanah Melayu sebagaimana yang boleh diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda King, maka Perjanjian 1930 itu hendaklah kekal berkuat kuasa dan mempunyai natijah sepenuhnya. Ditandatangani pada 4 hari bulan Disember 1945. (T.T.) H.A. MACMICHAEL Wakil Khas Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara.

30

(T. T.) S. PUTRA JAMALULLAIL Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Negeri Perlis. Disaksikan oleh: (T.T.) H.T. BOURDILLON Disaksikan oleh: (T. T.) HAJI AHMAD (T. T.) WAN AHMAD Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.70.

20. No. 1921 Ordinan Peraturan Darurat, 1948 (P.T.M. No. 10 TAHUN 1948) Pemasyhuran
Selasa, 13 Oktober 2009 02:53 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Oleh Tuan Yang Terutama SIR ALEXANDER THEODORE NEWBOULT, Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire, Companion of the Most Distinguished Order of Saint Michael dan Saint George, yang dan kepadanya telah dikurniakan pingat Military Cross, penyandang Efficiency Decoration, Pegawai Mentadbir Kerajaan Persekutuan. A.T. NEWBOULT, Pegawai Mentadbir Kerajaan. BAHAWASANYA seksyen 3 Ordinan Peraturan Darurat 1948, antara lain, memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi dalam Majlis, apabila ternyata kepadanya bahawa suatu keadaan darurat atau bahaya awam telah timbul boleh, melalui pemasyhuran, mengisytiharkan bahawa suatu keadaan darurat wujud, dan pemasyhuran sedemikian boleh terpakai di seluruh atau manamana bahagian yang ditentukan dalam Persekutuan; Maka oleh yang demikian, saya, setelah berpuas hati bahawa suatu keadaan darurat telah timbul, dengan ini mengisytiharkan bahawa suatu keadaan darurat wujud, dan bahawa Pemasyhuran ini hendaklah terpakai di seluruh Persekutuan. Dibuat di Kuala Lumpur pada 12 hari bulan Julai 1948. Dengan Perintah, P. O. WICKENS, Setiausaha Majlis. 31

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia; Arkib Warisan Eksklusif 2006: 169.

21. Perjanjian Penubuhan Perjawatan Malaya, 1948


Selasa, 13 Oktober 2009 02:49 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | PERJANJIAN bertarikh 26 hari bulan Januari 1948, dan diperbuat antara Tuan Yang Terutama Gabenor Malayan Union bagi pihak Kerajaan Malayan Union, Tuan Yang Terutama Gabenor Tanah Jajahan Singapura bagi pihak Kerajaan Tanah Jajahan Singapura dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei bagi pihak Kerajaan Brunei. BAHAWASANYA menurut suatu Perjanjian (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Perjanjian Tahun 1934") yang diperbuat pada tahun 1934, antara Kerajaan Negeri-Negeri Selat, NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Brunei, maka suatu perjawatan bersama yang dikenali sebagai Perjawatan Malaya telah ditubuhkan dan pegawai yang diperlukan bagi mengisi sesetengah jawatan di bawah Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Perjanjian Tahun 1934, telah diletakkan dalam perjawatan bersama dan dengan yang demikian boleh berkhidmat dalam mana-mana jawatan yang sesuai di bawah satu atau lebih daripada satu Kerajaan tersebut: DAN BAHAWASANYA menurut kuasa Perintah dalam Majlis Malayan Union 1946, dan Perintah dalam Majlis Tanah Jajahan Singapura 1946, yang kedua-duanya mula berkuat kuasa pada 1 hari bulan April 1946, Negeri-Negeri Selat Melaka dan Pulau Pinang, yang dahulunya membentuk sebahagian daripada Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pedis, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah satu Kerajaan, iaitu Kerajaan Malayan Union, dan Pulau Singapura serta wilayah tanggungannya, Kepulauan Cocos atau Keeling dan Pulau Christmas telah ditubuhkan sebagai Tanah Jajahan berasingan, yang dinamakan Tanah Jajahan Singapura, supaya Kerajaan Malayan Union dan Kerajaan Singapura kini menjadi pengganti Kerajaan, selain Kerajaan Negara Brunei, yang menjadi penandatangan kepada Perjanjian tahun 1934: DAN BAHAWASANYA adalah wajar bagi Perjawatan Malaya, yang ditubuhkan menurut Perjanjian tahun 1934, diteruskan mulai 1 hari bulan April 1946, antara Kerajaan Malayan Union, Kerajaan Tanah Jajahan Singapura dan Kerajaan Negara Brunei. MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut: 1. Perjanjian ini hendaklah menggantikan Perjanjian tabun 1934 dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuat kuasa pada hari pertama bulan April 1946. 2. Perjawatan Malaya yang ditubuhkan menurut Perjanjian tahun 1934 hendaklah, tertakluk kepada peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini, kekal antara Kerajaan Malayan Union dan Kerajaan Tanah Jajahan Singapura (sebagai pengganti kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan Kerajaan Negara Brunei (kemudian dari ini dirujuk sebagai Kerajaan) seolah-olah Perjawatan itu telah ditubuhkan di bawah Perjanjian ini.

32

3. Tiap-tiap Kerajaan dengan ini bersetuju menerima dan mengambil bekerja pegawai yang telah diletakkan dalam Perjawatan Malaya bagi semua jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua2 kepada Perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai Jawatan Berjadual) dan jika mungkir (Kerajaan) kena membayar segala perbelanjaan akibat daripada kemungkiran itu: Dengan syarat bahawa Jadual Kedua itu boleh diubah dengan menambah atau memotong daripada senarai jawatan yang dinyatakan di dalamnnya atas kehendak Kerajaan yang berkenaan, dan Kerajaan yang berkenaan itu hendaklah kekal bertanggungjawab bagi semua perbelanjaan yang berbangkit daripada pemotongan jawatan itu. 4. Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Pejabat Perjawatan Malaya yang terletak di Kuala Lumpur di bawah kawalan seorang Pegawai Perjawatan Malaya. 5. Kerajaan bersetuju bahawa pegawai, selepas direkrut dan dilantik dalam Perjawatan Malaya, hendaklah, dari semasa ke semasa, diagihkan serta diperuntukkan oleh Pegawai Perjawatan Malaya itu dalam kalangan Kerajaan bagi menjalankan kewajipan dalam Jawatan Berjadual selepas, dalam setiap kes, rujukan kepada dan penerimaan oleh Kerajaan yang berkenaan dan di bawah arahan Lembaga Perjawatan Bersama Malaya yang disebutkan kemudian dari ini. 6. Maka hendaklah diwujudkan sebuah Lembaga Perjawatan Bersama Malaya yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Malayan Union dan Setiausaha Tanah Jajahan Singapura. 7. Apa-apa persoalan yang berkait dengan syarat perkhidmatan pegawai Perjawatan Malaya dan pemilihan Pegawai bagi menjalankan kewajipan dalam Jawatan Berjadual boleh dipertimbangkan oleh Lembaga itu, dan adalah menjadi kewajipan Lembaga menasihati Tuan Yang Terutama Gabenor Jeneral Malaya, Gabenor Malayan Union dan Gabenor Singapura yang berkaitan dengannya. 8. Sepanjang tempoh perkhidmatan mana-mana pegawai Perjawatan Malaya, Kerajaan di mana pegawai itu berkhidmat akan membayar gaji pegawai itu, dan semua perbelanjaan yang ditanggung apabila seseorang pegawai itu ditukarkan dari perkhidmatan satu Kerajaan kepada satu Kerajaan lain hendaklah dibayar oleh Kerajaan ke mana pegawai itu ditukarkan. 9. Kerajaan Malayan Union mengaku janji bahawa Akauntan Jeneral, Malayan Union pada mulamulanya, akan membuat pembayaran daripada dana Malayan Union (a) segala perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengan cuti daripada bertugas, tambang perjalanan, persaraan dan ganjaran kepada pegawai dalam Perjawatan Malaya; (b) segala perbelanjaan yang berbangkit daripada perekrutan dan latihan pegawai itu; dan (c) kos bagi Pejabat Perjawatan Malaya. 10. Kerajaan bersetuju bahawa mereka hendaklah bertanggungjawab secara bersama bagi membayar kepada Akauntan Jeneral Malayan Union semua caj yang timbul seperti yang tersebut terdahulu dan, berkenaan dengan caj itu, bersetuju bersesama membayar kepada Akauntan Jeneral sejumlah wang yang boleh ditentukan dan kena dibayar seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perjanjian ini.3 11. Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini boleh disifatkan mempunyai apa-apa implikasi politik, atau dengan apa-apa jua cara menjejaskan hak atau obligasi yang berbangkit daripada 33

apa-apa persetiaan atau perjanjian yang sedia ada (selain Perjanjian tahun 1934 yang dengan ini digantikan) atau yang berbangkit daripada apa-apa surat yang mengiringi atau yang membawa kepada apa-apa persetiaan atau perjanjian, atau untuk menghalang mana-mana Kerajaan daripada membatalkan Perjanjian ini atas sebab-sebab yang perlu diluluskan oleh Yang Teramat Mulia Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan pada masa itu. PADA MENYAKSIKANNYA maka pihak-pihak dalam Perjanjian ini menurunkan tandatangan dan meterai awam mereka. Ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Malayan Union di Kuala Lumpur pada 26 hari bulan Januari 1948. Meterai. Di hadapan G.E.J. GENT. A.T. NEWBOULT, Ketua Setiausaha, Malayan Union. Ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Singapura di Singapura pada 24 hari bulan Januari 1948. Meterai. Di hadapan E.C. GIMSON. P.A.B. McKERRON, Setiausaha Tanah Jajahan Singapura. Ditandatangani oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Brunei di Brunei pada 22 hari bulan Januari 1948. Meterai. Di hadapan A. TAJUDDIN. L.H.N. Davis Residen British, Brunei. Teks diarnbil daripada Arkib Negara Malaysia, P. 79.

22. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957


Selasa, 13 Oktober 2009 02:47 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | SURAT PERJANJIAN bertarikh pada 5 haribulan Ogos, tahun 1957 dan diperbuat di antara SIR DONALD CHARLES MACGILLIVRAY, G.C.M.G., M.B.E., bagi pehak Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan: Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E.,

34

C.M.G., Tunku Pemangku Raja Johor bagi pehak Yang Maha Mulia IBRAHIM ibni Almarhum Sultan ABU BAKAR, D.K., S.P.M.J., G.C.M.G., K.B.E. (Mil.), G.B.E., G.C.O.C., Sultan bagi Negeri JOHOR dan Jajahan Takluknya, Yang Maha Mulia ABU BAKAR RI'AYATUDDIN ALMUADZAM SHAH ibni Almarhum ALMU'TASIM BI'LLAH SULTAN ABDULLAH, G.C.M.G., Sultan bagi Negeri PAHANG, Yang Maha Mulia Tuanku ABDUL RAHMAN ibni Almarhum TUANKU MUHAMMAD, G.C.M.G., Yang Dipertuan Besar NEGERI SEMBILAN, Dato' Klana Petra MOHAMED KASSIM bin Dato' Nika Haji Abdul Rashid, Undang bagi Luak SUNGAI UIONG, Dato' Mendika Menteri Akhirzaman SHAHMARUDDIN bin Abdul Rahman, Undang bagi Luak JELEBU, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ABDUL MANAP bin Tolok, Undang bagi Luak JOHOL, Dato' Lela Maharaja HAJI IPAP bin Abdullah, Undang bagi Luak REMBAU, dan Tengku SYED IDRUS bin Tengku Syed Mohammad, Tengku Besar TAMPIN, Undang dan Orang Besar bagi Jajahan-Jajahan yang jadi Negeri yang dinamakan NEGERI SEMBILAN, Yang Maha Mulia HISAMUDDIN 'ALAM SHAH ibni al-Marhum Sultan ALAIDDIN SULAIMAN SHAH, K.C.M.G., Sultan bagi Negeri SELANGOR, Yang Maha Mulia TUNKU BADLISHAH ibni Almarhum Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH, K.C.M.G., K.B.E., Sultan bagi Negeri KEDAH, Yang Maha Mulia SYED PUTRA ibni Almarhum SYED HASSAN JAMALULLAIL, K.C.M.G., Raja bagi Negeri PERLIS, Yang Maha Mulia TENGKU IBRAHIM ibni al-Marhum Sultan MOHAMED IV, D.K., S.P.M.K., S.J.M.K., D.K. (Johor), K.C.M.G., Sultan bagi Negeri KELANTAN, Yang Maha Mulia Sultan ISMAIL NASIRUDDIN SHAH ibni Almarhum Sultan ZAINAL 'ABIDIN, K.C.M.G., Sultan bagi Negeri TERENGGANU dan Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan YussUF 'IZZUDDIN SHAH ibni Almarhum Sultan ABDUL JALIL RADZIALLAH HU-'AN-HU, K.C.M.G., O.B.E., Sultan bagi Negeri PERAK bagi pehak Diri Mereka Itu Sendiri dan Waris-Waris Ganti Mereka itu; BAHAWA SANYA dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948, maka telah diadakan syarat bagi menubuhkan sebuah negeri Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan Negeri Melaka serta Pulau Pinang: DAN BAHAWA SANYA Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 itu, ada mempunyai kuasa undang-undang di dalam negeri-negeri Persekutuan yang tersebut itu: DAN BAHAWA SANYA pada masa sekarang ada berbagai Perjanjian berhubung dengan perkara Kerajaan Negeri-Negeri Yang Maha Mulia itu di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan tiap-tia seorang Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri yang tersebut (berkenaan dengan Negeri Sembilan di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar serta Undang dan Orang Besar): DAN BAHAWA SANYA oleh kerana telah dipersembahkan kapada Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Undang dan Orang Besar Negeri 35

Sembilan iaitu hendaklah dibuat perjanjian yang baharu untuk keamanan dan ketenteraman negeri serta kesempurnaan kerajaan bagi negeri-negeri yang di dalam Persekutuan yang tersebut itu, maka Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Undang dan Orang Besar telah bersetuju bahawa Persekutuan yang tersebut itu hendaklah menjadi sebuah negara yang merdeka di dalam lengkongan Commonwealth dengan Pelembagaan seperti yang diadakan kemudian daripadanya: DAN BAHAWA SANYA oleh kerana menurut Undang-Undang Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957, maka telah diluluskan oleh Parliament Kerajaan United Kingdom untuk membuat Perjanjian seperti yang terkandung di dalam ini: YANG DEMIKIAN MAKA ADALAH SEKARANG dipersetujui dan dimasyhurkan iaitu: 1. Ada pun Perjanjian ini bolehlah disebutkan namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. 2. Dalam Perjanjian ini dikecualikan jika ayat berkehendak difahamkan lain: "Persekutuan yang ada sekarang" ertinya ialah Persekutuan Tanah Melayu yang tertubuh mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948; "Undang-Undang Persekutuan" ertinya undang-undang yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang ada sekarang; "Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja" ertinya seorang yang masa ini menjadi Sultan bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluknya; Sultan bagi Negeri Pahang, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan bagi Negeri Selangor, Sultan bagi Negeri Kedah, Raja bagi Negeri Pedis, Sultan bagi Negeri Kelantan, Sultan bagi Negeri Terengganu dan Sultan bagi Negeri Perak; "Negeri-Negeri Melayu" ertinya Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan segala Jajahan Takluk, pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagian daripadanya, dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya; "Negeri Selat Pulau Pinang" dan "Negeri Selat Melaka" termasuk semua pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat itu dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya; "Negeri Selat" ertinya Negeri Selat Pulau Pinang dan Negeri Selat Melaka. 3. Maka mulai daripada tiga puloh satu haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat itu hendaklah dijadikan sebuah Persekutuan Negeri-Negeri yang baharu yang disebut namanya Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "Federation of Malaya" menurut Pelembagaan Persekutuan seperti yang disebutkan di dalam Jadual Yang Pertama Perjanjian ini, dan dengan demikian maka Negeri-Negeri Selat yang tersebut tamatlah daripada menjadi sebahagian daripada Jajahan Takluk Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia itu tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatannya di atas negeri-negeri yang tersebut itu, dan hendaklah tamat kuatkuasa dan hak Yang Maha Mulia Baginda Queen atau Parliament United Kingdom di dalam atau pun yang berkenaan dengan Negeri-Negeri Selat atau Negeri-Negeri Melayu atau Persekutuan Tanah 36

Melayu seluruhnya. 4. Maka Perlembagaan yang tersebut di dalam Jadual Yang Kedua dan Yang Ketiga dalam Perjanjian itu hendaklah menjadi Perlembagaan Pulau Pinang dan Melaka menurut satu-satunya itu sebagai Negeri-Negeri di dalam Persekutuan yang baharu. 5. Dengan tertakluk kapada syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dan kepada Jadual Yang Keempat Perjanjian ini, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan semuanya perjanjian-perjanjaian yang lain yang ada berjalan di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan pihak-pihak yang lain dalam Perjanjian ini atau pun barang siapa jua sebelum daripada tiga puluh satu haribulan Ogos yang tersebut hendaklah dimansukhkan daripada tarikh yang tersebut itu tetapi tiadalah apa-apa di dalam Fasal ini akan mengenai apa-apa jua syarat di dalam apa-apa jua perjanjian maka dengan syarat-syarat itu telah dibuat apa-apa pembahagian jajahan. 6. Syarat-syarat Perjanjian ini adalah tertakluk kepada lulusnya Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dengan mengadakan Undang-Undang Persekutuan dan dengan mengadakan pula suatu Undang-Undang di dalam tiap-tiap Negeri Melayu. 7. Perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi bagi maksud mengambil pengertian Perjanjian ini hendaklah diikut naskhah dalam bahasa Inggeris sahaja. SA-BAGAI MENYAKSlKAN PERJANJIAN ini Sir Donald Charles MacGillivray, G.C.M.G., M.B.E., bagi pihak Yang Maha Mulia Baginda Queen menurunkan tandatangan dan chapnya; dan Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak dan Undang dan Orang Besar bagi Negeri Sembilan dan yangbTeramat Mulia TUNKU ISMAIL ibni SULTAN IBRAHIM, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E., C.M.G., Pemangku Raja Johor bagi pihak Yang Maha Mulia Sultan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluknya menurunkan tandatangan dan chapnya. DIPERBUAT pada 5 haribulan Ogos, 1957, bersamaan dengan 9 haribulan Muharram, 1377. DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH SIR DONALD CHARLES MACGILLIVRAY, G.C.M.G., M.B.E., bagi pihak YANG MAHA MULIA Baginda Queen di hadapan: Cap mohor ........................... (Tandatangan) Meterai ............................ (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA Tunku ISMAIL ibni Sultan IBRAHIM, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E., C.M.G., Pemangku Raja Johor, bagi pihak YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri JOHOR serta Jajahan Takluknya di hadapan: 37

Cap mohor ............................... (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri PAHANG di hadapan: Cap mohor ................................ (Tandatangan) Meterai ................................ (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN di hadapan: Cap mohor ...................................... (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato' KIana Petra MOHAMED KASSIM bin Dato' Nika Haji Abdul Rashid, Undang bagi Luak SUNGAI UJONG di hadapan: Cap mohor ................................. (tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato' Mendika Mentri Akhirzaman SHAH MARUDDIN bin Abdul Rahman Undang bagi Luak JELEBU di hadapan: Cap mohor .............................. (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ABDUL MANAP bin Tolok, Undang bagi Luak JOHOL di hadapan: ........................... (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato' Lela Maharaja RAn IPAP bin Abdullah, Undang bagi Luak REMBAU di hadapan: 38

Cap Mohor ............................... (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Tengku SYED IDRUS bin Tengku Syed Mohammad, Tengku Besar TAMPIN di hadapan: Cap mohor ................................. (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri SELANGOR di hadapan: Cap mohor ............................... (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri KEDAH di hadapan: Chap mohor ................................. (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA RAJA bagi Negeri PERLIS di hadapan: Cap mohor .............................. (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri KELANTAN di hadapan: Cap Mohor .................................. (Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri TERENGGANU di hadapan: Cap Mohor .................................. 39

(Tandatangan) DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri PERAK di hadapan: Cap Mohor .................................. (Tandatangan) Teks asal diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.73.

23. Pemasyhuran Kemerdekaan, 1957


Selasa, 13 Oktober 2009 02:46 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | DENGAN nama Allah Yang Maha Murah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasulnya. BAHAWASANYA oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia; DAN BAHAWASANYA oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 1 hari bulan Ogos tahun 1957 hendaklah menjadi sebuah Persekutuan barn bagi Negeri-Negeri yang bemama Persekutuan Tanah Melayu; DAN BAHAWASANYA oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan Baginda di atas kedua-kedua buah negeri yang tersebut itu; DAN BAHAWASANYA oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian lain yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada Baginda-Baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalarn Negerinegeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-negeri Melayu ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tarnat dengan sendirinya; DAN BAHAWASANYA oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang

40

Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya; DAN BAHAWASANYA oleh kerana sebuah Perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya; DAN BAHAWASANYA oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur bagi sebuah kerajaan yang mempunyai raja berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen; DAN BAHAWASANYA oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh Negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapanketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957; MAKA DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MURAH3 LAG! MAHA MENGASlliANI, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PuTRA IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, PERDANA MENTER! BAG! PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun satu ribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalarnnya negeri-negeri lohor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa taala, akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa. Kuala Lumpur 31 hari bulan Ogos tahun 1957 Teks adalah teks Jawi dalamArkib Negara Malaysia. P.127. Lihat juga Arkib Warisan Eksklusif 2006: 200.

24. Perjanjian Berhubung dengan Malaysia, 1963


Selasa, 13 Oktober 2009 02:45 | Ditulis oleh Prof.Abdullah | Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura; 41

Dengan hasrat mengikat suatu perjanjian berhubung dengan Malaysia; bersetuju seperti berikut:Perkara I Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan2 kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas itu dinamakan "Malaysia". Perkara II Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A3 Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 hari bulan Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai "Hari Malaysia"). Perkara III Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan l)4 Perjanjian ini. Perkara IV Kerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini. Perkara V Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran P Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negeri Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut. Perkara VI Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan United Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang diftkirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan 42

Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran f6 Perjanjian ini (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera} di Singapura). Perkara VII (1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G7 Perjanjian ini bagi maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak. (2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan 18 Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang terrnanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatanganan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia. Perkara VIII Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jarninan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia. Perkara IX Peruntukan Lampiran J9 Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura. Perkara X Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran KIO Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia. Perkara XI Perjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain. Pada menyaksikannya maka mereka yang bertandatangan di bawah, yang diberi kuasa sewajamya, telah menandatangani Perjanjian ini. Ditandatangani di London pada 9 hari bulan Julai 1963, dalam lima salinan yang mana satu salinannya hendaklah disimpan oleh setiap Pihak. Bagi pihak United Kingdom: HAROLD MACMILLAN DUNCAN SANDYS LANSDOWNE

43

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu: T. A. RAHMAN ABDUL RAZAK TAN SlEW SIN V. T. SAMBANTHAN ONG YOKE LIN S. A. LIM Bagi pihak Borneo Utara: DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN D. A. STEPHENS W. K. H. JONES KHOO SIAK CHIEW W. S. HOLLEY G. S. SUNDANG Bagi pihak Sarawak: P. E. H. PIKE T. JUGAH ABANG HAJI MUSTAPHA LING BENG SlEW ABANG HAJI OPENG Bagi pihak Singapura: LEE KUAN YEW GOH KENG SWEE Bagi pihak United Kingdom: HAROLD MACMILLAN DUNCAN SANDYS LANSDOWNE

44