Anda di halaman 1dari 4

"MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA"

"PENDAHULUAN"

Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya. Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun hari ini Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya atas urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal ini bermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah dan hala tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Dari segi politik misalnya, kita dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklah seratus peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain di dunia. Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut acuan, keperluan dan kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini adalah semata-mata untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajah secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan maruah bangsa dan negara tersebut pada mata dunia. Negara yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka. Menjaga dan menpertahankan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara malaysia. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: PEMERINTAH -Memperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negara. -Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat. -Memperkukuh ekonomi negara: ~elakkan daripada penjajahan ekonomi ~menjadi negara pengeluar atau pembuat bukannya negara pengguna -Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia. MASYARAKAT -Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. -Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi & sosial. INDIVIDU -Cinta akan negara, bersemangat patriotik & sanggup berkorban untuk negara. -Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa. -Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.

SEJAHTERA MALAYSIA Puji dan syukur pada illahi Anugerah -Nya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan tekad untuk berjaya Berbakti pada nusa dan bangsa Kami junjung cita-cita luhur Perpaduan seluruh negeri Korus: Seia sekata sehati sejiwa Menghadapi cabaran Kami sedia kami setia Berkorban untuk negara Bersemarak Malaysia tercinta Kibarkan panji kebesarannya Kami rela menjaga namamu Sejahtera Malaysia "MENGAMALKAN RUKUN NEGARA" Negara kita mendukung cita-cita bagi mencapai perpaduan yang lebih erat, mencipta masyarakat yang adil, mengekalkan tradisi dan kebudayaan pelbagai kaum serta membina sebuah masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi moden. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai sekiranya tiada perpaduan dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hilangnya timbang rasa dan wujudnya syak wasangka yang keterlaluan antara satu sama lain boleh memusnahkan hubungan baik sesama kita. Rukun Negara yang menajdi idealogi kebangsaan mengandungi prinsip-prinsip untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setia kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang, bersopan dan bermoral demi memelihara kedaulatan negara. SEJARAH KEWUJUDAN RUKUN NEGARA Rukun Negara diistiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-13. Tragedi 13 Mei 1969 telah menghancurkan perpaduan serta mengancam keselamatan dan keamanan negara. Pada ketika itu, pentadbiran negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien. Majlis Rundingan Negara yang ditubuhkan oleh MAGERAN telah mengambil langkah tegas untuk mencari suatu fomula bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Hasilnya terbentuklah Rukun Negara.

MATLAMAT RUKUN NEGARA Matlamat pembentukan Rukun Negara adalah untuk mengembalikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, pembentukan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, progresif dan bersikap terbuka. Rukun Negara juga sebagai ideologi kebangsaan menjadi panduan untuk mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaulat. PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA ~KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN~ ~KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA~ ~KELUHURAN PERLEMBAGAAN~ ~KEDAULATAN UNDANG-UNDANG~ ~KESOPANAN & KESUSILAAN~

-Maksud Setiap Prinsip1.Kepercayaan Kepada Tuhan -agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. -rakyat : menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. -Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. 2.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -menuntut agar semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada raja dan negara. -Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara Malaysia dan Raja Melayu adalah Ketua Negeri. -Raja menjadi simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa kaum pribumi. -Penderhakaan kepada raja bererti penderhakaan kepada negara. 3.Keluhuran Perlembagaan -Perlembagaan adalah undang-undang utama sesebuah negara dan dianggap luhur, suci, dan unggul. -Keluhuran perlembagaan menekankan agar semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung, dan mempertahankannya. 4.Kedaulatan Undang-Undang -Prinsip ini menuntut rakyat negara ini agar menghormati undang-undang dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. -Apabila kedaulatan undang-undang terpelihara semua rakyat akan dapat hidup dengan aman dan damai. -Tanggungjawab setiap warganegara ialah memastikan undang-undang sentiasa didaulatkan

dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. 5.Kesopanan Dan Kesusilaan -Kesopanan dan kesusilaan adalah nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. -Kesopanan dan kesusilaan akan dapat menjamin kehidupan yang harmoni, penyayang, dan saling menghormati. Bagi mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei, rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian. Hal ini menjadi kunci perpaduan dan membina negara bangsa. Salah satu cara mengajak rakyat Malaysia menghayati dan mengamalkan Rukun Negara adalah dengan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara. Sasaran utama kempen ini ialah golongan murid sekolah, remaja dan belia. Melalui kempen ini diharapkan dapat mewujudkan negara yang harmonis dan membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat-menghormati dan mempunyai jati diri. Secara tidak langsung perpaduan ini dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik negara. IKRAR RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpuhkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: ~ Kepercayaan kepada Tuhan ~ Kesetiaan kepada Raja & Negara ~ Keluhuran Perlembagaan ~ Kedaulatan Undang-Undang ~ Kesopanan & Kesusilaan "PERSIAPAN DIRI MEWARISI NEGARA"