Anda di halaman 1dari 1

Kesantunan Verbal Kesantunan verbal bermaksud komunikasi secara lisan yang berlaku setiap hari.

Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain yang bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Dengan ini, kita berkongsi atau bertukar- tukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan. Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan. Semasa menjawab telefon, kita menjawab setiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja kita mengangkat gagang telefon. Selepas ungkapan hello, kita memulakan dengan menbuat semakan untuk memastikan tempat yang dihubungi dan nama yang betul. Selain itu, kesantunan bahasa di kaunter adalah berlainan. Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru, petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Tambahan pula, imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pegawai dikendalikan syarilat swasta, pembimbingan perlu dilaksanakan untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Tuntasnya, kesantunan verbal melibatkan percakapan yang bersopan santun dan beradab agar perbincangan dijalankan dengan lancar. Lebih lebih lagi, perhubungan dapat dieratkan dengan rapat.