Anda di halaman 1dari 2

MINGGU PERTAMA HARI TARIKH TEMPAT MASA : ISNIN : 12/SEPTEMBER/2011 : PADANG 2 UPSI :5.00petang-7.

00petang

Pada minggu pertama silat serimau hitam 1,sesi perkenalan telah diadakan.Tepat pada jam 5 petang,para pelajar berkumpul di padang 2.Selepas pelajar berkumpul,tenaga pengajar memulakan sesi pengenalan untuk kelas silat serimau hitam 1.Kehadiran pelajar diambil oleh tenaga pengajar yang diketuai oleh Encik Zoelkefli bin Ahamad Tahrir.Kemudiannya para pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Encik Zoekefli sangat menekankan disiplin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.Pelajar diingatkan dan diminta untuk hadir awal lima minit sebelum kelas bermula agar para pelajar dapat bersedia dan fokus kepada kelas silat ini.Pada minggu pertama ini,tenaga pengajar telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan latar belakang penubuhan Silat Serimau Hitam.Hal ini demikian sangat penting untuk para pelajar mengetahui asal usul silat serimau hitam yang asalnya dibentuk daripada 5 jenis silat berlainan seperti silat gayung. Selain itu juga,tenaga pengajar telah menerangkan adab-adab semasa memasuki gelanggang persilatan.Para pelajar diminta bertawaf terlebih dahulu sebelum kelas dimulakan.Tawaf di sini bermaksud para pelajar akan duduk dalam seolah-olah dalam keadaan antara dua sujud dan berselawat serta membaca surah al-fatihah,surah al-nas,surah al-falaq dan surah al-ikhlas.Pelajar akan berasa lebih tenang dan fokus untuk mempelajari ilmu persilatan.

Selepas tenaga pengajar menerangkan mengenai adab-adab dalam ilmu persilatan,para pelajar diminta memanaskan badan dan mengeluarkan sedikit peluh.Para pelajar melakukan pemanasan badn mengikut arahan tenaga pengajar.Lebih kurang 15 para pelajar memanaskan badan.Akhir sekali,tenaga pengajar telah melakukan demonstrasi silat.Demonstrasi silat ini telah menarik minat pelajar kerana tenaga pengajar telah melakukan dengan bertenaga sekali.Tepat pada jam tujuh petang,kelas ditamatkan selepas para pelajar melakukan tawaf.