Anda di halaman 1dari 128

Salwati Haris

Bab 1
Zulfarhis menyembur kopi yang diminumnya. Rasa kelat mencucuk-cucuk ruang tekak. Dia berlari keluar, meludah bagi melegakan tekaknya yang terasa perit. Kemudian dia masuk ke dalam semula dengan dahi yang berkerut seribu. Selekehlah kau ni, Zul! Tengok baju aku ni, dah kotor tau tak! marah Annissa sambil melihat baju yang dipakainya dengan rasa sedih. Baju itu baju baru. Abah yang belikan untuknya semalam. Ah, sudah! Baju putih terkena pula air kopi yang hitam pekat. Memang tidak hilanglah kesannya. Dia melirik ke arah Zulfarhis. Berkerut-kerut dahi abang sepupunya itu. Tiba-tiba Annissa diundang rasa geli hati namun cuba dibendung. Zulfarhis tidak mempedulikan omelan Annissa saat itu. Pantas dia mengambil segelas air masak. Tekaknya masih terasa kelat. Dia memandang tepat wajah Annissa dan Edham.

URRR...!!!

Cinta Dalam Hati

Bergilir-gilir. Air apa yang kau buat untuk aku ni, Nis? Apesal rasanya lain macam aje? Annissa menjongket bahu sebelum bibirnya mengukir senyuman sehingga menerbitkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Cukup untuk menarik perasaan curiga di hati Zulfarhis. Edham pula menghirup sedikit kopi yang dihidang untuknya. Rasanya seperti biasa walaupun sedikit pahit. Aku rasa okey aje. Apa yang tak kena? Zulfarhis menjenguk cawan Edham. Warna yang sama. Tiada beza. Hitam pekat seperti kebiasaan. Dihidu aroma kopi itu. Enak. Tetapi apabila kopi di cawannya pula dihidu, bau kurang menyenangkan pula yang timbul. Annissa menepuk kuat bahu Zulfarhis apabila lelaki itu cuba menghidu minumannya pula. Kau nikan Zul, tak sudah-sudah dengan perangai tak senonoh kau tu! Zulfarhis masih tidak puas hati. Hanya airnya yang berbeza bau. Dia kenal bau kopi, hampir semua jenis kopi. Tetapi kopi kali ini lain benar rasa dan baunya. Rasa kelat. Baunya pula menusuk rongga hidung. Annissa dipandang dengan pandangan tajam. Terlihat ada sedikit senyuman tersungging di bibir gadis itu. Ah, memang ada yang tidak kena! Hatinya meyakinkan. Annissa Saffiya...! Hatinya berdetik menyebut nama itu. Annissa gadis yang suka bergurau dan lincah. Tindakan adik sepupunya itu bukannya boleh diramal. Anis, kau mainkan aku? Main apa? Hiii... tak ada untungnya aku mainkan kau pun, balas Annissa selamba. Ditumpukan sepenuh perhatian pada buku yang sedang dibacanya.

Salwati Haris

Annissa diam. Cuba mengawal tawanya daripada meledak, namun meletus jua akhirnya. Zulfarhis terpinga-pinga sedangkan Edham pula kehairanan. Annissa ketawa besar. Hampir sahaja membuatkan air matanya meleleh. Geli benar hatinya. Namun Annissa cepat sedar. Banyak ketawa penyebab hati mati. Dia masih ingat lagi pesanan ustazahnya. Aku... aku kasi natural coffee. Special edition, beritahu Annissa dengan tawa yang masih bersisa. Berkerut dahi Zulfarhis. Natural coffee? Special edition? Kopi dari punggung kuali! Hari ni aje ada kopi tu. Pasal tu la aku gelar special edition. Furthermore, ia dibuat khas untuk abang sepupuku yang amat kusayang, kata Annissa dengan senyuman panjang menghias bibir. Edham yang mendengar sudah tidak boleh berkata apa-apa. Hanya mampu bersimpati dengan nasib temannya itu. Zulfarhis pula tersedak buat beberapa ketika. Apalah malang sangat nasib aku hari ni! Annissa tersengih dan mengangkat bahu. Patutnya kau bersyukur pasal berpeluang jadi Pak Belalang. Kehadiran Juana langsung tidak disedari oleh Annissa, Edham mahupun Zulfarhis. Berkerut dahi Juana melihat Annissa yang ketawa, Edham yang asyik tersenyum dan Zulfarhis pula kelihatan seperti orang sedang dibuli. Didekati teman-teman yang masih tidak menyedari kehadirannya.

Cinta Dalam Hati

Kenapa dengan korang ni? Yang sorang ketawa, yang sorang senyum aje dan yang sorang lagi monyok macam ayam kena paksa sembelih, omel Juana. Punggungnya dilabuh bersebelahan Annissa. Nis, aku hauslah. Boleh buatkan aku air? Bolehlah... penat aku berjalan tau! sambung Juana dengan senyuman meleret. Annissa terseyum nakal. Penuh makna yang tersembunyi muslihat. Edham dan Zulfarhis menyedarinya. Mereka sudah dapat mengagak apa yang sedang berlegar-legar di ruang minda Annissa. Nasib kaulah, Juana Lidya... bisik hati Edham. Annissa tersentak apabila mejanya diketuk kuat. Berdegup kencang jantungnya. Deras darahnya mengalir. Hilang terus memori lama yang sebentar tadi dibongkar. Terkebil-kebil matanya melihat sesusuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya dengan tangan bercekak di pinggang. Juana tersengih memandangnya. Astaghfirullahalazim... Juan, nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak mahu saat ni jugak aku jadi arwah pasal mati terkejut. Kau ni kenapalah suka sangat main kejut-kejutkan orang? Hobi apa? bebel Annissa dengan panjang lebar. Dia bangun dari kerusi dan berlalu ke sebuah meja yang dikhaskan untuk tetamu. Lengan Juana ditarik bersama. Tak payahlah kau tarik aku. Macamlah aku tak biasa datang sini, ujar Juana. Dia memerhati keadaan sekeliling restoran milik ayah Annissa. Agak sibuk dengan beberapa orang pekerja sedang ke hulu hilir mengambil dan menghantar pesanan ke meja pelanggan.

Salwati Haris

Kau tak sibuk ke? Aku tengok dah makin ramai customer yang datang. Taklah. Kan ke aku ni pekerja terhormat dekat sini. Annissa mengenyitkan mata. Juana menjuih bibir. Itulah Annissa, salah seorang pekerja yang tidak bertauliah di Myriad Restaurant & Cafe. Eleh, awak tu bukan pekerja terhormat, tapi pengacau terhebat! Eh, siapa yang jaga kaunter? Bukan kerja kau ke? soal Juana apabila Annissa buat tidak endah sahaja, sedangkan setiap kali dia datang ke restoran ini, Annissa memang bertugas menjaga kaunter bayaran selain Haji Adam. Tu... dah ada yang jaga, jawab Annissa dengan bibir menjuih ke arah kaunter bayaran. Kelihatan Badrulhisham sedang sibuk menerima bayaran daripada pelanggan yang sudah selesai menjamu selera. Selain aku dan abah, Abang Hisham dan Kak Aida yang jaga kaunter. So, aku rehatlah bila Abang Hisham atau Kak Aida ambil tempat, sambung Annissa. Dah makan? Juana menggelang kepala. Perutnya yang berkeroncong disentuh. Memang dia sedang kelaparan yang amat. Aku tengah lapar gila ni tau! Pagi tadi tak sempat sarapan pasal aku terlambat bangun. Masa dekat pejabat tadi asyik berbunyi aje perut aku. Macam-macam bunyi ada. Nasib baik nasyid tak masuk sekali. Juana menceritakan apa yang dilaluinya sepanjang pagi itu. Jom makan! ajak Annissa. Juana mengangguk.

Cinta Dalam Hati

Mereka bergerak menuju ke sebuah meja yang agak jauh daripada pelanggan-pelanggan yang lain. Nak makan apa ya hari ni? Hmmm.... Juana meneliti sebuah buku nipis yang diletakkan di atas meja. Lama. Dia mahu makan sesuatu yang istimewa hari ini. Kak Nis nak makan apa? tanya Jailani apabila Juana masih dalam dilema. Apa ya? Hmmm... kasi salad dahlah. Macam biasa punya, jawab Annissa. Jailani mengangguk tanda faham. Kau diet ke? tanya Juana dengan lirikan mata ke arah Annissa. Annissa menjuih bibir. Diet? Aku nak diet? Sorrylah... aku bukannya diet, cuma tak lapar lagi. Kau taulah kalau dah kerja kat kedai makan ni. Tak sempat lapar dah mengunyah. Makan free pulak tu. Hai... Kak Juan. Takkan tak habis memilih lagi kut, tegur Jailani. Tersengih memandang Juana. Annissa yang melihat keadaan Juana dan mendengar teguran Jailani hanya mampu tersenyum. Juana memang begitu. Pasal makan, serah sahaja pada gadis tinggi lampai itu. Tambahan Juana bukan pemilih orangnya. Juana menutup buku menu. Bagi akak nasi ayam special dengan fresh orange. Jailani mengangguk dan terus berlalu. Juana memandang Jailani hingga anak muda itu hilang dari pandangan. Suasana mulai sesak dengan kedatangan pelanggan yang masing-masing mahu memenuhi fitrah manusia.

Salwati Haris

Kau tau tak pasal Sarah? Dia dah dapat baby tau. Baby boy lagi! beritahu Juana. Menyuap nasi ke dalam mulut dengan perlahan. Sarah? Sarah mana pulak ni? soal Annissa. Keliru. Juana menepuk dahi. La... takkan kau dah lupa kut? Alah, Sarah... Herliyana Sarah Roslee. Budak satu batch dengan kita, tapi dia satu course dengan kau. Kalau kau ingat lagi, pakwe dia taklah berapa handsome, but sweet la. Masa kat U dulu budak-budak samakan dia orang dengan pinang tak boleh belah. Entah apa-apalah dia orang masa tu. Yalah, kau tengoklah Sarah tu sikit punya cantik. Cutting model lagi! Dah tu anak orang berada pulak. Annissa cuba memerah otaknya. Lama dia cuba mengembalikan ingatannya pada satu nama itu. Herliyana Sarah Roslee. Siapa agaknya? Ya... dia sudah dapat mengingati siapa Herliyana Sarah Roslee itu. Teman lamanya. Juan, aku dah ingat budak tu! Suara Annissa hampir membuatkan melompat. Juana mengucap panjang. Juana

Dah dapat anak? Bila masa pulak dia kahwin? Bukan ke tak sampai dua tahun kita habis belajar? Bertubitubi soalan yang diajukan oleh Annissa. Dia nikah masa cuti last semester akhir. Kau percaya tak masa kita konvo dulu, dia dah pregnant tau. Patutlah aku tengok dia masa tu lain macam aje. Nampak berisi sikit. Dah tu bertambah berseri. Juana bercerita dengan penuh kesungguhan. Siapa husband dia? Aiman ke? Juana mengangguk.

Cinta Dalam Hati

Siapa lagi kalau bukan Fakhrul Aiman, katanya. Untung Si Aiman tukan. Dapat isteri dah la cantik, baik, terpelajar, anak orang kaya pulak tu. Kalau memang dah jodoh. Tapi okey apa dia orang tu. Dua-duanya terpelajar. Annissa pula memberikan pendapatnya. Juana mengangguk lagi. Membenarkan setiap butir bicara Annissa. Herliyana Sarah juga beruntung kerana memiliki seorang lelaki dan suami sebaik Fakhrul Aiman. Juana menatap jam yang tersuai di pergelangan tangan. Sudah hampir tamat masa untuknya berehat. Perlu kembali ke pejabat semula. Juana teringat sesuatu. Beg kecil yang dibawa sedari tadi diletak di atas meja. Hampir terlupa pesanan yang diamanahkan padanya. Tersenyum-senyum memandang Annissa yang mula kehairanan melihat tingkah laku temannya itu. Yang kau ni kenapa pulak? Senyum-senyum... mesti ada apa-apa ni! Juana masih seperti tadi. Hanya mempamerkan sebuah senyuman. Tanpa berlengah dia menyerahkan amanah tersebut. Beg bersaiz kecil itu diberi kepada Annissa. Juana hanya mengangkat bahu apabila Annissa membuat riak bertanya. Annissa membuka beg kecil itu dengan tanda tanya yang semakin membukit. Berkerut dahi Annissa saat sekuntum mawar putih terlayar di ruang mata. Lama matanya tertunak seakan tidak percaya. Ada sekeping kad yang dikepil bersama. Pantas meletak tapak tangannya di dahi Juana. Biasa sahaja suhunya tetapi kenapa Juana memberinya bunga? Juana menepis tangan Annissa. Aku sihatlah, Nis. Kalau sihat kenapa beri bunga? Nak kata birthday

Salwati Haris

aku lama lagi. Nak kata Hari Bunga Ros pun rasanya kita tak pernah sambut. Juana tidak menjawab persoalan itu. Masa tidak mengizinkan untuknya terus berada di situ. Merenung wajah Annissa yang masih dalam kekeliruan. Cantik! Annissa Saffiya baginya cantik dan manis. Dengan kulit kuning langsat, bibir segar dan hidung yang sedikit mancung. Yang paling menawan ialah sepasang mata yang punya anak mata hitam penuh dan sepasang lesung pipit yang menghiasi pipi saat gadis itu tersenyum. Kau tengok sendirilah siapa yang kasi. Aku cuma sampaikan amanah dia aje. Nis, aku balik pejabat dululah. Times up. Esok jumpa lagi. Kirim salam kat ayah cik. Ujar Juana. Berlalu pergi selepas bersalaman dengan Annissa. Annissa kebingungan. Dia membuka kad kecil yang dikepil bersama. Kita keluar? Sincerily, Your secret admirer. Berkerut dahi Annissa. Your secret admirer? Siapa ya? Bila masa pulaklah aku ada peminat rahsia ni? Senangsenang aje ajak keluar sedangkan kenal pun tak!

EDHAM senyum apabila Annissa senyum. Apabila Annissa angkat kening, Edham menjongket bahu. Annissa tersenyum lagi. Begitu juga dengan Edham.

Cinta Dalam Hati

So, kaulah yang kasi bunga ni? tanya Annissa. Menunjukkan sekuntum bunga mawar putih di hadapan mata Edham. Edham mengangguk laju. Kenapa kau kasi aku bunga? Kalau nak ajak keluar sekalipun tak payahlah susah-susah kasi bunga. Cakap ajelah, kan senang! Saja! balas Edham. Mulanya Annissa tersenyum tetapi kemudiannya dia menggelengkan kepala. Benarkah di hadapannya sekarang ini Edham Syaqeef Ahmad Tarmizi atau dia bersama Edham yang lain? Bukannya dia tidak pernah menerima bunga daripada lelaki itu tetapi Edham memberinya bunga hidup. Annissa pasti Edham tahu tetapi kenapa masih memberi bunga hidup itu? Kau okey ke, Ed? Yup! Betul ke? Annissa meminta kepastian. Ya, wahai Annissa kusayang. Aku sihat! balas Edham lalu mengenyitkan mata. Annissa masih tidak puas hati. Tidak mungkin lelaki itu sudah lupa! Ed, kau taukan yang aku tak berapa suka bunga hidup. Bunga ni dah mati sebenarnya. Dah dipotong daripada induknya. Tak bermakna lagi dah. Takkan kau dah lupa? Tajam renungan Annissa terhadap Edham. Edham terdiam. Dia ingat. Mana mungkin dia lupa. Sorry, sayang. Aku ingat dan akan selalu ingat dan tak mungkin aku lupa. Very sorry. Promise, aku tak buat lagi! ujar Edham. Tangannya diangkat seperti sedang mengangkat sumpah.

10

Salwati Haris

Its okay. Walau apa pun, thank you sebab beri bunga hidup yang tentunya mahal. Terima kasih jugak pasal habiskan duit kau untuk beli bunga ni. Edham tersenyum mendengar kata-kata Annissa. Tahu kenapa gadis itu tidak berapa berkenan dengan bunga hidup. Hidung Annissa yang sedikit mancung itu ditarik lembut. Bertuah jugak badan pasal dapat buah hati yang tak suka bunga hidup. Save duit untuk hantaran nanti! gurau Edham. Eh, ke situ pulak dia! Bukan apa... bunga hidup tu memang cantik tapi... Annissa tidak dapat meneruskan kata-kata apabila jari telunjuk Edham sudah berada di atas bibirnya. Tapi dah tak bermakna sebab dah dipotong. Lagi satu lama-lama bunga tu layu dan mati. Jadi dah tak indah lagi untuk ditatapi. Kalau bunga pirates pulak boleh berada di sisi buat selama-lamanya selagi tak dibuang. Boleh disimpan selagi tak rosak dan kalau kotor boleh dibersihkan. Begitu jugalah maknanya cinta. Takkan layu selamanya seperti mana bunga pirates tu, sambung Edham. Bunga pirates? Bunga baldulah tu, sayang.... Annissa ketawa menghafal semuanya. kecil. Edham sudah dapat

Kadang-kadang aku naik pelik dengan kau, Nis. Perempuan lain kalau boleh nak dapat bunga hidup, bunga segar tapi kau tak naklah pulak. Sampai ada yang merajuk sebab bunga hidup punya pasal. Kau pulak, bunga baldu jadi pilihan.

11

Cinta Dalam Hati

Edham menongkat dagu. Memandang Annissa yang turut sama memandangnya. Mata mereka berlaga buat seketika. Kaukan dah tau kenapa aku tak berkenan dengan bunga hidup. Memanglah... tapi okey jugak kalau kau tak suka bunga hidup. Macam aku kata tadi, jimat sikit duit aku, ujar Edham dalam senyuman nakal. Annissa menggelengkan kepala. Edham memang tidak boleh dilayan. Semakin menjadi pula nanti. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak gemar pada bunga segar yang diberi padanya sedangkan orang lain bunga seperti itulah yang diingini. Baginya bunga itu sudah mati kerana dipotong dari induknya. Hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian perlu dibuang sekiranya sudah layu. Annissa mengacau minumannya buat seketika. Dia leka dalam dunianya buat sementara. Mindanya mula memainkan semula memori lama. Satu per satu terlayar di ruang ingatan bagaikan putaran sebuah filem. Nis.... Edham terus menatap wajah Annissa. Lama. Jatuh pula pandangan matanya pada bibir Annissa yang mengukir senyuman nipis. Terbit sepasang lesung pipit di pipi gadis itu. Anis! panggil Edham. Mengetuk meja beberapa kali. Ketukan itu mengejutkan Annissa. Terus sahaja merentap pandangan mata Edham. Kenapa? Edham tidak menjawab sebaliknya memegang erat tangan Annissa yang masih tidak berhenti mengacau minumannya.

12

Salwati Haris

Sudahlah tu. Berapa lama lagi kau nak kacau air tu? tegurnya. Annissa tersenyum lagi. Nipis tetapi senyuman itu menggamit hati Edham untuk sentiasa merinduinya. Annissa teringat Zulfarhis, abang sepupunya yang telah banyak menghabiskan masa kecil bersamanya. Mereka membesar bagaikan saudara kandung. Rapat dan mesra. Apa yang kau menungkan sampai air pun tak luak dari tadi? tanya Edham. Tak ada apalah. Tiba-tiba rindu pulak pada Zul, luah Annissa. Cakap pasal Zul, aku dah lama tak jumpa dia. Adalah dalam tiga empat hari. Mana dia pergi, hah? Annissa angkat bahu. Entah. Semalam dia telefon, katanya dia sibuk sikit sebab tu la dia jarang dapat jenguk aku dan abah. Ada kes baru. Dia katalah. Kawan baik kau tu kalau dah kerja mana ingat benda lain! Annissa menghirup kopi dengan perlahan. Masih panas. Takut bibirnya melecur. Hmmm... kau ingat lagi tak Ed pasal natural coffee special edition aku? sambungnya lagi. Edham mengangguk. Masakan boleh lupa kejadian itu. Saat itu kenakalan Annissa memang terserlah. Sekarang kenakalannya masih ada cuma kurang sedikit berbanding dulu. Sampai sekarang kalau dia datang rumah, dia mesti tak nak aku buat kopi untuk dia. Waswas katanya. Tapi kalau air lain dia minum. Cerita Annissa. Edham ketawa. Zulfarhis ada bercerita tentang itu dengannya. Takut terkena lagi, perlulah beringat!

13

Cinta Dalam Hati

Kau tu yang nakal sangat. Kesian Zul, sampai fobia jadinya dengan air kopi kau. Dengan Juan sekali kau balun. Annissa tersengih. Ah, masa lalu yang penuh dengan kenangan!

14

Salwati Haris

Bab 2
PA yang kau nak beli sebenarnya? Dari tadi asyik memilih. Keluar masuk kedai. Belinya tak! rungut Edham. Berpeluk tubuh saat Annissa masih leka memilih barang. Annissa menoleh sekilas. Tersenyum melihat wajah masam mencuka milik Edham. Dengan wajah begitu membuatkan Edham kelihatan seperti badut. Annissa tertawa kecil namun tawanya mati apabila Edham memandang tajam padanya. Hanya buat tidak peduli apabila Edham membuat riak bertanya. Ni. Kenapa pulak ni? Asyik senyum dari tadi, tegur Edham. Annissa hanya menjongket bahu sebagai jawapan dan itu tidak memuaskan hati Edham. Senyuman masih tersungging di bibir itu. Memutikkan rasa hairan di hati Edham. Nis.... Apa? sahut Annissa, acuh tidak acuh. Tika itu mereka sudah berada di hadapan sebuah

15

Cinta Dalam Hati

kedai cenderamata. Joanne Gift Shop. Itulah nama kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Annissa melangkah masuk, meninggalkan Edham di belakang. Banyak juga pilihan di kedai itu. Daripada sekecil-kecil hadiah hinggalah yang paling besar, seekor anak patung beruang berwarna putih. Harganya hampir mencecah RM200. Edham mendapatkan Annissa yang kelihatan leka melihat anak patung beruang itu. Tangan gadis itu sudah mengusap perlahan bulu anak patung beruang tersebut. Nak teddy bear yang ni ke? soal Edham tiba-tiba apabila dilihatnya Annissa begitu leka merasai kelembutan bulu anak patung beruang itu. Annissa menggelengkan kepala. Dia berlalu. Nis! panggil Edham lagi. Ya, Encik Edham Syaqeef Ahmad Tarmizi! Kenapa? Annissa berpaling menghadap Edham. Matanya dikerdipkan buat seketika. Kelihatan seperti robot yang comel! Edham ketawa besar sehingga menarik perhatian beberapa orang pengunjung di kedai itu. Annissa yang menyedari kelakuan Edham, pantas menumbuk badan lelaki itu. Biar! Edham mengaduh kesakitan. Kuat juga tumbukan Annissa mengenai dadanya. Terlupa gadis itu pemilik tali pinggang hitam. Kau ni kenapa? Panggil aku, tapi lepas tu ketawa pulak. Gila apa?! marah Annissa. Sakitlah, Nis! Alah... kalau aku gila pun, aku gilakan kau aje. Edham mengenyitkan matanya. Nakal.

16

Salwati Haris

Annissa mencebik. Eleh, baru kena tumbuk sikit dah sakit. Kau ni lelaki ke perempuan? Kau nak aku jadi apa? Perempuan boleh... lelaki lagilah boleh! Berkerut dahi Annissa. Lelaki boleh, perempuan pun boleh? Oh, kau ni khunsa la ya? Ada dua jantina. Apesal tak kasi tau aku awal-awal? Membulat mata Edham di sebalik kaca mata lutsinar yang dipakainya. Melihat reaksi Edham itu, Annissa mula menjarakkan diri. Mengundur setapak demi setapak ke belakang. Senyuman meniti bibir Annissa seakan dipaksa. Dia tahu apa yang bakal berlaku padanya. Memang sudah dijangka. Batang hidungnya menjadi mangsa. Memerah hidungnya. Kelihatan seperti badut pula. Ed, sakitlah! Habis penyek hidung aku! marah Annissa. Menyentuh batang hidungnya yang terasa perit. Hati Edham direnggut perasaan kasihan tiba-tiba. Mulut buah hatinya itu masih tidak henti-henti membebel, memarahi tindakannya yang menyakitkan. Disentuh batang hidung Annissa dan kemudian ditiup perlahan. Berkelip-kelip mata Annissa saat angin yang dihembus Edham mengenai matanya. Dia ingat aku budak kecik agaknya! Hati Annissa mendongkol marah. Aduh... pedihnya hidung! Rasa macam nak tercabut pulak. Nasib baik tak tanggal. Edham ketawa kecil mendengar omongan demi omongan yang keluar dari mulut Annissa. Raut wajah itu masih manis di mata biarpun masam mencuka pada hakikatnya.

17

Cinta Dalam Hati

Itulah. Siapa suruh gelar aku khunsa. Kan dah kena. Sakit tak? Tak sakit pun... malahan sesedap rasa dan rasanya macam nak kena lagi. Annissa bersuara perlahan dan lembut tetapi sesaat kemudian dia bercekak pinggang. Sakitlah, pandai! Kau ingat hidung aku ni apa? Sponge yang boleh dipicit-picit? Nasib baik tak penyek. Kalau penyek.... Annissa tidak menghabiskan kata-katanya. Mengangkat jari telunjuk bagaikan memberi amaran kepada Edham. Kalau pun hidung kau penyek aku tetap nakkan kau. Balas Edham. Sekadar bergurau. Annissa menarik muka. Berlalu keluar apabila tiada benda yang menarik perhatiannya di situ. Langkah Annissa diekori rapat oleh Edham. Tidak membenarkan Annissa jauh daripadanya.

ANNISSA berhenti di hadapan sebuah restoran. Memandangkan tekaknya terasa haus dan perutnya yang mula berkeroncong, dia melangkah masuk. Edham hanya mengikut rentak gadis itu. Mereka memesan minuman dan makanan. Menikmatinya dengan penuh selera. Sesekali Annissa melirik ke arah Edham yang duduk bertentangan dengannya. Tersungging sebuah senyuman di bibirnya. Teringat kes tadi. Edham jadi perempuan? Oh, tidak terbayang olehnya! Edham menyedari senyuman itu. Meraba sekitar mukanya. Tiada apa yang mencela wajahnya, tetapi kenapa gadis itu tersenyum setelah memandangnya?

18

Salwati Haris

Dia mula lagi, bisik Edham sendirian. Kau ni kenapa Nis? Asal tengok aku, kau senyum. Apa hidung aku terbalik ke? Annissa mengangkat keningnya. Entahlah... aku cuma teringat pasal yang kau cakap tadi. Khunsa! Edham tenggelam dalam tawa yang dibuat-buat. Batang hidung tu nak kena tarik lagi ke? Eh, betullah apa yang aku cakap tadi! Kau yang cakapkan boleh jadi perempuan ataupun lelaki. Kalau dah macam tu, bukan ke khunsa tu namanya. Orang tiga suku pun tak nak tau! tukas Annissa. Mempertahankan diri. Yalah... yalah! Dah, cepat makan. Apa yang kau cari tu tak jumpa lagi. Karang sampai ke petang pulak. Senyuman Annissa bertamu lagi. Kau ni nak kata rabun, memanglah rabun. Dah pakai cermin mata pun boleh sipi lagi. Edham baru menyedarinya. Pinggan Annissa sudah licin. Hanya tinggal sisa sahaja. Kenapalah hari ini dia sahaja yang terkena dengan gurauan Annissa itu? Ed, nanti kita pergi isi perut lagi ya. Makan petang pulak. Edham tidak mempedulikan kata-kata Annissa. Menarik lengan Annissa, mendorong Annissa mengikutinya. Kau ni makan atau melantak? Kalau bab makan, serah aje kat kau. Lelaki pun kalah. Perut apa kau ni? Tolak batu dengan kayu aje. Nasib baik kayu tak boleh dimakan. Kalau tak.... Edham membebel panjang lebar. Persis seorang datuk yang memarahi cucunya. Bagus jugak kalau pokok tu boleh dimakan. Sekurang-kurangnya benda tu free. Senang nak dapat pulak

19

Cinta Dalam Hati

tu, sahut Annissa dengan sengaja, masih lagi mahu mengusik Edham. Perut macam tong dram! rungut Edham dalam nada suara yang perlahan namun masih jelas di pendengaran Annissa. Salah tu, sayang! Tong dram tu kecik. Hah, macam lori tangki minyak. Yang bawa minyak tu. Banyak tau boleh isi. Balas Annissa. Edham menghela nafas. Begitulah keadaannya kalau dia diusik oleh Annissa. Dia yang akan kalah. Annissa memang pandai mengusik. Paling mahir dan boleh digelar profesor madya! Okeylah. Lepas kita cari apa yang kau nak, kita pergi makan. Isi perut kau yang macam tangki minyak tu. Akhirnya Edham mengalah dan mengikuti kehendak Annissa. Permintaan Annissa itu bukanlah menjadi satu beban buatnya. Annissa tersenyum girang.

ANNISSA tersenyum senang. Hadiah sudah dapat. Perut pun sudah kenyang. Tiada apa yang lebih menyenangkan hati selain itu. Dia menyedut air bergas yang masih tinggal sedikit di dalam cawan. Annissa melihat jam di pergelangan tangannya. Dia perlu pulang dalam kadar segera. Annissa mengekori Edham apabila lelaki itu mengajaknya pulang ke rumah. Annissa menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Punat-punat nombor ditekan untuk membuat panggilan. Lama dia menanti sebelum panggilannya disambut.

20

Salwati Haris

Myriad Restaurant & Cafe. Satu suara lembut menyapa halwa telinga Annissa. Pasti suara Aida. Dia pasti sekali. Siapa lagi yang menjaga kaunter bayaran selain dia, Haji Adam, Badrulhisham dan tentunya Aida. Kak Aida! Nis ni. Annissa bersuara. Oh... Nis. Ingatkan siapa tadi. Hah, pukul berapa Nis nak sampai kedai? Dah dapat cari apa yang Nis nak kasi tu? Barang yang Kak Aida pesan ada tak? Ramah sungguh Aida menyambut panggilannya. Pastinya disertai dengan luncuran soalan yang berjela. Annissa ketawa kecil. Aida memang begitu. Kak Aida ni. Banyaknya soalan! Pening kepala Nis. Tak tau nak jawab yang mana dulu, rungut Annissa. Kedengaran suara Aida ketawa di hujung talian. Yalah... yalah... akak mintak maaf, ya. Excited katakan! senda Aida. Ha, jawablah soalan kakak tadi. Yang penting akak nak tahu barang yang akak pesan tu. Ada tak? Ada kak. Jangan risau. Hmmm... Nis dalam perjalanan balik ni. Setengah jam lagi sampailah, jawab Annissa. Dalam perjalanan perjalanan? selidik Aida. ke baru nak mulakan

Annissa tersenyum kecil. Baru nak jalan. Jangan lambat tau. Takut ayah cik sampai dulu. Karang tak surprise pulak. Aida mengingatkan lagi. Dont worry my dear sis. Nis dah ada plan yang akan buat abah balik lebih lambat dari kedai sana. Plan? Plan apa? Akak tak tau pun, soal Aida. Pelik.

21

Cinta Dalam Hati

Annissa ketawa lagi. Gadis itu membuat isyarat meminta Edham memberikan sedikit masa lagi untuk bercakap apabila Edham memanggilnya. Tika itu mereka sudah sampai di pekarangan tempat meletak kenderaan. Nak tahu plan apa? Untuk buat abah balik lambat, Nis mintak tolong pada abah belikan something yang Nis sendiri tak tau kewujudannya. La... ya ke? Apalah Nis ni. Kesian ayah cik. Entah jumpa entah tak. Ayah cik mesti cari sampai dapat punya. Yalah, kalau Nis yang mintak mesti ayah cik cuba dapatkan jugak walau susah macam mana pun. Annissa terdiam buat seketika. Teringat pesanan yang dibuat pada abahnya. Meminta sebuah novel Inggeris yang dia sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Memang abahnya cuba untuk memenuhi permintaan itu. Tetapi apa yang pasti dia terpaksa membuat permintaan sedemikian. Hmmm... alah, Nis cakap pada abah, kalau tak ada tak payah beli. So, terang-terang buku tu tak ada. Abah mesti tak cari punya! ujar Annissa dengan suara yang sengaja diceriakan bagi membendung perasaan yang sedikit terusik saat itu. Sekurang-kurangnya plan Nis tu berjaya. Betul tak? Kalau tak tentu payah Aman dan budak-budak yang lain nak datang kedai sini, kan? Betul tu! Okeylah kak. Nis dah nak balik ni. Driver dah marah pasal lambat sangat. Kita jumpa kat sana nanti. Assalamualaikum! Bicara Annissa mati apabila talian diputuskan. Berlari-lari anak mendapatkan Edham yang sedang bersandar pada badan sebuah kereta keluaran negara luar. Berangan dapat sebiji ke? tegur Annissa saat

22

Salwati Haris

melintas di hadapan lelaki yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Tak apalah. Yang tu pun tak habis bayar lagi. Tak dapat milik sendiri dapat sentuh pun kira untung. Bibir Edham menjuih ke arah Proton Gen 2 miliknya sebelum menyentuh kereta yang pernah menjadi idamannya. Sebuah kereta BMW keluaran terbaharu. Mujur kereta ni tak ada penggera. Kalau sentuh sikit, bunyi. Edham mengukir senyuman kecil. Beriringan menuju ke kereta yang terletaknya tidak jauh dari BMW itu. Sampai dua kau beli barang tadi. Satu lagi kau nak kasi pada siapa? soal Edham saat mereka sudah bersedia untuk bergerak. Annissa melihat beg kertas yang dipangkunya. Dua bungkusan hadiah. Dari tadi kau tengok aku beli, baru sekarang nak tanya ke? Annissa melirik ke arah Edham. Yang bungkusan colour hijau aku punya. Yang colour biru Kak Aida punya. Dia yang suruh beli untuk abah. Sambungnya. Edham mengangguk. Dia terus menumpukan perhatian pada pemanduan. Sesekali melihat Annissa melalui ekor matanya. Bila dia bisa mengikat gadis itu?

SEBUAH Proton Perdana V6 berhenti betul-betul di hadapan Myriad Restaurant & Cafe. Haji Adam mengambil beg yang mengandungi beberapa fail yang diambilnya dari kedai miliknya yang lain. Haji Adam keluar dari dalam kereta sambil

23

Cinta Dalam Hati

menjinjing sebuah lagi beg plastik. Terlihat akannya Proton Gen 2 milik Edham. Pasti lelaki itu ada di dalam sana. Haji Adam mula mengorak langkah. Tetapi langkahnya terhenti apabila tiba di hadapan pintu. Tanda close yang tergantung pada pintu kaca itu amat menghairankan. Sejak bila pula restorannya ditutup pada hujung minggu sedangkan restoran itu dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Dari pukul sembilan pagi hingga sembilan malam. Haji Adam melangkah masuk. Sepi. Sunyi. Kosong. Tiada pekerjanya mahupun pelanggan yang sememangnya tidak pernah putus mengunjungi restorannya saban hari. Beg dan bungkusan plastik diletak di atas meja. Terjenguk-jenguk kepala Haji Adam, mana tahu terlihat seseorang di situ. Hisham! Aida! panggil Haji Adam. Memanggil nama dua orang pekerja yang sudah dianggap bagai anak sendiri. Haji Adam pergi ke ruang dapur. Tiada sesiapa di situ. Malah keadaan cukup bersih. Seakan tidak diguna. Annissa! Nama anak perempuannya pula keluar dari bibir tuanya. Sebaik sahaja Haji Adam keluar dari perut dapur, dia terkejut. Hampir menyentap jantungnya tika itu juga. Terpaku buat seketika. Annissa, Edham, Aida, Hisham dan pekerja-pekerjanya berdiri tidak jauh daripadanya. Annissa berjalan perlahan menghampiri Haji Adam yang masih keliru dengan sebiji kek yang dibawa bersama. Mereka yang berada di situ bersama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir yang ditujukan khas buat Haji Adam.

24

Salwati Haris

Surprise!!! Selamat ulang tahun yang kelima puluh satu, abah! ucap Annissa dalam senyuman yang lebar. Tiuplah lilin tu, bah. Karang cair pulak nombor yang cantik tu. Haji Adam mengangguk. Menuruti arahan Annissa. Fahamlah dia kini. Rupa-rupanya mereka berpakat untuk meraikan hari lahirnya. Haji Adam melihat kek yang agak besar itu. Dengan bentuk yang berupa angka 5 dan 1 mewakili umurnya sekarang. Haji Adam meniup lilin yang masih menyala. May Allah bless you always, abah. Nis sayang abah! ujar Annissa lantas memeluk Haji Adam dengan erat. Abah sayang Nis jugak. Lebih daripada diri abah sendiri, balas Haji Adam dalam nada suara yang sedikit perlahan. Dia terharu dengan apa yang telah berlaku pada hari ini dan dalam masa yang sama perasaan sebak dan pilu beraja di hati bila mendengar kata-kata Annissa, puteri kesayangannya. Haji Adam hanya mampu memberikan ucapan terima kasih apabila semua pekerjanya bersalaman dengannya dan mengucapkan selamat kepadanya. Tiada apa yang lebih berharga melainkan saat ini. Sebelum kita mulakan aktiviti senaman mulut, apa kata kita dengar sepatah dua kata dari bos kita, kata Sharul kepada rakan-rakan sekerjanya. Suasana sedikit gamat dengan sorakan dan tepukan saat Haji Adam tampil untuk membuat ucapan. Assalamualaikum! Hmmm... sebenarnya saya tak tahu nak kata apa sebab semua ni tak disangka. Jadi tak sempatlah saya nak buat teks ucapan, ujar Haji Adam dalam gurauan. Dia memandang ke arah semua pekerjanya dan

25

Cinta Dalam Hati

melihat seorang demi seorang wajah mereka sebelum menyambung kata-kata. Ucapan terima kasih sajalah yang dapat saya berikan atas apa yang berlaku pada hari ni. Saya amat menghargainya. Juga pada Aiman dan kakitangan yang lain yang mana turut sama dalam majlis ni. Terima kasih banyakbanyak. Boleh saya tau siapa mastermindnya? tanyanya. Semua yang ada di situ berpakat menuding jari ke arah Annissa. Annissa pula pura-pura tidak mengerti apa-apa. Hanya berwajah biasa. Kak Nis, bos. Dialah mastermind, dialah ketua, dialah yang rancang semua ni. Dari A ke Z. Kita orang cuma protege aje, sampuk Jailani. Annissa menjegilkan mata sedangkan Jailani tersengih memandangnya. Jailani memang begitu. Banyak mulut dan kecoh. Jailanilah yang menjadi pemeriah restoran itu. Namun Annissa amat menyenangi anak remaja yang baru berusia lapan belas tahun itu. Penat tau Nis dan yang lain-lain buat rancangan ni. Bukan senang tau nak buat sesuatu yang surprise tanpa abah syak apa-apa pun. Sebab itulah Nis minta tolong abah belikan english novel, tapi Nis tak tahu pulak buku tu wujud atau tak. Terpaksa buat macam tu supaya abah lambat sikit balik sini. Jadi kita orang boleh buat kejutan, terang Annissa. Haji Adam menggelengkan kepala. Hmmm... patutlah abah cari buku tu tak ada. Rupa-rupanya memang tak ada! Annissa tunduk. Abah tak marah, kan?

26

Salwati Haris

Haji Adam tersenyum melihat wajah Annissa. Tak. Abah tak marah. Betul? soal Annissa. Meminta kepastian. Terus sahaja dia memeluk Haji Adam apabila lelaki separuh usia itu mengangguk. Semua yang ada di situ tersenyum melihat keakraban antara Haji Adam dan anak tunggalnya, Annissa. Tahu bahawa Annissalah yang menjadi penawar dan racun dalam hidup majikan mereka itu. Biarpun Annissa anak kepada majikan mereka, gadis itu tidak sombong dengan status anak bos malah mereka begitu menyenangi sifat Annissa yang peramah dan mudah mesra. Bos, bila boleh makan? Perut saya dah lapar ni. Tak tahan tengok makanan yang banyak tu. Tiba-tiba Jailani membuka mulut. Semua mata tertumpu pada Jailani sedangkan Jailani hanya mengangkat bahu sambil tersenyum kecil. Jai... Jai! Kalau pasal makan, nombor satu. Okey, kita makan sekarang. Haji Adam mengumumkan aktiviti yang telah lama dinanti oleh semua yang ada di situ, terutama sekali Jailani. Anak remaja itu dahulu yang memecut ke arah makanan yang tersedia. Suasana sedikit bingit. Masing-masing tidak mahu melepaskan merasa semua makanan yang terhidang. Tidak ketinggalan Haji Adam, Annissa dan Edham. Mereka duduk di meja yang telah tersedia. Adakalanya perbualan mereka diselangi dengan tawa yang panjang. Haji Adam, Annissa mahupun Edham tidak menyedari kemunculan Zulfarhis dan Juana. Rasyid, tunangan Juana juga tidak ketinggalan. Hanya sedar selepas mereka ditegur. Zul terlambat ke, ayah cik? tanya Zulfarhis.

27

Cinta Dalam Hati

Haji Adam berdiri lantas memeluk anak saudaranya itu. Sudah lama tidak ketemu. Rindu terasa. Kenapa kau lambat, Juan? soal Annissa apabila Juana merapatinya. Sorrylah Nis. Tak sengaja, tertidur tadi. Nasib baik Syid call aku tadi. Kelam-kabut aku di buatnya, tau! jawab Juana. Annissa menghela nafas. Syid, kau tengoklah tunang kesayangan kau ni. Asyik tidur aje. Makan pulak nombor satu, bebel Annissa. Meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kelewatan Juana. Eleh, orang tu pun apa kurangnya. Kalau bab makan, serah aje kat dia. Tapi badan tak jugak naik-naik. Lagilah kalau pasal tidur. Tak usah nak cakap. Tak berbantal pun tak apa, sampuk Zulfarhis pula. Sengaja berkata begitu. Sekadar bergurau. Sudah lama tidak bertikam lidah dengan Annissa. Membulat anak mata Annissa. Eh, suka hati aje nak mengata orang ya, Encik Ahmad Zulfarhis Azman! Annissa tidak mahu kalah. Nak buat macam mana, kan Ed. Kita dapat girlfriend yang perangainya tak ubah macam kembar. Duadua sama! celah Rasyid. Lelaki itu mengaduh apabila Juana menyikunya. Betul tu. Aku setuju sangat-sangat, Syid! sokong Edham dan membuat give me five bersama Rasyid. Annissa sudah mengerutkan dahinya dengan kening yang hampir bercantum. Jelas menunjukkan gadis itu sedang memendam rasa marah terhadap tiga lelaki yang sedang galak menyakatnya dan Juana.

28

Salwati Haris

Juana juga sama cuma dia berkesempatan mencubit Rasyid saat tunangnya itu mengenakannya. Annissa tersenyum-senyum memandang Haji Adam yang turut sama menoleh ke arahnya. Kemudian dia memandang Aida pula yang sudah mengangkat kening dengan senyuman yang penuh maksud yang hanya difahami oleh Annissa. Ni untuk abah. Annissa menghulurkan bungkusan yang berbalut cantik dengan kertas pembalut hadiah berwarna hijau muda. Hadiah untuk abah? Annissa mengangguk. Kemudian Aida pula menghulurkan bungkusan yang hampir sama saiznya cuma berlainan warna sahaja. Haji Adam mengambil pemberian itu dengan perasaan yang bercampur baur. Daripada Aida dan Abang Hisham, ujar Aida apabila kelihatannya Haji Adam tidak berkata apa-apa. Terharu barangkali. Haji Adam tersenyum kecil. Tidak sangka sama sekali menerima hadiah kala usia sudah lanjut begini. Terima kasihlah sebab susah-susah beli hadiah. Tak sangka, dah tua macam ni pun masih boleh dapat hadiah, kata Haji Adam sebelum dia ketawa kecil. Jangan buka! Annissa dan Aida berkata hampir serentak. Mereka berpandangan. Haji Adam tidak jadi membuka dua bungkusan itu. Buka kat rumahlah, abah, sambung Annissa. Aida mengangguk, menyetujui cadangan gadis itu.

29

Cinta Dalam Hati

Haji Adam menjongket bahu. Nampaknya terpaksalah dia membuka kedua-dua bungkusan itu setibanya di rumah nanti.

SUASANA meriah di restoran berlanjutan dibawa hingga ke rumah. Walaupun hanya tinggal Annissa, Haji Adam, Aida, Badrulhisham dan Edham serta Hakim dan Nadiya, suasana masih tetap meriah. Juga kehadiran Zulfarhis, Juana dan Rasyid. Tidak lama selepas itu, Zulfarhis meminta diri untuk pulang. Diikuti Juana dan Rasyid. Ayah cik, saya minta diri dulu ya, ujar Edham. Menghulur tangan untuk bersalaman dengan Haji Adam. Sempat mencubit pipi Nadiya yang sememangnya manja dengannya. Nanti Uncle Ed datanglah lagi. Boleh sambung cerita fairy tales yang Nadiya suka, ujar Nadiya lantas mencium pipi Edham. Hati-hati memandu tu, pesan Haji Adam. Edham mengangguk. Mengatur langkah keluar dengan perlahan diikuti rapat oleh Annissa. Suasana sedikit hening dengan deruan angin menyapa sepoi-sepoi bahasa. Edham bersandar pada badan kereta sedangkan Annissa berdiri di muka pintu pagar. Nakal mata Edham merenung segenap inci wajah Annissa yang disimbahi dengan limpahan cahaya lampu neon. Annissa menyedari dirinya sedang diperhati, lantas cuba untuk bersikap biasa. Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang menggambarkan diri sedang diamuk pelbagai

30

Salwati Haris

perasaan yang menyesakkan. Terasa ombak di dada kian mengganas. Kau nampak gembira hari ni, kata Edham. Memeluk tubuh apabila merasakan dingin bayu bertiup lembut menjamah dirinya. Yeah, Im so happy today. Birthday abah, kan? Seulas senyuman terukir di bibir Annissa. Edham pula tidak pernah jemu melihat senyuman itu. Senyuman gadis itu memang istimewa baginya. Kadangkala dia dibuai perasaan rindu untuk melihat senyuman itu. Edham berjalan mendekati Annissa. Menyelak anak rambut yang jatuh menutupi dahi gadis itu. Ternyata Annissa terkejut dengan tindakan Edham yang tidak terduga. Kelu lidahnya. Hanya anak mata sahaja yang membulat menentang mata Edham yang berkaca mata itu. Annissa Saffiya.... Tidak berkelip mata Annissa. Edham membelai lembut pipi Annissa. Kemudian dia bercekak pinggang. Annissa Saffiya... Annissa Saffiya... Annissa Saffiya Adam.... Berkali-kali Edham menyebut nama penuh Annissa. Memegang bahu Annissa dengan sebuah senyuman manis. Annissa menelan air liur, perlahan. Kenapa dengan dia ni? Lain macam aje! Berdetak-detik hati Annissa dengan persoalan itu. Do you know how much I love you? Annissa seperti tadi. Diam dan matanya memanah terus ke dalam mata Edham. Tidak menjawab pertanyaan Edham.

31

Cinta Dalam Hati

Edham ketawa kecil melihat reaksi Annissa yang bagaikan anak patung itu. Do you know? Edham mengulangi pertanyaan yang tidak dijawab oleh Annissa. Edham melepaskan keluhan. Betapa dia menyintai gadis itu. Betapa dia menyayangi gadis itu. Betapa dia terlalu ingin berada di sisi Annissa. Sampai bila-bila.... Aku cintakan kau. Terlalu. Perasaan ni sentiasa ada di sini. Edham menunjukkan dadanya. Lapan hari seminggu dan dua puluh lima jam sehari. Akhirnya Annissa tersenyum sesudah mendiamkan diri agak lama. Membiarkan Edham sahaja yang mendominasi keadaan tika itu. Kenapa? soal Edham. Hairan melihat Annissa yang tersenyum dengan tiba-tiba. Annissa menggelengkan kepala. Aku macam pernah dengar aje apa yang kau cakap tadi. Berkerut dahi Edham. Yang mana? Annissa berdeham sebelum membuka bicara. Lapan hari seminggu dan dua puluh lima jam sehari. Bukan ke tu lagu boy band dari seberang? Apa ya nama band tu? Hmmm... kalau tak salah Surga. Hah, betullah. Surga! Edham mengangguk. Membenarkan tekaan Annissa. Kau tau kenapa aku pinjam kata-kata tu dan ucapkan pada kau? Annissa mengangkat bahu. Lapan hari seminggu, dua puluh lima jam sehari. Sesuatu yang pelik, kan? Kalau diikutkan yang normal, seminggu ada tujuh hari. Dalam sehari pulak ada dua puluh empat jam. Kalau kita fahami betul-betul, ia menyatakan

32

Salwati Haris

tentang perasaan cinta yang tak pernah ada had masanya. Tak ada tempoh yang ditetapkan untuk menyintai seseorang. Cinta tak pernah meminta tetapi sentiasa memberi. Dalam pemberian itu tak pernah mempersoalkan tentang waktu, terang Edham. Menyentuh sedikit dagu Annissa. Lembut. Dan begitulah cinta aku pada kau. Sentiasa ada dalam hati dan tak akan hilang dimamah masa. Aku janji... sambungnya. Annissa meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Edham. Tidak membenarkan lelaki itu meneruskan kata-kata. Jangan berjanji tentang sesuatu yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya, Ed. Jangan berjanji tentang perkara yang satu hari nanti akan makan diri kita. Akan lukakan hati kita sendiri. Waktu tu kita akan rasa bersalah dengan apa yang pernah kita janjikan sebab kalau tak ditepati, ia menyakitkan. Pedih. Terlalu sakit! Edham terdiam. Tidak percaya kata-kata itu lahir dari mulut Annissa. Tidak berkelip dia melihat Annissa yang sudah mengukir sebuah senyuman. Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak percaya pada aku? Edham mula menyoal. Annissa menggenggam tangan Edham. Meminta pengertian daripada lelaki itu. Berharap lelaki itu memahami maksud sebenar tentang apa yang ingin disampaikan. Ini bukan soal percaya atau tak. Ini tentang ketentuan, Ed. Tentang perkara yang sememangnya telah ditakdirkan untuk kita. Dalam hidup kita ni kita diberi dua takdir. Satu, takdir yang boleh diubah macam nasib kehidupan seseorang. Kalau susah hidupnya dan kalau dia ada semangat untuk bangun dan mengubah perjalanan hidupnya, tentu akan berhasil. Tentu takdir hidupnya yang

33

Cinta Dalam Hati

dulunya susah akan menjadi senang. Yang satu lagi, takdir yang sememangnya tak boleh diubah sampai bila-bila. Dah ditetapkan sejak azali lagi. Hidup, mati, jodoh, pertemuan... semua tu dah tertulis, Ed. Cuma kita aje tak tau sebenarnya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi semuanya di tangan-Nya. Dia yang tentukan semuanya. Genggaman itu semakin erat. Pengertian Edham amat diperlukannya. Ed, aku tak mahu kita terus-terusan berjanji untuk bersama sedangkan kita tak tau apa akhir hubungan yang kita jalinkan selama bertahun-tahun ni. Kita tak tau, Ed. Aku takut bila aku terfikir tentangnya. Aku tak mahu ada perkara buruk yang boleh menyebabkan hubungan kita musnah. Janji yang kita buat tak semestinya semua dapat kita kotakan. Dengar ni... walau sejauh mana pun dia, kalau memang dia untuk kita, mesti kita dapat memilikinya. Tapi kalau bukan jodoh, walau sedekat mana pun dia, kita tetap tak dapat milikinya. Edham tunduk menekur jalan yang berturap sedangkan Annissa masih menjatuhkan pandangan matanya pada lelaki yang hanya mendengar setiap butir bicaranya. Edham menghela nafas perlahan. Dibalas genggaman Annissa. Erat. Seakan tidak mahu dilepaskan. Lama dia menundukkan kepala. Menghalusi setiap bicara gadis itu. Kau tau, aku mahu berada di sisi kau. Sentiasa... jaga kau, lindungi kau, cintai kau dan sayangi kau. Aku mahu kau jadikan aku satu-satunya lelaki tempat kau menggantungkan harapan dan impian kau. Satu-satunya! Aku terlalu berharap, Nis. Berharap kau menjadi milik aku suatu hari nanti dengan ikatan yang sah. Aku selalu berdoa dan meminta kepada Allah agar selalu pelihara hubungan kita dan panjangkan jodoh kita.

34

Salwati Haris

Giliran Annissa pula menekur jalan. Terharu dia mendengar kata-kata itu. Dia juga punya rasa yang sama. Merasai getir perasaan yang dialami oleh Edham malah lebih hebat lagi. Entah kenapa dia dapat rasai kelainannya. Keadaan tika itu sedikit serius, tidak seperti selalu. Annissa mendongak, menatap Edham yang sedia merenungnya. Dadanya berombak. Adakah...? Annissa menggeleng perlahan. Terjahan di minda menakutkannya. Ya Allah... jauhkanlah apa yang terlintas dalam kepalaku ini! desis hati Annissa. Edham pelik melihat gelengan kepala Annissa yang tiba-tiba itu. Apa yang bermain di benak kekasih hatinya? Dia ingin tahu. Kenapa? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran? tanya Edham. Annissa mengukir sedikit senyuman. Nipis. Kemudian dia menggelengkan kepala. Tidak mahu mengekspresikan apa yang mengocakkan ketenangan dasar hatinya. Betul tak ada apa-apa ni? Edham mahukan kepastian. Annissa mengangguk laju. Edham menghela nafas panjang. Terasa kelainannya malam ini. Keganjilannya memang kelihatan. Jelas. Nis.... Hmmm... sahut Annissa. Edham sudah meleraikan genggaman tangannya. Bercekak pinggang dengan renungan tajam pada Annissa. Kenapa? Edham tidak meneruskan pertanyaan itu. Kenapa apa? soal Annissa. Hampir bercantum

35

Cinta Dalam Hati

kening Annissa. Kelihatannya Edham suka benar membuatnya dalam tanda tanya malam ini. Banyak persoalan yang ditanya dibiar tergantung. Edham senyum sedikit. Kenapa aku tak pernah dengar kau ucap kau cinta pada aku? Hah? Terkebil-kebil mata Annissa mendengar pertanyaan lelaki itu. I love you... jauh sekali. Setahu akulah, sepanjang perhubungan kita... kau tak pernah pun walau sekali ucap cinta pada aku. Teringin juga aku nak dengar ucapan tu. Annissa masih dalam keadaan tadi. Matanya membulat. Terkebil-kebil. Cakaplah, Nis. Sekali pun tak apalah... rayu Edham. Memang dia mahu mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Annissa. Sudah lama dia menanti. Terangkat kening Annissa mendengar rayuan Edham itu. Edham.... Nis... my sweetheart, please...! rayunya lagi. Tidak berputus asa. Gelengan kepala Annissa menjawab permintaan Edham. Raut wajah Edham menggambarkan kekecewaan yang sedang dialami. Edham mengangkat jari telunjuknya. Walaupun sekali? Annissa menggeleng lagi. Kena tunggu lagilah ni? Annissa mengangguk dalam senyuman. Berapa lama lagi kena tunggu? Dah empat tahun aku tunggu tau! Tak kesian ke? Kempunan aku....

36

Salwati Haris

Annissa menjongket bahu. Kemudian dia ketawa kecil. Geli hati melihat Edham tika itu yang sungguhsungguh mahu dia mengucapkan kata-kata yang tidak pernah diucapkannya. Apa yang kita rasa tak semestinya perlu diluahkan dalam bentuk kata-kata. Dengan perhatian dan sikap ambil berat kadang-kadang cukup untuk menggambarkan perasaan kita terhadap seseorang, ujar Annissa. Sekilas dia melihat jam yang tersuai di pergelangan tangan. Ed, hari dah larut malam la. Dah dekat pukul sebelas ni... sambungnya. Edham turut melihat jam di pergelangan tangannya. Memang sudah hampir menginjak ke angka sebelas malam. Hanya tinggal lebih kurang tiga minit lagi. So, aku kena baliklah ni? Yalah. Kan dah malam ni. Takkan nak berkhemah dekat depan rumah kut. Edham memeluk tubuh. Dingin. Ni yang malas ni. Tak bestlah Nis. Bila balik kau tak ikut sekali. Berkerut dahi Annissa mendengar bicara Edham. Hai, takkan aku nak ikut kau balik? Buang tabiat apa? Edham tersenyum nakal. Tak boleh ke? Ni yang leceh. Kalau macam tu kita kahwin. So, mana-mana aku pergi kau mesti ada sekali, kan? Buntang mata Annissa. Edham semakin menjadijadi pula. Dah... dah... masa untuk kau balik rumah. Annissa menolak badan Edham hingga menyebabkan lelaki itu terdorong ke hadapan. Okey. Nak baliklah ni. Buat masa ni aje aku

37

Cinta Dalam Hati

tinggalkan kau kat sini. Nanti bila dah kahwin, aku bawa kau balik rumah aku pulak. Edham masih sempat bersenda ketika dia sudah berada di dalam perut kereta. Hanya menanti untuk menekan pedal miyak sahaja. Yalah tu! Dah, pergi balik. Esok nak kerja. Karang kalau bangun lambat, padan muka! Kalau ada kau, mesti tak bangun lambat punya! Tiap-tiap hari datang awal ke pejabat, katanya separuh menyakat. Masih mahu mengusik Annissa. Edham...! Okey... nak baliklah ni. Assalamualaikum! Waalaikumsalam. Bye! Selamat malam! Edham berteriak saat kereta sudah bergerak perlahan meninggalkan pekarangan rumah Annissa. Sempat juga membuat flying kiss untuk gadis pujaan hatinya itu. Annissa ketawa kecil. Dia melangkah masuk dan mengunci pintu pagar apabila bayangan Proton Gen 2 milik Edham hilang ditelan kegelapan malam. Berdiri sejenak. Tersenyum sendiri apabila mengingati perangai Edham tadi. Macam-macam! desis hatinya perlahan. I love you, Edham. Love you so much. Ujarnya sendirian. Ungkapan yang dinantikan oleh Edham itu pergi dibawa angin malam. Alangkah indah andai Edham bisa mendengarnya.

APA yang Abang Hisham buat kat sini? Terkejut Nis! Badrulhisham mencekak pinggang. Berdiri betul-

38

Salwati Haris

betul di hadapan Annissa dengan senyuman mengejeknya itu. Sepatutnya abang yang tanya macam tu pada Nis. Apa Nis buat berdiri depan pintu pagar macam ni? Hmmm... Abang Edhamnya dah balik. Badrulhisham memerhati keadaan sekitar. Memang bayang Edham sudah tiada. Annissa malu sendiri. Itulah, berangan lagi sampai orang tengok pun tak sedar! Marahnya pada diri sendiri. Akhirnya Annissa tersengih memandang Badrulhisham. Apa sengih-sengih? Annissa memasamkan wajahnya. Ala... abang ni! Nak sengih pun tak kasi. Dah, jom masuk dalam, ajak Annissa lantas menolak badan Badrulhisham. Mulut Annissa merungut perlahan apabila Badrulhisham membekukan diri. Jalanlah abang...! arah Annissa. Dia menolak Badrulhisham dengan semua kudrat yang ada. Sesekali mulut Annissa kembali mengomel apabila Badrulhisham tidak mahu bergerak. La... ni kenapa Nis tolak abang? Dah tak larat nak jalan ke? tanya Aida pada suaminya tatkala Badrulhisham muncul di ruang tamu. Badrulhisham sekadar mengangkat bahu kemudian melabuh punggung di sisi isterinya. Annissa mengambil tempat di sebelah Hakim yang sedang leka menonton rancangan di peti televisyen. Hah, Nis... akak ingat Nis dah lupa mana pintu masuk, tambah Aida lagi. Sengaja mengusik anak gadis itu. Annissa hanya tersengih. Memang sebentar tadi dia menghabiskan banyak masa bersama Edham. Hampir satu jam tetapi dia tidak terasa waktu pantas berlalu.

39

Cinta Dalam Hati

Bukan tak jumpa pintu masuk, tapi duk tercegat kat depan pintu. Dah tu berangan sorang-sorang pulak tu! Lama abang perhati, tapi dia tak sedar langsung. Entah apa yang dia fikir agaknya, kata Badrulhisham panjang lebar. Menceritakan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Muka Annissa mula merona merah. Bantal kecil yang dipeluknya dilontar ke arah Badrulhisham. Mujur Badrulhisham sempat menyambut bantal itu. Mengekek dia ketawa sehingga membuatkan Annissa menggigit bibir. Geram barangkali. Apalah abang ni! Tak baik mengintai orang tau. Badrulhisham tidak peduli dengan kata-kata Annissa. Tawanya semakin menjadi-jadi. Suka benar dia mengusik Annissa. Keadaan begitulah yang mengakrabkan lagi hubungan saudara di antara mereka. Annissa dianggap sebagai adik sendiri dan Haji Adam sebagai ayahnya. Dengan belas ihsan dua insan itulah dia boleh hidup hingga hari ini. Malah di kedai lelaki separuh usia itu jugalah dia menemui cintanya kini. Abang Hisham! Badrulhisham membuat riak yang dia melihat apa yang berlaku. Haji Adam dan Aida ketawa geli hati melihat Annissa yang mula meluahkan rasa yang berbuku di hati. Badrulhisham terjerit kecil meminta tolong apabila Annissa mencekik batang lehernya. Kemudian gadis itu menggoncang kuat bahu Badrulhisham hingga akhirnya dia mengangkat tangan tanda mengalah. Annissa mencekak pinggang. Kepuasan terpamer pada raut wajahnya. Senyuman kecil tersungging di bibir. Terbit sepasang lesung pipit.

40

Salwati Haris

Badrulhisham menjeling Annissa. Eleh, apa yang abang cakap berdasarkan apa yang abang nampak. Mata ni tak tiga suku lagi tau! Badrulhisham masih mahu mengusik Annissa. Mengekek dia ketawa. Annissa menarik muka. Ah, memang sudah tiada ruang untuknya mengelak daripada diusik oleh lelaki itu. Annissa berlalu ke dapur. Tawa Badrulhisham masih bersisa. Puas Aida menyiku, namun suaminya masih begitu. Tidak makan saman langsung! Hai cik adik puteri intan payung emas kencana, bawa rajuk sampai ke dapur ke? Tak ada maknanya Nis nak merajuk dengan Abang Hisham tu. Nis haus, nak minum air. Tekak kering! laung Annissa dari perut dapur. Haji Adam menggeleng kepala melihat gelagat Badrulhisham. Perangai masih tidak berubah. Barangkali anak gadisnya sudah lali dengan usikan lelaki itu. Aida menjeling tajam suaminya. Adik, jom naik. Tidur, ajak Aida. Nadiya menuruti sahaja ajakan ibunya. Mata anak kecil itu sudah mula kelayuan. Hakim juga membuntuti langkah Aida walaupun tidak diajak. Nampaknya ada lagi sorang yang merajuk. Tak larat nak pujuk, ayah cik! ujar Badrulhisham. Sengaja bersuara kuat agar isteri kesayangannya itu dengar. Terkena sumpahan Nislah tu, balas Haji Adam. Amboi, sedapnya mengata orang! celah Annissa.

41

Cinta Dalam Hati

Serentak Haji Adam dan Badrulhisham berpaling. Annissa sudah berdiri di hadapan mereka. Badrulhisham tersengih sedangkan Haji Adam menjongket bahu. Dengar aje dia ni, kata Badrulhisham. Annissa mencebik. Dialihkan semula perhatiannya di kaca televisyen. Tiba-tiba Annissa membebel kecil. Kenapa membebel macam mak nenek ni? soal Haji Adam. Tu.... Berkerut dahi Haji Adam. Apanya yang tu? Annissa duduk di sebelah abahnya. Sudah tiada minat untuk menonton. Rancangan kegemarannya sudah habis disiarkan. Kenapa tak tukar TV8 tadi? Kan dah habis cerita tu. Haji adam masih tidak faham. Drama Inggerislah, bah. Prison Break. Nis nak tengok hero dia yang handsome tu. Ujar Annissa lagi. Hai, bukan hero awak dah balik ke? Badrulhisham mempersoalkannya. Itu hero lainlah. Tak apalah, bah. Nis naik atas dulu. Nak tidur. Selamat malam abah, Abang Hisham. Annissa menciumi pipi Haji Adam. Sudah menjadi kebiasaan baginya. Tidak boleh dikikis perbuatan itu walaupun usia semakin meningkat dewasa. Sudah sebati sejak kecil. Annissa mengorak langkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

42

Salwati Haris

Bab 3
DHAM sibuk membelek sehelai kertas yang sederhana besar itu. Tekun meneliti apa yang terlakar di atasnya. Kemudian dia meletakkan sebatang pembaris panjang di atas kertas surih yang hampir siap lukisan pelannya. Edham memisat matanya perlahan-lahan. Menghadap kertas kerja seharian membuatkan matanya mulai letih. Itu belum ditambah dengan melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam ragam, kemudian perlu menyiapkan lukisan pelan dengan kadar segera. Dipejam mata, rapat. Melepaskan lelah yang menyelubungi diri. Senyuman terukir di bibir saat wajah Annissa menerjah masuk ke dalam kotak fikiran. Senyuman, lirikan mata... semuanya melekat di ruang ingatan. Perasaan rindu mula menggamit diri tika itu. Annissa... Annissa... menyebut nama Annissa. hatinya berdetak-detik

Ketukan meja yang bertalu-talu menyedarkannya.

43

Cinta Dalam Hati

Matanya terbuka luas. Fuat, teman sepejabat berdiri di hadapannya dengan dua mug minuman. Salah satu daripadanya dihulur kepada Edham. Buat susah-susah kau aje. Tapi terima kasih ya pasal buatkan air untuk aku, ujar Edham. Dia menghirup kopi panas itu perlahan-lahan. Alah... bukan selalu pun aku tolong buat. Sesekali apa salahnya. Lagipun aku tengok kau ni macam penat sangat. Pagi-pagi dah kena pergi jumpa client. Tengah hari baru nampak muka. Ni buat pelan pula. Tak salah aku, kau kena siapkan dalam bulan ni jugak, kan? Sibuk betul aku tengok, balas Fuat. Menarik kerusi lantas melabuhkan punggungnya. Edham meraup wajahnya. Tersenyum memandang Fuat. Mengemas beberapa barang yang sedikit menyemakkan ruang kerja mejanya. Nak buat macam mana Fuat? Dah kerja, buat ajelah. Aku tengok kau pun apa kurangnya. Dapat projek baru, kan? Fuat mengangguk perlahan. Tadi kau tengok kau senyum sorang-sorang. Teringat kat buah hati ke? Edham tersenyum lagi. Tembakan Fuat selalunya mengena. Senyum-senyum tu, betullah tu.... Edham tersengih. Satu hari kalau aku tak teringat kat dia memang tak sah. Asyik terbayang-bayang aje. Edham berkata sambil menunjukkan gambar Annissa yang dibingkai cantik. Gambar itu menjadi penghias mejanya. Empat tahun kawan, selama tu jugalah aku selalu gila bayang kat dia. Fuat menggeleng kepala.

44

Salwati Haris

Kalau dah macam tu, kahwin ajelah. Kan dah lama korang berkawan. Takkan tak rancang apa-apa kut? soalnya. Edham meletak semula bingkai gambar itu. Aku ada jugak terfikir... tapi terfikir ajelah. Empat tahun kawan, tak pernah sekali pun dia jumpa dengan famili aku. Tak apalah Edham. Kalau ada jodoh, adalah. Macam aku... kenal tak sampai setahun. Sekarang ni dah ada anak. Kembar lagi! beritahu Fuat. Edham mengangguk perlahan. Perbualan mereka kedatangan seseorang. Assalamualaikum. Waalaikumsalam. Edham dan Fuat menyahut hampir serentak. Pantas mereka berdiri. Bersalaman. Apa khabar Fuat? Alhamdulillah, aku sihat. Kau? Dah lama tak nampak batang hidung? Ke mana menghilang? Zulfarhis senyum kecil. Baru hari ni dapat jumpa kau kat opis. Edham mengangkat keningnya. Begitulah Zulfarhis. Sejak masing-masing sudah berkerjaya, mereka jarang dapat berjumpa. Tambahan pula kerjaya Zulfarhis menuntut komitmen yang lebih daripada lelaki itu. Dah dekat dua minggu kau tak datang opis kita orang nikan? celah Fuat. Haah... betul kata Fuat tu. Mujur tempoh hari ada majlis kat rumah Nis. Kalau tak, batang hidung pun tak muncul. Apa kau sibuk sangat ke? Bolehlah Ed, At. Eh, yang kau bangun ni nak pergi terhenti seketika dengan

45

Cinta Dalam Hati

mana, At? Aku baru datang, takkan dah nak pergi kut? tanya Zulfarhis apabila Fuat mengangkat punggung. Fuat tersengih. Masih ada kerja yang perlu disiapkan. Ada kerja nak buat. Saat bayang Fuat sudah tiada, Zulfarhis mengambil tempat di hadapan Edham. Dia bersandar sambil membelek majalah sukan yang ada di atas meja temannya. Kau ada kes baru ke yang nak kena handle sampai sibuk sangat? Zulfarhis mengangguk perlahan. Macam itulah Ed. Sekarang ni aku tengah handle kes seorang ayah yang menuntut hak penjagaan anak lelaki tunggal dia. Baru dua bulan lepas bercerai dengan isteri dia. Buat masa sekarang budak tu dijaga oleh bekas isteri dia. Anak cuma seorang aje, Ed. Dua-dua belah pihak nak ambil tanggungjawab membela budak tu. Tapi kalau ikut akulah, anak guam aku tu boleh menang pasal bekas isteri dia tu bermasalah. Nak jaga anak tapi tak macam nak jaga. Berkerut dahi Edham mendengar. Macam mana tu? Zulfarhis tergelak. Habis, bila kes tu dibuka balik? tanya Edham lagi seolah-olah berminat dengan bidang yang diceburi oleh temannya itu. Insya-Allah, ringkas. Edham mengangguk kemudian melihat jam yang tersuai di pergelangan tangan. Melihat jam yang sudah menginjak ke angka empat petang itu mengingatkannya pada Annissa. Mana tidaknya, jam itu pemberian buah hatinya. bulan depan, jawab Zulfarhis,

46

Salwati Haris

Lebih kurang satu jam setengah dari sekarang waktu pejabat akan tamat. Apa kata kalau kita pergi minum petang? Pekena kopi ke, boleh jugak kita bual panjang lebar, cadang Edham. Boleh juga. Dah lama kita tak keluar minum samasama. Tapi.... Zulfarhis melihat meja Edham yang terbentang kertas lutsinar yang seakan belum siap lukisan yang tercanting di atasnya. Kerja-kerja kau ni macam mana? Edham menggulung kertas surih itu dan diletak di sisi meja. Mengeyit mata. Alah, kerja ni tinggal sikit aje. Esok aku boleh sambung. Tapi untuk berbual dengan kau, tak boleh tunggu sampai esok. Dahlah sekarang ni payah nak jumpa kau. Bila dah ada peluang macam ni, tak boleh lepas. Zulfarhis ketawa mendengar bicara temannya. Masih tidak berubah sikap Edham yang satu itu. Pantang tiada kerja, menyelinap sahaja. Edham menghentikan langkah di hadapan Fuat yang sedang leka dengan kerjanya. At, aku nak keluar kejap dengan Zul. Fuat mengangkat kening. Kejap? Edham tersengih. Cakap ajelah yang kau dah tak balik opis dah. Kan senang, sambung Fuat. Hah... sebenarnya. itulah yang aku nak bagitau tadi

Bukan kau tak kenal Edham Syaqeef ni. Kejap, dia tu... tak payah nak cakap, sampuk Zulfarhis. Kalau nak keluar pergilah. Aku izinkan. Wah, bunyi macam kau pulak bos kat sini ya!

47

Cinta Dalam Hati

Fuat tersenyum. Nak ke tak nak ni? Aku dah kasi offer baik punya ni. Eh, naklah. Okeylah, aku balik dulu. Kalau kau baik, tolong basuhkan sekali aku punya mug tu. Karang bersemut pulak. Kesian kat cleaner. Eh, aku dah tolong buat. Takkan aku jugak yang kena basuh? Tak apa, menolong kawan basuh cawan dapat pahala. Tuhan suka! senda Edham dan dia berlalu bersama Zulfarhis. Bukan main lagi kau kenakan Fuat tu. Dah dia tolong buatkan air, kau minta dia basuhkan cawan pulak. Membuli tu namanya tau tak! Edham tersengih. Melangkah masuk apabila pintu lif terbuka luas. Mereka saling berbalas senyuman dengan beberapa orang rakan sekerja yang lalu di situ. Bukan selalu. Kadang-kadang tu dia yang suruh aku buat benda yang sama. Buat kopi! Macam Zulfarhis. Eh, taklah! Bak kata orang, ada shift. Segera Edham menidakkan. Perlu apa dia membuli rakan sekerjanya? Mereka sudah seperti keluarga. Keluarga yang besar. Edham memandang Zulfarhis. Tersenyum kecil kemudiannya. Kau minum kopi tak? Minumlah kecuali... Kopi hasil air tangan Annissa Saffiya Adam, potong Edham. Zulfarhis mengangguk laju. balas dendam aje bunyinya, teka

48

Salwati Haris

Fobia gila aku dibuatnya. Aku tak boleh lupa kopi natural special edition dia tu. Satu hari suntuk aku keluar masuk tandas. Cerita Zulfarhis. Edham ketawa terdekah-dekah. Terbayang muka Zulfarhis yang pucat dan berkerut-kerut menahan sakit. Sedangkan Annissa pula tidak berhenti-henti mengucap maaf. Nasib yang sama juga menimpa Juana. Apa yang pasti kejadian itu menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka terutama Zulfarhis dan Juana.

KELIHATAN dua orang lelaki sedang tergelak besar di suatu sudut. Memang menggelikan hati. Banyak yang dikongsi oleh dua orang lelaki itu. Semakin banyak kenangan lama dikorek semula, semakin tidak kering gusi. Zulfarhis masih punya modal untuk membuat lawak selamba sedangkan Edham masih punya kudrat untuk ketawa. Sudahlah, Zul. Aku tak larat nak ketawa lagi dah ni. Aduh... naik senak perut aku! Macam nak pecah pun ada! ujar Edham dalam tawa yang masih ada. Aku tak buat lawak tau. Ni cerita betul, bukan rekaan, beritahu Zulfarhis, sungguh-sungguh. Mukanya kelihatan serius menandakan dia memang tidak berjenaka. Kalau kau tak percaya, kau tanya pada Si Ali. Dia nampak dan dialah yang paling gelak sakan masa tu, sambungnya. Edham menekan perutnya yang terasa senak. Bukan kerana kekenyangan tetapi disebabkan ketawa. Mendengar cerita sebegitu mengundang tawanya. Takkanlah sampai tanggal. Longgar sangat ke skru dia?

49

Cinta Dalam Hati

La... aku cakap betul-betul, kau ingat aku mainmain pulak. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Puan Sari membebel panjang masa tu pasal kita orang tak siapkan assignment dia. Dalam bebel-bebel dia tu, dia batuk sampai tak sedar gigi palsu dua batang dia tanggal. Kelakar tengok muka Puan Sari yang tak ada gigi depan. Dia langsung tak sedar sampailah masa kuliah tamat. Merah padam muka dia tahan malu! Semua yang ada tahan ketawa. Bila dia keluar aje, habis satu dewan riuh-rendah. Memang lawak gila! Zulfarhis bercerita dengan penuh semangat disulami tawa. Edham yang menjadi pendengar turut tenggelam dalam tawa itu. Apalah kau ni. Sebagai pelajar yang baik, sepatutnya kau pergi depan lepas tu tolong ambilkan gigi palsu dia yang tanggal tu. Pasang balik kat tempat asal. Membulat mata Zulfarhis mendengarnya. Gila kau! Dibuatnya dia terasa, tak pasal-pasal aku gagal subject dia, tingkah Zulfarhis. Tahu takut! desis hati Edham. Bila nak bawa future wife kau jumpa aku? soal Edham. Berkerut dahi Zulfarhis. Kenapa? soal Edham lagi apabila temannya itu seakan tidak mengerti apa yang dimaksudkannya. Zulfarhis angkat kening. Yang kau angkat kening macam The Rock tu, kenapa? Aku tanya, bila nak kenalkan bakal isteri kau pada aku? Zulfarhis tersengih pula. Manalah ada orang nak kat aku ni. Aku ni tak handsome macam kau... cuma lebih

50

Salwati Haris

manis aja. Kewangan tak stabil lagi. Kereta pun Kancil aje. Tu pun hutang lagi. Tak macam kau, kereta Gen 2. Edham mencebik bibir. Eleh, kereta Kancil konon! Tu, yang kat depan tu kereta Kancil ke? Bukan anak gajah punya standard ke? Edham menuding ke arah sebuah Suzuki Swift yang diparkir di hadapan kafe yang dikunjungi mereka. Zulfarhis tersengih lagi. Bukan dia tidak mencari dan bukan juga tiada yang datang menagih kasih, tetapi dia masih belum bersedia. Masih belum punya komitmen untuk perhubungan yang lebih serius. Teringat desakan keluarga, terutamanya daripada nenek di kampung. Aku tau kau bukannya tak ada peminat. Ramai... ramai yang berminat nak jadi pasangan sehidup semati dengan kau. Nana, Leya... siapa lagi? Nurin, Eton, Zifrea... hah, aku pun naik tak ingat siapa minah-minah yang kejar kau tu. Cuma kau yang jual mahal. Yang paling aku naik hairan bila kau tolak bulat-bulat Si Kamelia, minah kacukan Melayu-Irish tu. Orang lain punyalah mengayat nak dapatkan anak kacukan tu, kau boleh buat derk aje. Edham mengirup teh yang terhidang. Memandang Zulfarhis dengan senyuman kecil tersungging di bibirnya. Ingat jugak kau kat minah-minah tu. Mana tak ingat kalau dah aku yang jadi kau punya assistant, menjawab semua pertanyaan daripada dia orang. Tak bergaji pulak tu! Zulfarhis ketawa mengekek. Tentunya dia amat berterima kasih kepada Edham yang telah banyak membantu semasa dia perlu menghindar daripada gadis-gadis yang pernah mengejarnya suatu ketika dulu.

51

Cinta Dalam Hati

Kau dengan adik sepupu aku tu macam mana pulak? Ada apa-apa perkembangan terbaru? Edham menjegilkan mata. Pusing nampak. Pusing? tanya Zulfarhis kurang faham. Yalah, aku tanya kau pasal hati dan perasan... tapi kau pusing tanya aku pulak. Nak mengelatlah tu. Zulfarhis tersenyum kecil. Alah, aku tanya pun pasal adik aku tu. Mana tau kau ada buat apa-apa kat dia. Kalau aku ada buat apa-apa kat Nis pun, kau bukannya tahu, ujar Edham dengan senyuman nakal tersungging di bibir. Jari telunjuk Zulfarhis berada betul-betul di hadapan mata Edham. Bagaikan memberi amaran tegas. Kau ingat Ed. Kalau jadi apa-apa kat adik aku tu, kau yang aku cari dulu! Amaran itu melekat di kepala Edham. Lelaki itu tersengih cuma. Aku taulah Zul. Dah berapa lama kau kenal aku? Lagipun dah lama aku kawan dengan Nis, takkanlah senang-senang aje aku nak buang dia. Fikir dua puluh kali pun belum tentu aku nak lepaskan dia pergi. Zulfarhis jongket bahu. Memandang Edham dengan pandangan yang cukup tajam. Bukan dia tidak percaya. Bertahun lamanya dia mengenali Edham dan dia hampir masak dengan perangai temannya itu. Edham bukan lelaki jenis kaki perempuan. Bukan juga lelaki yang suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain. Malah, yang pasti hati lelaki itu hanya untuk Annissa. Tetapi semua itu bukan lesen untuk mengetahui akhir jalinan cinta Edham dan Annissa. Perjalanan kedua-

52

Salwati Haris

duanya masih panjang dan dalam setiap langkah yang diatur pasti ada halangan. Sekejap atau lama bukan ukurannya, Ed. Lima tahun... memang lama. Tapi tak mustahil jugak kalau esok lusa.... Zulfarhis tidak menghabiskan bicaranya. Edham menepuk bahu Zulfarhis. Menepis pergi kerisauan temannya. Insya-Allah, Zul. Aku akan jaga Nis, sayang dan cintai dia dengan sepenuh hati aku. Untuk meninggalkan dia, merupakan perkara terakhir yang aku lakukan dan yang pasti, aku takkan lakukan itu.

53

Cinta Dalam Hati

Bab 4
NNISSA khusyuk membaca majalah yang baru dibelinya tadi. Dibelek setiap helaian majalah itu. Annissa menutup majalah apabila selesai membacanya. Bersandar pada kerusi sambil tangan diletak di atas kepala. Acik! Annissa bingkas membuka mata apabila terdengar suara menegurnya. Kelihatan Hakim tersenyum-senyum memandangnya. Ha... Akim. Kenapa senyum-senyum? Mesti ada apa-apa nikan? Annissa melambai pada Hakim, menggamit anak berusia dua belas tahun itu menghampirinya lalu Hakim mendekati Annissa. Berdiri di sebelah Annissa sambil bahunya dipeluk mesra oleh gadis yang dipanggil Acik itu. Akim nak pinjam majalah, eh? tanya Annissa. Menunjuk majalah yang berada di atas meja. Hakim mengangguk laju. Majalah keluaran terbaharu untuk bulan ini, siapa yang tidak mahu membacanya. Acik dah habis baca?

54

Salwati Haris

Annissa tersenyum memandang Hakim. Hakim dan dia berkongsi minat yang sama. Gemar membaca majalah terutama majalah yang memaparkan dunia kartun animasi. Dah, baru kejap tadi. Kali ni best tau. Hampir semuanya cerita pasal Yu-Gi-Oh, beritahu Annissa. Hakim membelek majalah itu. Kemudian menumpu perhatian pada Annissa pula. Biasalah, Acik. Kan cerita tengah panas. Tapikan tak bestlah.... Berkerut dahi Annissa. Apa yang tak best? Cerita tu ke? Bukanlah Acik! Kan kartun tu disiarkan setiap hari Sabtu. Dah tu setengah jam aje. Mana puas. Annissa ketawa kecil mendengar rungutan Hakim. Tapi kira untung jugaklah pasal ada komik. Untung-untung tahu apa kesudahan ceritanya. Betul tak Acik? sambung Hakim. Memang betul tapi sekarang ni Akim kena masuk bilik dan tidur. Itu baru yang sebetulnya. Kalau ibu tahu Akim datang jumpa Acik semata-mata nak pinjam majalah ni, tentu ibu marah. Annissa melihat jam dinding. Sudah menginjak ke angka dua belas tengah malam. Time to sleep right now my little brother. Esok sekolah, kalau tidur lambat alamatnya ada yang kena sembur air pagi esok. Majalah tu Akim simpan. Lepas sekolah dan tuisyen, baru baca. Okey? Hakim angkat bahu. Melangkah keluar dari bilik Annissa. Acik dengan ibu samalah. Macam adik-beradik. Kenapa pulak? soal Annissa. Hakim tersengih. Dua-dua suka membebel! Membulat mata Annissa. Belum sempat dia berdiri,

55

Cinta Dalam Hati

Hakim lebih dahulu berlari masuk ke dalam bilik dengan tawa nakalnya. Annissa menggeleng melihat telatah Hakim. Budak-budak! desis hatinya. Annissa menjengah ke luar pintu bilik. Sunyi dan sepi. Pasti semua penghuni rumah sederhana besar ini sudah berada di dalam bilik masing-masing. Annissa menjeguk ke tingkat bawah. Lampu utama di ruang tamu masih menyala. Tentu Haji Adam belum tidur lagi. Perlahan-lahan Annissa menuruni anak tangga. Nah, seperti yang dijangka, Haji Adam masih duduk berteleku di lantai. Selagi belum menginjak ke angka dua belas tengah malam, Haji Adam akan terus berada dalam keadaan itu sama ada duduk di lantai atau di kerusi. Membaca dan adakalanya mengaji. Annissa menguak daun pintu perlahan-lahan. Haji Adam sedang khusyuk mengaji. Annissa duduk berteleku tidak jauh daripada Haji Adam yang masih tidak menyedari kehadirannya. Suara Haji Adam mendayu-dayu membaca setiap ayat yang bertulis rapi di dalam kitab suci. Perasaan Annissa sayu tiba-tiba. Memandang susuk tubuh Haji Adam dari belakang. Abah... hatinya sayu.

HAJI ADAM terkejut saat dia berpaling ke belakang. Anak gadisnya sedang duduk di atas lantai yang tidak berlapik dengan senyuman terhias di bibir. Annissa! Pantas Annissa mendapatkan Haji Adam. Duduk bersimpuh di hadapan abahnya. Mengamati wajah yang sudah nampak dimamah usia. Kedutan di wajah kian ketara. Betapa

56

Salwati Haris

dia menyayangi lelaki itu. Itulah lelaki yang menjadi pembela hidupnya. Dia jugalah yang melengkapkan hidupnya walaupun seorang insan yang patut digelar ibu tidak pernah hadir sejak dua puluh empat tahun yang lalu. Kenapa anak abah tak tidur lagi? tanya Haji Adam. Mengusap perlahan kepala Annissa. Tak mengantuk lagilah, bah, jawab Annissa, seraya memeluk lengan Haji Adam dengan mesra. Haji Adam tersenyum kecil melihat Annissa yang berpaut pada lengannya. Manja! Ke tak boleh tidur sebab rindukan bakal menantu abah? Membulat mata Annissa mendengar tekaan Haji Adam. Berkerut dahi Annissa melihat Haji Adam masih tersenyum. Seketika dia melepaskan pelukan kemas pada lengan Haji Adam. Annissa memeluk tubuh dengan muka yang terherut sedikit. Rindu? Tak ada maknanya pun, ujar Annissa. Haji Adam mengangkat kening dan kemudiannya menjongket bahu. Betul ke? Kan ke hari ni Ed tak datang jumpa Nis macam biasa. Annissa angkat kening. Senyuman nipis terbias pada pandangan Haji Adam. Annissa kembali memaut lengan abahnya. Meletakkan kepalanya di atas bahu Haji Adam. Bukannya Nis tak biasa kalau Ed tak datang. Kan ke dah lama kita orang berkawan. Benda-benda ni semuanya hanya perkara biasa aje, bah. Tak berbekas pun. Kami dah punya tanggungjawab masing-masing. Ed dengan kerja dia. Nis pun sama, ujar Annissa. Haji Adam membelai lembut rambut Annissa. Tersenyum mendengar butir bicara anak gadisnya.

57

Cinta Dalam Hati

Anak abah semakin dewasa, ulas Haji Adam. Semakin kemas pautan Annissa pada lengan Haji Adam. Selesa bersama abahnya, berdua sahaja. Pengalaman mendewasakan kita. Kan ke abah ada cakap pada Nis dulu. Semua yang kita alami dan lalui merupakan satu pengalaman hidup yang tak mungkin dapat kita ulangi. Semuanya berharga dan mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar. Dan kita belajar tentangnya melalui pengalaman lalu bukan masa depan. Haji Adam mengangguk perlahan. Nis hargai semuanya. Dulu, sekarang dan akan datang. Nis bersyukur sangat dapat ayah macam abah. Abah adalah ayah yang terhebat dalam dunia Nis. Terlalu hebat! Ed, dia lelaki baik. Nis bertuah sebab jumpa dia. Kak Aida, Abang Hisham, Akim dan Nadiya... dia orang melengkapkan hidup Nis, luah Annissa. Dia menggenggam erat tangan Haji Adam. Haji Adam menutup mata. Butir bicara Annissa tersemat dalam ruang hati. Terngiang-ngiang di gegendang telinga. Kehangatan terasa di pelupuk mata. Kata-kata itu bagaikan menyiat perasaannya. Nis bersyukur sangat dapat ayah macam abah. Abah adalah ayah yang terhebat dalam dunia Nis. Terlalu hebat! Bicara itu menggores sanubari. Hebatkah dia? Hebatkah dia menjadi ayah kepada Annissa Saffiya, gadis yang kini sudah berusia dua puluh empat tahun itu? Masih bersyukur lagikah gadis itu jika semua kisah itu dibongkar kembali? Masihkah dia dianggap seorang ayah yang hebat oleh Annissa? Pantas Haji Adam menyeka air mata yang hampir

58

Salwati Haris

jatuh dari tubir mata. Tidak mahu Annissa menyedari resah perasaan yang menyeksa sanubari. Tubuh Annissa didakapnya erat. Annissa tersentak dengan tindakan Terkebil-kebil dia dalam pelukan Haji Adam. Abah... serunya perlahan. Aku sudah mendidik anak ini menjadi seperti yang kau inginkan. Aku sudah menyempurnakan hidupnya dengan seluruh hidup aku. Deminya, aku sanggup bergadai nyawa. Kerananya, aku ketepikan semua. Bah.... Annissa bersuara. Haji Adam meleraikan pelukan. Membelai rambut lembut Annissa dengan penuh kasih sayang. Belum masanya lagi... desisnya seakan berbisik tanpa menyedari bisikan itu menyapa telinga Annissa. Dahi Annissa berkerut. Memandang Haji Adam dengan penuh tanda tanya. Belum masanya? Apa maksud abah? soal Annissa. Haji Adam terkedu. Lama sebelum akhirnya bibirnya mengukir senyuman buat puteri kesayangannya. Semuanya. Kisah abah masa muda-muda. yang abah buat sebelum abah ada sebuah restoran. Dan cerita yang akan ubah hidup kita selamanya. Suara Adam tersekat-sekat semasa menutur ayat terakhir. gugup. Apa satu Haji Dia abahnya.

Annissa menarik nafas. Panjang dan dalam. Kenapa bunyinya seakan berkaitan dengan dirinya? Dia mahu tahu. Dia mahu Haji Adam terus bercerita tentangnya. Apa yang abah nak cerita pada Nis? Cerita apa yang akan ubah hidup kita tu? soalnya.

59

Cinta Dalam Hati

Haji Adam tersenyum lagi. Cuba Nis tengok dekat dalam almari tu. Haji Adam menuding ke arah sebuah almari yang terletak di sudut bersebelahan meja kecil. Annissa memandang almari itu seperti yang ditunjuk oleh abahnya. Kemudian dia melihat Haji Adam. Biola... sebelum ni tak ada pun. Ada. Biola tu dah lama wujud. Bila abah beli? Nis tak perasan pun. Annissa memandang Haji Adam dengan muka sedikit berkerut. Abah dah miliki biola tu berpuluh tahun yang lalu. Sejak abah muda belia lagi. Abah beli dengan duit sendiri tau. Atuk ki marah bila dapat tahu abah beli barang yang dia rasa tak ada gunanya. Dia naik angin bila tau abah belajar kelas muzik tanpa pengetahuan dia. Tapi atuk wan tak kisah. Adikadik pulak menyokong, cerita Haji Adam. Nis tak tau pun yang abah pandai main biola. Abah tak pernah cerita pun! balas Annissa. Nanti abah cerita. Semuanya yang abah tak pernah kongsi dengan Nis. Pasal biola, pasal abah masa muda-muda. Kalau Nis nak tau, abah ni kacak tau masa muda dulu! Annissa ketawa kecil. Dia merenung Haji Adam. Terlintas perkara itu di kepalanya. Ibu? Haji Adam tersentak. Bagai tersentap jantungnya. Lama dia terdiam. Lama juga Annissa menanti abahnya membuka mulut. Ibu tentulah sama macam Nis. Cantik, manis... beritahu Haji Adam. Annissa tersenyum. Dua puluh empat tahun dia

60

Salwati Haris

tidak tahu bagaimana rupa ibunya, baru kini Haji Adam memberi gambaran tentangnya. Hatinya berbunga riang. Tentu menarik kisah cinta abah dan ibu, kan? Annissa ketawa kecil sedangkan Haji Adam hanya membisu. Tidak tahu apakah ayat terbaik yang patut diucap untuk membalas bicara gadis itu. Haji Adam memaut dagu Annissa. Tiba masanya nanti abah akan ceritakan semuanya. Tapi sekarang Nis kena naik atas dan tidur. Dah lewat malam ni. Annissa mengangguk. Menyalami tangan Haji Adam sebelum keluar dari bilik itu meninggalkan abahnya sendirian.

ANNISSA menghempas diri di atas tilam yang empuk. Menghela nafas. Banyak perkara yang bermain di benaknya tika ini. Terngiang-ngiang kata-kata Haji Adam di telinga. Apa yang bakal dikhabarkan padanya? Dia ingin tau. Terlalu! Dia mahu bertanya tetapi melihatkan abahnya lebih berminat bercerita tentang biola yang dimiliki, dia tidak meneruskan niatnya. Ibu tentulah sama macam Nis. Cantik, manis.... Annissa tersenyum sendiri. Hatinya girang. Gambaran itu sudah cukup untuknya. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibunya. Tidak pernah bertanya siapa orangnya dan tidak terlintas untuk bertanya tentangnya. Kini perasaan ingin tahu berasak-asak dalam diri. Ternyata dia mulai mencari siapa insan yang melahirkannya ke dunia dan persoalan mengapa seorang wanita yang pantas digelar ibu itu tidak ada bersamanya dan Haji Adam dulu dan hari ini.

61

Cinta Dalam Hati

Bab 5
NNISSA memancutkan air ke badan kereta Proton Perdana milik Haji Adam. Annissa mahu membantu abahnya mencuci kereta memandangkan hari ini mereka tidak bekerja. Restoran mereka ditutup pada hari Jumaat. Ini memudahkan perkerja-pekerja yang beragama Islam mengerjakan solat Jumaat. Tidaklah terkejar-kejar untuk pergi ke masjid. Mata Annissa tertumpu ke arah Haji Adam yang tika itu sedang memberus tayar kereta. Annissa menghampiri lelaki yang sudah berusia separuh abad itu. Mengambil span lalu dicelupkan ke dalam air sabun, sebelum menggosok perlahan span pada badan kereta. Buat apa kacau abah ni? Nis bukan kacau abah, Nis nak tolong abah. Suka tengok orang basuh-basuh ni. Kata suka tengok, kenapa tolong? Annissa tidak peduli bicara Haji Adam. Dia leka menggosok badan kereta dengan span berwarna kuning itu.

62

Salwati Haris

Kalau tak tolong abah, apa lagi yang boleh Nis buat kat rumah ni? Kalau kat kedai, sekurang-kurangnya Nis buat kerja jugak walaupun sekadar jadi tauke kat kaunter. Kalau kat rumah? Lagi-lagi kalau hari cuti macam hari ni. Rumah dah berkemas dan lantai dah siap dimop. Baju pulak semuanya dah dibasuh, siap dijemur lagi. Sarapan? Tak payah cakap. Tiap-tiap hari Nis bangun tidur tinggal isi perut aje. Rasanya sejak kecil sampai sekarang, Nis boleh kira berapa kali sangatlah Nis berbudi pada rumah abah ni. Dah macam tuan puteri pulak! Semua kerja tak pernah Nis buat sendiri. Sampaikan kadang-kadang bilik Nis tu, Kak Aida yang kemas. Baju Nis pun ada masanya, Kak Aida gosokkan. Nis tak pernah minta Kak Aida buat semua tu, tapi dia manjakan Nis. Kalau boleh tak kasi Nis buat kerja-kerja rumah. Macam mana tu, bah? Haji Adam hanya mendengar omelan anak gadisnya. Tersenyum kecil. Annissa memang dimanjakan sejak kecil. Lebih-lebih lagi sejak Aida dan Badrulhisham tinggal bersama, Annissa langsung tidak berkesempatan untuk mengemas seluruh rumah sendirian memandangkan Aida dan Badrulhisham begitu ringan tulang melakukan kerjakerja rumah. Namun Haji Adam bersyukur. Walaupun Annissa dimanja sedemikian rupa, gadis itu tidak lupa diri. Tidak degil dan tidak menuntut semua orang sekeliling mengikuti semua kehendaknya. Jadi abah tak boleh salahkan Nis kalau Nis tak reti nak buat kerja-kerja rumah! ujar Annissa. Kemudian dia ketawa. Amboi, bukan main lagi. Nak dapat lesen mengelatlah tu, balas Haji Adam.

63

Cinta Dalam Hati

Tawa Annissa masih bersisa. Annissa terdiam seketika. Dia seakan teringat sesuatu. Span dicampak masuk ke dalam baldi. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Bah, kenapa rumah ni sunyi semacam aje? tanya Annissa. Sunyi? Haji Adam menyoal kembali. Oh, kan ke Akim dan Nadiya pergi sekolah. Tu yang sunyi sikit. Kalau tak, riuh-rendah rumah! Annissa masih berfikir. Rumah itu seakan kekurangan sesuatu. Tetapi apakah ia? Ke mana hilangnya Proton Wira milik Badrulhisham? Patutlah rumah terasa sunyi. Badrulhisham dan Aida tiada di rumah. Mereka ke mana? Bah, Abang Hisham dan Kak Aida ke mana? Pergi rumah keluarga Aida. Berkerut dahi Annissa. Memikirkan sesuatu yang terasa janggal. Bukan ke keluarga Kak Aida tak terima Abang Hisham? Sejak kahwin sampailah ada Si Akim dan Nadiya, marah dia orang tak pernah padam. Lebih-lebih lagi mak Kak Aida tu. Mentang-mentanglah Abang Hisham tu orang susah, tinggal dengan kita, bukan daripada keturunan macam dia orang. Pulak tu anak yatim piatu... membesar kat rumah anak-anak yatim, senang-senang aje nak dipulaukan! Kasihan Kak Aida, kan bah. Terbuang! Syarifah Nurhaida Syed Mudzafar... apa yang ada pada nama? ujar Annissa dengan perasaan marah yang berbuku di hati. Amboi... mulut tu! tegur Haji Adam. Betullah apa yang Nis cakap. Mak Kak Aida tu memilih sangat. Mentang-mentanglah berketurunan Syed, jadi Kak Aida pun kena jugaklah kahwin dengan orang yang sama keturunannya. Mana adil macam tu! Hanya kerana Kak

64

Salwati Haris

Aida tak ikut kemahuan Auntie Pah, dia terus dibuang keluarga. Annissa masih lagi memprotes. Haji Adam terus menjadi pendengar. Nis masih ingat lagi masa Kak Aida dalam pantang lepas lahirkan Akim, sanggup Kak Aida dan Abang Hisham bawa Akim datang jumpa mereka semata-mata nak tunjuk cucu sulung keluarga tu. Tapi apa yang Kak Aida dan Abang Hisham dapat? Kena halau! Masa Nadiya lahir pun dia orang bawa jumpa dan perkara yang sama berlaku. Sepatutnya Auntie Pah bersyukur sebab anak perempuan tunggalnya berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup baik dan bertanggungjawab macam Badrulhisham Marzuki. Haji Adam berdiri. Anak tunggalnya itu kalau sudah membebel dan mempertikaikan sesuatu yang tidak disukai, memang sukar untuk mengakhirinya. Ada sahaja yang menjadi inspirasi untuk gadis itu terus berbicara. Walau seburuk mana sekalipun perangai ibu bapa itu, mereka tetap ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita. Jadi sebagai seorang anak, kita hendaklah sentiasa menunjukkan rasa hormat terhadap mereka. Kita wajib taat dan patuh selagi mereka tidak melanggar syariat agama. Faham, Annissa Saffiya? balas Haji Adam dan menarik batang hidung Annissa. Abah, sabunlah! marah Annissa apabila menyedari hidungnya bersabun. Bukan itu sahaja, malah Haji Adam mencalitkan lebih banyak lagi buih sabun pada wajahnya. Annissa naik geram. Pantas dibalas perbuatan ayahnya. Air paip dipancut ke arah Haji Adam. Haji Adam mencicit lari mengelilingi kereta sedangkan Annissa mengejar dengan getah paip dipegang kemas. Haji Adam sudah basah kuyup. Annissa masih mahu bermain biarpun

65

Cinta Dalam Hati

Haji Adam sudah menyerah kalah. Annissa semakin seronok bermain air.

YA ALLAH, apa dah jadi ni? Basuh kereta ke basuh orang? Ayah cik, kenapa basah kuyup ni? Bertalu-talu pertanyaan Zulfarhis kedengaran. Annissa dan Haji Adam pegun sebentar. Tidak menyedari bila Zulfarhis tiba. Bila sampai? tanya Haji Adam. Menyambut tangan Zulfarhis saat lelaki itu menghulur salam. Baru aje. Pelik jugak tengok keadaan ayah cik yang basah kuyup, cuaca hari ni elok aje. Panas terik. Apa dah jadi? Macam baru lepas kena hujan. Haji Adam tersenyum. Mengerling pada Annissa yang bersahaja. Melayan adik Zul soranglah ni, beritahu Haji Adam. Annissa bercekak pinggang. Tidak puas hati. Apa pulak! Abah yang mulakan dulu. Calit sabun kat muka Nis. Zulfarhis memandang Annissa. Wajah itu mulai mencuka. La... yang sorang lagi ni kenapa pulak? Berbuih rambut tu! Zulfarhis membersihkan rambut Annissa yang sedikit kusut. Abah yang buat, Zul. Bukannya basuh kereta, tapi basuh rambut aku, adu Annissa. Zulfarhis tersenyum kecil. Sifat manja dan ingin perhatian mulai menjelma dari dalam diri Annissa. Gadis itu

66

Salwati Haris

memang manja tetapi sifatnya itu hanya akan muncul apabila bersama orang-orang yang rapat dengan dirinya. Tidak di hadapan orang lain dan ada tikanya sifat manja itu menyerlah saat bersama Edham. Zul, tengok abah tu. Nak baling span pulak! Annissa menyorok di belakang Zulfarhis. Sesekali memunculkan kepalanya seperti tupai tanah. Haji Adam ketawa melihat telatah anak gadisnya. Ayah cik, Zul masuk dalam dululah. Nak mandi, ujar Zulfarhis, meminta diri untuk masuk ke dalam rumah bapa saudaranya. Pergilah. Nanti kita pergi sembahyang Jumaat sama-sama. Kalau lapar, kat dapur ada makanan. Aida dah siap masak. Zulfarhis mengangguk dan berlalu meninggalkan dua beranak itu. Rumah Haji Adam bagaikan rumah keduanya. Jika bosan duduk di rumah sewa, rumah Haji Adamlah yang ditujunya. Setiap hari Jumaat, rumah bapa saudaranya itu menjadi destinasi pertama. Selepas kepergian Zulfarhis, Annissa tersengih memandang Haji Adam yang hanya berlagak biasa. Malah Haji Adam senyum pula. Baru Annissa menyedari getah paip sudah berpindah tangan. Pantas Annissa berlari apabila Haji Adam memancutkan air ke arahnya. Abah tak adillah! Getah paip tu Nis yang dapat dulu! jerit Annissa. Apa pulak yang tak adilnya? Tadi Nis, sekarang giliran abah pulak. Pat pat nya nya, siapa dapat dia yang punya! Nah, sekarang abah nak mandikan Nis. Nis tak mandi lagi, kan?

67

Cinta Dalam Hati

Nis dah mandilah! tingkah Annissa. Sepatutnya Nis yang mandikan abah sebab dari pagi abah tak mandi lagi, kan? Kalau abah datang dekat kambing pun, dia orang lari. Bau semacam! Haji Adam mengambil peluang memancut air ke arah Annissa saat gadis itu berbicara. Annissa tidak sempat mengelak. Akhirnya Annissa basah kuyup, seperti abahnya. Rambut pendeknya kusut, tidak terurus. Abah!!! Zulfarhis menjengah ke luar rumah saat dia terdengar jeritan lantang Annissa. Pada mulanya dia terkejut tetapi akhirnya tersenyum. Senang melihat keakraban yang terjalin antara Haji Adam dan Annissa. Lama Zulfarhis memerhati. Melihat Annissa, dia bagai diragut rasa kasihan. Sejak kecil, Annissa tidak pernah tahu dan kenal siapa ibunya. Tidak juga berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu. Menurut ayahnya yang juga merupakan adik lelaki Haji Adam, ayah saudaranya itu punya seorang lagi anak perempuan. Berusia setahun lebih tua daripada Annissa. Entah apa yang berlaku dalam rumah tangga Haji Adam, akhirnya ibu saudaranya melarikan diri bersama anak sulung mereka. Haji Adam dan isterinya berpisah selepas itu. Sehingga ke hari ini, tiada berita yang diterima daripada dua beranak itu. Dia juga tidak pernah mengenali anak sulung Haji Adam. Tika mendengar kisah itu, dia baru setahun jagung. Tidak mengerti apa-apa dan hanya mendengar sahaja. Zulfarhis melangkah masuk ke dalam bilik air. Mahu membersihkan diri sebelum mengisi perut yang mula berkeroncong.

68

Salwati Haris

Bab 6
ELEKUNG dilipat rapi sebelum menyangkutnya di tempat khas. Annissa merebahkan diri di atas tilam. Bergolek ke sana sini. Mata redupnya merenung dinding bercat warna putih dan hijau itu sebelum mengalih pandangan menatap siling pula. Dia bosan apabila bersendirian. Jika Aida dan Nadiya ada, tentu hari Jumaatnya tidak seperti hari ini. Jam yang bergerak bagaikan seekor siput. Perlahan! Semakin diperhati, semakin segan pula jarum-jarum itu mahu bergerak. Baru pukul satu suku! Nak buat apa ni? Hati Annissa berbicara sendiri. Telefon bimbit diambil. Mendail nombor telefon Juana. Niat di hati mahu berbual dengan temannya itu bagi menghilangkan sedikit kebosanan yang melanda. Lama dia menanti panggilan itu bersambut. Tut... tut... tut.... Berkerut dahi Annissa. Panggilan itu terputus begitu sahaja tanpa ada orang yang menyambutnya. Dia tidak

69

Cinta Dalam Hati

putus asa. Didail semula nombor telefon Juana. Berharap kali ini panggilan itu bersambut. Annissa menghela nafas panjang. Mana dia pergi ni? Takkan solat Jumaat kut! Buang tabiat apa! ujar Annissa sendirian. Annissa tersenyum kecil kemudiannya. Edham terlayar di ruang kepala. Tak ada Juana, Ed pun jadilah! bisik hatinya. Annissa tidak jadi mendail nombol telefon Edham. Melihat jam yang tergantung di dinding. Belum menginjak ke angka satu setengah petang. Tentu lelaki itu belum pulang dari masjid. Langkah kaki laju dihayun keluar bilik. Annissa menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia mengambil remote control televisyen dan pantas menekan punat berwarna merah. Sesaat kemudian muncul imej berserta suara. TV3 menyiarkan rancangan Al-Hidayah. TV2 pula menyajikan drama Korea. Tiada langsung rancangan yang menarik minatnya. Hmmm... dah lama tak tengok hantu rambut rebonding ni. Best jugak kalau layan cerita hantu, kata Annissa sendirian. Sebelum memainkan filem seram itu, Annissa berlari ke dapur mengambil beberapa bungkus makanan ringan dan tidak ketinggalan... semestinya coklat! Mahu mengunyah sesuatu semasa menonton. Dia duduk pada posisi yang selesa dengan sebiji bantal di bawah kaki dan sebiji lagi dipeluknya. Annissa begitu khusyuk menonton. Tidak dipeduli keadaan sekeliling. Sesekali menutup mata apabila hantu berambut panjang lagi lurus itu memunculkan diri. Ternyata

70

Salwati Haris

filem seram dari negara matahari terbit itu bijak mengeksploitasi penonton dengan bunyi-bunyian yang bisa mencacakkan bulu tengkuk!

BERKALI-KALI Haji Adam memberi salam namun tiada jawapan. Tombol pintu dipulas tetapi ia berkunci. Mana budak ni pergi? Keluar ke? Haji Adam tertanya-tanya dalam hati. Mungkin tidak. Annissa lebih gemar memerap di rumah daripada keluar berjalan tika cuti begini. Entah-entah Annissa keluar tak, teka Zulfarhis. Tak apalah. Ayah cik ada kunci pendua, balas Haji Adam lantas mengeluarkan segugus kunci dari poket seluarnya. Sebaik sahaja pintu terbuka, Haji Adam terus menonong ke dapur. Zulfarhis pula menuju ke ruang tamu. Belum sempat Haji Adam membuka pintu peti ais, kedengaran namanya dipanggil. Terus sahaja dia mendapatkan anak saudaranya di ruang tamu. Manalah nak menyahut kalau tidur macam Sleeping Beauty, beritahu Zulfarhis sebaik sahaja Haji Adam datang padanya. Menuding ke arah sekujur tubuh yang lena di atas sofa. Budak sorang ni! Kalau dah tidur, bom meletup pun belum tentu sedar gamaknya, omel Haji Adam. Mengemas meja yang semak dengan plastik makanan yang tidak dibuang oleh Annissa. Nis... bangun sayang! panggil Haji Adam.

71

Cinta Dalam Hati

Annissa bergerak perlahan. Membuka matanya sedikit, kemudian tertutup rapat semula. Haji Adam menggeleng kepala melihat reaksi Annissa. Biarlah dia tidur sini aje ayah cik, kata Zulfarhis apabila tindakan Haji Adam seakan tidak berjaya menyedarkan Annissa daripada tidur. Haji Adam mengangguk. Yalah, Zul. Penat tolong basuh kereta agaknya. Dah, jom ikut ayah cik pergi dapur. Buat apa nak pergi dapur? Makan! Ringkas jawapan Haji Adam. Berkerut dahi Zulfarhis. Bukankah sebelum pergi ke masjid mereka sudah menikmati makan tengah hari? Bukan kita dah makan ke, ayah cik? Habis licin semuanya dibalun. Yang tadi tu makan sebelum solat, yang ni untuk selepas solat. Ayah cik masak sesuatu untuk Zul. Makan sebelum balik pejabat semula. Biar kenyang! Ujar Haji Adam. Memaut mesra bahu Zulfarhis. Ayah cik ni... kalaulah Zul duduk sini, mesti badan macam dipam-pam! Haji Adam tergelak besar mendengar kata-kata Zulfarhis. Mereka beriringan menuju ke dapur.

ACIK...! Acik...! Annissa menggeliat. Mahu membuka mata tetapi masih terasa berat lantas dibiarkan layu tanpa menghiraukan

72

Salwati Haris

suara kecil yang bergayutan di gegendang telinga. Malah semakin enak memeluk bantal yang empuk itu. Nadiya berusaha mengejutkan Annissa. Digoyang badan mak ciknya dengan harapan gadis itu akan bangun. Nadiya berdiri dan bercekak pinggang apabila usahanya tidak menjadi. Malah Annissa semakin nyenyak tidur. Nadiya mengambil telefon bimbit Annissa dan dilekapkan ke telinga. Uncle, Acik tak bangunlah. Nadiya dah kejut tapi dia tak sedar jugak, ujar Nadiya. Penat sangat agaknya tu. Tak apalah Nadiya, biar Acik tidur. Nanti malam uncle telefon balik. Nadiya mengangguk tanda faham. Baik, uncle... ujar Nadiya dengan suara perlahan. Seakan berbisik. Kenapa berbisik? tanya Edham. Uncle kata biar Acik tidur... jadi Nadiya tak boleh cakap kuat-kuat. Nanti Acik terbangun, jawab Nadiya dengan kepetahannya. Edham tertawa. Nadiya sememangnya pintar bagi kanak-kanak seusianya. Pandai Nadiya, ya. Hmmm... uncle ada kerja sikit ni. Kirim salam uncle pada Acik ya. Bye.... Bye... ucap Nadiya. Assalamualaikum. Waalaikumussalam... balas Nadiya. Telefon bimbit diletak semula. Merenung Annissa yang masih enak dibuai mimpi. Kenapa dengan cucu atuk sorang ni? tanya Haji Adam. Menyedari raut wajah serius anak kecil itu. Acik ni....

73

Cinta Dalam Hati

Kenapa dengan Acik? Nadiya menarik nafas pendek. Kemudian dia memeluk tubuh. Lagak seperti orang yang tidak puas hati sahaja. Tadi Uncle Ed telefon, nak cakap dengan Acik. Nadiya cakaplah yang Acik tidur. Uncle minta tolong kejut, Nadiya kejutlah tapi Acik tak bangun. Nadiya goyang badan pun Acik masih tak sedar-sedar, adu Nadiya. Haji Adam memeluk Nadiya, kemudian menciumi kedua-dua belah pipi anak kecil itu. Cucu atuk sorang ni sama aje perangainya macam Acik dia. Kalau dah bercakap tak ingat dunia! Hmmm... Acik tu tidur mati. Nadiya menggaru kepala. Ada persoalan yang bermain di benaknya. Tidur mati tu apa, tuk? Tidur mati tu tidur yang nyenyak sangat-sangat macam Acik sekarang ni. Nadiya panggil pun dia tak dengar, dia buat tak tahu. Goyang badan pun diam aje. Itulah namanya tidur mati kalau cucu atuk yang comel ni nak tau! Nadiya memandang wajah Haji Adam dengan penuh pengertian. Oh, macam tu ke, tuk. Baru Nadiya faham. Haji Adam mengangguk lantas anak kecil itu digendongnya. Kudrat tuanya masih membenarkan dia berbuat begitu. Ya sayang. Dah jom kita pergi luar. Ibu dan ayah Nadiya ada kat luar. Abang Akim pun ada. Ayah... kenapa gendong Nadiya? Kan ayah tak berapa sihat! Alah, bukannya berat sangat pun Nadiya ni. Ayah kuat lagi, tegas Haji Adam. Berjalan perlahan menuju ke taman. Duduk di kerusi sambil memerhati Hakim yang sedang khusyuk membaca.

74

Salwati Haris

Aida mengambil tempat di hadapan Haji Adam. Kalau ayah sakit, yang paling risau Si Nis tu. Tengoklah masa ayah demam, bukan main dia risau. Siap tak kasi ayah pergi kedai, ujar Aida. Kemudian dia menghulurkan secangkir teh pada Haji Adam. Minum, yah. Haji Adam mengambil cawan itu dan dihirup teh panas itu perlahan. Tersenyum mendengar omongan Aida. Suami kamu mana? tanya Haji Adam. Meninjau sekeliling mencari kelibat Badrulhisham. Tadi katanya nak potong rumput. Ada dekat stor agaknya. Jawab Aida.

ANNISSA menekup kedua-dua belah telinganya. Lenanya mulai terganggu apabila bunyi bising bergayutan di gegendang telinga. Bantal diambil dan ditekup ke muka dengan harapan bunyi bingit itu dapat dilenyapkan. Bunyi itu semakin lama semakin membingitkan telinga. Sekejap kuat sekejap perlahan. Sekejap ada sekejap tiada. Annissa bangun dan duduk dengan mata yang masih tertutup. Cuba mengamati dari mana datangnya bunyi yang mengganggu tidurnya. Sebaik sahaja melangkah ke luar rumah, mata layunya terus sahaja menangkap susuk tubuh Haji Adam. Dia menyandar pada tiang seri di anjung. Memisat-misat matanya sebelum kembali memejamkan mata. Abah, sejak bila abah upah orang potong rumput? Bukan selalunya Abang Hisham ke yang buat? soalnya. Badrulhisham mematikan mesin.

75

Cinta Dalam Hati

Haji Adam dan Aida pegun melihat Annissa. Hakim dan Nadiya tidak ambil kisah dengan kemunculan Annissa. Cik Annissa Saffiya... ni Abang Hishamlah! Bukannya orang yang ambil upah potong rumput, beritahu Badrulhisham. Annissa membuka luas matanya apabila mendengar suara Badrulhisham. Melepaskan pelukan kejap pada tiang dan mendekati Badrulhisham. Terkebil-kebil dia melihat lelaki itu. Eh, bila abang balik? Nis tak perasan pun! Badrulhisham menggeleng kepala. Kemudian dia bercekak pinggang. Mana nak sedar kalau tidur. Tidur mati pulak tu! Annissa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih mamai. Lama sangat ke aku tidur sampai abang dan kakak balik pun aku tak sedar? Dia tertanya-tanya sendiri. Tersengih memandang Badrulhisham. Pukul berapa akak sampai? tanyanya pada Aida pula. Dia duduk di sebelah Haji Adam sambil menongkat dagu. Dah dari tadi. Dalam pukul tiga. Akak tengok Anis nyenyak betul tidur. Annissa tersengih lagi. Acik! sergah Nadiya. Annissa terkejut. Menjegil mata pada Nadiya. Itu langsung tidak mengundang rasa takut pada Nadiya sebaliknya anak kecil yang berusia lapan tahun itu hanya ketawa. Nadiya ni nakal tau! Suka sangat buat Acik terkejut. Makan budak ni baru tahu! gertak Annissa.

76

Salwati Haris

Nadiya kegelian apabila digeletek. Dahlah Acik! Gelilah! Nadiya meronta minta dilepaskan. Sudah, mencelah. Nis. Lepaskan Nadiya. Haji Adam

Annissa diam. Kemudian dia menuruti kata-kata abahnya. Memandang Nadiya tanpa lepas. Nasib baik atuk marah. Kalau tak, habislah Nadiya Acik kerjakan! Nadiya ketawa mendengar ugutan Annissa. Kemudian membuat mimik wajah mengejek pada mak ciknya. Tadi uncle telefon! beritahu Nadiya. Apa? soal Annissa. Dia tidak mendengarnya dengan jelas. Uncle telefon tadi. Uncle? Uncle mana pulak? Memandang Nadiya seakan meminta anak itu memberitahu dengan lebih jelas lagi. Nadiya pula seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiran Annissa. Uncle Ed yang telefon tadi. Nadiya dah kejut Acik... tapi Acik tak bangun-bangun jugak. Lepas tu Uncle Ed cakap, nanti dia telefon balik tapi malamlah. Ah, macam mana dia boleh tak dengar panggilan itu? Malam nanti dia telefon. Tunggu ajelah Nis. Tibatiba Badrulhisham datang menyampuk. Annissa tersenyum kecil.

77

Cinta Dalam Hati

Bab 7
Suara halus kakak iparnya, Nur Lubna menyapa cuping telinga Edham membuatkan lelaki itu mengalih pandangan dari siling. Wajah Lubna yang sedang tersenyum manis diperhati sebelum wanita itu mengambil tempat di sisinya. Cepat-cepat Edham menyelitkan gambar Annissa di celahcelah helaian kertas yang dibawa pulang. Edham membalas senyuman Lubna dan bangun dari pembaringan. Memberi ruang kepada Lubna untuk duduk dengan lebih selesa. Edham cuba menyembunyikan perasaan terkejut dengan kehadiran kakak iparnya yang secara tiba-tiba itu. Berharap agar Lubna tidak menyedari apa yang disembunyikan olehnya. Dah lama ke akak sampai? tanya Edham lalu menyalami tangan Lubna. Lamalah jugak. Memang selalu ke Ed balik lambat

H, bila Ed balik? Akak tak dengar pun kereta Ed masuk.

78

Salwati Haris

macam ni? Giliran Lubna pula bertanyakan soalan. Matanya melirik ke arah jam dinding yang sudah menginjak ke angka lapan malam. Tak selalu. Kadang-kadang aje. Itu pun kalau banyak kerja yang kena settle. Kalau tak, awal-awal lagi Ed dah cabut dah, ujarnya kemudian ketawa kecil. Edham menghela nafas. Dia penat sebenarnya. Terkejar-kejar ke sana ke mari. Dan seharian untuk hari ini dia tidak berkesempatan mendengar suara Annissa. Dahi Lubna berkerut melihat keadaan Edham. Lelaki itu kelihatan lelah. Ed nampak penat. Kerja kat pejabat tu banyak sangat ke? Edham menyandar. Dia menggelengkan kepala. Boleh tahan. Kak, abang ada tak? Abang Ed tu ada kat hospital. Dia pun sama. Tak balik lagi. Tadi Indah yang ajak akak datang ke mari. Lepas beritahu pada Abang Syaref, akak terus datang sini. Indah kata dah lama tak jumpa datuk dia. Padahal baru dua hari lepas datang sini. Sama jugak dengan Amal. Pandai pulak kata rindu kat datuk dan nenek dia. Alasan nak berjalanlah tu, balas Edham. Cakap pasal Indah dan Amal, budak dua orang tu mana kak? Hah, ayah mana? Selalunya macam ni ayah ada kat depan TV, tengok berita. Lubna memandang ke dapur. Dia menjuih mulut. Ada kat dapur. Tolong ibu masak. Dia orang masak makanan kegemaran Ed tau. Lauk ikan masak asam pedas. Akak pun tolong tadi, tapi sekejap aje. Ayah tak benarkan akak buat kerja. Ni, dia kata nanti cucu dia ni penat. Lubna menunjuk pada perutnya yang kelihatan memboyot.

79

Cinta Dalam Hati

Edham ketawa kecil. Ayahnya memang begitu. Baik semasa mengandungkan Nurin Harlindah mahupun Muhammad Ammal, Lubna akan dilarang melakukan sebarang kerja. Hanya menyuruh menantunya itu duduk dan beristirahat. Sekarang keadaan itu berlaku lagi apabila Lubna mengandung anak ketiga. Begitukah keadaan ayah semasa ibunya, Suhaila mengandungkan Syaref dan dirinya? Mengambil berat dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk isterinya? Edham melihat perut Lubna. Sayang, ibu tidak sempat melihat cucunya yang ini. Harlindah dan Ammal juga tidak berpeluang dilihat oleh wanita kesayangannya itu. Kak, Ed rindu ibu... ujar Edham perlahan. Ya, perasaan itu sedang membukit kala ini. Walaupun sudah hampir sembilan tahun ibunya telah kembali menghadap Yang Maha Esa, perasaan itu tidak pernah mati. Lubna terdiam mendengar keluhan adik iparnya. Lama dia menatap wajah yang sedikit sayu itu. Faham dengan perasaan yang sedang dialami oleh anak muda yang berusia pertengahan dua puluhan itu. Tiada apa yang mampu dikatakan kepada lelaki itu selain perasaan kasihan yang membukit. Edham dan Lubna saling berpandangan tatkala kedengaran suara-suara kecil sedang ketawa girang. Kemudian mereka memandang ke arah Ammal yang sedang berlari menuruni anak tangga diikuti oleh Harlindah. Amal, janganlah lari laju sangat. Tunggulah akak! jerit Harlindah. Terus mengejar adiknya yang berlari ke arah Edham dan Lubna. Ammal tidak menghiraukan panggilan Harlindah. Terus sahaja dia mendapatkan Edham dan ibunya, Lubna.

80

Salwati Haris

Kenapa main lari-lari dekat tangga? Nanti kalau Amal jatuh kan susah. Lain kali jangan main lagi kat situ, ujar Edham. Ammal hanya ketawa kecil. Terus memeluk Edham. Anak kecil itu terus sahaja menyalami Edham. Begitu juga dengan Harlindah. Edham tersenyum melihat keletah anak-anak saudaranya itu. Gelak tawa Harlindah dan Ammal yang membuatkan rumah sederhana besar milik keluarganya itu sedikit ceria. Seketika kemudian Edham berdiri. Akak, Ed masuk dalam bilik dululah. Nak mandi. Rimas! Lubna memerhati dengan lewat ekor mata. Jangan mengingatkan. lupa turun makan nanti! Lubna

Edham menghela nafas.

MATA Edham terbuka luas saat laungan azan bergema. Lambat-lambat dia bangun dan duduk di birai katil. Menghela nafas dan kemudian memisat-misat matanya. Butang kemeja dibuka satu per satu dengan gerakan yang agak longlai. Kemeja itu dimasukkan ke dalam bakul di hujung sudut bilik, berdekatan dengan bilik mandi. Lantas dia mencapai tuala dan memasuki bilik mandi. Pancutan air yang bagaikan air hujan itu mendinginkan badannya. Terasa segar. Sudah cukup untuk mengembalikan kesegaran yang pudar tadi. Syampu yang terletak di satu sudut diambil dan cecair likat berwarna putih itu dituang ke tapak tangan. Kemudian dilumur pada

81

Cinta Dalam Hati

rambutnya. Sambil mencuci rambut dia bernyanyi-nyanyi kecil. Selesai mandi, Edham memakai sehelai T-shirt bersama kain pelikat. Songkok diletak di atas kepala. Membentangkan sejadah dan dia sudah bersedia untuk menunaikan solat fardu isyak. Terkumat-kamit mulutnya menyebut kalimahkalimah suci. Sudah cukup empat rakaat dia menunaikan solat fardu itu. Edham menoleh ke kanan, kemudian ke kiri memberi salam. Edham berteleku sebentar, memuji-muji Ilahi sebelum menadah tangan memanjat doa. Pak su, atuk panggil makan. Edham menoleh ke belakang. Dilihatnya Harlindah sedang berdiri di muka pintu yang sudah terbuka luas. Edham menggelengkan kepala. Ternyata dia tidak menyukai cara Harlindah masuk ke dalam biliknya. Sejadah yang terbentang dilipat dua sebelum menyidainya di ampai. Edham mendekati Harlindah yang masih setia berdiri. Dia tunduk sedikit apabila sudah berada betul-betul di hadapan anak yang berusia sepuluh tahun itu. Mata Harlindah memanah tepat ke arah anak matanya. Indah... ingat tak apa yang pernah pak su cakap? soal Edham. Harlindah menggelengkan kepala. Edham menghela nafas. Kalau nak masuk bilik sesiapa aje, tak kiralah kat rumah atuk ke, kat rumah Indah ke, kena ketuk pintu dulu. Minta izin. Jangan main serbu aje. Tak elok. Kalau ayah tau Indah buat macam ni, tentu ayah marah, ujar Edham.

82

Salwati Haris

Harlindah tertunduk menekur lantai. Tahu itu silapnya. Jangan buat lagi tau, sambung Edham. Dah... turun bawah dulu. Kejap lagi pak su turun. Harlindah mengangguk dan mengorak langkah keluar dari bilik Edham. Beberapa langkah dihayun tetapi kemudian gadis kecil itu berpaling semula. Pak su...! Apa dia? Harlindah tersengih. Jangan lambat. Semua dah lapar dah, beritahu Harlindah dan terus berlalu pergi. Edham tertawa kecil melihat telatah Harlindah. Kalau pasal makan, gadis kecil itulah johannya. Melihat perangai Harlindah mengingatkannya pada Annissa. Rindunya dia pada gadis itu! Edham menghela nafas yang panjang. Merebahkan badan di atas tilam. Mahu bermalasan sebentar. Memejam matanya rapat-rapat. Tatkala itu terbayang seraut wajah yang sentiasa dirindui. Senyumnya, tawanya, gurau sendanya menggamit hati. Mata Edham terbuka luas. Dia ingin menelefon Annissa. Mendengar suara dan omelan gadis itu. Pantas telefon bimbit diambil tapi... Pak su! Jeritan nyaring Ammal membantutkan niatnya. Ah... dia terlupa. Pasti mereka sedang menantikannya di ruang makan. Cepat-cepat dia menghayun langkah keluar dari bilik. Ternyata benar apa yang ada di benaknya sebentar tadi. Ayah, Lubna, Harlindah dan Ammal sudah menanti. Abangnya, Syaref juga ada. Dan tentunya Latifah, ibu tirinya turut serta.

83

Cinta Dalam Hati

Edham berjalan lambat-lambat menghampiri meja makan. Sejak lima tahun yang lalu begitulah keadaannya apabila dia perlu berdepan dengan ibu tirinya, Latifah. Biarpun wanita itu tidaklah melayannya dengan buruk, malah layanan yang diberikan cukup baik, hati Edham masih sukar menerima kehadiran wanita itu. Walaupun di bibirnya menyatakan persetujuan saat ayahnya, Tarmizi menyuarakan hasrat untuk menikahi wanita beranak satu itu, namun hatinya bagai tidak merelakan. Bagaimanapun Edham cuba untuk menerima kehadiran Latifah sebagai pengganti Suhaila, ibu kandungnya yang meninggal ketika dia berusia empat belas tahun. Edham menarik kerusi kosong di sebelah Latifah. Di situlah tempat dia duduk selama ini. Sama ada semasa hayat Suhaila mahupun sekarang. Tidak pernah berubah. Ammal menadah tangan, mahu membaca doa makan. Semua yang ada di situ turut sama menadah tangan meminta keberkatan ke atas rezeki yang telah diberikan. Jom... kita makan! Suara Ammal kedengaran begitu teruja. Barangkali anak berusia enam tahun itu sudah lapar. Anak ayah ni... tak sabar langsung. Minumlah air dulu. Basahkan tekak baru makan nasi, ujar Syaref lalu menghulurkan segelas air kosong pada anak lelakinya. Edham mahu mencapai mangkuk berisi lauk ikan masak asam pedas yang menjadi kegemarannya, namun tindakan itu pantas dihalang oleh Latifah. Edham hanya membiarkan perbuatan Latifah. Biar ibu yang ambilkan. Latifah menawarkan diri untuk melayan anak muda itu. Diambil seekor ikan dan

84

Salwati Haris

meletakkannya di dalam pinggan Edham. Ibu tahu Ed suka makan asam pedas yang panas-panas. Asam pedas ni baru aje turun dari kuali. Terima kasih, ibu, ucap Edham. Dia makan dengan penuh berselera sekali. Tengok tu, dapat lauk asam pedas laju aje dia makan. Ibu ni manjakan sangat Si Ed ni. Syaref bersuara tiba-tiba. Sengaja mahu mengenakan adiknya. Edham tidak ambil pusing kata-kata abangnya itu. Ala... abang cemburu, kan? Ibu tak masak lauk kegemaran abang tu, lauk ayam masak rendang, balas Edham dengam senyuman mengejek. Syaref tersengih memandang Edham. Kemudian mereka ketawa bersama. Bu, lain kali masakkan lauk kegemaran ayah beranak dua masuk tiga ni. Kesian dia... karang kempunan pulak, kata Edham disusuli dengan tawa. Habis... lauk kegemaran ayah bila pulak ibu boleh masak kalau asyik makanan kegemaran anak-anaknya aje yang didahulukan? Ayahnya pun nak jugak merasa tau, sampuk Tarmizi dalam senyuman. Edham dan Syaref saling berpandangan. Lubna sudah tertawa mendengar kata-kata ayah mertuanya yang seakan berbaur cemburu. Kemudian dua beradik itu tersenyum lebar. Ayah cemburu...! ujar Edham dan Syaref hampir serentak. Mereka ketawa lagi. Latifah memandang dengan senyuman. Selama lima tahun dia berusaha untuk mengambil hati anak muda

85

Cinta Dalam Hati

itu menerima dia seadanya, menggantikan tempat seorang ibu yang telah lama dibiarkan kosong. Dia sedar, menangani Edham memerlukan kesabaran. Walaupun sedikit, Latifah tahu Edham mulai dapat menerima dirinya. Latifah bersyukur, Edham memanggilnya dengan gelaran ibu sejak lima tahun yang lalu, walaupun dia tahu saat itu Edham sememangnya belum bersedia menerima dia sebagai pengganti tempat ibu kandungnya. Lain pula perihal Elham Syaref, anak sulung suaminya. Lelaki yang sudah berkahwin itu sedia menerima kehadirannya, malah disambut dengan mesra. Adakalanya Edham seakan bisa menerima dirinya seperti malam ini. Anak muda itu boleh diajak berbual bersama walaupun pada mulanya seakan dipaksa. Boleh bersenda gurau seperti keluarga biasa. Dan ada ketikanya Edham seakan memencilkan diri. Sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawab. Kadangkadang langsung tidak memberi tindak balas. Akhirnya dia juga yang makan hati dengan perangai Edham yang tidak menentu itu.

86

Salwati Haris

Bab 8
EDENGARAN suara seorang wanita sedang berleter. Membebel tentang keadaan rumah yang kurang disenanginya. Berjalan di sekitar rumah sederhana besar itu dengan mulut tidak henti-henti bercakap. Setiap pergerakan wanita itu diperhati oleh anak terunanya. Tidak membalas setiap kata-kata itu. Lebih senang mendiamkan diri sahaja. Irman... dah berapa kali umi suruh Irman ubah suai keadaan rumah Irman ni. Sakit biji mata umi menengoknya. Tiap kali umi datang, tak ada perubahan! Sama aje umi tengok. Maimona masih berleter terhadap anak bujangnya itu. Memerhati keadaan sekeliling dengan perasaan tidak puas hati yang menebal dalam diri. Tak ceria langsung! Warna cat pudar. Tau tak, warna tu memainkan peranan yang besar dalam kehidupan harian kita. Warna yang terang-terang boleh berikan semangat. Warna yang lembut dan harmoni boleh memberikan ketenangan dan hilangkan tekanan, sambungnya.

87

Cinta Dalam Hati

Ni umi tengok, tak ada semangat langsung. Pudar... kelam... kusam... tak ceria. Umi rasalah, kalau umi yang duduk sini, tentu selalu tertekan. Yalah... balik kerja aje, nampak rumah dah macam rumah hantu, bebel Maimona. Menarik nafas panjang. Irman memerhati uminya yang masih berdiri. Sedari tadi tidak duduk langsung. Asyik mundar-mandir. Tak penat ke umi aku ni? Tapi Irman tengok umi bersemangat aje. Dari tadi tak duduk, asyik berdiri. Dah tu ke sana ke mari. Kiranya rumah Irman ni cerialah, mi, celah Irman. Kecut perut Irman apabila mata Maimona tepat memanah matanya. Terkunci terus mulutnya. Bukan dia tidak tahu uminya itu tidak suka bila ada orang mencelah ketika dia sedang membebel marah. Cepat-cepat Irman mengalih pandangan. Budak ni, orang cakap betul-betul, dia main-main pulak! Akhirnya Maimona melabuhkan punggungnya di sebelah Irman. Mengipas-ngipas diri menggunakan majalah yang ada di atas meja. Tekaknya terasa kering. Air jus oren yang terhidang diteguknya perlahan. Umi nak air lagi? Irman boleh buatkan. Tak payah. Umi dah tak haus, balas Maimona. Matanya masih liar memandang keadaan rumah itu. Irman pula sedaya upaya melebarkan telinga, selebar yang mungkin. Menadah bebelan yang bakal diterimanya nanti. Tengok tu... kan ke sepatutnya meja tu letak dekat bawah cermin dinding, bukan tempat untuk letak telefon.

88

Salwati Haris

Meja tu sesuai untuk letak barang-barang antik. Dah tu letaknya kat tepi tangga pulak. Ingat rak kasut ke? omel Maimona lagi sambil jarinya menuding ke arah sebuah meja kayu berukir yang diletak berhampiran tangga. Irman menggaru kepala yang tidak gatal. Pening mendengar leteran uminya. Terasa mahu pecah telinganya. Okeylah tu, mi. Nasib kat tepi tangga. Kalau Irman letak kat depan pintu, lagilah teruk. Lagipun mi, Irman kan bujang lagi. Nak cantik-cantikkan rumah pun bukannya ada orang lain yang duduk dengan Irman. Tak ada orang nak tengok. Maimona berdiri semula. Dia bercekak pinggang. Habis... umi datang ni nak tengok apa? Irman tersengih menyeringai. Tengok Irmanlah. Takkan umi nak tengok taman perumahan ni pulak. Ya tak umi? Membulat anak mata Maimona. Irman memang suka bergurau saat dia sedang membebel. Main-main dia ya! Umi datang nak jenguk kamu dan nak tengok apa dah jadi dengan rumah kamu. Irman tersenyum lagi. Sudah habis gurauannya. Umi nak Irman ubah keadaan rumah ni secepat mungkin. Biar nampak cantik dan berseri. Orang pandang pun, sejuk mata. Umi... Irman sibuklah mi. Tak ada masa nak hiashias rumah ni. Irman memberikan alasan yang dirasakan munasabah baginya. Maimona kembali duduk. Terasa lenguh pula kakinya. Umi tak kira. Irman kena jugak ubah keadaan rumah ni. Atau kalau Irman malas sangat nak buat semua tu, Irman sewakan aje. Biar penyewa rumah ni yang buat.

89

Cinta Dalam Hati

Berkerut dahi Irman. Habis, Irman nak duduk mana kalau rumah ni disewakan? Maimona tersenyum. Duduk dengan umi. Duduk dengan umi? Maimona mengangguk. Irman masih terdiam tanpa bicara. Kenapa? Irman masih membisu. Maimona kehairanan. Apesal dengan anak teruna aku ni? desis hatinya. Irman tak suka ke duduk campur dengan umi, dengan ayah? Pantas Irman menggeleng kepala. Bukan macam tu umi. Tapi... Tapi apa? Kerutan di dahi Maimona jelas menunjukkan wanita itu benar-benar hairan. Irman menguntum sebuah senyuman. Irman tak mahu kacau masa umi dah ayah. Kan ke umi dan ayah berdua aje kat rumah. Boleh honeymoon berkali-kali. Silap-silap hari bulan umi dengan ayah boleh bagi Abang Am, Kak Hana, Irman dan Yani adik baru, ujar Irman. Kemudian dia ketawa terdekah-dekah. Maimona menampar perlahan paha Irman. Ada sahaja usikan daripada anak terunanya itu. Ada ke pulak kita disuruhnya pergi honeymoon. Rumah tu kalau dah tinggal berdua aje sunyi tau. Umi tengok ayah, ayah tengok umi. Hujung minggu aje riuh. Itu pun kalau Am dengan Hana datang dengan budak-budak. Yani pulak susah nak balik rumah, lagi-lagi kalau dah dekat nak periksa. Maimona meluahkan apa yang terbuku di hati.

90

Salwati Haris

Umi... Abang Am dengan Kak Hana tu tiap-tiap minggu balik. Dengan budak-budak sekali. Amirul, Iman, Athirah... hah, Waffa... semuanya ada dengan umi bila hujung minggu. Maimona mengeluh. Yalah... nak tunggu hujung minggu tu bukan main lama tau. Irman memeluk bahu Maimona dengan mesra. Senang-senang, umi mintalah kat ayah anak lagi. Tentu ayah bagi, guraunya lagi. Dia ketawa geli hati. Membayangkan mereka mempunyai adik kecil sedang usia sudah meningkat dewasa. Apatah lagi Illyani Firdzany, adik bongsu mereka. Gadis itu penyayang dan menyukai kanakkanak. Tetapi untuk memiliki adik dari darah daging sendiri, sudah pasti gadis itu menolaknya. Anak manja! Kalau Irman masih lagi belum bersedia nak duduk dengan umi dan ayah, Irman ubahlah rumah ni. Biar kalau umi datang, umi tak bebel. Sejuk mata tengok keadaan rumah. Biar rapi sikit. Irman kata tadi Irman sibuk, tak ada masa nak susun atur rumahkan, senang-senang ambil orang tolong buatkan. Kan senang. Irman memandang sekilas pada Maimona. Kemudian menumpu perhatian pada siaran di peti televisyen semula. Siapa? Umi kenal ke orangnya? Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Irman. Siapa ya nama dia. Mmm... umi tak berapa nak ingatlah Irman. Berkerut dahi Irman. Tak tau nama? Macam mana nak berurusan nanti? Dari syarikat mana, mi? soalnya lagi.

91

Cinta Dalam Hati

Dia tu dulu kerja sepenuh masa dekat GreenWorld House. Ala... syarikat yang buat dekorasi tu. Pereka hiasan dalaman. Sekarang dengarnya dia masih curahkan idea-idea pada syarikat tu, cuma dah tak kerja kat sana. Dia buat kerja part time. Kalau ada projek dia terus pergi pada bos syarikat tu, beritahu Maimona. Irman semakin hairan. Ada ke orang buat kerja macam tu? Irman tertanya-tanya di dalam hati. Takkanlah ada orang buat macam tu, umi. Irman menyatakan apa yang bermain di kepala. Sebab adalah umi cakap. Mak long yang beritahu. Dia kenal dengan budak tu pun dari kawan dia. Mak long kata, kerja dia bagus. Pandai buat pilihan berdasarkan kemahuan pelanggan. Budget sederhana pun dia masih boleh bagi kerja terbaik. Senang cerita, kerja dengan dia ni senang. Mak long kata lagi budak tu masih kerja kat syarikat tu pun sebab bos tempat tu tak bagi dia berhenti. Tu yang dia diberi kerja part time bila dia nak. Sambil-sambil tu dia bantu uruskan perniagaan keluarga. Irman mengangguk-anggukkan kepala mendengar penjelasan uminya. Dia seakan berminat. Anak bos ruparupanya. Perniagaan apa yang keluarga dia jalankan? Kedai makan. Dengar cerita perniagaan keluarga dia maju. Ramai pelanggan dan sekarang dah ada satu cawangan. Habis... kalau Irman nak berurusan dengan budak tu macam mana? Tak ada nombor untuk telefon. Syarikat tempat dia kerja part time pun Irman tak tau. Senyuman Maimona menguntum di bibir tuanya. Yang pasal tu Irman tak perlu risau. Umi boleh uruskan.

92

Salwati Haris

Betul? Irman bertanya inginkan kepastian. Maimona mengangguk. Budget Irman tak banyak mana tau umi. Tak sampai puluh-puluh ribu, kata Irman. Memang dia tidak punya banyak peruntukan kewangan untuk membuat pengubahsuaian itu. Jangan risau. Umi boleh bantu sikit. Tapi sikitlah... tak banyak mana. Mendengar kata-kata itu, Irman tersenyum lebar. Dengan pertolongan uminya, pasti semua berjalan lancar. Lagipun, uminya juga yang beria-ia mahu dia melakukan pengubahsuaian itu. Kenapa umi? tanya Irman apabila menyedari Maimona seakan sedang memikirkan sesuatu. Berkerut dahi uminya. Umi lupa nama budak tu. Hari tu mak long ada bagitau. Siap nama penuh lagi. Panjang sangat agaknya nama budak tu. Tu yang umi tak ingat, balas Irman. Maimona terdiam sebentar. Cuba mengingati nama yang pernah disebut oleh kakaknya tempoh hari. Payahnya! Apa ya nama dia? Maimona berkata sendirian. Lama dia memikir. Hah... umi dah ingat! Terkejut Irman dibuatnya. Hanya mengucap di dalam hati. Nama budak tu Anis. Annissa... Saffiya... Adam. Sebutir-sebutir nama itu disebutnya. Membulat mata Irman. Anis? Annissa Saffiya Adam? Seorang perempuan? Disangkanya lelaki. Menyimpang sungguh! Perempuan?

93

Cinta Dalam Hati

Habis... kamu ingat nama Annissa Saffiya tu nama lelaki ke? Irman ketawa kecil. Difikirnya budak yang diceritakan oleh umi itu seorang lelaki, rupa-rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Dia seorang perempuan. Apa? Ingat perempuan tak boleh ke kerja sebagai pereka hiasan dalaman macam Eric tu? Irman menggelengkan kepala. Dalam hati dia tertawa sendiri.

94

Salwati Haris

Bab 9
DHAM terpaku tatkala seorang gadis berbaju kurung manis dan ayu berdiri sambil tersenyum di hadapannya. Tidak berkelip dia memandang Annissa. Melihat keanggunan yang terserlah dengan penampilan begitu. Cantiklah adik akak, puji Aida. Haji Adam yang sedang duduk sambil membaca majalah masakan turut sama melempar pandangan matanya ke arah Annissa. Kau ke tu Nis? soal Edham dalam senyuman. Annissa tergelak kecil. Lain sangatkah dia bila berbaju kurung? Ya, ni aku. Annissa Saffiya. Nampak berseri-seri bila kau sarung baju kurung. Jujur Edham berkata. Annissa menggelengkan kepala. Memang dia jarang mengenakan baju kurung. Hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja dia memakainya. Adakalanya baju kurung menjadi pilihannya untuk pergi ke restoran. Macamlah tak biasa nampak aku pakai baju

95

Cinta Dalam Hati

kurung, ujar Annissa. Terus sahaja dia duduk di sebelah Haji Adam. Edham tersengih. Macam nak bawa kau pergi jumpa keluarga aku pulak. Edham masih galak mengusik sambil tersenyumsenyum memandang Annissa yang mula merasa malu. Wajahnya mula merona merah. Tak suka ke tengok buah hati ayu berbaju kurung? tanya Badrulhisham dalam gurauan. Pantas Edham menggelengkan kepala. Eh, apa pulak tak suka Abang Hisham? Suka sangat-sangat! Bertambah ayu, bertambah manis, bertambah cantik... bertambah sayang Ed pada Annissa ni. Badrulhisham ketawa mendengar pengakuan anak muda itu. Annissa pula masih menahan rasa malu yang kian menyerbu diri. Pantas kaki Edham disepaknya. Aduh! jerit Edham. Kenapa? Semua yang ada di ruang tamu menumpu pada Edham yang tiba-tiba mengaduh kesakitan. Berkerut dahi lelaki itu. Kaki... jawab Edham. Menuding ke arah kakinya yang terasa berdenyut. Kenapa dengan kaki? Aida bertanya. Edham memandang Annissa. Gadis itu sedang tersenyum mengejek padanya! Adik kesayangan Kak Aida ni, disepaknya kaki Ed. Malulah tu.... Edham masih mahu bergurau dengan Annissa. Annissa berwajah serius. Geram dengan gurauan

96

Salwati Haris

lelaki itu. Tambahan pula Badrulhisham ada bersama. Semakin galaklah dia diusik. Ada sahaja modal untuk mengenakannya. Bila korang nak bertolak ni? celah Haji Adam tiba-tiba. Haah la... tengok jam tu, dah pukul berapa dah ni. Kenduri lepas maghrib, kan? Ada baiknya bertolak sekarang, tambah Badrulhisham. Sempat Annissa memandang sekilas pada Edham yang sudah bersedia untuk berjalan keluar. Annissa bersalaman dengan Badrulhisham dan Aida. Diciumnya kedua-dua belah pipi Haji Adam apabila lelaki tua itu melakukan perkara yang sama padanya. Edham... hati-hati memandu tu, pesan Haji Adam. Memberi sepenuh kepercayaan untuk menjaga puteri tunggalnya. Edham mengangguk tanda faham dengan amanah yang diberi kepadanya. Nis... nanti sampaikan salam kami pada keluarga Juana ya. Pesan Haji Adam. Annissa mengangguk. Haji Adam, Badrulhisham dan Aida melangkah masuk ke dalam rumah saat Proton Gen 2 milik Edham hilang dari pandangan mata. Hanya Hakim dan Nadiya yang masih seronok bermain di halaman rumah. Dua beradik itu menyusul selepas ibu mereka memanggil mereka masuk.

97

Cinta Dalam Hati

ANNISSA menoleh sekilas. Dilihatnya Edham tenang memandu. Mata lelaki itu begitu prihatin pada pemanduan. Annissa kembali menoleh ke tingkap. Edham tersenyum kecil melihat reaksi Annissa dari lewat ekor matanya. Barangkali bosan! fikirnya. Sejurus itu Annissa menoleh semula ke sisi dan kali ini menemukan sepasang mata mereka. Seketika cuma. Edham perlu menumpu perhatian terhadap pemanduan. Annissa kembali memusingkan kepalanya, melihat simbahan cahaya lampu neon yang mula menerangi segenap jalan raya yang berturap itu. Tiba-tiba tawa Edham meletus hingga mengundang perhatian Annissa. Hati kecil gadis itu tertanya-tanya. Kenapa ketawa? tanyanya. Kita ni memang serasilah, kata Edham dalam senyuman. Dahi Annissa mula berkerut. Baju sedondon... beritahu Edham. Annissa tercengang seketika. Matanya segera beralih pada baju yang dipakainya. Kurung berbunga hijau pucuk pisang dan bertanah putih lembut manakala Edham pula berbaju Melayu hijau pucuk pisang. Ya Allah...! Baru perasan! Macam mana boleh sama? Bukannya berjanji pun, gerutu hati Annissa. Tu yang orang kata keserasian atau chemistry. Tak payah janji-janji, kita boleh berbicara dengan hati. Berkomunikasi dengan perasaan, ujar Edham. Seakan dapat mendengar kata hati Annissa sebentar tadi. Annissa menelan air liur. Macam mana dia boleh tahu apa yang hati aku cakap? Psikik ke? Hati Annissa

98

Salwati Haris

berbicara lagi. Kemudian dia tersenyum kecil. Kebetulan agaknya.

BILA kamu dengan Rasyid nak menikah? Dah lama, kan korang berdua berkawan? Bertunang pun dah dekat dua tahun. Buat apa tunggu lama-lama, bertunang lama-lama. Lagi cepat, kan lagi bagus, ujar Hajah Asiah pada anak saudaranya sambil menyusun kuih-muih di atas piring. Juana kemudiannya. mengangkat wajah. Tersenyum

Kan ke hari tu mak long yang cadangkan Ju nikah hujung tahun ni. Time budak-budak cuti sekolah, balasnya. Hajah Asiah termenung sejenak. Kamu ikut cadangan mak long la ya? Juana mengangguk. Hajah Asiah tersenyum lebar. Memang dia ada mencadangkan tarikh yang sesuai untuk anak saudaranya itu melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan. Mama dengan ayah Ju setuju tak? Hah... Rasyid pulak? tanya Hajah Asiah. Dia perlu tahu juga pendapat dan persetujuan keluarga Juana terutama ibu bapa gadis itu. No problem. Mama dan ayah setuju. Rasyid pun sama. Juana menjawab dengan senyuman tersungging di bibirnya. Hajah Asiah turut mengulum senyum. Tak lama lagi Ju bakal jadi isteri orang. Dah tak boleh manja-manja dengan mama dan ayah tau, kata Hajah Asiah. Pipi Juana dicubitnya perlahan.

99

Cinta Dalam Hati

Bukan selalu... memandang ibu saudaranya.

balas

Juana.

Tersengih

Eh, mana pergi budak ni? Tadi ada duduk kat sebelah, sekarang dah hilang. Terjenguk-jenguk Juana mencari. Apa yang kamu cari, Ju? Macam tupai tanah dah mak long perhati, tegur Hajah Asiah. Mak long nampak Juin tak? Tadi ada kat sebelah Ju, tolong susun kuih. Bila Ju toleh lagi, dia dah lesap. Tak nampak pulak mak long. Kedengaran nama Hajah Asiah dipanggil namun wanita itu terus ligat menyusun kuih di dalam piring. Barangkali tidak dengar agaknya. Juana yang sedar nama ibu saudaranya dipanggil, lantas menepuk perlahan peha wanita itu. Mak long, mama panggil. Hajah Asiah terus bangun dan mendapatkan adiknya, Aisyah. Tinggallah Juana seorang diri di situ. Mana perginya Juin ni? Pantang lepa, terus aje hilang, bebel Juana. Geram dengan Juina Nadya, adik perempuannya yang seorang itu. Juana terlihat kelibat Nubliey, adik bongsunya. Terus sahaja dia memanggil remaja itu. Ada apa kak? Liey banyak kerja lagi ni. Kerja apa yang kau buat sampai sibuk sangat? tanya Juana. Tolong makan, jawab Nubliey selamba. Membulat mata Juana mendengarnya.

100

Salwati Haris

Nubliey ketawa geli hati. Taklah kak. Liey nak ke depan kejap lagi. Tadi ayah dah panggil dah. Kamu nampak Juin tak? Nubliey mencekak pinggang. menggelengkan kepala, tidak tahu. Kemudian

Tadi Liey nampak dia kat depan. Tengah cakap kat telefon. Dengan buah hati dia agaknya. Tapi tu tadilah. Sekarang ni dia dah tak ada kat situ. Entah... Liey pun tak tau dia pergi mana, beritahu Nubliey. Budak ni! Hati Juana mendengus geram. Nubliey terus berlalu meninggalkan Juana. Juana melebarkan pandangan matanya. Masih tidak putus-putus mencari Juina. Dia tersentak saat Aisyah, mamanya menepuk bahu. Ju... letakkan kuih dengan yang lain kat depan. Nanti senang. Lepas aje dia orang selesai bacaan doa, terus boleh makan. Tak payah tunggu-tunggu lagi. Juana mengangkat punggung. Mengikuti arahan Aisyah. Ma... Nis dan Edham dah sampai belum? tanya Juana. Belum lagi agaknya. Kejap lagi sampailah tu, ujar Aisyah dan terus mengorak langkah. Dia perlu ke dapur, menyudahkan kerja yang masih bersisa. Manalah budak Juin ni? Orang tengah banyak kerja, dia hilang pulak, rungut Juana tanpa menyedari perilakunya diperhati oleh Rasyid. Kenapa ni Ju? Dari tadi abang tengok Ju asyik bertanya pasal Juina aje, sapa Rasyid. Dia membantu Juana menyusun makanan dia atas meja.

101

Cinta Dalam Hati

Selepas itu mereka beriringan menuju ke dapur semula. Juin tu... orang tengah sibuk-sibuk macam ni, dia boleh bergayut pulak. Mana Ju tak geram, luah Juana. Seketika kemuadian dia memandang Rasyid. Abang perhatikan Ju, ya? Rasyid tersengih. Ala... abang tengok sikit-sikit aje. Nak tengok lebih-lebih tak boleh lagi, balasnya dengan senda. Juana menampar perlahan paha tunangnya. Saat itu dia dapat melihat Juina. Kelihatan gadis itu sedang tercari-cari sesuatu. Kak Ju...! Muncul pun. Mana Juin pergi? Penat Kak Ju cari! jerkah Juana. Juina menarik nafas panjang. Melepaskan lelah di dada. Kak Nis dengan Abang Edham dah sampai dah. Ada dekat dapur tu. Dah sampai? Juina mengangguk. Cepat-cepat Juana menuju ke dapur. Langkahnya diekori rapat oleh Juina. Dalam hati, Juina menarik nafas lega. Mujur Annissa dan Edham sudah datang. Pasti dia terselamat daripada bebelan si kakak. Lambatnya kau sampai... ujar Juana saat dia dan Annissa berpelukan. Maaf Juan. Pemandu aku ni bawa kereta macam kura-kura, balas Annissa. Mengerling ke arah Edham yang sekadar tersenyum mendengar omongan Annissa.

102

Salwati Haris

Alah... pemandu kau ni saja nak lama-lama berdua dalam kereta, usik Juana. Annissa mencebik. Eh... Juan, tunang kau, Si Rasyid mana? Tertinjau-tinjau Edham, mencari kelibat Rasyid. Ada dekat luar tu. Eh, kau pergilah depan. Ikut meramaikan orang kat depan sana. Ajak Syid sekali. Juana menjawab sambil matanya tidak lepas memerhati pasangan yang sedang berdiri di hadapannya. Annissa kehairanan. Yang kau ni kenapa Juan? Macam pelik aje tengok kita orang. Edham mengangguk. dikatakan oleh Annissa. Menyetujui apa yang

Juana tersenyum menyeringai. Kedua-dua jari telunjuknya dirapatkan, tanda bersatu. Kening gadis itu terangkat sedikit. Juana menarik mamanya. Sama-sama memerhati Annissa dan Edham. Annissa semakin hairan. Kenapa? Dia memandang Edham tetapi Edham mengangkat bahu. Lelaki itu juga sama diundang rasa hairan melihat dua beranak itu. Kenapa ni auntie? soal Annissa. Dia bingung. Apa yang mama nampak? Juana bertanya pada Aisyah. Lama Aisyah memerhati pasangan muda itu sebelum menyedari apa yang dimaksudkan oleh anak daranya. Wanita itu tersenyum manis. Sedondon! Pasangan serasi! tambah Juana. Mengertilah Annissa kini. Juana dan Aisyah memperkatakan tentang warna sedondon yang dikenakan oleh dia dan Edham.

103

Cinta Dalam Hati

Edham mengukir sedikit senyuman sebelum berlalu mencari Rasyid. Meninggalkan Annissa yang masih galak diusik oleh Juana dan mamanya.

KEPEKATAN malam menghimpun sejuta keajaiban. Sedikit tersingkap dengan kewujudan secebis cahaya yang disimbah oleh sang bulan, bertemankan bintang-bintang yang bergemerlapan di dada langit. Bunyi fauna malam yang seiringan dengan hembusan pawana bagai mengadun alam pada satu suasana yang mengasyikkan. Annissa berdiri di taman. Sesekali matanya meninjau keadaan sekeliling yang masih meriah biarpun yang tinggal hanyalah sanak saudara dan jiran terdekat sahaja. Tetamu yang lain sudah pulang. Semua ahli keluarga dan sanak saudara Juana berkumpul malam ini. Mana tidaknya, keluarga besar itu baru sahaja menerima orang baru. Isteri Haziq telah selamat melahirkan anak ketiga mereka, seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. Kelahiran bayi itu diraikan dalam satu majlis potong jambul dan majlis kesyukuran. Bayi berusia tujuh hari itu telah dinamakan dengan nama yang cukup indah. Nuriwani Najihah. Annissa sempat menciumi wajah kudus bayi itu tadi. Annissa menoleh ke belakang apabila suara nyaring si kembar, Szani Liyana dan Szana Auliya kedengaran. Kembar itu riang berlari, berkejar-kejaran sesama mereka. Suara Juina juga tenggelam timbul dalam keriuhan itu. Bergelak tawa bersama sepupu-sepupunya.

104

Salwati Haris

Mana dia? Mata Annissa meliar mencari kelibat seseorang. Lama dia memerhati. Tiada bersama Rasyid atau Haziq. Tiada juga bersama Uncle Rahadzi. Mana dia pergi agaknya? Terasa penat berdiri, Annissa melabuhkan punggung di bangku kayu yang disediakan di taman itu. Lebih selesa melihat air terjun buatan yang ada di depan mata. Bunyi kocakan air itu cukup menenangkan. Mana Juan ni? Kata nak datang balik, tapi tak sampai-sampai pun. Annissa berbicara sendirian. Berharap Juana akan muncul dalam kadar segera. Angin bertiup lembut. Dia mula merasa kedinginan merayapi tubuhnya. Annissa menoleh apabila terasa bahunya dipegang lembut oleh seseorang. Saat itu wajah Edham yang sedia tersenyum terbias di ruang mata. Hai! sapa Edham. Dia masih tidak melepaskan pegangan kejap di bahu Annissa. Annissa tersenyum. Hai... balasnya, lembut. Mana Juan? Tadi dia dengan kau, kan? Annissa angkat bahu. Entah... dia kata nak masuk kejap, tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Ekor mata Annissa dapat menangkap pergerakan Edham. Lelaki itu melepas pegangan di bahunya dan beralih duduk di sisinya pula. Segak jugak dia! Hati Annissa memuji Edham dalam diam. Tadi... kau cari aku, ya? Ye ke? Bila masa pulak? Berkerut dahi Annissa. Edham tersenyum sedikit.

105

Cinta Dalam Hati

Aku perasan kau tertoleh-toleh ke belakang. Lama aku perhatikan kau, beritahu Edham. Oh... baru dia teringat. Sememangnya tadi dia ada mencari Edham. Entah di mana lelaki itu bersembunyi, dia tidak tahu. Senyuman Annissa menerbitkan sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Edham yang melihat senyuman itu jadi kaku. Bertahun-tahun dia melihat senyuman itu namun tidak pernah sekali pun dia merasa bosan, malah senyuman itu yang sentiasa dirinduinya. Takut kau tinggalkan aku, ujar Annissa. Edham tergelak besar. Mana mungkin dia boleh meninggalkan Annissa begitu sahaja. Mereka terdiam sejenak. Menghayati keindahan malam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa biarpun tersisip keriuhan yang mengganggu sedikit tumpuan mereka berdua. Malam yang indah, bukan? ulas Edham lantas membuang pandang ke arah Annissa. Walaupun ada sedikit gangguan. Edham menoleh ke belakang. Annissa juga. Akhirnya mereka ketawa bersama. Nis.... Hmmm... sahut Annissa. Edham merenungi Annissa yang sedang leka memerhati ikan-ikan yang bebas berenang di dalam kolam mini air terjun buatan di hadapan mereka. Kalau kita berdua aje kat sini tentu seronok. Berdua aje. Tak ada bising-bising macam ni.... Mungkin... balas Annissa. Sengaja bersuara menggoda.

106

Salwati Haris

Nis... cara kau cakap tu buat aku tergoda tau. Ni... jantung aku dah berdegup kencang. Macam orang baru lepas lari, ujar Edham. Sememangnya dia sedang tergoda saat itu. Melawan badai yang sedang bergelora di jiwa. Dan bila berdua memang seronok tapi sebenarnya bukan berdua. Bertiga! sambung Annissa. Menunjukkan tiga jarinya di depan mata Edham. Edham tersengih. Faham gerangan ketiga yang dimaksudkan oleh gadis itu. Jom kita pergi sana, ajak Annissa dan bingkas berdiri. Dia tidak jadi melangkah pergi apabila Edham menarik pergelangan tangannya. Annissa berdiri pegun dengan senyuman mekar di bibir. Nantilah dulu... pujuk Edham. Berharap agar gadis itu duduk semula di sisinya. Mana boleh macam tu. Tengok sana. Annissa menuding ke arah keluarga Juana. Kelihatannya mereka sedang sibuk mengemas. Semua orang tengah mengemas. Takkan kita nak duduk bersantai kat sini? Tak elok tau. Setidak-tidaknya kita ringankan tulang tolong mereka mengemas, sambung Annissa. Tapi kitakan tetamu. Edham masih cuba memancing biarpun tahu apa yang dilakukannya cuma siasia. Pasti gadis itu menolaknya. Tetamu atau tak, kita mesti tolong jugak. Tak banyak, sikit pun jadilah. Lagipun kita bukan pergi rumah orang lain. Rumah Juana, kawan kita. Dah... jom! Annissa mendengus geram dan pantas berjalan meninggalkan Edham apabila terasa pegangan pada

107

Cinta Dalam Hati

pergelangan tangannya kian longgar. Tiba-tiba Edham kembali menarik tangannya. Kejap, tetapi penuh kelembutan. Baiklah. Kita pergi sana.... Lembut Edham bersuara.

ANNISSA merenung makanan yang terhidang di depan matanya. Dia menelan air liur. Larat ke nak makan semua ini? Annissa memandang teman-temannya yang duduk semeja dengannya. Edham, Rasyid, Juana, Nubliey dan Juina. Termasuk dirinya, hanya ada enam orang sahaja tetapi makanan yang terhidang bagaikan untuk dua belas orang sahaja! Annissa melihat lenggok mama Juana menghampiri mereka dengan dua bekas makanan lagi. Satu berisi ayam goreng dan satu lagi berisi buah-buahan. Terkebil-kebil mata Annissa tika itu. Sudah-sudahlah tu auntie. Banyak sangat ni. Mi goreng ada, nasi putih ada. Lauk-pauk jangan cakap. Nanti tak larat pulak kami nak habiskan semua. Aisyah tersenyum menengar kata-kata Annissa itu. Alah... bukannya banyak mana pun. Tak banyak auntie kata? Ni... yang kat atas meja ni macam nak kasi sedozen orang makan. Alamatnya lepas ni Nis jadi ular sawalah jawabnya auntie, senda Annissa dan gurauannya itu disambut dengan gelak tawa teman-temannya yang lain. Makan malam mereka hari itu disertai oleh Juina dan Nubliey. Ahli keluarga Juana yang lain sudah mula beristirahat. Penat barangkali.

108

Salwati Haris

Ini sebagai upah pada tetamu yang rajin menolong kami mengemas tadi. Lagipun lepas buat kerja tentu lapar, kan? Jadi kenalah isi perut kenyang-kenyang dulu sebelum balik, ujar Aisyah dengan ramah. Dahlah ya... auntie nak ke dapur. Ada kerja sikit. Aisyah terus berlalu pergi meninggalkan mereka. Annissa memandang Aisyah hingga lenggok wanita seumur abahnya itu hilang di balik pintu. Dia sungguh menyenangi sikap mama temannya itu. Peramah seperti Juana. Sejurus selepas itu mata Annissa tertumpu pada makanan yang terhidang. Bervariasi. Sungguh menggamit seleranya. Nah... aku tau kau suka ayam goreng, kan? Jadi aku bagi kat kau ayam goreng yang paling besar dan bukan bahagian dada. Juana meletakkan seketul ayam goreng ke dalam pinggan Annissa. Terima kasih... ucap Annissa. Sama-sama kasih, balas Juana dengan senyuman. Tapi semua kasih aku dah tertumpah pada Rasyid, tambahnya. Rasyid mengerling nakal ke arah tunangnya. Terasa ingin mengusik gadis yang bakal menjadi suri hidupnya. Kalau kasih Ju abang tak terima, macam mana? Terbuntang mata Juana mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Rasyid pula yang kaget melihat reaksi Juana. Juina dan Nubliey pula sudah ketawa melihat telatah kakak dan bakal abang ipar mereka. Faham benar dengan perangai Juana yang kuat merajuk tetapi mudah pula dipujuk.

109

Cinta Dalam Hati

Kenapa ni Ju? Abang cuma gurau ajelah. Rasyid cuba untuk memujuk. Annissa menggeleng kepala melihat Juana yang sedang melayan rajuk dan minta dipujuk oleh Rasyid. Dia tertawa dalam hati. Entah kau ni Juan. Kan Rasyid main-main aje. Kalaulah kasih dia tak tertumpah pada kau, nak bagi kat siapa lagi? Lagi satu, beranilah bakal suami kau ni buat hal dengan kau kalau dia nak rasa sendiri penangan aku. Annissa menunjukkan buku limanya yang tidak seberapa besar itu. Tanda memberi amaran kepada Rasyid andai lelaki itu berniat mempermainkan teman baiknya. Buku lima tak seberapa, nak tayang-tayang, celah Edham dalam tawa nakalnya. Annissa mencebik. Kak Ju tu memang macam tu. Kuat merajuk... esok kalau dah kahwin dengan Abang Syid... dapat anak, entah-entah bakal anak saudara Juin tu perangainya sama macam ibu dia. Juina pula bersuara. Sengaja mahu menambah rajuk sang kakak. Nubliey mengangguk menyetujui kata-kata Juina. Serentak dengan itu mereka semua tergelak besar. Juana jadi geram. Pantas sahaja dia mencubit paha Juina. Gadis itu mengaduh kesakitan. Aduh... sakitlah kak! Ada pulak ketam yang terlepas kat sini. Juina mengaduh kesakitan dan masih sempat lagi mengusik Juana. Annissa tersenyum melihat kemesraan yang terjalin antara Juana dan Juina. Ada terselit perasaan cenburu di hati. Dia tidak pernah bermesra dengan adik-beradiknya sendiri

110

Salwati Haris

melainkan dengan Haji Adam, Zulfarhis dan keluarga Badrulhisham. Annissa tidak sedar dirinya sedang diperhati tajam oleh Edham. Hanya tersedar apabila terasa jari kakinya dikuis seseorang. Annissa mendongak, menerjah renungan mata Edham yang begitu mendebarkan hati. Cuma gerak bibir Edham yang terlihat namun tiada suara yang kedengaran. Ia tenggelam di kerongkong. Senyuman keduanya bertaut mesra. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya.

111

Cinta Dalam Hati

Bab 10
EBIH kurang jam dua petang, Irman sampai di tempat yang dijanjikan. Mencari-cari tempat kosong untuk memarkir kereta miliknya. Dia berpusingpusing di sekitar kawasan tersebut. Hati lelaki itu berbunga riang saat dia menyedari ada sebuah kereta berundur dari tapak parkir, tidak jauh dari situ. Terus dia memarkir kereta di tempat itu. Alamak... dah lambat! Lima belas minit pulak tu! Irman bergegas keluar dari kereta. Ah, biarlah! desis hatinya. Irman mengorak langkah menuju ke pintu masuk utama pusat membeli-belah itu. Ternyata tidak menyimpang apa yang difikirnya. Juliana sudah menanti. Sebaik sahaja sampai di situ, Juliana terus merangkul lengan Irman dengan mesra. Irman hanya membiarkan sahaja perlakuan wanita itu. Kenapa lambat, sayang? Lama tau I tunggu you. Juliana bersuara manja. Jalan sesak, beritahu Irman, pendek. Padahal dia

112

Salwati Haris

sebenarnya hampir terlupa janjinya dengan Juliana. Mujur juga uminya menegur tadi, bertanya tidak keluarkah dia petang minggu begini? Ada apa you nak jumpa I? soal Irman pula. Juliana meletakkan dirinya di hadapan lelaki itu. Menarik hidung mancung milik Irman. Irman menghela nafas berat. Dia tidak suka diperlakukan seperti itu oleh Juliana. Kan you dah janji nak keluar dengan I petang ni. You lupa ya, sayang? Irman mengangkat kening. Merenung wajah yang tebal dengan alat solek itu. Ye ke? Bukan you ke yang beriaia ajak I keluar semalam? Rasanya I tak pernah janji nak ajak you keluar hujung-hujung minggu macam ni. You ni! Okey... memang I yang ajak you keluar. You ni, macam tak suka aje keluar dengan I. Irman menarik nafas dalam-dalam. Dia terpaksa sebenarnya. Selagi tidak bersetuju dengan ajakan Juliana, selagi itulah wanita itu akan terus mendesak hingga membuatkan dia berasa lemas. You tak nak keluar dengan I hari ni? Juliana terus-terusan bertanya. Kalau I tak nak keluar dengan you, takkan I datang sini. Terpacak depan mata you, balas Irman. Kenapalah kau bohong, Irman? Padan muka kau. Jadilah patung, diheret ke sana ke mari oleh perempuan itu. Hatinya bagai tidak menyetujui apa yang baru sahaja dikatakan oleh mulutnya. Kita nak ke mana ni? soalnya perlahan. Juliana tersenyum manja. Kembali merangkul

113

Cinta Dalam Hati

lengan Irman. Temankan I shopping. I nak beli baju dan kasut baru. Shopping? Mmm... Juliana Johan, desis hatinya. Memang sudah dapat mengagak tujuan Juliana mengajaknya ke mari. Pasti wanita itu mahu menghabiskan duit di sini dengan cara membeli-belah. Irman teringatkan kerja yang masih belum disiapkan. Masih ada di atas meja. Irman cuba memujuk diri, mengikut sahaja kemahuan Juliana hari ini. Hari ini sahaja. Irman mengangguk dan Juliana kelihatan girang. Juliana menarik Irman masuk ke dalam sebuah butik. Irman hanya mengekori tanpa bantahan walaupun sebenarnya dia rimas. Juliana khusyuk memilih baju. Satu per satu dibelek. Penuh ketelitian. Mana yang berkenan diambil oleh Juliana dan dicuba di bilik persalinan. Apabila rasa tidak sesuai, dipulangkan semula. Irman turut membelek baju yang ada. Menghindar diri dari berasa bosan. Tetapi apa yang terjual di butik itu hanyalah baju untuk wanita. Jika tidak, boleh juga dia mencuba beberapa helai baju. Akhirnya dia hanya berdiri tanpa membuat apa-apa. Hanya memerhati Juliana yang sibuk memilih. Sayang... jom! Irman tersedar saat lengannya sudah dipaut Juliana. Dah? Juliana mengangguk sambil menunjukkan beg berisi baju yang baru dibelinya tadi. Irman sekadar melihat sahaja. Tidak bertanya pula baju apa yang menjadi pilihan wanita itu. Lepas ni I nak pergi beli kasut. You temankan I, okey, ujar Juliana sambil tersenyum meleret.

114

Salwati Haris

Hati Irman membantah dalam diam. Diikutkan hati, mahu sahaja dia meninggalkan Juliana ketika itu juga. Daripada membuang masa menemani Juliana, lebih baik dia duduk di rumah bersama kelaurga. Sekurang-kurangnya dapat juga dia menghilangkan tekanan dengan cara itu. Dibiar sahaja kata hati yang mulai bertompok hitam itu. Sekali lagi badan Irman terdorong ke hadapan apabila Juliana menariknya masuk ke kedai kasut pula. Irman ditinggalkan sendirian lagi. Cantik tak sayang? tanya Juliana. Meminta pendapat lelaki itu. Dia menunjukkan sepasang kasut tumit tinggi pada Irman. Irman mengambil salah satu daripada kasut itu. Diperhati lama dari segenap sudut. Dia bukannya pakar dalam hal-hal memilih barang untuk perempuan. Terbuntang matanya tatkala melihat harga kasut pilihan Juliana. Mahalnya! Buat apa you beli kasut sampai lebih seratus ringgit harganya? Nanti kalau you pakai letak kat kaki jugak. Juliana mencebik dan buat tidak peduli dengan kata-kata Irman. Dia mengambil kasut itu semula dan terus mencubanya. Irman tidak kisah Juliana membeli kasut itu tetapi dia kurang suka dengan sikap boros wanita itu. Bukan guna duit aku pun. Buat apa aku nak risau? Kalau kering poket dia, bukan masalah aku, kata hatinya dan kata-kata itu seakan terlukis pada senyuman yang terukir di bibir. Sayang... I hauslah. Kita pergi minum dulu, nak? cadang Juliana. I bawa you pergi kedai yang selalu I masuk kalau I datang sini. Kawan-kawan I pun kata tempat tu best tau.

115

Cinta Dalam Hati

Juliana memeluk pergelangan tangan Irman supaya lelaki itu tidak pergi jauh dari sisinya. Dia mahu membasahkan tekak dan mengisi perut yang mula terasa lapar. Juga mengambil kesempatan makan berdua bersama lelaki itu. Langkah Juliana terhenti di hadapan sebuah butik pengantin. Ia begitu menarik perhatian Juliana. Pada masa yang sama, Irman kembali merasa rimas. Sekejap berjalan, sekejap berhenti. Seperti berada dalam kesesakan lalu lintas sahaja. Apa lagi kali ini? gumam hati Irman kurang senang. Juliana ingin melangkah masuk. Mahu dibawa Irman bersama namun langkahnya terbantut apabila Irman tidak mahu berganjak. Kenapa ni? Kita masuk dalam sekejap ya. Sekejap aje, pujuk Juliana. Penuh mengharap. Irman menggelengkan kepala. Tak apalah. Kalau you nak masuk, you masuklah. I tunggu kat luar aje, putus Irman. Juliana terpaksa mengalah dan melangkah masuk ke dalam butik itu sendirian. Entah apa yang yang dicari oleh wanita itu, Irman tidak dapat mengagak. Dia berasa lega dapat meloloskan diri walaupun sekejap. Irman mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Mana tahu ada panggilan yang diterimanya tadi. Irman menapak selangkah demi selangkah ke hadapan dengan mata yang masih tertumpu pada telefon bimbit. Langsung tidak peduli keadaan sekeliling.

116

Salwati Haris

Bukkk!!! Arghhh!!! Irman mengaduh kecil. Terasa sakit lengannya akibat pelanggaran sebentar tadi. Aduh!!! Irman mengangkat wajah. Maaf, encik. Irman masih memandang tuan empunya suara yang meminta maaf daripadanya. Bukankah sepatutnya dia yang menghulurkan kata maaf? Leka dengan telefon dan tidak awas dengan keadaan sekeliling. Dia hanya melihat gadis itu mengutip barangnya yang jatuh ke lantai. Ya Allah... bola aku! Alamak!!! Jeritan kecil gadis tadi mengejutkan Irman yang mulanya leka memerhati. Bukan Irman sahaja yang terkejut, juga beberapa orang yang sedang lalu-lalang turut sama mendengar jeritan itu. Pantas Irman menghampiri gadis itu. Jelas kelihatan kerutan di dahi. Mata Irman jatuh pula pada bola kristal yang dipegang oleh gadis tersebut. Retakan halus terlakar pada bola kristal, dan ada sedikit sumbing. Alamak! Irman mula menggelabah. Cik... saya minta maaf banyak-banyak. Semua salah saya. Im very sorry. It was all my fault. Sorry.... Gadis itu hanya diam. Dia memasukkan bola kristal yang sudah cacat itu ke dalam kotaknya semula. Ini menambahkan kegelisahan Irman. Mana tahu tiba-tiba gadis itu naik berang dan memarahinya. Mmm... macam inilah cik, biar saya ganti barang cik yang dah rosak tu. Berapa pun harganya, saya akan bayar. Sungguh-sungguh Irman berkata. Namun dia mula dibaluti

117

Cinta Dalam Hati

hairan apabila gadis itu hanya tersenyum kecil saat mereka bersua muka. Tiada riak marah yang tercalit di wajah itu. Tak apalah encik. Tak payahlah nak ganti-ganti. Mungkin dah tak ada rezeki saya memiliki barang ni. Ujar gadis itu dan memberikan sebuah lagi senyuman untuknya sebelum berlalu pergi. Irman tercengang-cengang melihat gadis itu berlalu begitu sahaja tanpa meminta sebarang ganti rugi daripadanya. Lama dia memerhati sehingga gadis itu hilang dari pandangan mata. Irman termenung sebentar. Sepertinya dia pernah bertemu dengan gadis tadi. Tapi di mana?

MANA pulak dia ni? Lambat sangat! Dahlah kereta ni buat hal, dia pun nak cari pasal dengan aku jugak ke? Kereta ni pun satu. Pagi tadi molek aje masa Abang Hisham bawa. Time aku pulak yang terdesak nak guna, time tu dia nak rosaklah, bocorlah, tak nak hiduplah.... Irman mengerling ke arah gadis yang sedang membebel sendirian. Tersenyum melihat telatah gadis itu, asyik mundar-mandir. Lagak seperti hulubalang dan tidak sudah-sudah melihat jam yang tersuai di pergelangan tangan. Langsung tidak sedar diri sedang diperhati. Hiii... dah lambat sangat dah ni. Nasib baik aku pakai baju kurung. Dapat aku pakai seluar tadi, siaplah dia nanti. Aku karate kau. Tak pun aku kerat lapan belas, biar pisah-pisah struktur badan tu! Gadis itu terus membebel geram. Tidak peduli dengan keadaan sekaliling. Tersentak Irman mendengar omelan seterusnya. Mak oi... garangnya!

118

Salwati Haris

Tersenyum sendiri dibuatnya apabila teringat peristiwa itu. Ya, itulah gadis yang membebel seorang diri di pondok menunggu bas. Akhirnya gadis itu menaiki bas selepas menerima panggilan daripada seseorang. Barangkali teman yang dinanti itu tidak dapat datang. Saat itu hatinya berkata bahawa gadis itu tidak betul dan kurang siuman. Apa tidaknya, membebel marah sendirian, sesudah itu dengan gaya yang kasar. Tidak padan dengan baju kurung yang tersarung di susuk tubuh. Lamunan Irman terhenti apabila namanya dipanggil. Juliana sudah terpacak di sebelahnya dengan senyuman. Juliana sememangnya murah dengan senyuman tetapi bagi dirinya senyuman itu langsung tiada makna. Nak pergi mana lagi? Kedengaran suara Irman seakan kurang menyenangi kelakuan Juliana. Sesuka hati mengusung dirinya ke sana ke mari. Seperti seorang pembantu sahaja. Juliana tidak peduli dengan pertanyaan Irman. Dia tetap menarik Irman supaya mengikuti langkahnya. Jomlah... ikut I masuk dalam kejap. Ada benda yang I nak tunjuk kat you. Tentu you suka. Irman mengeluh. Apa yang akan disukainya jika masuk ke dalam butik yang hanya menjual barangan pengantin sahaja. Bukannya dia memerlukan barang-barang di dalam sana. Meluat dengan perangai Juliana yang mengada-ada minta perhatian tetapi tidak bertempat pula. Benda apa yang you nak tunjuk sangat tu? I penatlah. Kata tadi nak pergi minum. Alih-alih pergi kedai yang entah apa-apa pulak. Letih you tau tak! bantah Irman. Juliana memasamkan wajahnya. Cuba memancing Irman.

119

Cinta Dalam Hati

Alah... kita masuk kejap aje. Lepas tu kita keluarlah. Juliana tidak berputus asa meraih belas daripada lelaki itu. Mahu tidak mahu, Irman terpaksa menuruti kehendak Juliana. Jika tidak, pujukan demi pujukan daripada Juliana bakal menyesakkan diri. Irman memerhati keadaan sekeliling. Butik itu dipenuhi dengan gaun dan pakaian pengantin. Bermacammacam fesyen. Ada juga yang dirasa tidak sesuai dipakai semasa majlis perkahwinan. Terlalu terdedah! Kedatangan mereka disambut mesra oleh seorang gadis Melayu, pekerja di situ. Ramah gadis itu menyapa. Sayang, cuba you tengok gaun ni. Cantik, kan? I berkenanlah. Manja dan menggoda cara Juliana meluahkan permintaannya. I rasa nak pakailah gaun macam ni masa kita kahwin nanti, tambahnya lagi. Irman membiarkan sahaja Juliana dengan anganangannya. Membelek-belek baju yang berkenan di hati wanita itu. Seksinya! desis hati Irman. Bahagian leher gaun itu terbuka luas. Tali gaun itu pula bagaikan benang sahaja halusnya. Dia tidak mahu pengantin perempuannya nanti menjadi bahan santapan mata-mata yang memerhati. Langsung tidak kena dengan citarasanya. Tunang cik? tanya gadis yang menyambut mereka tadi. Juliana mengangguk tetapi lain pula reaksi Irman. Lelaki itu menggelengkan kepala. Berkerut dahi gadis tadi. Seorang angguk, seorang lagi geleng. Keliru.

120

Salwati Haris

Bukan. Bakal, celah Juliana, pantas. Mengeratkan lagi pautan pada lengan Irman. Gadis itu tersenyum. Nyata senyuman itu lebih kepada senyuman mengejek. Mana tidaknya, belum ada apaapa ikatan lagi sudah mengaku bakal bertunang. Siap memilih baju pengantin. Wajah Juliana muram namun tidak sedikit pun mencuri perhatian Irman. Sebaliknya lelaki itu lebih selesa membaca majalah yang sempat dibelinya tadi. Tiada senyuman dan suara manja Juliana yang kedengaran semasa mereka menjamu selera. Irman lebih selesa dengan keadaan itu daripada mendengarkan celoteh Juliana. Juliana menjeling ke arah Irman yang duduk bertentangan dengannya. Pelik melihat perangai Irman. Sudah panjang rajuknya kerana kejadian di butik pengantin tadi. Berjela-jela panjangnya, tetapi lelaki itu hanya buat tidak tahu sahaja. Langsung tidak cuba untuk memujuknya. You tak nak pujuk I ke? I tengah merajuk ni. Akhirnya suara Juliana kedengaran. Sayu sahaja nada suara itu. Irman angkat muka, menentang anak mata milik Juliana. Hanya untuk seketika cuma. Kemudian tumpuannya beralih semula pada majalah yang belum habis dibaca. Bukannya salah I. Buat apa nak pujuk you pulak? Selamba Irman menuturkan kata-kata. Juliana bertambah sakit hati. Bertambah panjang rajuknya. Kenapa you cakap macam tu kat budak pelayan tadi? Cakap apa? tanya Irman, tidak mengerti.

121

Cinta Dalam Hati

Juliana mengancing gigi. Dia benar-benar geram melihat sikap endah tidak endah Irman ketika ini. Mudahnya dia lupa! getus hatinya. Bila dia tanya sama ada I ni tunang you, kenapa you jawab bukan? Irman senyum. Cukup sinis. Betul, kan apa yang I cakap. You bukannya tunang I pun. Buat apa nak mengaku pada benda yang tak betul! bidas Irman. Perasaan geram di dada Juliana tidak dapat dibendung lagi. Dia mahu Irman memberi perhatian padanya, bukan majalah sukan itu. Juliana merampas majalah yang sedang Irman baca. Tindakan itu mengejutkan Irman. Malah mula menyalakan api kemarahannya dengan kelakuan kurang ajar Juliana. Segera dia beristighfar panjang. Meredakan api kemarahan agar tidak marak membakar hati. Ju... bagi balik majalah tu pada I. I tak habis baca lagi, pinta Irman. Juliana membalas permintaan Irman dengan gelengan kepala. Dia tidak mahu memulangkan majalah itu semula. Dia hanya mehukan perhatian daripada lelaki itu. Juliana! Nama penuh Juliana disebut Irman. Kali ini dia benar-benar hilang sabar. Tak nak. You kalau baca majalah sekarang, you takkan dengar apa yang I nak cakapkan. Macam cakap dengan tunggul kayu pulak! Irman menarik nafas dalam-dalam. Bersandar pada badan kerusi. Malas melayan perangai mengada-ada Juliana. Kenapa you tak yakan aje yang you tu tunang I? Juliana mula mengungkit semula.

122

Salwati Haris

Apa, besar sangat ke pasal tu? Juliana merenung Irman dengan tajam. Kitakan pasangan kekasih. Dah lama kita bercinta, jadi apa salahnya kalau you mengaku aje yang I ni tunang you. Lagipun nantinanti kita akan ada hubungan macam tukan. Itulah kenyataan yang dinantikan oleh Irman selama dia ada hubungan dengan Juliana. Pengakuan cinta oleh wanita itu. Akhirnya terungkap juga. Maaf, Ju. Mungkin itu bagi you... tapi I tak ada perasaan macam yang you rasa. Maaf.... Lambat-lambat Irman berbicara. Apa yang you cakap ni? Irman tidak menjawab. Juliana mula merasakan debaran yang tidak menentu. Tapi... bukan ke kita... kita kan bercinta. Ada hubungan selama ni. Irman tunduk. Juliana mula keliru. Berkerut dahinya hingga menimbulkan garis-garis halus. Masih tidak mengerti dengan bicara Irman sebentar tadi. Irman... apa maksud semua ni? I tak fahamlah... I tak faham! Kita putus. Mata Juliana mendengarnya. What? terbeliak. Benar-benar terkejut

Irman memandang Juliana tanpa sebarang kata. Mata Juliana mula digenangi air mata. Tambahan pula Irman tidak berkata apa-apa selepas itu. Hatinya berderai. Kata-kata itu menyiat tangkai hatinya. Tapi... tapi kenapa? Kenapa Irman? Apa salah I

123

Cinta Dalam Hati

pada you? Sayang... apa masalahnya? Bertalu-talu soalan dilempar pada Irman. Dia mahukan jawapan. Juliana menyapu air mata yang mula membasahi pipi. You cakap pada I, apa salah I? Apa silap I? I boleh perbaiki. Irman... I love you. Really love you dear. Please... jangan tinggalkan I, rayu Juliana. Dia masih mengharap agar kata putus daripada lelaki itu ditarik semula. Irman masih mendiamkan diri. Irman... kita dah lama bercinta. I sayang you. Juliana masih mahu merayu. Tak. Kita tak pernah bercinta walau sekali pun. Kata-kata itu menambah kejutan yang sedang dialami oleh Juliana. Tapi... Hanya you yang cinta dan sayangkan I, tapi I tak ada perasaan tu langsung untuk you. I pernah cakap pada you dulu yang I masih tak ada komitmen dalam hubungan kita, tapi you degil. You nak jugak bercinta dengan I. Jadi, I ikutkan aje bila you desak... walaupun hati I tak ada untuk you masa tu. Kosong! Maaf Ju, sebab terpaksa kecewakan you sekarang. Tapi I pasti keputusan I ni keputusan yang adil untuk I dan juga you. Kita sama-sama takkan menipu lagi. Dan I takkan pura-pura cintakan you. Silap I sebab menipu you, berlagak seolah-olah kita bercinta sedangkan hakikatnya hati I tak pernah ada nama you. Air mata Juliana mengalir lagi. Lebat. Remukredam hatinya saat itu. Dia bertepuk sebelah tangan ruparupanya selama ini. Sampai hati you hancurkan hati I yang benar-benar sayangkan you. Irman mendiamkan diri lagi. Dalam hati dia

124

Salwati Haris

mencebik. Sayang? Pandai betul wanita itu menutur kata manis. Sayang? Kalau sayang kenapa masih keluar dengan lelaki lain? Bukan dia tidak tahu Juliana ada menyimpan lelaki lain sebagai kekasih. Dia hanya buat tidak nampak sahaja. Lagipun dia tidak punya perasaan terhadap Juliana. Dua atau tiga lelaki yang mahu dipasang oleh Juliana, Irman tidak kisah. Itu hak Juliana. Atau you sebenarnya ada hubungan dengan perempuan lain? tuduh Juliana membuta tuli. Ju, jaga mulut you! I tak ada perempuan lain. Sedangkan dengan you pun I tak ada komitmen, apatah lagi dengan orang lain. Menyedari keterlanjuran kata-kata, Irman terus meminta maaf. Bukan niatnya berkata demikian. Tuduhan Juliana yang tidak berasas itu membuatnya marah. Kesabarannya mula menipis. Juliana bangun. Memandang Irman dengan mata yang berkaca-kaca. I hate you, Irman. Hate you! Langkah Juliana dihayun laju meninggalkan Irman sendirian. Tidak lagi menoleh ke belakang. Irman masih terkedu mendengar kata-kata akhir Juliana. Nyata bukan itu yang dimahukannya. Bukan rasa benci Juliana padanya. Irman mengeluh. Walaupun Juliana membenci, tetapi dia berasa lega sedikit. Satu beban yang selama ini dipikul sudah terluah akhirnya. Melepaskan Juliana merupakan langkah yang dirasakan bijak. Tidak perlu lagi dia menipu diri sendiri dan Juliana.

125

No. ISBN:- 978-967-5067-91-4 Jumlah muka surat:- 600 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Cinta Dalam Hati membawa kisah Annissa yang tidak pernah kenal siapa ibunya. Dia hanya menumpang kasih dengan Haji Adam, yang berperanan sebagai abah dan ibunya. Namun dia sentiasa bersyukur. Bagi Annissa, cukuplah apa yang telah dikurniakan padanya. Sementelah hidupnya dilengkapi dengan kehadiran Abang Badrulhisham, Kak Aida dan anak-anak buahnya yang keletah Hakim dan Nadiya. Ditambah pula dengan Edham, jejaka yang telah sekian lama cuba mencuri hatinya. Hidup tanpa ujian dan dugaan, tidak bisa mematangkan fikiran. Kehadiran Irman dan Suriya bagaikan penamat kepada kisah cinta Annissa dan Edham. Keakraban di antara Annissa dengan Irman telah menimbulkan riak curiga di hati Edham. Ini telah menyumbang kepada

ketegangan dalam perhubungan Annissa dan Edham. Suriya pula pantas mengambil kesempatan. Dia seperti menangguk di air yang keruh dalam ketegangan percintaan abang tirinya itu. Baginya, dia perlu mendapatkan Edham dengan apa cara sekalipun! Sudah tertulis jodoh di antara Annissa dan Edham tidak kesampaian. Annissa kecewa apabila Edham memilih Suriya sebagai ganti cintanya. Kemudian, Haji Adam pula telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi telah menambah parah luka di hati Annissa. Annissa terkapai-kapai tanpa kasih sayang dan lindungan Haji Adam yang selama ini memayunginya daripada derita dan sengsara. Mujurlah ada Abang Badrulhisham dan Kak Aida, peniup semangat agar Annissa tidak terus rebah dipukul badai ujian. Seminggu setelah Haji Adam dikebumikan, Annissa menerima sepucuk surat peninggalan Haji Adam yang telah membongkar segala-galanya! Siapakah Annissa sebenarnya? Apakah yang terkandung di dalam surat Haji Adam itu? Bersatukah cinta Annissa dan Edham akhirnya atau cinta itu terpaksa dibiar berlalu pergi? Cinta sejati memerlukan kesetiaan, cinta suci menuntut sebuah pengorbanan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CINTA DALAM HATI di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196