Anda di halaman 1dari 7

TUTORIAL 1

a) Bincangkan pelbagai jenis tenaga dan perubahan bentuk tenaga.

JENIS TENAGA

Bentuk-bentuk tenaga ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

Tenaga kinetik Tenaga suatu objek yang bergerak dipanggil sebagai tenaga kinetik. Ciri - ciri tenaga kinetik adalah semakin bertambah jisim suatu objek, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil dan semakin laju suatu objek itu bergerak, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil. Beberapa contoh aktiviti yang mempunyai tenaga kinetik ialah bola yang melantun dan kipas yang sedang berpusing .

Tenaga bunyi Bunyi terhasil apabila satu daya yang menyebabkan objek atau bahan untuk bergetar tenaga dipindahkan menerusi bahan dalam bentuk gelombang. Tenaga bunyi boleh bergerak menerusi pepejal, cecair dan gas. Tenaga bunyi tidak boleh bergerak menerusi keadaan vakum (tiada udara). Tenaga bunyi melibatkan pergerakan getaran objek. Oleh itu, tenaga bunyi dikategorikan di dalam tenaga kinetik.

Tenaga elektrik Tenaga elektrik terhasil daripada pergerakan cas- cas elektrik. Voltan dalam litar elektrik adalah tenaga keupayaan yang boleh memulakan pergerakan pergerakan elektron. Kilat adalah contoh lain tenaga elektrik. Sumber sumber tenaga elektrik antaranya ialah bateri (sel kering), stesen janakuasa (kuasa hidro), dan Matahari (tenaga suria). Tenaga elektrik melibatkan pergerakan elektron. Oleh itu, tenaga elektrik dikategorikan di dalam tenaga kinetik.

Tenaga haba Tenaga haba membuatkan objek menjadi panas. Jika lebih banyak haba dibekalkan kepada objek, objek itu akan menjadi lebih panas. Sebaliknya, jika tenaga haba dibebaskan daripada objek, ia akan menjadi sejuk. Tenaga haba boleh terhasil dengan cara pembakaran sebarang bahan bakar seperti kayu, arang batu atau petroleum. Sumber utama tenaga haba ialah Matahari. Tenaga haba melibatkan pergerakan atom dan molekul. Oleh itu, tenaga haba dikategorikan di dalam tenaga kinetik.

Tenaga cahaya Tenaga cahaya membolehkan kita melihat sebarang objek di sekeliling kita. Tenaga cahaya melibatkan pergerakan zarah cahaya iaitu foton. Oleh itu, tenaga cahaya dikategorikan di dalam tenaga kinetik. 2

Tenaga keupayaan Tenaga keupayaan adalah tenaga tersimpan dan tenaga bergantung kepada kedudukan tenaga graviti. Ciri utama tenaga keupayaan ialah ia bergantung kepada kelajuan graviti Bumi dan kedudukan objek iaitu jarak ketinggian objek daripada lantai. Semakin jauh jarak objek dari lantai, semakin bertambah tenaga keupayaan yang terhasil. Jika ada satu objek dipegang, yang terletak jauh dari lantai, ia mempunyai potensi (keupayaan) untuk mula bergerak, sekiranya kita melepaskannya. Daya graviti bertindak ke atas objek itu dan menarik objek itu ke bawah, memberikan ia tenaga keupayaan. Namun tenaga keupayaan tidak cukup untuk menggerakkan objek tersebut.

Jenis - jenis tenaga keupayaan Tenaga Keupayaan Graviti Objek yang berada di atas paras tanah mempunyai tenaga keupayaan bergantung kepada ketinggian di mana ia berada. Seketul batu yang berada di atas bukit mengandungi tenaga keupayaan graviti. Kuasa hidro, seperti air di dalam takungan pada empangan, juga merupakan contoh tenaga keupayaan graviti. Tenaga Keupayaan Elastik Apabila kita memampatkan satu spring, kita menghasilkan tenaga keupayaan. Semakin kuat spring itu dimampatkan, semakin besar tenaga keupayaan yang dihasilkan. Melepaskan spring tersebut akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Belon adalah contoh lain tenaga keupayaan elastik, di mana udara yang dimampatkan di dalam belon. Memecahkan belon dengan 3

jarum akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik iaitu pergerakan molekul molekul udara. Tenaga kimia Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan di dalam ikatan atom dan molekul. Ia adalah tenaga yang mengikat zarah zarah bersama. Pembakaran makanan atau bahan bakar akan membebaskan tenaga kimia tersimpan dan menghasilkan tenaga haba. Tenaga kimia akan dibebaskan daripada makanan yang dimakan menerusi tindak balas kimia di dalam badan kita. Bahan kima dalam bateri mengandungi tenaga kimia yang bertukar kepada tenaga eletrik apabila bateri digunakan. Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan. Oleh itu, tenaga kimia dikategorikan di dalam tenaga keupayaan.

Perubahan Bentuk Tenaga Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba. Perubahan tenaga ini melibatkan satu hukum yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.

Aktiviti aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga. a. Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik tenaga cahaya b. Menyalakan lilin : Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya c. Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahaya d. Menendang bola : Tenaga kimia tenaga kinetik tenaga haba e. Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga elektrik tenaga haba

b) Bincangkan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik dan endotermik.

Gambar rajah aras tenaga ialah satu graf yang menunjukkan perubahan tenaga bagi suatu tindak balas kimia. Ia menunjukkan keadaan kandungan tenaga bagi bahan dan hasil tindak balas. Perubahan tenga diwakili dengan H. Ia juga menunjukkan perbezaan antara tenaga tindak balas dengan kandungan tenaga hasil tindak balas. Maklumat yang diperolehi daripada gambar rajah aras tenaga : Nilai perubahan tenaga haba Kandungan tenaga bahan tindak balas lebih tinggi atau lebih rendah daripada kandungan tenaga hasil tindak balas Tindak balas yang berlaku adalah jenis tindak balas eksotermik atau tindak balas endotermik Tindak balas yang berlaku disertai dengan kenaikan atau penurunan suhu Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik

Kandungan bahan tenaga tindak balas melebihi kandungan hasil tenaga hasil tindak balas, maka perubahan tenaga yang berlaku ialah negatif. Haba akan hilang ke persekitaran. Tenaga yang dibebaskan daripada pembentukan ikatan adalah melebihi tenaga yang diperlukan untuk pembentukan ikatan. 6

Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas endotermik

Kandungan bahan tenaga tindak balas kurang daripada kandungan hasil tenaga hasil tindak balas, maka perubahan tenaga yang berlaku ialah positif.

Tenaga yang diperlukan untuk memecahkan ikatan adalah melebihi tenaga yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan.

RUJUKAN :

http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/gambar-rajah-aras-tenaga.html http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/05/tenaga-dan-sumber-tenaga-energyand.html http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/05/perubahan-bentuk-bentuk-tenaga.html