Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM KEM BESTARI LINUS TAHUN 2012

TEMPAT: DATARAN ANJUNG BUDI SK HULU BERNAM TARIKH: 6 AUG 2012 (ISNIN)

ANJURAN
JAWATANKUASA KERJA UNIT LINUS SK HULU BERNAM
1

KERTAS KERJA CADANGAN MENGANJURKAN PROGRAM KEM BESTARI LINUS TAHUN 2012 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan daripada pihak Pentadbir SK Hulu Bernam untuk menganjurkannya tahun ini. PENDAHULUAN Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan masing-masing yang kadangkala tidak dapat dikesan seawal umur 7 tahun. Ianya perlu dicungkil dan digilap agar ia mampu bersinar. Pembimbing yang sentiasa dekat di hati mampu menguatkan lagi usaha kearah keberhasilan timbulnya kebolehan tersebut. 3.0 MATLAMAT Memupuk semangat dan keinginan untuk belajar di kalangan murid Linus & Linus Tegar dan sedar bahawa belajar itu suatu yang menyeronokkan. 4.0 RASIONAL 4.1 Menerapkan keinginan untuk belajar dan gembira apabila dapat belajar murid Linus & Linus Tegar. 4.2 Mengurangkan jurang hubungan antara pihak guru dan murid baharu. 4.3 Memberi kesedaran mengenai pentingnya pengisian ilmu khususnya 4M dalam kehidupan. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Meningkatkan pengetahuan dalam aspek membaca, menulis dan mengira khususnya murid Linus & Linus Tegar. 5.2 Menyedarkan murid tentang ilmu & pembelajaran itu suatu perkara yang menyeronokkan. 5.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan di kalangan warga pendidik dengan murid. 2

6.0 ANJURAN Jawatankuasa Induk Unit LINUS SK Hulu Bernam.

7.0

TEMPAT Perkarangan Anjung Budi, SK Hulu Bernam

8.0

TARIKH 6 Aug 2012 (Isnin)

9.0 MASA 8.30 pg hingga 9.50 tgh.

10.0

AHLI JAWATANKUASA 10.1 Jawatankuasa Kerja - Lampiran I

11.0

TENTATIF PROGRAM 11.1 Aturcara Majlis - Lampiran II

12.0

PENUTUP Program ini dilangsungkan adalah atas dasar meningkatkan minat & kesedaran

tentang ilmu di kalangan murid Linus Tegar & Linus. Adalah diharapkan juga agar program ini berlangsung dengan berkesan dan mencapai matlamat serta objektif sebenar dan mengharapkan agar semua jawatankuasa yang terlibat memberi kerjasama sepenuhnya.

Justeru, pihak pentadbir dengan hormatnya dipohon untuk menimbang serta meluluskan cadangan bagi melaksanakan program ini.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh; (ZAINAL AKRAMIN MOHAMED) Setiausaha LINUS SK Hulu Bernam. Tarikh : 4 JAN 2012

Disemak oleh; (M NOOR AZWAN B SARIMIN) Penyelaras, LINUS SK Hulu Bernam. Tarikh :

CADANGAN INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN Disahkan oleh;

. (HAMZAH B SALLEH) Guru Besar SK Hulu Bernam

LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA INDUK Penaung Pengarah Setiausaha Bendahari Pengerusi Majlis : En. Hamzah b Salleh : En. Mohd Noor Azwan : En. Zainal Akramin : Pn. Noraisyah bt Mohd Ghazali : En. Mohd Noor Azwan

JAWATANKUASA PELAKSANA Biro Aturcara dan Protokol KETUA: Pn. Hjh Zaleha bt Abu AJK: i) Pn. Irni Widahyu Biro Publisiti KETUA: Pn. Latiffah Biro Peralatan dan Tempat KETUA: En. Mohd Noor Azwan Biro Makanan KETUA: Tn. Hj Suroso

Biro Dokumentasi KETUA: En. Meor Hasbullah Biro Kebersihan KETUA: Pn. Rosfazillah

LAMPIRAN II TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA TEMPAT : 6 Aug 2012 : 8.30 pg -12.50 tgh : Perkarangan Anjung Budi.

Isnin, 6 Aug 2012


8.30 pg 8.45 pg Pendaftaran murid Ice breaking

9.10 pg

Ucapan aluan Guru Besar

9.15 pg

Guru bersedia di stesen masing-masing

9.20 12.30 pg

Program dimulakan.

12.50 tgh

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai