Anda di halaman 1dari 27

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT 10)

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

TAJUK: Kajian Kes Kanak-kanak Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Arfan Hadri Bin Mohd Zahari)

DISEDIAKAN OLEH: NURUL HUDA BINTI ARIF D20091034785

PENSYARAH: DR. MD. NASIR BIN MASRAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Sosial 2.1 Perkembangan Fizikal 2.2 Perkembangan Emosi 2.3 Perkembangan Sosial 3.0 Teori dan Model 3.1 Teori Perkembangan Psikososial

HALAMAN 1-2 3-7

8-12

Erik Erikson 3.2 Teori Perkembangan Sosio-Emosi

Sigmund Freud 4.0 Metodologi Pengesanan Awal 5.0 Kajian Kes 5.1 Latar Belakang Responden 5.2 Aplikasi Teori Erikson dan Freud 13 14-15

Dalam Bilik Darjah 6.0 Ulasan Senarai Semak 7.0 Strategi Jangka Pendek 8.0 Perancangan Jangka Panjang (Program) Untuk Membantu Responden 9.0 Penutup Rujukan 24 16-18 19-20 21-23

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

1.0

PENGENALAN

Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah: Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998, ms. 18) Berdasarkan definisi di atas telah jelas menekankan dua perkara berikut yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas: kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebihan ini akan menimbulkan beberapa masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas termasuklah konsep kendiri, fobia, perkernbangan fizikal, emosi dan sosial, dan masalah mengembangkan potensi. Oleh yang demikian, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern persekitaran, dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Menurut Davis & Rimm (1998), semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggi keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Perkara ini penting untuk mengelak daripada potensi kanak-kanak tersebut berada di bawah tahap pencapaian sebenar mereka.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Selain itu juga, David George (1997) telah memfokuskan beberapa komponen bagi kanak-kanak pintar cerdas iaitu kecerdasan merujuk kepada: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. kecemerlangan dalam subjek akademik, berterusan, memahami arahan dengan baik, mempunyai kemahiran belajar yang baik, memproses maklumat dengan cepat, daya ingatan yang baik, dan mempunyai pemikiran abstrak yang baik.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

2.0 2.1

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Perkembangan Fizikal

Menurut tokoh, perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), dan manipulasi (manipulation).

KESEIMBANGAN

PERGERAKAN

MANIPULASI

Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti

Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut

Manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut Selain itu juga, perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat, dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan
5

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan, dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Justeru itu, dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut

2.2

Perkembangan Emosi

IQ tinggi dianggap sebagai penunjuk yang kuat kejayaan dan kesejahteraan dalam segala bidang hidup. Namun demikian. kanak-kanak pintar cerdas menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi yang disebabkan oleh ciri-ciri unik dalam dirinya sendiri serta lingkungan faktor seperti kehidupan keluarga, persekitaran sekolah, dan salah faham dari orang lain. Faktor-faktor ini menghalang mereka daripada membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Perkara ini menjelaskan mengapa tidak semua individu berbakat dapat mencapai produktiviti dan kreativiti dalam hidup mereka. Oleh yang demikian, berikut merupakan definisi yang jelas berkaitan emosi dan kecerdasan emosi seseorang.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

EMOSI

Perkataan yang berasal dari perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar

Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri, dan psikologi.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Kebolehan untuk mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain untuk memotivasikan diri Kemampuan sendiri & mengurus memahami emosi, emosi dengan baik menyelaminya, dan dalam diri serta membina hubungan membina hubungan begi meningkatkan dengan orang lain pengetahuan dalam dengan memahami memahami emosi diri emosi diri dan orang dan orang lain lain. Satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negative serta memfokuskan kepada emosi positif

KECERDASAN EMOSI

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

2.3

Perkembangan Sosial

Aspek sosial pula berkaitan dengan pergaulan dan interaksi kanak-kanak dengan mereka yang berada di persekitarannya. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak dipengaruhi oleh proses peneguhan, dendaan atau peniruan. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanakkanak akan diulangi sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian akibat dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. Walaubagaiamanapun, ganjaran atau pujian biasanya adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan sosial mereka. Oleh itu, dalam perkembangan tingkahlaku kanak-kanak, sesuatu tingkahlaku akan diulangi jika model tingkahlaku itu bersesuaian dengan diri kanak- kanak tersebut. Begitu juga jika tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut dikenakan dendaan maka tingkahlaku itu akan cuba mereka elak atau tidak mengulanginya sama sekali. Perkembangan sosial melibatkan interaksi sosial seseorang dengan seseorang yang lain. Interaksi sosial ini bermaksud keadaan dimana seseorang melakukan hubungan saling berbalas respon dengan orang lain. antara aktiviti yang melibatkan permulaan interaksi sosial ini adalah dari saling melempar senyum, saling melambaikan tangan dan berjabat tangan, berbual, dan seterusnya bersaing dalam olahraga. Persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan seseorang kanak- kanak. Persekitaran sosial yang baik seperti masyarakat yang harmoni, hubungan antara jiran tetangga yang baik, anak-anak boleh bermain bersama akan menimbulkan suasana yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Selain itu, suasana kerjasama dan kerukunan antara jiran tetangga akan dapat menggalakan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

3.0 3.1

TEORI DAN MODEL Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Erik Erikson adalah antara tokoh psikologi yang membentuk Teori Perkembangan Emosi Psikososial. Teori ini adalah hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud. Beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu: i. ii. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas iii. iv. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikut Selain itu juga, Erikson telah membahagikan perkembangan emosi manusia kepada lapan tahap yang utama iaitu: TAHAP HURAIAN

Tahap 1: Percaya lawan Tidak Percaya

Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka

10

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Tahap 2: Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap

keupayaan diri

Tahap 3: Inisiatif lawan Rasa Bersalah

Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan meneroka bersalah akan timbul. dan Mereka mencuba

persekitaran

kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran

Tahap 4: Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh

berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka
11

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Tahap 5: Identiti lawan Kekeliruan

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya

Tahap 6: Kemesraan lawan Pengasingan

Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain

(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri

Tahap 7: Generativiti lawan Pemusatan

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain

12

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Tahap 8: Kesepaduan lawan Putus Asa

Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gaga akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan

kehidupannya.

3.2

Teori Perkembangan Sosio-Emosi Sigmund Freud

Menuru Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan mempunyai kesan jangka panjang yang akan menyebabkan seseorang dikawal oleh sejenis daya secara senyap. Daya ini secara perlahan-lahan akan mengundang perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan semasa seseorang itu bergaul dengan masyarakat. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi setiap individu kepada lima peringkat mengikut peringkat pertambahan umur yang selaras dengan perkembangan fizikalnya. Freud mengklasifikasikan ciri-ciri perkembangan emosi kanak-kanak dari 0 hingga 3 tahun kepada dua peringkat iaitu peringkat oral dan peringkat anal.

13

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

PERINGKAT ORAL (0 HINGGA 1 TAHUN)

Perkembangan pada peringkat ini ialah kanak-kanak akan memperolehi kepuasan dari belajar menghisap, menggigit, dan menelan selepas berumur 8 bulan. Personaliti kanakkanak juga akan terbentuk hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pada peringkat ini juga timbul perasaan ingin memilik sesuatu timbul pada diri kanak-kanak dan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejak orang jikatidak mendapat kepuasan diri.

PERINGKAT ANAL (1 HINGGA 3 TAHUN)

Pada tahap ini kanak-kanak memperolehi kepuasan daripada aktiviti membuang air besar. Mereka akan belajar cara mengawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian. Kanak-kanak akan membentuk personaliti pemarah jika latihan tandas yang diberi terlalu tegas.

PERINGKAT FALIK (3 HINGGA 6 TAHUN)

Kanak-kanak mula mengenali organ kejantinaan dan dilihat mereka gemar memegang kawasan kemaluan kereka. Keadaan ini dipanggil elektra kompleks bagi kanak-kanak perempuan. Mereka akan lebuh tertarik kepada bapanya dan meniru cara ibunya. Manakala bagi lelaki pula dinamakan oedipus kompleks iaitu mereka lebih tertarik kepada ibunya dan meniru cara bapanya. Pada peringkat ini, mereka sudah mula pandai menggunakan helah bela diri dalam mengatasi masalah penyesuaian. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat Pendaman. Konflik yang dialami pada peringkat oral, anal, dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak mula terdedah kepada beraneka pengalaman baru atau keinginan seksual mereka terpendam sementara waktu. Pada peringkat ini kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang untuk bersosial akan menunjukkan tungkahlaku yang negatif apabila dewasa. Mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri, suka menarik diri, dan merasa diri terkongkong. Kanak-kanak mula memasuki alam remaja dan menunjuk minat pada rakan sebaya yang berlainan jantina. Mereka mula memikir isu seperti "dating", perkahwinan serta tentang kerjaya dan keluarga. Ibu bapa atau guru perlu mendekati remaja yang bermasalah pada tahap ini secara diplomasi dan mengambil berat terhadap mereka serta sentiasa memotivasikan mereka.

PERINGKAT LATENSI (6 TAHUN HINGGA 11 TAHUN)

PERINGKAT GENITAL (12 TAHUN KE ATAS)

14

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

4.0

METODOLOGI PENGESANAN AWAL PENILAIAN ULASAN Mengenal huruf dengan cepat tetapi tidak pandai membaca tetapi apabila diajar responden cepat belajar dan mempunyai daya yang ingatan kuat Sukar untuk diajak bergaul pada permulaannya Bergaul apabila responden berasa perlu

Pemerhatian

Ibu bapa Semasa usia kanak-kanak sedang aktif responden hanya banyak mendiamkan diri dan bermain seperti berada di dalam dunianya sendiri. Apabila ingin meminta sesuatu reponden hanya menarik tangan ibunya untuk mengambil barang yang diingini. Mudah menghafal perkara yang diajar kepadanya.

Responden Suka melihat gambar-gambar berwarna Gemar bermain permainan dalam computer Lain-lain (guru-guru, mara) saudara- Merupakan murid yang pandai di dalam kelas Mudah memahami pelajaran yang diajar Suka membaca dan melihat gambar berwarna

15

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

5.0 5.1

KAJIAN KES Latar Belakang Responden NAMA TARIKH LAHIR PENDIDIKAN BIL. ADIK-BERADIK MASALAH YANG DIHADAPI PEKERJAAN BAPA PEKERJAAN IBU Arfan Hadri Bin Mohd Zahari 14 Ogos 2004 2 Orang (anak ke-2) Sek Sri Budiman 2 Autism dan Hiperaktif Bisnes software Pembantu Tadbir Sekolah

5.2

Aplikasi Teori Erikson Dan Freud Dalam Bilik Darjah Responden

Pengetahuan dan pemahaman berkaitan teori perkembangan dapat membantu guru melaksanakan aktiviti atau program yang bersesuaian kepada murid. Pembentukan sosio-emosi yang baik dalam diri kanak-kanak pintar cerdas dapat dihasilkan iaitu dengan mengaplikasikan teori-teori ini dalam dalam bilik darjah. Antara aplikasi teori dalam bilik darjah yang boleh dilaksanakan ialah:

16

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Cuba memahami perasaan atau emosi responden sebelum sesuatu pengajaran dimulakan atau sebelum memberi sesuatu arahan

Memberi responden peluang untuk mencuba sesuatu aktiviti yang baru dan sentiasa memotivasikan responden untuk mencuba perkara baru

Membantu responden untuk dengan kanak-kanak lain

membentuk

persahabatan

Memasukkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran

Memastikan responden berasa dihargai dan selamat apabila berada di dalam bilik darjah atau apabila meluahkan perasaan atau pendapat

17

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

6.0

ULASAN SENARAI SEMAK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami

ASPEK CIRI-CIRI

RESPONDEN

Personaliti

Responden bukan seorang yang peramah dan

bertanya sesuatu palajaran yang tidak difahami

kepada guru. Hal ini demikian kerana reponden mengalami

masalah autism yang mana menyebabkan sentiasa dunianya responden dalam tanpa

berada sendiri

mempedulikan orang di sekelilingnya. Oleh menjadi pendiam. Kreatif terutamanya dalam menguasai Mereka menggunakan ataupun peralatan kemahiran. dapat barang yang Kreativiti itu, reponden yang

seorang

biasa secara kreatif. Mempunyai imaginasi yang daya tinggi,

aktif, dan pelik

18

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Suka

belajar

dengan memberi

Gaya Belajar

Responden hanya belajar melalui seperti komputer. Perasaan ingin mencuba reponden sangat tinggi. Responden tidak pemerhatiannya penggunaan

sistematik, tumpuan

sepenuhnya

semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin Belajar membuat latihan

yang diberikan oleh guru dengan mudah,

menunjukkan minat dalam pembelajaran pencapaian reponden cemerlang. tetapi akademik sangat

cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi Berminat pembelajaran dalam dan

pencapaian akademik yang tinggi Bijak serta Responden menerima Menurut responden

dalam mudah

pelajaran menerima

Kognitif

mudah sesuatu

ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah Peka reaksi sesuatu berupaya masalah dan menunjukkan kepada dan

pelajaran dengan cepat. guru kelas,

merupakan

segera tugasan

murid yang paling bijak. Daya ingatan responden juga sangat baik

menyelesaikan

berbanding yang

kanak-kanak dengan

sebaya

responden. Penyesuaian sosial dan Emosi Dengan masalah autism yang dialami responden mengalami masalah dalam bersosialisasi. Masalah hiperaktif yang
19

kawalan emosi yang baik Mampu bersosial dengan cepat

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

ada pada responden juga menyebabkan emosi

responden tidak stabil dan sering dijangka apabila keperluannya dituruti. Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat, dan Bahasa Responden masalah berkomunikasi Tetapi, sesuatu mempunyai dalam walaupun tantrum tanpa

terutamanya sesuatu tidak

mengekal atau mengingat apa yang dibaca dan

sudah berumur 6 tahun. apabila perkataan diajar atau

didengar dengan mudah

pelajaran reponden dapat mengingatinya dalam

jangka masa yang panjang tanpa perlu diulangi. Responden mengingati mengekalkan perkara didengarinya. Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan, dan kesihatan Fizikal Pertumbuhan Manakala, psikomotor fizikal akan atau semua yang

responden adalah normal. kemahiran halus

responden adalah kurang kerana masih tidak mampu menguruskan diri ketika membuang air besar.
20

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

7.0

STRATEGI JANGKA PENDEK

Dalam mereka atau melaksanakan aktiviti atau program untuk responden, ciri-ciri masalah yang dihadapi oleh responden telah dikaji bagi memastikan strategi yang digunakan dapat mengurangkan atau menghapuskan masalah tersebut bagi masa terdekat. Oleh yang demikian, beberapa strategi jangka pendek telah dilaksanakankan terhadap responden bagi memastikan masalah autism dan hiperaktif responden dapat dikurangkan seterusnya mengadakan program bagi menonjolkan bakat atau ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang terdapat pada responden agar tidak terhapus begitu sahaja.

STRATEGI BAGI MASALAH: AUTISM i. Melakukan terapi seperti terapi cara kerja, terapi pertuturan, dan terapi bahasa. ii. Tidak membiarkan responden ii. Token ekonomi (menggalakkan i. Jaga HIPERAKTIF pemakanan (mengawal

hiperaktif)

bersendirian iii. Menggalakkan responden bergaul bersama kanak-kanak normal iii.

perlakuan yang diingini) Menggunakan dalam proses pelbagai sensori dan

pengajaran

pembelajaran iv. Memasukkan responden dalam iv. Memberi respon yang pantas setiap perkara responden lakukan untuk v. Memberi pelukan setiap kali

program pendidikan inklusif v. Perubatan (Ritalin):

meningkatkan tumpuan responden vi. Pengurusan tingkahlaku sama ada mengurangkan, menambahkan, vi.

responden mengalami tantrum Membenarkan responden

melakukan perkara yang disukai

mengekalkan, dan menghapuskan

21

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

Selain itu juga, terdapat beberapa kaedah bagi mengawal tingkahlaku tidak diingini dalam kalangan kanak-kanak yang bermasalah oleh guru. Kaedah yang digunakan perlulah berpandukan prinsip-prinsip pembelajaran dalam modifikasi tingkahlaku iaitu prinsip peneguhan, penghapusan, dan hukuman.

HUKUMAN

Antara hukuman yang diberi adalah hukuman fizikal, membuat teguran, timeout dan respones cost. Terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan hukuman termasuk reaksi agresif yang mungkun timbul daripadanya, menghasilkan tingkahlaku mengelak atau melarikan diri, dan berkaitan dengan isu etika

PENGHAPUSAN

Merupakan satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini Penghapusan bermaksud tidak mempedulikan tingkahlaku yang tidak diingini yang ditunjukkan oleh kanakkanak

PENEGUHAN

Apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang baik, mereka dipujisupaya tingkahlaku ini dapat diteruskan. Bagi mengelakkan kanak-kanak bertingkahlaku yang tidak diingini, konsep peneguhan negatif boleh digunapakai di mana kanak-kanak akan diberi perhatian sekiranya tidak menunjukkan tingkahlaku tersebut.

22

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

8.0

PERANCANGAN JANGKA PANJANG (PROGRAM) UNTUK MEMBANTU RESPONDEN

Dalam merancang program untuk responden, saya telah berbincang bersama ibu bapa responden untuk memberi pandangan cara bagi membantu responden agar bakat yang ada tidak terhenti begitu sahaja. Bagi memastikan tidak menyinggung persaan kedua-dua pihak saya telah berbincang secara dua hala iaitu juga meminta pendapat ibu bapa responden seterusnya mencadangkan program yang difikir bersesuaian dengan responden. Antara program yang telah dirancang adalah berdasarkan kelebihan yang terdapat pada responden seperti berikut: PENGENALAN KEPADA RESPONDEN KELEBIHAN ATAU KEKURANGAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG (PROGRAM)

Responden seorang murid Mudah yang bijak

menerima Mendaftar dalam program pendidikan inklusif

pelajaran dan mempunyai daya ingatan yang kuat Pencapaian akademik yang cemerlang

Responden

merupakan Menggunakan

komputer Memberi peluang kepada responden mengendalikan komputer bersendirian

kanak-kanak yang pintar walaupun masalah hiperaktif. reponden menghadapi autism dan Tetapi, mempunyai

tanpa bantuan orang lain dan hanya melihat cara penggunaannya

sambil dipantau Mengajar

secara

kelebihan yang tersendiri. Responden menggunakan pandai komputer

mendalam untuk memberi kefahaman penggunaan

sebenar komputer tersebut

walaupun masih berusia 5 tahun dan dengan masalah yang dialami. Justeru itu,
23

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

berikut

merupakan

Melibatkan

responden

program yang dicadangkan bagi membantu responden agar mengembangkan bakatnya akan sahaja. supaya dapat lagi tidak begitu

dalam pertandingan yang melibatkan penggunaan

komputer peringkat kanakkanak

terkubur

Responden berusia 6 tahun Mempunyai tetapi masih tidak dapat mengawal pembuangan air besar atau kecil dalam motor halus

masalah Menjalani perkembangan i.

latihan

ke

tandas seperti berikut: Melihat lain kanak-kanak berusia

yang

dengannya membuang air besar dan air kecil di tandas. ii. Sediakan tandas atau potty chair yang dengan dan

bersesuaian usia

responden

biarkan atau

responden warna potty bahasa

memilih sendiri corak chair tersebut. iii. Tentukan

yang akan digunakan untuk ke tandas. iv. Sentiasa memberi


24

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

galakan kepada selepas

dan

pujian

responden berjaya

melakukan latihan ke tandas. v. Mengajar tentang menjaga semasa latihan seperti anggota responden kepentingan kebersihan dan ke selepas tandas

membasuh badan atau

membasuh tangan. vi. Berikan kepada kerana positif ganjaran responden tingkahlaku yang telah

ditunjukkan.

25

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

9.0

PENUTUP

Kesimpulannya, perkembangan fizikal, emosi, dan sosial kanak-kanak amat penting bermula dari sejak lahir sehingga mereka meningkat dewasa. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah akan timbul akibat perkembangan yang terbantut sejak kecil dan memberi impak yang negatif pada masa akan datang. Justeru, strategi atau intervensi awal harus dilakukan kepada kanak-kanak yang dikenalpasti menghadapi masalah tersebut. Ibu bapa dan guru haruslah prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak agar masalah yang dihadapi dapt dikurangkan terlebih awal. Oleh yang demikian, pelbagai cara atau kaedah dapat digunakan bagi mengenalpasti masalah kanak-kanak seperti senarai semak tingkahlaku kanak-kanak, pemerhatian yang khusus, dan sebagainya. Seterusnya, mengaplikasikan teori atau model dalam usaha membantu mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak agar tidak disia-siakan begitu sahaja.

26

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

RUJUKAN Cheryll, D. (2001). Students at risk: solution to classroom challenges. Canada: Pembroke. Gargiulo, M. Richard. (2006). Special education in contemporary society: an introduction to exceptionality. University of Alabama, Birmingham: Thomson. Lahey, B.B. (2001). Psychology: an introduction. (7th ed). Boston: McGraw Hill Co. Laura. P., Richard, L.S., & Zionts, P. (2002). Emotional behavioral problems: a handbook for understanding and handling students. California: Corwin Press. Mahani Razali, Mahzier Hamzah & Nor Junainah Mohd Isa (2009). Memahami tingkahlaku kanak-kanak. Selangor: YCR Distributors Sdn. Bhd. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: pendekatan kontemperori. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd. Roger, P. & George, G. (2008). Classroom management for students with emotional and behavioral disorders: a step-by-step guide for educators. California: Corwin Press.

27