Anda di halaman 1dari 4

Permainan Galah Panjang di Malaysia

Pengenalan

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah permainan Galah Panjang.

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Sejarah Permainan

Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptanya. Ini disebabkan pemainan Galah Panjang telah dimainkan seawall tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu.

Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu, tetapi juga di negara-negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat.

Cara Permainan

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari keduadua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

http://www.mkns.com.my/media/image/2(3).jpg

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Gelanggang dan ukuran Permainan

http://www.mkns.com.my/media/image/galah_gelangang.jpg

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Syarat Permainan

1. Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.

2. Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.

3. Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.

4. Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.

5. Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.

6. Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.

http://api.ning.com/files/RJDn6uIhTmway98DqvT4FNWYMycHUK0O4B3z1cbcpPmxQi97ROHBzQmL 6owU6fjjPZ4XzAoHE7mvPfX1lzpza5DuJqJ5p6cv/galah_panjang2.gif