Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

SEMESTER 3 TUGASAN ELEKTIF 1 PENDIDIKAN JASMANI PBS3103 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tugasan: Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara berikut:

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani 1. Semasa aktiviti memanaskan badan: a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan? d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan? 2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? 3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? 4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut. Tugasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan kepada pelajar tentang tanggungjawab seorang guru Pendidikan Jasmani. Tugasan ini memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan dan pengalaman baru tentang keperluan menjaga keselamatan sistem otot, sistem pernafasan, jantung dan anggota badan. Prosedur Pelaksanaan Tugasan 1 PBS3103 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan selama seminggu di sekolah yang telah ditetapkan oleh IPG masing-masing pada minggu pertama selepas cuti pertengahan semester. 2. Penempatan pelajar ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru masing-masing. 3. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan memaklumkan kepada Pengarah IPG dan Guru Besar jika tidak dapat hadir ke sekolah. 4. Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan segala hasil tugasan secara berterusan berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan. 5. Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada Jabatan Pendidikan Jasmani sebelum pukul 11.00 pagi hari Selasa 18 Mac 2012. Format Penulisan

1. Laporan tugasan dibuat secara bertulis. 2. Panjang tugasan lebih kurang 5 muka surat. 3. Menggunakan font Arial saiz 11 jarak 1.5 4. Kertas A4 dalam bentuk Potrait