Anda di halaman 1dari 8

MENGGAMBAR

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Posted by zul at 6:27 AM 0 comments

Monday, February 13, 2012


Bilik Seni Visual yang kondusif

Sudut hiasan aktiviti membentuk dan membuat binaan

Sudut hiasan kraf tradisional

Sudut hiasan dalaman dengan pelbagai bahan seni visual

Pencahayaan dan peredaran udara yang baik

Aktiviti kraf tradisional

Susunan perabot dan peralatan yang sesuai

Pelbagai media dan peralatan disediakan

Hiasan dalaman bilik Seni yang kondusif

Panel pameran pelajar

Panel dan rak pameran hasil kerja pelajar

Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan

Susunan perabot yang memudahkan pelbagai aktiviti semasa p&p

Panel pameran aktiviti menggambar Posted by zul at 6:01 AM 0 comments

Friday, February 10, 2012


ASSIGNMENT HBEF1403
Isi Kandungan Tajuk 1. Pelan cadanganreka bentuk bilik seni i. Pengenalan cadangan reka bentuk bilik seni ii. Lukisan pelan lokasi sekolah iii. Lukisan pelan bangunan sekolah 2. Pengurusan iklim Bilik Seni (lukisan pelan bilik seni visual) i. Aspek fizikal ii. Aspek sosial iii. Aspek emosi 3. Aktiviti seni visual i. Menggambar ii. Rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan iv. Kraf Tradisional Posted by zul at 6:09 AM 0 comments

Wednesday, January 25, 2012

Matlamat Seni Dalam Pendidikan


Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku Posted by zul at 6:52 AM 0 comments

Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidkan


Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik. Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh : Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanakkanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka,

berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh Posted by zul at 6:51 AM 0 comments

Seni Dalam Pendidikan


Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya.Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Posted by zul at 6:48 AM 0 comments

Monday, October 24, 2011


LEONARDO DA VINCI

Leonardo Da Vinci lahir pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau merupakan anak daripada Ser Piero Da Vinci(bapa) dan Caterina (ibu), jadi nama lengkapnya iaitu Leonardo di Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo adalah putra kepada Ser Piero dan berasal dari kota Vinci. Leonardo Da Vinci adalah salah seorang pelukis pada zaman Renaisans di Itali. Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Florence

Ia juga dikenali kerana lukisannya banyak mencipta design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya,.Selain itu, ia juga turut memajukan ilmu anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam. Leonardo pada zamanya dianggap sebagai seniman gila kerana semasa mempelajari lakaran anatomi, ia suka pergi membongkar kuburan, dan mengambil mayat orang tidak dikenal yang sudah hampir busuk dan membedahnya pada waktu malam. Kadang kala ia melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Ia benar-benar ingin tahu organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni dan berbagai design yang menakjubkan lainnya sebelum meninggal pada 2 Mei 1519. Hingga sekarang, bahkan Einstein dan Isaac Newton pun dianggap tidak sanggup menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.

Karya-Karya Leonardo Da Vinci

Anda mungkin juga menyukai