Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING.

Jurnal Praktikum Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal :5 : Kelima : 27 Februari 2012 hingga 2 Mac 2012 : Sikap & Sahsiah Murid (Pekerti)

1. Masalah / Peristiwa Dalam minggu kelima ini, saya tergerak hati untuk berkongsi tentang budaya murid sekolah zaman ini. Ianya terjadi di hampir semua sekolah di Malaysia baik murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Peristiwa yang akan saya coretkan kali ini ialah satu peristiwa yang berlaku di sekolah saya mengajar ketika ini berkaitan dengan adab dan pekerti murid terhadap guru iaitu kurangnya budaya memberi salam. Pada hari selasa lepas, saya berjalan menuju ke kelas untuk masuk mengajar. Masa masih ada lebih kurang dua hingga tiga minit untuk loceng berbunyi. Memang menjadi kebiasaan saya berjalan awal bagi mengelakkan keciciran masa. Dalam perjalanan menuju ke kelas, beberapa orang murid telah melintasi saya di ruang pejalan kaki. Kebetulan di hadapan saya terdapat beberapa orang guru yang lain telah mendahului saya. Akan tetapi apa yang saya dapati ialah, tiada seorang pun dari kalangan murid itu yang memberi salam atau pun ucapan selamat pagi kepada guru-guru terbabit. Anehnya apabila berhadapan dengan saya dan beberapa orang ustaz serta ustazah, ke semua mereka tidak keberatan untuk mengucapkan salam dan ucapan selamat pagi. Saya bertanya kepada ustazah-ustazah yang lebih senior dari saya, apa yang menyebabkan mereka berbuat demikian. Jawapan yang saya terima ialah kebanyakkan murid di sekolah ini tidak berat mulut untuk berbaik dengan guru-guru yang mereka minat dan suka. Manakala guru yang tidak menjadi pilihan mereka akan tidak di ambil kisah. Jika ditegur mereka beri salam, sekiranya tidak ditegur maka senyap sepi adab dan budaya hormat terhadap

guru. Saya mengimbas semula masa-masa lepas saya di sekolah ini ketika sesi persekolahan. Jika diingat betul-betul semula, memang saya ada perasan yang mana murid-murid amat jarang untuk memberi salam kepada guru. Terutamanya ketika di waktu perhimpunan dan waktu berselisih dengan guru. Bukanlah mengatakan semua, tetapi kebanyakkannya dari golongan murid di sekolah ini.

2. Analisa Saya berfikir, apa yang menyebabkan murid-murid ini berkelakuan demikian? Kenapa hanya guru-guru terpilih sahaja yang mudah untuk mereka beri hormat? Adakah salah guru yang mendidik atau kerana keluarga yang kurang memberi penekanan terhadap pendidikan adab dan perilaku? Penelitian yang saya buat untuk kali ini adalah melalui pertanyaan terhadap Penolong Kanan 1, Puan Rohanah Bt Muhammad serta beberapa guru yang lain dan juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap sikap murid apabila berhadapan dengan ibu dan bapa mereka. Puan Rohanah bt Muhammad ada menyatakan, terdapat banyak faktor sebenarnya yang menjadikan murid berkelakuan demikian. Bukan salah guru sahaja, tetapi juga salah pihak penjaga. Guru telah melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah, manakala selebihnya adalah penjaga di rumah. Adakala memang salah guru juga kerana murid boleh bersikap demikian disebabkan oleh guru yang kurang teknik dalam mendidik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut ingin kita lepaskan dalam masa yang sama tepung tidak mahu kita selerakkan. Murid zaman sekarang bersikap agak manja dan mudah makan hati. Akibatnya guru yang merana kerana banyaknya pihak penjaga meletakkan seratus peratus tanggungjawab kepada guru untuk membentuk anak mereka. Jika tidak mencapai hasil yang diinginkan, guru yang dipersalahkan. Hasilnya ramai guru yang mengalami tekanan emosi. Sambil tidak menafikan skill yang ada pada guru agama adalah yang terbaik ketika ini, beliau mengambil contoh pendekatan sesuai dengan murid pada masa ini. Mungkin kerana guru agama di latih dengan metod dakwah Rasulullah SAW dengan memahami erti sebenar tujuan meyampaikan ilmu serta matlamat utamanya yang tidak meletakkan keputusan peperiksaan sebagai sasaran. Akan tetapi adalah hasil penerapan nilai mengikut acuan agama. Memang benarlah kata Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Barang siapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka akan di permudahkan oleh Allah SWT satu jalan untuk ke syurga Begitu juga dengan sabda Nabi SAW : Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik nescaya ia akan menghapuskan perbuatan buruk itu serta bergaullah dengan manusia dengan kelakuan yang baik Selain itu, ada juga guru yang menyatakan terdapat tiga kategori atau jenis ibu bapa ketika ini. Satu yang berpendidikan dan perihatin, kedua yang kurang berpendidikan tetapi perihatin dan yang ketiga berpendidikan dan kurang berpendidikan tetapi tidak perihatin serta tidak memahami. Ramai ketika ini ialah yang di golongan ketiga yang mana kerjanya hanya mahu menyalahkan pihak sekolah dan guru. Seolah-olah guru inilah yang melahirkan anakanak mereka dan menjadi ayah serta ibu kandung mereka. Atas faktor ini kita boleh dapati berlaku pengabaian dari pihak penjaga. Boleh kita ibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga.

3. Cadangan Tindakan Susulan Berdasarkan peristiwa yang telah saya penjangkan kepada pihak pentadbir dan guru-guru seperjuangan yang lain, hasil dari perbincangan dan buah fikiran yang terbit bagi menerapkan nilai budaya member salam atau kata lain budaya menghormati guru tanpa memilih bulu adalah seperti berikut ; a) Menghidupkan semua budaya memberi salam sesama guru. b) Menegur terus kepada murid yang tidak memberi salam apabila berselisih dengan guru. c) Menghidupkan semula kuliah pagi 10 minit sebagai halwa iman. d) Bersikap tegas tapi mesra dengan murid agar mereka tidak takut kepada guru tetapi hormat. e) Sentiasa mengingatkan murid di dalam kelas dalam tempoh 3 hingga 4 minit tentang kepentingan menghormati guru dan baik serta buruknya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Tempoh masa tindakan susulan terus dilaksanakan. Tiada sekatan masa dan pelan rancangan kerana ia merupakan penerapan perancangan yang bertindak terus.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :________________________ :_________________________ Nama Tarikh :________________________ :________________________ Nama Tarikh

Tandatangan :_________________________ :_________________________