Anda di halaman 1dari 42

1

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah satu bentuk usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi iaitu guru-guru yang benar-benar kompeten dalam bidang ilmu pengetahuan, amalan pedagogi, softskills dan memahami matlamat pendidikan negara serta dapat mempraktikkan best classroom practices dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pemantapan latihan perguruan. Ia juga adalah selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan dan matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 yang memberi tumpuan kepada Pembinaan Modal Insan (KPM, 2006). Menurut petikan ucapan yang tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dibuat oleh Hussein (2006), Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan bahawa mereka yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan akan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan. Guru-guru yang berkualiti amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Guru adalah insan yang berperanan penting bagi memastikan dasar dan agenda kerajaan terlaksana dengan jayanya. Guru yang berketrampilan adalah modal insan yang sangat diperlukan untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan. Justeru itu, guru sebagai perancang dan pelaksana harus sentiasa bersedia dan berusaha untuk melengkapkan diri bagi merealisasikan strategi yang telah dirancang. Pendidikan yang berkaitan. guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan latihan di maktab perguruan, universiti atau institusi pendidikan guru Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Pendidikan sebelum perkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion keguruan. Pendidikan keguruan

adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru. Guru yang baru melangkahkan kaki ke perkhidmatan keguruan sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan profesional (professional journey) yang jauh serta penuh dengan pelbagai cabaran di samping menikmati keseronokan profesionalisme yang dijanjikan oleh profesion tersebut. Kejayaan serta kelestarian (sustainability) seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan. Guru akan berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Ibrahim & Majid, 2002). Menurut Jantan (2005), guru merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka, usaha reformasi pendidikan akan menghadapi kegagalan. Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pernbelajaran berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan sepanjang hayat amat penting bagi semua profesion lebih-lebih lagi profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan cemerlang kepada profesionnya secara khusus serta kepada negara secara amnya. Kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada kesediaan anggota organisasi terlibat dalam pembelajaran di samping organisasi bersedia mengamalkan budaya pembelajaran ke arah penghayatan organisasi pembelajaran (Awang, Abdull, & Khuan, 2004). ekonomi berasaskan ilmu. Tuntutan ini menjadi lebih ketara dalam era Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK), masyarakat berasaskan ilmu dan Dengan kata lain, guru perlu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi satu profesion (Hashim, 1993). Ini bermaksud seseorang guru harus berusaha mencari ruang dan peluang untuk mempertingkatkan dan membangunkan profesionalisme mereka. Bersesuaian dengan prinsip Perkembangan Profesional Berterusan (Ahmad Badawi, 2006), usaha lebih berkesan melalui latihan perlu digembleng bagi

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru terlatih secara berterusan untuk membangunkan diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Pembangunan profesionalisme sangat penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia juga berkaitan dengan pembangunan modal insan dalam menghasilkan tenaga manusia yang produktif, cekap dan mempunyai nilai moral yang kukuh. Sehubungan dengan itu, pendidikan dan latihan dalam perkhidmatan merupakan satu mekanisme penting dalam pembangunan modal insan bagi melahirkan pekerja yang produktif dan cekap seterusnya menjadi aset yang bernilai bagi sesuatu organisasi. Bagi merealisasikan matlamat program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengemaskini perkhidmatan berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005, iaitu menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua jabatan untuk memastikan anggota masingmasing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun dan penekanan pelaksanaan kursus mulai tahun 2008 adalah secara school based supaya pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai dan amalan profesional keguruan dapat dikemaskini. Implikasi daripada Dasar Latihan Sumber Manusia ini ialah maka wujudnya keperluan bagi mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan yang berterusan kepada sumber manusia supaya mereka tidak tercicir untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran terkini. Guru Besar sebagai pemimpin pentadbiran sekolah adalah bertanggungjawab dalam usaha merancang dan melibatkan diri secara aktif dalam program latihan bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru. Tambahan pula latihan dalam perkhidmatan bukan saja dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, bahkan latihan juga berupaya menghasilkan staf yang cekap dan produktif.

1.2

Latar Belakang Masalah Bidang pendidikan di Malaysia terus berkembang selaras dengan perubahan

ilmu pengetahuan dan ledakan maklumat. Perubahan ini perlu bagi membangunkan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu guru perlu terus dimajukan supaya potensi mereka digembleng untuk kemajuan organisasi. Potensi yang ada pada setiap guru perlu digilap untuk

mewujudkan budaya kerja cemerlang adalah penting untuk menghasilkan guru yang kompeten yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai murni ke arah penyediaan sumber manusia yang berkualiti dan mahir yang diperlukan oleh negara. Menurut Bukit (2006), salah satu punca kurangnya budaya kerja cemerlang di sekolah adalah disebabkan pelaksanaan latihan dilaksanakan sekadar memenuhkan takwim program sekolah. Kebanyakan daripada mereka masih lagi ketinggalan dalam kompetensi pengajaran kerana tidak berpeluang mengikuti sebarang program latihan, ini adalah disebabkan kursus atau latihan perguruan di maktab-maktab perguruan tidak dapat menampung tuntutan dan keperluan perkembangan kurikulum baru. Oleh sebab itu, perlu diwujudkan sistem latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kompentensi sekaligus membangunkan profesionalisme mereka. Permasalahan di atas jelas menunjukkan bahawa kompetensi adalah aspek yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) masih kekurangan beberapa kompetensi yang harus ada untuk menggambarkan keprofesionalan mereka. Justeru tidak dapat dinafikan bahawa saluran yang terbaik untuk membangunkan keprofesionalan mereka adalah dengan mengikuti program latihan dalam perkhidmatan. Program latihan ini adalah program yang perlu direncanakan oleh pihak sekolah terhadap semua guru sekurang-kurangnya 7 kali setahun secara school-based selaras dengan konsep let managers manage (Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007). Maclean (1998) menyatakan bahawa perkara asas dalam kualiti sistem pendidikan adalah bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman guru. Namun begitu, statistik oleh UNESCO menunjukkan bahawa satu perempat daripada 50 juta guru di dunia tidak mempunyai kelayakan pendidikan formal dan satu perempat yang lain menerima latihan yang tidak sempurna (International Bureau of Education, 1995). Justeru program latihan adalah satu cara untuk memperbaiki tahap profesional perguruan kerana menurut Sulaiman (2004), guru perlu menghadiri kursus atau mencari sendiri ilmu supaya tidak ketinggalan. Guru bertindak sebagai penyebar ilmu dan juga nadi utama menggerakkan kurikulum yang telah dirancang. Satu hakikat yang perlu disedari bahawa pendidikan terus berkembang selaras dengan perubahan ilmu pengetahuan dan ledakan maklumat. kepada guru (Somers & Sikorova, 2002). Oleh itu, perubahan kurikulum tidak boleh diperkenalkan tanpa latihan dan kelayakan baru yang diberikan Di samping itu matlamat pendidikan berterusan guru menurut Gardner Project ialah untuk menambahkan kebolehan dan

kemahiran, meluaskan pengetahuan mata pelajaran, menggalakkan pembelajaran seumur hidup dan meningkatkan kelayakan mereka (Liying, Suzhen dan Hong, 2003). Oleh yang demikian, program latihan sangat penting untuk mengekalkan profesionalisme keguruan kerana ia memperbaiki dan menambahkan kapasiti seseorang guru untuk menjadi lebih profesional terhadap profesionnya. Pengetahuan, kemahiran dan nilai murni adalah tiga aspek dapat memartabatkan profesion perguruan. Ia juga menjadi penanda aras kepada peningkatkan dan kemerosotan profesionalisme guru. Justeru apabila pengetahuan, kemahiran dan nilai murni tidak ditingkatkan maka akan menjejaskan pencapaian pelajar dan juga institusi pendidikan. Sekolah yang berjaya dapat mempamerkan kecemerlangan warganya. Kecemerlangan guru bertitik tolak dari latihan yang diterima dan pengalamannya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Justeru program latihan sangat penting untuk memastikan peningkatan keprofesionalisme guru. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005 menekankan Adalah menjadi tanggungjawab sekolah setelah seseorang guru dilantik menjawat jawatannya, maka usaha-usaha perlu dijalankan supaya pengetahuan, kemahiran guru tersebut dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya guru berkenaan relevan dengan perkembangan dan tuntutan semasa. Pendekatan yang sering digunakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan organisasi adalah melalui latihan, pembangunan staf dan performance appraisal. Pelaksanaan ini adalah untuk memastikan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang berasaskan sekolah dapat menampung tuntutan mengikut keperluan dan keutamaan latihan adalah berkesan serta mengelakkan latihan yang bertindan-tindih. Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah program yang perlu direncanakan oleh pihak sekolah terhadap semua guru sekurang-kurangnya 7 kali setahun. LDP perlu dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan secara school-based selaras dengan konsep let managers manage (Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007). Perancangan dan pelaksanaan program latihan ini dilihat sebagai wadah untuk memperkembangkan potensi sumber manusia di sekolah. Mantan Pengarah Pelajaran Johor Tn Hj. Sufaat Bin Tumin dalam majlis perjumpaan pemimpin pendidikan negeri Johor di Sekolah Menengah Foon Yew menyatakan kekurangan kompetensi, kadar pencapaian prestasi akademik sekolah masih belum mencapai tahap yang ditetapkan. Tahap kemahiran generik guru yang minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-

kemahiran khusus adalah penyebab kemahiran dan ketrampilan guru perlu diperbaharui. Pendidikan guru seharusnya lebih menjurus kepada pembangunan, pembentukan dan penggunaan akal dan minda secara optimum dan berterusan. Ianya bertujuan untuk melahirkan para pendidik yang cemerlang akalnya dan mahir dalam menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping menguasai bahasa yang menjadi mekanisme penyampaian ilmu yang bermakna, pendidik juga perlu memiliki sahsiah dan adab sopan yang unggul. Perkara yang sering diperbincangkan oleh kebanyakan pendidik pada masa kini inilah seorang guru yang cemerlang haruslah menguasai dua bidang serentak iaitu aspek content knowledge dan aspek pedagogical knowledge (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Guru yang profesional perlulah menguasai dengan mendalam aspek content knowledge dan pedagogical knowledge. Aspek content knowledge iaitu guru mengetahui isi kandungan subjek, tajuk yang akan diajar kepada pelajarnya dan dapat menguasai secara mendalam malah mengikuti perkembangan terbaru tentang subjeknya. Pedagogical knowledge pula bermaksud guru mempunyai kemahiran untuk menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan isi kandungan subjeknya. Elemen ini penting supaya pemindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ingin disampaikan kepada pelajar boleh dilakukan dalam pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan terkini. Di samping itu juga seseorang guru perlu belajar memperbaiki kendiri dan meningkat soft skill supaya lebih berkesan dan dapat memberi sumbangan terhadap pendidikan secara keseluruhannya. 1.3 Penyataan Masalah Menurut mantan Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Haji Sufaat Tumin (2009) dalam ucapan majlis perasmian pembentangan keputusan UPSR tahun 2009 di Kluang, menyatakan bahawa kadar pencapaian dan prestasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam UPSR Tahun 2009 yang rendah di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah menjadi fenomena yang ketara dan ia juga merupakan punca utama pencapaian UPSR negeri Johor berada pada kedudukan ke empat di peringkat negara selepas Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sehubungan itu, beliau telah menyeru kaum guru untuk mengemaskinikan pengetahuan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta nilai secara

bersepadu yang relevan dengan tugas mereka. Program latihan dalam perkhidmatan adalah aspek utama dalam pembangunan profesional untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru (SGM, 2010). Perancangan dan pelaksanaan program latihan ini dilihat sebagai wadah untuk memperkembangkan potensi sumber manusia di sekolah. Sehubungan ini satu kajian untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina amat perlu dilaksanakan memandangkan tiada kajian berkaitan dibuat sebelum ini. 1.4 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina selepas program latihan dalam perkhidmatan. Di samping itu kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti faktor pengalaman mengajar dalam menentukan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru selepas program latihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming yang terletak di Johor Bahru. 1.5 Objektif Kajian Terdapat empat objektif kajian yang menjadi panduan kepada penyelidikan ini. Setiap satunya menjurus kepada tujuan kajian yang telah dinyatakan. Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut: (i) Mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan. (ii) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan. (iii) Mengenal pasti tahap penguasaan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan.

(iv)

Mengenal pasti faktor pengalaman mengajar dalam menentukan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas program latihan dalam perkhidmatan.

1.6

Persoalan Kajian Hasil daripada permasalahan yang wujud, beberapa persoalan telah ditimbulkan

bagi tujuan kajian ini iaitu, (i) Sejauh manakah tahap penguasaan pengetahuan dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan? (ii) Sejauh manakah tahap penguasaan kemahiran dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan? (iii). Sejauh manakah tahap penguasaan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas latihan dalam perkhidmatan? (iv) Sejauh manakah faktor pengalaman mengajar dalam menentukan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC selepas program latihan dalam perkhidmatan? 1.7 Hipotesis kajian Bagi menjawab persoalan keempat, satu hipotesis telah dihasilkan iaitu: Hipotesis Nul: Ho (1): Tiada terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min dalam aspek penguasaan pengetahuan dalam kalangan guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang daripada 15 tahun dan 16 tahun ke atas.

Ho (2): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min dalam aspek penguasaan kemahiran dalam kalangan guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang daripada 15 tahun dan 16 tahun ke atas. Ho (3): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min dalam aspek penguasaan nilai murni dalam kalangan guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang daripada 15 tahun dan 16 tahun ke atas. 1.8 Kerangka Konsep

Pengetahuan

Bidang Pengkhususan Teknologi Maklumat Ikhtisas

Guru

Kemahiran

Berfikir Teknikal Sosial

Pembangunan Profesional Guru

Nilai murni

Berdikari Keadilan Rasional

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Merujuk kepada kerangka konsep pada rajah 1.1, pengkaji akan memfokus kepada tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperolehi oleh guru-guru di sekolah selepas mengikuti program latihan dalam perkhidmatan untuk membangunkan keprofesionalannya. Untuk aspek pengetahuan, pengkaji akan meninjau dari segi bidang pengkhususan, teknologi maklumat dan ikhtisas. Bagi aspek kemahiran pula, akan dilihat dari segi kemahiran berfikir, teknikal dan sosial.

10

Manakala bagi aspek nilai murni pula, keadilan, berdikari dan rasional akan dikaji dari segi tahap penguasaannya. 1.9 Skop Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan kepada semua guru yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Johor Bahru, Johor. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperoleh oleh guru setelah menghadiri program latihan. Ketiga-tiga aspek ialah yang menjadi faktor penyumbang kepada pembangunan profesional guru di sekolah. Di samping itu kajian juga memfokuskan kepada faktor pengalaman mengajar dalam menentukan tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming selepas program latihan dalam perkhidmatan. 1.10 Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan guru-guru di sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming yang telah mengikuti program latihan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 hingga Mei 2011 sahaja. Dapatan kajian tidak harus digunakan untuk membuat generalisasi bahawa semua guru di sekolah rendah sama ada peringkat negeri, negara mempunyai tahap penguasaan yang sama selepas program latihan kerana peranan, keperluan dan tahap pelaksanaan adalah berbeza. Data yang diperolehi bergantung kepada responden yang terlibat iaitu semua guru di SJKC Ping Ming. Kajian ini hanya bersandarkan kepada maklumat yang diberikan oleh responden melalui instrumen soal selidik yang digunakan dan dianalisis. Oleh itu kejujuran responden memberikan Keberkesanan kajian hanya jawapan boleh mempengaruhi ketetapan kajian ini. dihadiri sepanjang tahun tersebut.

meliputi pengalaman responden secara am untuk semua kursus-kursus yang telah

11

1.11

Kepentingan Kajian Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menyasarkan hasil kajian akan

menjadi maklumat kepada sekolah amnya dan unit latihan dan pendidikan lanjutan khususnya untuk menilai kelebihan dan kelemahan pelaksanaan program latihan supaya lebih berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru. Selain itu, hasil kajian juga akan menjadi maklumat kepada pihak pentadbiran sekolah menilai kembali keberkesanan LDP dalam meningkatkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC. Latihan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan pengorbanan daripada pelbagai pihak. Malah, mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 (2002), pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 November 2002 telah menetapkan asas-asas keperluan dasar latihan yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan untuk pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran kreativiti dan inovasi. Ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan murid dan menyedari potensi mereka dalam menjalankan tugas dengan lebih efektif, dan membaiki pengurusan secara keseluruhan.

1.12

Definisi Istilah Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak pengkaji berkaitan dengan skop kajian yang dijalankan. Ia juga adalah untuk menjelaskan maksud konsep dan kepentingannya bagi memantapkan kajian. (a) Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk kajian ini, latihan dalam perkhidmatan adalah latihan peningkatan yang menyediakan latihan tambahan kepada guru. Konsep latihan dalam kajian ini bertumpu kepada mana-mana latihan dalam perkhidmatan jangka pendek (1 hingga 7 hari) yang dihadiri oleh guru berasaskan sekolah. Bilangan latihan, bentuk latihan dan keperluan latihan tidak diambil kira untuk dianalisis dalam kajian ini. Latihan dalam kajian ini merupakan satu program pembangunan

12

profesional dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan nilai murni para guru. (b) Pembangunan Profesional Pembangunan profesional merupakan satu usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran seseorang guru. Dalam konteks kajian ini, usaha tersebut adalah melalui program latihan dalam perkhidmatan yang mana dapat membangunkan profesionalisme guru dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-murni (c) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ialah sekolah sistem pengajaran dan pembelajaran masih mengikuti garis panduan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Tan, 2007). Perbezaan sekolah ini berbanding sekolah rendah yang lain ialah bahasa pengantarnya iaitu dalam bahasa Cina (Hua Yu). (d) Guru SJKC Guru dirujuk sebagai pendidik yang menyampaikan pengajaran di sekolah rendah. Guru dalam konteks kajian ini ialah semua tenaga pengajar di SJKC Ping Ming yang telah menghadir program latihan dalam perkhidmatan.

13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Dalam proses pembelajaran dewasa, pendidikan, latihan dan pembangunan sama ada secara formal atau tidak merupakan aktiviti-aktiviti bagi pembangunan staf yang berkompetensi tinggi, berdaya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi. Latihan ialah untuk memenuhi keperluan tugas semasa, manakala pembangunan pula untuk tugas masa hadapan (Hellriegel dan Slocum, 1991). Dalam konteks pendidikan, latihan dianggap sebagai elemen penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran kepada perlunya pembangunan modal insan melalui latihan dalam perkhidmatan ini jelas dapat dilihat melalui Ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam persidangan Dunia ke-35 Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan-Pertubuhan Latihan dan Pembangunan (IFTDO) pada 22 Ogos 2006: Rakyat perlu menjalani latihan lanjutan supaya mereka dapat menggunakan ilmu pengetahuan untuk perkara-perkara yang memberi faedahdan mewujudkan nilai dalam diri mereka dan juga dalam pekerjaan mereka. Dalam kontek perkembangan staf di sekolah, fungsi latihan dan pembangunan staf memberi penekanan pengoperasiannya secara school-based iaitu berfokus kepada pelaksanaan program latihan dalam perkhidmatan yang diadakan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu atau cuti semester persekolahan bertempat di premis sekolah atau pusat-pusat berhampiran. Guru Besar diberi tanggungjawab melaksanakan konsep let managers manage dan fokus latihan ini terutama mendedahkan guru-guru dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan tugas seharian mereka. Cita-cita murni negara ini tidak akan tercapai, sekiranya hanya usaha meningkatkan infrastruktur dan bilangan sumber tenaga murah dilakukan. Suatu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara hanya dapat dilakukan dengan anjakan pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan intelek. Justeru itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan yang menetapkan pembangunan modal

14

insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 adalah tepat sekali. Sesungguhnya, semua pihak mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan generasi muda menjadi modal insan berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan. Oleh sebab itu, peranan dan fungsi guru perlu terus berubah mengikut keperluan masa di mana setiap guru harus melengkapkan diri untuk memiliki ciri-ciri sebagai guru di samping mampu menyempurnakan program latihan yang profesional. Tambahan itu, bakal guru harus memperoleh kemahiran pengajaran yang secukupnya, memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang pengkhususan yang universal, bermotivasi tinggi, berkaliber, kompeten, berinovatif, berkarisma dan berupaya menjadi agen reformasi pendidikan yang berwibawa. Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Hussin, 1993). Seorang guru yang profesional tidak harus sentiasa dikerah, dinasihati, dibimbing dan dibantu semasa menjalankan tugas di sekolahnya. Guru perlu melaksanakan peranan dan tugas dengan efisien, berdikari, bersemangat dan berupaya membuat keputusan yang tepat khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru tidak wajar hanya bergantung kepada dapatan kajian pengkaji lain bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Dalam konteks ini, guru harus beranggapan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah merupakan suatu proses eksperimen, di samping bersedia untuk memperbaiki dan mengkritik diri bagi tujuan mencapai profesionalisme keguruan (Lebar, 2000). 2.2 Model Standard Guru Malaysia (SGM) Berdasarkan kepada rajah 2.1, Standarad Guru Malaysia (SGM) menggariskan komponen profesional yang patut dicapai oleh guru iaitu Standard (S), dan keperluan (K) yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

15

2.2.1

Pengertian Standard Guru Malaysia (SGM) Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan

standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa Negara maju. Ia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Menurut Menteri Pelajaran Malaysia dalam majlis pelancaran dokumen SGM sempena merasmikan Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau mengatakan bahawa dokumen SGM adalah sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Berdasarkan kepada dokumen berkenaan semua warga pendidik terdiri daripada guru, guru besar, pengetua dan pengurus serta pentadbir institusi latihan perguruan mesti mengguna pakai garis panduan yang telah ditetapkan dalam dokumen SGM iaitu memiliki tiga aspek amalan nilai iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi untuk memastikan kualiti pendidikan Negara dapat ditingkatkan secara berterusan. Standard Guru Malaysia (SGM, 2010), (http://www.ippm.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html) menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysia Qualifications Framework (MQF). Tujuan mengubal SGM mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

2.2.2

Komponen Standard Guru Malaysia (SGM)

16

Standard (S)

S1 Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan S2 Pengetahuan dan Kefahaman S3 Kemahiran P&P

Asas Penentuan Standard & Keperluan

Misi Nasional Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Tatasusila Profesion Keguruan Etika Kerja KPM

Guru Unggul

Modal Insan

Keperluan (K)

K1 Kelayakan Masuk Program Latihan Perguruan K2 Latihan, Pentaksiran & Penilaian K3 Kolaborasi K4 Infrastruktur & Infostruktur K5 Jaminan Kualiti

Rajah 2.1 : Komponen Standard Guru Malaysia Merujuk kepada rajah 2.1, guru yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard S1), pengetahuan dan kefahaman (Standard S2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard S3). Ketiga-tiga standard tersebut harus dikuasai oleh guru dan ia saling berkait dan bersepadu. Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai ketiga-tiga Standard (S) iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan (S1), pengetahuan dan kefahaman (S2) dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (S3). Keperluan (K) yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan K1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan K2), kolaborasi (Keperluan K3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan K4), dan jaminan kualiti (Keperluan K5).

17

Asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa. Kesimpulannya, kepakaran seseorang guru iaitu apa yang guru tahu dan bagaimana melakukan dengan berkesan memberi implikasi yang jelas terhadap kualiti pengajaran. Apa yang guru tahu tentang konsep dan isi kandungan akan membantu guru memilih teks yang sesuai, relevan dan terkini dan menyampaikannya dengan berkesan di bilik darjah. Kemahiran guru dalam membuat taksiran pencapaian pelajar berkait rapat dengan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajarnya dan keupayaannya mengintepretasi data yang ada. Guru yang lemah dalam ilmu pengetahuan dalam bidangnya gagal dalam membantu pelajar menguasai bidang kurikulum (Darling Hammond & Ball, 2000). Untuk memastikan sekolah unggul, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah merangka program peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru. Sebanyak enam zon pusat latihan guru dalam perkhidmatan telah ditubuhkan di seluruh Negara.

2.2.3

Perincian Standard

2.2.3.1 Standard (S1) : Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama (rujuk rajah 2.1).

(a)

Standard 1.1 (S1.1) Domain Diri

18

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. (b) Standard 1.2 (S1.2) Domain Profesion Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilainilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. (c) Standard 1.3 (S1.3) Domain Sosial Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. 2.2.3.2 Standard 2 (S2): Pengetahuan dan Kefahaman Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: S2.1 S2.2 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

19

S2.3 S2.4 S2.5 S2.6 S2.7 S2.8

Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. Kandungan Ilmu Pendidikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

2.2.3.3 Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

2.2.4

Perincian Keperluan

20

Berdasarkan kepada Majlis Mesyuarat Profesional Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 22 Ogos 2007 memutuskan Bahagian Pendidikan Guru sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu: 2.2.4.1 Keperluan 1 (K1) :Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan

Program Latihan Perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja

ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut: K1.1 K1.2 K1.3 K1.4 K1.5 K1.6 K1.7 Mengiklankan permohonan. Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan. Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temuduga. Melaksanakan sesi temu duga calon guru. Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya. Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran. Menandatangani perjanjian latihan perguruan. Keperluan 2 (K2) : Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

2.2.4.2

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: K2.1 K2.2 K2.3 Kurikulum latihan. Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi. Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah.

21

K2.4 K2.5

Sumber pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa.

2.2.4.3

Keperluan 3 (K3) : Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: K3.1 K3.2 K3.3 Sekolah. Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara. Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan. 2.2.4.4 Keperluan 4 (K4) : Infrastruktur dan Infostruktur.

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan harus menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

2.2.4.5

Keperluan 5 (K5) : Jaminan Kualiti

22

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat bagi menjamin kualiti latihan perguruan. Pendidikan unggul bergantung kepada keunggulan guru yang menjadi agen perubahan utama di sekolah. Kualiti guru sangat bergantung kepada jangka waktu perkhidmatan, status di sekolah dan minat seseorang terhadap profesion perguruan (Mahat, 2006). Selaras dengan Standard Guru Malaysia, Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 memutuskan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai urus setia LDP yang menguruskan latihan dan mengagihkan peruntukan kewangan LDP kepada semua Bahagian dan JPN/PPD dan Sekolah dan pengoperasiannya secara school-based. Di bawah adalah fokus bidang Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti pendidikan melalui program peningkatan profesionalisme guru khususnya dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai dan amalan profesional keguruan. 2.3 Tahap Penguasaan Aspek Pengetahuan Dalam Pembangunan Profesional Guru Guru adalah front line di antara pelajar dan komuniti yang mempunyai peranan yang sangat penting. Kualiti sistem latihan hanya boleh berlaku dengan adanya Keprofesionalan seorang guru berkait rapat dengan sokongan daripada guru.

pengetahuan mata pelajaran yang di ajar dan kaedah mengajar (Emat, 2005) yang menyatakan bahawa guru yang berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti menguasai isi mata pelajaran dengan baik dan mendalam, memahami keperluan pembelajaran pelajar dan mahir dalam pengetahuan pedagogi serta mampu menguruskan penilaian pengajaran dengan baik dan efektif. Menurut Rosenholtz (1989), tahap pengetahuan guru mempunyai korelasi yang tinggi dengan peningkatan prestasi sekolah, khususnya pembelajaran pelajar. Guru perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi memastikan profesionalisme keguruan terus dipandang tinggi, sekali gus merealisasikan hasrat memartabatkan pendidikan negara ke taraf dunia. Dalam hal ini, guru diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

23

Peranan pendidikan dalam mencorakkan arus pembaharuan dan pembangunan masyarakat amatlah besar, pertamanya adalah untuk membekalkan tenaga kerja manusia yang sihat dan berpengetahuan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan keduanya memupuk sahsiah individu seperti sikap, disiplin dan moral dengan cara yang bermakna. 2.3.1 Pengetahuan Pengkhususan Seorang guru perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing sebagai persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (Othman, Mahamod, & Sani Ibrahim, 2006). Di samping itu seseorang guru perlu berpengetahuan dan pakar dalam bidang yang diajar serta sedar dan seiring dengan kepesatan pembangunan sains dan teknologi. Di sekolah rendah mata pelajaran khusus adalah mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang akan di nilai untuk mendapat kedudukan di kelas. 2.3.2 Pengetahuan Teknologi Maklumat Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), unsur pengetahuan dalam kurikulum teknologi maklumat disusun di bawah enam bidang pengetahuan iaitu sistem komputer, perisian aplikasi, multimedia, pengaturcaraan, pengurusan sistem maklumat dan rangkaian dan komunikasi. Teknologi maklumat mempunyai tiga ciri utama yang boleh menghasilkan kekuatan teknologi maklumat iaitu penggunaan dan penyampaian maklumat, teknologi komunikasi dan penyebaran maklumat dan pentafsiran maklumat. Oleh itu melalui ketiga-tiga ciri ini, guru boleh mengaplikasikan teknologi maklumat ke dalam kurikulum supaya penggunaan dan penyebaran mengenainya menghasilkan suatu ledakan maklumat yang dapat dimaafkan oleh pelajar. Memasuki era teknologi maklumat, penggunaan komputer begitu luas, sebagai seorang pendidik yang ingin meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang teknologi maklumat. Penggunaan komputer di sekolah terbahagi kepada tiga domain iaitu pentadbiran, kurikulum dan penyediaan bahan bantu mengajar. penyimpanan rekod, penyediaan jadual dan sebagainya. Penggunaan komputer dalam pentadbiran melibatkan urusan menganalisis markah peperiksaan, Manakala penggunaan komputer dalam kurikulum seperti pengajaran Kurikulum Literasi Komputer kepada

24

pelajar.

Selain itu, penggunaan komputer dalam penyediaan Alat Bahan Bantu

Mengajar (ABBM) termasuklah integrasi antara pemprosesan perkataan, lembaran kerja, pangkalan data, grafik dan telekomunikasi. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka menjadikan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi (Ting & Woo, 2005).

2.3.3

Pengetahuan Ikhtisas Ikhtisas adalah berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion contohnya

sijil kelayakan pelajaran dan ikhtisas (Kamus Dewan, 2007b). Pengetahuan Ikhtisas bermaksud pengetahuan profesional yang berkaitan yang melayakkannya sebagai seorang guru dan menguasai pengetahuan seperti dibawah: (i) Sejarah pembentukan dan perkembangan sistem pendidikan negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. (ii) (iii) (iv) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi pelaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah. Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara, Wawasan 2020 dan hubung kait dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya. (v) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar opsyen/mata pelajaran pengkhususan di sekolah. (vi) Metodologi mata pelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di bilik darjah. (vii) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di bilik darjah.

25

(viii)

Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM.

2.4

Tahap Penguasaan Aspek Kemahiran Dalam Pembangunan Profesional Guru Kemahiran adalah kecekapan seseorang melakukan sesuatu. Guru seharusnya

mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar. Menurut Mok (2007), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahirankemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Sipon (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik, seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. 2.4.1 Kemahiran Berfikir Menurut Ismail (1987), berfikir adalah satu proses pengingatan semula dengan memberi perhatian yang mendalam terhadap sesuatu keadaan, kejadian atau masalah untuk mencari punca-punca dan cara-cara mengatasinya. Terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu pemikiran secara kreatif dan kritis (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001a). Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli luar biasa, bersifat maujud, pemahaman dan menyelesaikan masalah secara inovatif.

26

2.4.2

Kemahiran Teknikal Kemahiran teknikal merangkumi penguasaan teknik dan pengetahuan tertentu

dalam penggunaan peralatan dan bahan untuk menghasilkan sesuatu produk dan juga memberi perkhidmatan yang diperlukan. Untuk merealisasikan kejayaan seseorang individu memerlukan gabungan teori dan kemahiran (Hasan, 2005). Untuk menerajui pendidikan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan teknologi maklumat. Strategi meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah bergantung kepada kemampuan Guru Besar dan guru-guru menguruskannya (Emat, 2005). Penggunanan teknologi dalam pendidikan juga mendorong guru-guru mempunyai kemahiran mengguna multimedia dalam pengajaran dan mengendalikan komputer ataupun pembelajaran elektronik. Kemahiran Teknologi Maklumat, pengetahuan dan kecekapan merangkumi komputer, aplikasi perisian dan perkakasan. 2.4.3 Kemahiran sosial Kemahiran sosial mempunyai beberapa komponen kemahiran lain antaranya ialah kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal. Kecekapan berkomunikasi , kebolehan menyakinkan orang lain, kebolehan bergaul dan mempengaruhi orang lain, kebolehan mempengaruhi sesuatu keputusan yang menyentuh kehidupan masa depan adalah unsur-unsur literasi sosial yang perlu dibangunkan melalui pendidikan sebagai suatu keperluan dalam masyarakat bestari. Kecekapan dan kemahiran sosial seperti berinteraksi, menyesuaikan diri, berkomunikasi, berdisiplin mengamalkan prinsipprinsip yang beretika amat penting mempengaruhi masyarakat.(Abd. Rashid, 2005).

2.5

Tahap Penguasaan Aspek Nilai Murni Dalam Pembangunan Profesional Guru Nilai murni didefinasikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila

individu manusia dalam hubungan sesama manusia, alam dan tuhan. Mohd. Nordin mentakrifkan nilai murni sebagai:

27

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilainilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia." (Mohd Nordin, 1988) Di Malaysia, isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif. Berdasarkan kepada konsep nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara, " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan." Matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Pusat Perkembangan Kurikulum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001b) dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah memperakui 16 nilai murni untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Iaitu baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulah juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Menurut Joginder (2007), guru sebagai role model perlulah menunjukkan dan memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan atau tutur katanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu juga

28

dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian. pelajar.

Nilai-nilai murni yang

ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa Dalam kajian ini pengkaji hanya memilih tiga nilai murni untuk menjalankan kajian iaitu berdikari, keadilan dan rasional. Ketiga-tiga nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan kepada guru semasa membuat pertimbangan yang saksama dalam setiap tindakan dan keputusan, bersikap rasional dalam memberi buah fikiran dan pendapat, serta kemampuan berdikari tanpa bantuan sepenuhnya dari pihak tertentu dalam urusan pengajaran dan pembelajaran atau menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Ee (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.5.1 Berdikari Berdikari ialah kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001b) ini membawa pengertian bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri. Seorang guru yang mempunyai sifat ini akan berupaya mengembangkan potensi mencapai kejayaan, bersifat positif dan sangup bertindak.

2.5.2

Keadilan Adil ialah perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat

sebelah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001b).

Guru yang adil akan

mempertimbangkan sesutu secara objektif dan menyeluruh dengan berdasarkan bukti yang konkrit. Tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa dan terpengaruh oleh sebarang faktor luaran atau dalaman. 2.5.3 Rasional Dapat berfikir berdasarkan bukti yang nyata dan mengambil tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan dianggap berfikiran rasional (Pusat

29

Perkembangan Kurikulum, 2001b). Nilai murni ini merangkumi kebolehan membuat pertimbangan, berfikiran logik dan terbuka. 2.6 Pembangunan Profesional Pembangunan profesional adalah sangat penting kepada guru. Menurut Helbsy (1999) melalui pembangunan profesional, guru-guru dapat memahami teknologi baru, latihan dalam bidang pekerjaan, pengenalan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif . Ia merupakan satu usaha untuk melahirkan guru-guru yang lebih kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlu mengikut kod etika perguruan bagi memelihara imej dan prestij profesion perguruan. Minat dalam membangunkan profesional terutama mengguna teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pedagogi melalui konstruktivisme, peningkatan taraf pendidikan dan sistem pemikiran yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Vrasidas dan Zembylas, 2004). 2.7 Latihan Dalam Perkhidmatan Latihan menurut Kamus Dewan (2007c), pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima oleh seseorang itu. Stone (1993) menerangkan latihan ialah satu program pembelajaran yang terancang dan disusun rapi untuk mengubah tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran individu supaya mereka dapat melaksanakan sesuatu tugas kepada tahap atau standard yang dapat diterima oleh organisasi tersebut. Latihan merupakan satu aktiviti peningkatan kemahiran, Program latihan pula didefinisikan sebagai pengetahuan dan perubahan sikap.

perolehan kemahiran, peraturan, konsep atau sikap yang sistematik dan dapat memperbaiki prestasi dalam situasi kerja. Menurut Hitam (2000), latihan dalam organisasi juga merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan. Ia adalah satu strategi yang penting bagi organisasi untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan mutu pengeluaran. Pekerja yang sudah lama berkhidmat dalam sebuah organisasi memerlukan latihan semula apabila perubahan persekitaran dan budaya bekerja banyak berlaku. Latihan adalah satu usaha yang dirancang oleh organisasi untuk menyediakan

30

suasana belajar yang berkaitan dengan tingkahlaku pekerjaan. pekerja melalui latihan. 2.8

Tingkahlaku yang

dimaksudkan ialah perubahan kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh

Konsep Antara Profesion Perguruan Dan Profesion Keguruan Menurut Kamus Dewan (2007d), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas

yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain). Menurut Mok (2007), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Menurut Kamus Dewan (2007d), perguruan adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Maka, profesion perguruan ialah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

2.9

Konsep Pelaksanaan LDP Dalam Pembangunan Profesional Fokus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah bagi meningkatkan kualiti

pendidikan melalui program peningkatan profesionalisme guru khususnya dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. Strategi pengoperasian LDP adalah

31

berasaskan kepada sekolah secara berterusan untuk membangunkan diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Dapatan kajian Daud (1999) mendapati bahawa respon bagi kedua-dua sekolah (luar bandar dan bandar) adalah hampir sama. kepada mereka. Majoriti daripada responden berpendapat bahawa LDP ini memberi banyak faedah yang berguna Antaranya adalah dapat merancang pelajaran dengan baik, menambahkan pengetahuan, mengamalkan teknik pengajaran terbaru, menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang terbaru, menambahkan pengalaman melalui kursus dan meningkatkan minat serta semangat. Di antara kajian-kajian tersebut adalah kajian Amran (2004) mengenai Keperluan Latihan di Kalangan Guru-guru Teknikal dalam Melahirkan K. Worker : Satu kajian di Kolej di Kolej Komuniti. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap latihan kemahiran yang diperlukan oleh pensyarah di Kolej Komuniti berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan tahap pengetahuan dan nilai murni yang diperlukan oleh pensyarah di Kolej Komuniti pada tahap yang tinggi. Mat Isa (2002) pula dalam kajian beliau mengenai Persepsi Pensyarah Tentang Program Perkembangan Staf di POLIMAS telah mendapati secara keseluruhan pensyarah-pensyarah berpendapat program perkembangan staf penting untuk meningkatkan profesioanlisme mereka. Manakala perlaksanaan program perkembangan staf adalah berada di tahap yang rendah. Selain itu sokongan terhadap program yang diberikan berada di tahap yang sederhana. Mohamad Saleh (2007) pula dalam kajian beliau mengenai Perlaksanaan Program Latihan Dalam Perkhidmatan Ke arah Pembangunan Profesional Pesyarah Politeknik telah mendapati pensyarah dapat membangunkan profesionalisme dari aspek pengetahuan adalah pada tahap kecenderungan min yang sangat tinggi manakala dari aspek kemahiran dan nilai murni adalah pada tahap kecenderungan min yang tinggi. Sorotan kajian oleh pengkaji-pengkaji luar negara seperti Darling-Hammond (2000), Cohen dan Hill (2001) dan Zatta (2003) telah mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam peperiksaan turut dipengaruhi oleh pengajaran guru dan program pembangunan staf yang dikuti oleh guru. diri yang tinggi. Peranan dan pelaksanaan sesuatu program latihan yang berasaskan kepada kompetensi bukan sahaja mengenal pasti pengetahuan, kemahiran, keupayaan untuk Guru-guru yang berkompetensi dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan dan tanggungjawab baru serta memiliki keyakinan

32

setiap jawatan, tetapi juga nilai dan ciri-ciri individu yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan efektif bagi membantu organisasi mencapai matlamatnya pada masa sekarang dan masa hadapan. 2.10 Kesimpulan Dalam bab ini telah dibincangkan konsep berkaitan dengan pelaksanaan program latihan dalam perkhidmatan ke arah pembangunan profesionalisme guru. Daripada kajian literatur yang dibincangkan dapatlah dirumuskan bahawa aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni berperanan sebagai petunjuk aras bagi pembangunan profesional guru. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting untuk diterapkan dalam semua program latihan untuk mengemaskini pengetahuan dan kemahiran di samping memupuk nilai murni di jiwa mereka. Sebagai pendidik sekolah, pengetahuan dan nilai murni atau sikap yang terpuji perlu menjadi contoh kepada pelajar. Berdasarkan huraian dan perbincangan di atas, pengkaji dapat memahami kajian ini dan dapat menghubungkaitkan kajian terdahulu mengenai peranan dan kesan program LDP dalam membangunkan profesionalisme guru. kajian seterusnya. Oleh yang demikian, maklumatmaklumat tersebut dapat dijadikan panduan kepada pengkaji untuk melaksanakan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan

33

kepada objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini dan merupakan faktor utama untuk mendapat keputusan yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi. Justeru perancangan yang sistematik perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang tepat. Kaedah yang dibincangkan adalah merangkumi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, alat kajian, pemboleh ubah kajian, kerangka operasi, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data secara kuantitatif. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A merupakan bahagian maklumat diri responden sementara bahagian B pula merupakan set soalan yang terdiri daripada tahap penguasaan guru-guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selepas program latihan dalam perkhidmatan. Kajian ini juga memfokus kepada faktor pengalaman mengajar dalam menentukan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selepas program latihan berasaskan sekolah. Responden diperlukan untuk melengkapkan borang soal selidik tentang latar belakang masalah dan beberapa aspek lain yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. Kesemua persoalan kajian yang dinyatakan di dalam bab satu digunakan untuk membentuk item-item soalan di dalam borang soal selidik. Borang soal selidik tersebut kemudiannya diedarkan kepada responden. Seterusnya, borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dianalisis oleh pengkaji menggunakan The Statistical Package For The Social Sciences (SPSS for window 97 Version 17.0). Maklumat yang diperolehi daripada analisis data ditukar

ke dalam bentuk perangkaan dan statistik. Keputusan akan dibincang dan dirumuskan bagi menerangkan keadaan sebenar permasalahan penyelidikan. 3.3 Kerangka Operasi Kajian

34

Kerangka operasi adalah diperlukan untuk memberi panduan kepada pengkaji dalam merancang dan menjalankan kajian. Kerangka operasi ini juga membantu dan memudahkan pengkaji dalam merancang langkah-langkah yang seterusnya yang harus dilakukan untuk mencapai objektif kajian. Rajah 3.1 menunjukkan kerangka operasi bagi kajian yang dijalankan.

35

Mula Mengenal pasti penyataan masalah dan kesesuaian persoalan kajian Mendapat maklumat menerusi bahan rujukan dan sorotan kajian lepas. Mengenal pasti responden dan instrumen kajian. Menyediakan Instrumen kajian

Mengubahsuai soalan soal selidik

Tidak

Kajian Rintis (Alpha Cronbach > 0.6)


Ya

Mengedarkan dan memungut soal selidik secara berkelompok daripada guru

Analisis data

Perbincangan, kesimpulan dan cadangan

Pembetulan dan Penghantaran laporan berjilid Tamat

Rajah 3.1:Kerangka Operasi Kajian

36

3.4

Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming di Johor

Bahru.

Faktor memilih tempat kajian adalah disebabkan pengkaji mengandaikan

dapatan kajian yang diperoleh dari responden di sekolah tersebut di atas secara tidak langsung dapat memberikan gambaran kepada keseluruhan sekolah SJKC di daerah Johor Bahru sahaja

3.5

Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Ping Ming, Johor Bahru.

Sampel kajian adalah daripada guru-guru yang telah

menghadiri program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sepanjang tahun 2009 hingga bulan Mei 2010. Justeru dalam kajian ini pengkaji memilih sampel berdasarkan kepada Sekaran (2003) yang menyatakan bahawa bilangan sampel yang lebih daripada 30 dan kurang daripada 500 adalah yang paling sesuai bagi kebanyakan kajian yang dilakukan.

3.6

Instrumen Kajian Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

berstruktur. Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada responden mengenai tahap pelaksanaan program latihan dalam perkhidmatan ke arah pembangunan profesional dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan objektif-objektif yang ingin dicapai. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Item soalan yang terkandung dibina sendiri oleh pengkaji dan sebahagiannya diadaptasi dari soal selidik yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Pengkaji tersebut adalah Nurul Huda Mohamad Saleh (2007) dan Mohd Nizam bin Mat Isa (2002).

37

3.7

Struktur Borang Soal Selidik Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data bagi

mencapai objektif yang ditetapkan.

Menurut Abdul Ghafar (2003), soal selidik

digunakan kerana ia merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan memerlukan masa yang sedikit untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan jenis soal selidik berstruktur yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Maklumat-maklumat yang terdapat dalam Bahagian A dan B secara terperinci adalah seperti berikut: (a) Bahagian A Item-item disediakan untuk mengetahui demografi guru iaitu sekolah, jantina, akademik tertinggi, bidang pengkhususan, dan tempoh masa menjadi guru. (b) Bahagian B Item-item disediakan untuk mengenal pasti program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dapat membina pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam profesion keguruan yang menyumbang ke arah pembanguann profesional guru. Terdapat 36 soalan yang telah disusun mengikut 3 aspek yang berlainan. Skala yang digunakan ialah Skala Empat Mata. Skala ini mengandungi empat nilai skor iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Kaedah pemberian skor bagi setiap item adalah ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1 : Pengkelasan Skala Empat Mata Skor 1 2 3 4 Tahap Kecenderungan Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Merujuk kepada Jadual 3.1, kesemua item menggunakan Skala Likert dengan tujuan untuk memudahkan para responden. Dengan penggunaan Skala Likert responden hanya perlu menandakan jawapan mereka tentang soalan berdasarkan satu

38

skala daripada ekstrem kepada yang lebih ekstrem (Abdul Ghafar, 2003). Skala Likert ini menyediakan pernyataan yang mempunyai skala daripada tiada persetujuan sehingga persetujuan. Pilihan Skala Likert dibahagikan kepada empat bahagian iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili tidak setuju, 3 mewakili setuju dan 4 mewakili sangat setuju. Berbeza dengan kajian-kajian lain, kajian ini tidak menggunakan skala 1 hingga 5 iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Ini adalah kerana menurut Mohd Taib (2002), empat Skala Likert adalah amat sesuai bagi mengelakkan responden mengambil jalan mudah dengan menjawab pada ruangan tidak pasti tanpa berfikir terlebih dahulu. Penggunaan jenis Skala Likert 1 hingga 5 hanya menyebabkan responden mengambil jalan mudah ketika menjawab soalan dan menjawab tidak pasti (skala 3) akan menyukarkan penganalisisan data. Terdapat tiga aspek yang dipertimbangkan bagi 36 item untuk mengenalpasti sejauhmana tahap pelaksanaan program latihan dalam perkhidmatan ke arah pembangunan profesional dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru. Tiga aspek tersebut ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Jadual 3.2 : Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian Bahagian Persoalan Kajian 1 2 B 3 Aspek Pengetahuan Pengkhususan Pengetahuan Teknologi Maklumat Pengetahuan Ikhtisas Kemahiran Teknikal Kemahiran Berfikir Kemahiran Sosial Nilai murni keadilan Nilai murni Berdikari Nilai murni Rasional Soalan 1-12 13-24 25-36

3.8

Kajian Rintis Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji kebolehpercayaan

setiap item dalam soal selidik dan menentukan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

39

akan memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi yang setara. Segala pandangan sama ada positif atau negatif yang diberikan oleh responden kajian rintis ini akan digunakan untuk memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam soal selidik kajian ini. Setiap item yang kabur, lemah dan sukar untuk dijawab oleh responden akan diperbaiki. Selain itu, kajian rintis juga dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan adalah untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut: (i) Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan dan item yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada pengkaji. (ii) Untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian, terutamanya dalam penggunaan istilah dan struktur ayat. (iii) (iv) Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami kehendak item. Membantu pengkaji menganggar masa yang sesuai bagi menjalankan kajian yang sebenar.

Kajian rintis akan dijalankan ke atas 10 orang guru dalam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Johor Bahru. Mereka dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang diuji. menjalankan analisis antara item soalan tersebut. Abdul Ghafar (2003) berpendapat, Alpha Cronbach merupakan coefficient atau tahap kesahan yang menunjukkan item-item kajian perhubungan antara satu sama lain. Sesuatu instrumen yang tahap kebolehpercayaannya tinggi mempunyai Alpha antara 0.8 hingga 1.0. Menurut Sekaran (2003) bahawa, kesahan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap lemah, 0.61 hingga 0.79 boleh diterima pakai dan melebihi 0.8 dikategorikan pada tahap tinggi. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 17 untuk menentukan nilai kebolehpercayaan. Setelah mendapat data, pengkaji

40

3.9

Prosedur Kajian Pengkaji telah menyediakan perancangan yang rapi bagi memastikan kajian

dapat dijalankan dengan lancar. Terlebih dahulu pengkaji mendapatkan kerjasama dan persetujuan daripada penyelia dan pensyarah-pensyarah yang akan menyemak instrumen kajian terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini. Selepas itu, pengkaji mengedarkan soal selidik kepada responden sebenar. 3.10 Tatacara Pengumpulan Data Pengkaji mendapat bantuan dari wakil sekolah iaitu guru penolong kanan sekolah atau guru penyelaras program latihan untuk memberi set-set soal selidik dan mengutip balik semua soal selidik yang diberikan mengikut bilangan guru di setiap sekolah yang dipilih sebagai responden kajian ini. Di samping itu set-set soal selidik yang dikumpulkan akan disemak untuk menentukan soalan-soalan yang dikemukakan dijawab mengikut arahan yang dikehendaki. 3.11 Analisis Data Data yang diperoleh diproses menggunakan program SPSS Versi 17. Statistik deskriptif digunakan untuk merumus dan menerangkan tahap pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan ke arah pembangunan professional dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru. Menurut Chua (2006) statistik deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel. Statistik deskriptif menggunakan petunjuk-petunjuk seperti min, sisihan piawai dan kekerapan. Daripada skor min yang diperoleh melalui penganalisisan data bagi setiap item, pengkaji menggunakan Jadual Tahap kecenderungan Min yang diubah suai daripada Jemaah Nazir Sekolah (2004) seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.3. Jadual 3.3 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Nilai Skor Min Nilai Min 1.00 - 1.75 1.76 - 2.50 Tahap Kecenderungan Min Sangat Rendah Rendah

41

2.51 - 3.25 3.26 - 4.00

Tinggi Sangat Tinggi

Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, kaedah statistik yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah ujian-t sampel tidak bersandar. Kaedah ini dipilih kerana bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam kalangan guru-guru di SJKC berdasarkan pengalaman mengajar. Menurut Hashim, (2001), ujian-t sampel tidak bersandar boleh digunakan untuk membandingkan skor min bagi dua kumpulan individu yang berbeza daripada aspek pengalaman mengajar kurang daripada 15 tahun dan 16 tahun ke atas. Dalam perisian SPSS, analisis bagi pengujian hipotesis adalah menggunakan aras signifikan, iaitu pada aras 0.05. Untuk menentukan hipotesis kajian diterima atau tidak boleh diterima. yang diperolehi daripada analisis dapatan kajian berdasarkan ujian-t sampel tidak bersandar dibandingkan dengan aras signifikan 0.05. Jika nilai yang diperolehi adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak manakala jika nilai yang diperolehi adalah lebih besar dari 0.05, maka hipotesis nul diterima (Chuah, 2006). Secara keseluruhan, kaedah menganalisis data bagi setiap bahagian dalam borang soal selidik dirumuskan dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Kaedah analisis data Bahagian Bahagian A Perkara Analisis Data Latar belakang responden atau Kekerapan(mode) demografi responden peratusan Tahap pembangunan profesional Skor min dan tahap Tahap pembangunan profesional Ujian-t sampel Bahagian B antara guru-guru SJKC yang bersandar.

dan

tidak

42

berpengalaman mengajar kurang daripada 15 tahun dan 16 tahun ke atas.

3.12

Penutup Metodologi kajian yang digunakan dapat membantu menghasilkan kajian yang

lebih sempurna dan membuahkan dapatan yang lebih tepat. Ini merupakan satu bentuk panduan yang dapat memberikan hala tuju ke arah proses kajian yang sistematik dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai