Anda di halaman 1dari 15

AHMAD SHABRI BIN MOHD MASYARAKAT DAN TAMADUN

790719115159001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

790719115159001 0129572404 ahmadks@oum.edu.my

790719-11-5159

PUSAT PEMBELAJARAN

PP TERENGGANU

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

ISI KANDUNGAN

Muka surat 1. PENGENALAN 1.1 Definisi Tamadun


1.2 Definisi Budaya

2
2

1.3 Hubungan Tamadun Dengan Budaya

2. FUNGSI BUDAYA
2.1 Budaya Sebagai Suatu Hubungan Pedoman Antara Kelompok Manusia 2.2 Budaya Sebagai Wadah Untuk Menyatakan Perasaan, Ritual dan Kehidupan Lainnya 2.3 Budaya Sebagai Ukuran Kebesaran / Kepahlawanan / Kasta 2.4 Budaya Sebagai Mekanisme Stabiliti.

7 9 11 12

2.5 Budaya Sebagai Identiti 2.6 Budaya Sebagai Alat Kawalan Sosial.

3. KESIMPULAN 4. RUJUKAN 2

12 14

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

1. PENGENALAN 1.1 Definisi Tamadun Perkataan tamadun sering digunakan unutk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun (civilization) Barat pada masa kini. Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam Bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti1. Daripada pandangan umum dan dua perspektif yang berbeza di atas jika digabungkan bolehlah kita takrifkan tamadun sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau Negara bangsa.

1.2 Definisi Budaya Istilah budaya atau kebudayaan pula adalah berasal daripada perkataan sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam skop yang lebih lagi luas, ia memberi maksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi" yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Chandra Muzaffar et al (2004). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg.5

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif2.Budaya atau kebudayaan juga disebut di dalam Bahasa Inggeris sebagai culture yang diceduk dari bahasa asalnya iaitu bahasa Latin yang berbunyi colore. Colore pula memberi makna menanam atau mengerjakan. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni3 The American Herritage Dictionary mendefinisikan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan dari pola perilaku yang dikirimkan melalui kehidupan sosial, seniagama, perlembagaan dan peraturan, dan semua hasil kerja dan pemikiran manusia dari suatu kelompok manusia. Koentjaraningrat seorang ahli sosilogi Indonesia sementara itu memberi komentar bahawa budaya adalah keseluruhan sistem gagasan tindakan dan hasil karya manusia dalam rangka kehidupan masyarakat yang dijadikan milikan diri manusia dengan cara belajar Andreas Eppink pula menyatakan bahawa budaya mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama, dan lain-lain, juga segala pernyataan intelektual dan kesenian yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.

Edward Burnett Tylor pula berpendapat bahawa budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila,
2

Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat. Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. 2006. Bandung:Remaja Rosdakarya.hal.25 3 Human Communication: Konteks-konteks Komunikasi

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat Dari berbagai definisi yang telah disebutkan di atas, dapat diperolehi pengertian budaya itu adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam fikiran manusia, sehingga dalam kehidupan seharian dan budaya itu sendiri adalah bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, agama, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.

1.3 Hubungan Tamadun dengan Budaya Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya mesyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggu sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang merupakan cirri-ciri kehidupan bertamadun.

2. FUNGSI BUDAYA

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Setiap benda atau perlakuan samada yang bersifat maujud atau abstrak mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Seperti gelas berfungsi untuk minum, dan minum berfungsi untuk memberi tenaga dan mengekalkan air dalam badan supaya sihat, begitu juga dengan budaya, bahkan budaya mempunyai banyak fungsi untuk dibincangkan. Sebagai sesuatu yang kompleks, yang mencangkupi ruang lingkup yang menyeluruh, baik samada pengetahuan, tatakerja, bahasa seni dan sebagainya sudah semestinyalah budaya itu mempunyai pelbagai fungsi untuk sama-sama digali cari.

2.1 Budaya Sebagai Suatu Hubungan Pedoman Antara Kelompok Manusia Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat4 atau kelompok manusia. Ini bermakna ahli-ahli dalam satu kelompok atau tatanan masyarakat masing-masing sudah sedia maklum tentang maksud sesuatu benda, gagasan atau perlakuan dalam konteks budaya tersebut. Kita akan berasa selamat jika kita berupaya menjangkakan tindakan anggota-anggota masyarakat yang lain dalam kelompok kita. Sebagai contoh masyarakat Arab sesama lelaki dan sesama perempuan dari dulu hingga sekarang mengamalkan budaya berpelukan apabila berjumpa sesama mereka yang dikenali. Tidak cukup dengan itu sambil berpelukan mereka akan juga berlaga pipi. Perkara ini difahami oleh masyarakatnya sebagai tanda hormat dan hubungan keakraban. Walaupun praktik ini sekarang sudah pun mungkin menular ke masyarakat lain, namun ia tidak diamalkan secara menyeluruh kerana mungkin tidak diterima umum sebagai budaya kelompok masyarakat tersebut. Dan dengan sebab itu juga boleh timbul prejudis seperti mengaitkan perlakuan tersebut dengan hubungan gay atau lesbian. Hal ini berbeza dengan masyarakat arab yang sudah sekian lama memahami dan sebati dengan jiwa mereka.
4

Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et al. (2011). HBEF1503 Masyarakat Dan Tamadun. Selangor. OUM

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Jika kita lihat kepada budaya masyarakat Melayu di sini pula sebagai contoh, mereka mengamalkan adab bersalam ketika berjumpa. Perkara ini pula difahami antara orang melayu sebagai tanda penghormatan dan adab sopan. Sudah semestinya dalam konteks masyarakat melayu mereka tidak akan menjangkakan tangan yang dihulur itu bersifat kasar. Begitu pula dengan masyarakat Jepun yang menunduk ketika berjumpa sesama mereka. Semua ini adalah budaya yang telah mereka sedia maklum dan menjadi pedoman dalam hubungan mereka.

2.2 Budaya Sebagai Wadah Untuk Menyatakan Perasaan, Ritual dan Kehidupan Lainnya Tidak dapat dinafikan bahawa budaya juga berperanan untuk menyatakan sesuatu perasaan sesuatu kelompok manusia. Ini bermakna sesuatu kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain tidak semestinya menyatakan perasaan dengan cara yang sama. Masyarakat Pantai Timur Semenanjung, terutama di kawasan pantai Terengganu suatu ketika dahulu menjadikan apa yang dinamakan sebagai main pantai sebagai satu budaya. Main pantai diadakan sebagai menyatakan perasaan terima kasih masyarakat ketika itu kepada dewa-dewa laut dan permohonan selamat untuk mencari rezeki kerana punca pendapatan utama masyarakat di situ pada ketika dahulu adalah bergantung kepada laut. Pada musim tengkujuh, para nelayan dan pelaut tidak dapat kelaut, lalu mereka menanam padi. Hasil curahan hujan, mereka mula membendangi sawah. Dan setelah musim kemarau semula, padi sudah tersedia masak. Mereka akan mula berpesta tanda gembira kerana padi sudah masak dan laut sudah tidak lagi bergelora, untuk mereka kembali ke laut bagi mencari rezeki. Sebagai tanda terima kasih, gembira dan rasa ingin selamat mereka adakan upacara main pantai dengan menyerahkan padi dan beberapa alatan ritual lain kedalam laut. 7

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Di perkampungan Mayungsari, Kecamatan Bener Purworejo Indonesia pula, Masyarakat Dusun Ngipik mengadakan upacara Nyadran. Tradisi dan budaya yang dipanggil Nyadran ini diadakan pada hari khamis kedua bulan Syaaban. Ia adalah upacara ritual dan pemujaan di makam Mbah Sodong Joyo untuk menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada beliau. Mbah Sodong Joyo dipercayai adalah orang yang mula-mula membuka perkampungan Mayungsari dari keturunan masyarakat Dusun Ngipik beratusratus tahun dahulu. Di Jepun, satu perayaan disambut sehari sebelum hari pertama musim bunga. Selalunya perayaan ini disambut pada 3 atau 4 Februari5. Orang-orang Jepun membuang sejenis kacang (parched beans) di sekitar rumah mereka untuk membuang sial dan membawa kesejahteraan kepada ahli keluarga mereka. Perayaan ini juga dirayakan di tempat ibadat Shinto. Walaupun masyarakat Jepun dikatakan antara masyarakat termaju di dunia, namun sehingga sekarang majority masyarakatnya masih mengamalkan budaya tersebut. 2.3 Budaya Sebagai Ukuran Kebesaran / Kepahlawanan / Kasta Sebagaimana yang dimaklumkan diawal tugasan ini, bahawa budaya mesyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Orang dibandar dikatakan lebih bertamadun daripada orang-orang di kampung-kampung. Begitu juga golongan bangsawan dikatakan lebih urban, membangun dan bertamadun jika dibandingkan dengan golongan rakyat biasa biarpun warga di bandar adalah masyarakat, kaum dan suku yang sama dengan di kampung atau golongan bangsawan adalah masyarakat yang sama dengan golongan awam. Ini bermakna dalam sesebuah masyarakat sendiri, wujud budaya yang berbeza yang berfungsi mengukur kedudukan ahli masyarakat tersebut. Contoh yang mudah di ambil ialah budaya kerabat di raja Melayu adalah berlainan dengan masyarakat awam melayu.
5

Azhar Mad Aros. (2004). Tamadun Jepun. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1),pg. 408.

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Kerabat di Raja Masyarakat Melayu terutama pada zaman dahulu menggunakan bahasa istana iaitulah bahasa, perkataan, ungkapan dan istilah yang berlainan dengan masyarakat melayu umum walaupun dari segi erti adalah sama. Sebagai contoh kata ganti diri Beta, baginda berlainan dengan masyarakat awam yang menggunakan saya, hamba, dia, beliau dan sebagainya. Walaupun tiada undang-undang bertulis yang mengesahkan bahawa Raja-Raja tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan yang orang awam guna, tetapi kerana ia telah menjadi adat dan budaya maka itulah bahasa yang digunakan oleh kerabat-kerabat diraja. Begitu juga dalam cara berpakaian, contohnya dalam urusan-urusan rasmi RajaRaja Melayu, mereka berpakaian kuning sebagai lambang kebesaran sistem Raja Berdaulat dan rakyat biasa dengan sendiri akan faham bahawa mereka tidak sepatutnya memakai pakaian berwarna kuning ketika menghadiri majlis-majlis keramaian dan keraian serta majlis-majlis rasmi yang melibatkan Raja atau Sultan. Selain daripada itu, masyarakat melayu zaman dahulu kala, membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa dengan melihat kepada keris yang dibawa. Keris-keris golongan bangsawan dikatakan mempunyai saiz yang agak panjang dan bilangan luk yang lebih banyak serta hulu yang cantik dan nampak mahal. Diantara rakyat pula boleh dibezakan daripada yang membawa keris dengan yang tidak membawa keris yang bermaksud yang tidak membawa keris adalah golongan yang daif tahap ekonomi dan kedudukannya disisi masyarakat. Dari segi budaya seni juga boleh diperhatikan perbezaan antara golongan istana dan rakyat. Sebagai contoh, muzik dan tarian Gamelan Melayu hanya dikhaskan untuk tontonan-tontonan golongan-golongan istana sahaja dan bersifat eksklusif, manakala seni budaya untuk rakyat adalah tarian lain seperti muzik serta tarian dari Rodat dan Rarian Saba di Terengganu, Makyong di Kelantan dan sebagainya. Pada Akhir-akhir ini barulah

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

tarian Gamelan Melayu di pertontonkan kepada umum dan dipelajari oleh orang-orang kebanyakkan setelah lama Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mariam mangkat.6 Di Utara India, hasil pertembungan budaya orang-orang Arya dan penduduk tempatan maka terhasillah satu budaya baru yang melibatkan institusi sosial yang membahagikan kelas yang dipanggil kasta. Kelas dan sistem social ini didapati sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM-1000SM)7 dan dipelihara Pemerintah India sehingga sekarang. Kelas Sosial ini dibahagikan kepada lima iaitu kelas pertama Brahmin iaitu golongongan guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara kuil, golongan terpelajar dan lain-lain. Kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan Negara; ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian; keempat, Shudra yang berkhidmat kepada ketiga-tiga kelas di atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang Varna. Penduduk tempatan (orang asal) yang menjalankan aktiviti pertanian digolongkan kepada kelas empat dan orang orang yang dibuang daerah serta kelompok masyarakat dilabelkan kepada tingkat yang paling bawah , tambahan kepada tiga sistem kelas sedia ada orang-orang Arya pada ketika itu iaitu Varna. Sesudah ditambah dua lagi kelas tersebut ia ditukar kepada konsep Caturvarna.Amalan ini menjadi budaya turun temurun di dalam masyarakat India Utara.

2.4 Budaya Sebagai Mekanisme Stabiliti. Budaya boleh berfungsi sebagai alat penyatuan ras dan etnik. Melalui proses asimilasi dan perkongsian budaya, satu kaum dengan kaum yang lain boleh hidup dalam satu masyarakat dan kelompok manusia, tanpa ada konflik. Bahkan budaya dominan yang memberi manfaat kepada tatahidup, cara berfikir, akitiviti kesenian yang menarik dan peningkatan ekonomi boleh mempengaruhi budaya setempat yang sedia ada dan dibangunkan untuk kepentingan bersama.

Hj Ahmad Omar bin Hj Ibrahim. (2005). Joget Gamelan Terengganu & Pahang. Kuala Lumpur. Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara. 7 G. Sivapalan. (2004). Tamadun India. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg. 254

10

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Sebagai contoh apa yang terjadi kepada Korea semasa Zaman Neolitik (sehingga kurun ke 10 SM) . Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa era tersebut mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi Liaoning dan Shandong, China. Walau bagaimanapun orang korea adalah orang yang berlaianan ras dan bahasa dengan orang Cina. Pada Zaman Dinasti Shang (kk kurun ke 16SM ke 11SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai sebuah kawasan dan entiti yang tersendiri8. Selain aktiviti perdanganngan terdapat juga orang-orang Cina yang migrasi ke Korea sebagai kerana melarikan diri dari peperangan dan mencari suaka politik. Wiman, iaitu seorang pelarian politik Cina dikatakan pernah memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2 Sebelum Masihi. Tiga buah negeri berbentuk sukuan iaitu Koguryo, Paekche dan Silla yang masingmasing telah menyatukan sebilangan puak-puak muncul di antara kurun pertama hingga ke enam Masihi. Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar-besaran oleh setiap negeri sukuan ini. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah Negara berfahaman Konfusianisme semasa Dinasti Li (1392-1910) yang memerintah seluruh Semenanjung Korea. Dari Dinasti Sui sehingga Dinasti Qing (5811911), interaksi antara Cina dan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Hal ini adalah kesan daripada kesamaan budaya yang diamalkan diantara kedua-dua buah Negara. Konfusianisme dan Buddhisme adalah antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea. Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi social, budaya dan politik Cina diterima bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat korea. Buddhisme di Korea pula merupakan agama yang telah ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Sebagaimana Konfusianisme, Buddhisme juga di sambut baik dan berkembang pesat di Korea.

Cheng Gek Nai. (2004). Interaksi Budaya Cina Dengan Kawasan Bulatan Budaya. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, volume 4 (1), .pg. 334

11

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

2.5 Budaya Sebagai Identiti Selain daripada fungsi-fungsi yang telah disebutkan terdahulu, budaya juga berperanan untuk menunjukkan identiti sebuah masyarakat. Budaya setempat dalam satu kelompok masyarakat mungkin dianggap tidak sopan pada pandangan masyarakat lain. Namun setelah keberadaan manusia menuju abad ke 21 ini, telah menunjukkan bahawa kebanyakan anggota sesebuah masyarakat telah boleh menerima budaya dari masyarakat lain sebagai hormat sesama manusia walaupun budaya itu tidak diamalkan dalam masyarakatnya. Melalui budaya, kita mudah menidentifikasikan masyarakat. Kita boleh mengetahui identiti masyarakat dari cabang budayanya seperti seni, cara berpakaian dan sebagainya. Melalui seni muzik dan budaya serta seni pertahanan diri contohnya, orang akan tahu bila melihat Tarian Singa atau Naga, yang itu adalah masyarakat Cina, Tarian Hula-Hula; masyarakat Hawaii, gambus masyarakat Arab, Gamelan Indonesia-Malaysia, piano eropah, Capoeira Brazil, Tomoi-Siam, Silat Tanah Melayu- Indonesia, Kungfu Cina, dan sebagainya. Melalui cara berpakaian seseorang anggota masyarakat pula kita dapat mengetahui bahawa pakaian Cheongsam adalah dari masyarakat Cina, Jubah dari masyarakat Arab, Baju Melayu dan Kurung; masyarakat melayu, Destar dan Kebaya; masyarakat Jawa, Sari dari India, Batik; Indonesia dan sebagainya.

2.6 Budaya Sebagai Alat Kawalan Sosial. Sosialisasi ialah proses di mana nilai-nilai budaya diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Nilai-nilai budaya ini pula akhirnya akan menjadi satu norma yang menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya, ibu bapa Melayu pada suatu masa dahulu akan merasa sedih dan malu jika anak-anak mereka tidak mahu mengaji Al-Quran dengan guru Al-Quran kampong mereka. 12

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Ini kerana budaya dan tradisi kampong melayu, anak-anak kecil akan pergi belajar mengaji Al-Quran di surau-surau atau di rumah-rumah guru Al-Quran. Dalam adat resam keluarga diraja Jepun sejak empayar Jepun telah diasaskan pada tahun 660 SM, iaitu pada Zaman Yayoi., Maharaja atau Maharani yang menaiki takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu Negara (pusat kerajaan) dan ini merupakan suatu budaya dan tradisi penting. Budaya ini terus di amalkan setiapkali Maharaja dan Maharani baru menaiki tahkhta sehinggalah pada tahun 710 Masihi apabila Maharani Gemmyo mula berani mendirikan ibu kota yang tetap di Nara. Perkara berpindah tempat ini adalah budaya yang membentuk kawalan sosial supaya perbuatan tidak berpindah itu menjadikan anti masyarakat.

3. KESIMPULAN

Setelah di teliti dari semua aspek, bermula daripada hubungkait budaya dengan tamadun sehingga kepada definisi yang pelbagai dan akhirnya kepada fungsi-fungsi budaya yang telah diutarakan, maka nyatalah kewujudan budaya itu sangat penting dan memberi makna yang besar kepada umat manusia pelbagai ras dan etnik. Ini kerana, dengan budayalah maka sesebuah masyarakat itu menjurus kepada kehidupan yang bertamadun. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa ketinggian budaya dengan sendirinya akan dapat mewujudkan sebuah persekitaran masyarakat yang harmoni. Dapat juga disimpulkan di sini bahawa budaya itu dapat dipelajari. Apa yang terjadi hasil daripada interaksi budaya sebagaimana contoh interaksi budaya antara orang-orang Cina dan Korea, atau interaksi antara orang-orang Arya dan penduduk asal India bahkan antara pelbagai ras dan etnik yang mana budaya menjadi penghubung antara kaum untuk pinjam meminjam budaya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk menjalani dan mendepani hidup supaya lebih baik.

13

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

Bilamana budaya berfungsi sebagai mekanisme perpaduan, maka dengan sendirinya ia menunjukkan sesuatu yang amat penting untuk dipelajari khususnya di dalam masyarkat majmuk seperti Malaysia, dan antara masyarakat-masyarakat lain amnya. Oleh kerana kita, baik dari komuniti, masyarakat yang sangat pelbagai, tetapi kita hanya berkongsi satu bumi yang sama. Oleh itu wajarlah untuk semua umat manusia cuba memahami dan belajar atau sekurang-kurangnya menghormati budaya yang diamalkan sesuatu masyarakat untuk mengelak persengketaan. Daripada budaya juga kita faham, bahawa bilamana budaya itu mempunyai sesuatu nilai yang tinggi maka budaya itu akan bertukar menjadi norma dalam masyarakat. Dan perlulah diingat bahawa norma-norma itu adalah satu alat kawalan social yang sangat efektif dalam menjaga hubungan dalam sesuatu kelompok masyarakat samada norma itu asal muasalnya bersilah daripada agama, seni, cara pemikran dan sebagainya.Norma-norma yang baik ini akan menjadi budaya yang boleh ditiru oleh kelompok yang lain sehingga akhirnya dapat mewujudkan masyarakat yang besar yang boleh kita katakan Tamadun Manusia.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

14

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF1503

1. Azhar Mad Aros. (2004). Tamadun Jepun.Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg. 408 2. Chandra Muzaffar et al (2004). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg.5 3. Cheng Gek Nai. (2004). Interaksi Budaya Cina Dengan Kawasan Bulatan Budaya. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg. 334 4. Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat (2006). Bandung:Remaja Rosdakarya Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya, pg.25 5. Ferraro, Gary. (2006). Cultural Antroplogy: Cultural Anthropology: An Applied perspective (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth. 6. G. Sivapalan et al. (2004). Tamadun India. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg. 254 7. Hj Ahmad Omar bin Hj Ibrahim. (2005). Joget Gamelan Terengganu & Pahang. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara. 8. Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et al. (2011). HBEF1503 Masyarakat Dan Tamadun. Selangor: OUM 9. Berbagai Budaya Lokal: Pengaruh Budaya Asing dan Hubungan Antar Budaya. 28/10/2011. From http://ilmuwanmuda.wordpress.com

15