Anda di halaman 1dari 9

MODEL ASSURE A ( Analisis Pelajar )

HURAIAN Ciri-ciri umum Pelajar tahun 3, bilangan murid seramai 25 orang, Mata Pelajaran Matematik, tajuk adalah bentuk 3D Prisma Taraf sosioekonomi : Murid-murid luar bandar Murid-murid mempunyai tahap bacaan yang baik dan dapat menguasai subjek Matematik dengan baik Murid kurang didedahkan dengan perisian-perisian komputer Aliran : Perdana Jantina : 12 lelaki, 13 perempuan Budaya : Pelbagai (masyarakat majmuk : Melayu, Cina dan India) Kompetensi umum Pengalaman sedia ada murid : pernah didedahkan dengan bentuk 3D semasa di Tahun 2. Murid pernah didedahkan dengan ciri-ciri bentuk asas 3D seperti kubus dan kuboid semasa di Tahun 2. Murid mempunyai pengetahuan untuk menggunakan perisian yang telah ditetapkan tetapi tidak mahir sepenuhnya. Gaya pembelajaran Spatial Murid mudah dan lebih bermotivasi untuk mengetahui isi pelajaran dengan melihat paparan gambar-gambar yang disediakan

Muzik Murid akan lebih mudah mengingati jenis-jenis, bentuk-bentuk dan ciri-ciri prisma 3D dengan adanya audio dan video yang disediakan Intrapersonal Murid dapat memperbaiki kemahiran komunikasi bersama rakan dan guru ketika perbincangan dan sesi soal jawab Verbal-linguistik Murid dapat meningkatkan kosa kata yang berkaitan Prisma 3D S ( Nyatakan Objektif ) Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, muridmurid dapat :i. Mengenalpasti nama-nama dan bentuk-bentuk prisma 3D setelah mendengar audio dan melihat video yang disediakan sekurangkurangnya 2 daripada 3 bentuk dengan tepat dan betul. ii. Menamakan bentuk-bentuk prisma yang telah dikenalpasti dalam lembaran kerja yang diberikan dengan ketepatan minimum 85% dalam kumpulan berlima iii. Mengenal pasti ciri-ciri prisma 3D melalui paparan Ms Power Point yang disediakan dengan ketepatan minimum 85% iv. Melabel ciri-ciri prisma 3D pada bahan prisma 3D yang disediakan dengan sekurangkurangnya 7 daripada 9 dengan tepat dan betul. S ( Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan ) Penentuan Kaedah Kaedah kuliah : Faktor kaedah ini dipilih adalah kerana

ia dapat menyampaikan maklumat yang banyak dalam tempoh 1 jam dan dapat membangkitkan minat murid dalam tajuk 3D Prisma ini Guru menerangkan dan menyampaikan isi-isi pengajaran melalui perisian Ms Power Point dan grafik yang digunakan Perbincangan : Merupakan salah satu kaedah yang berorientasikan murid dan boleh dilaksanakan dalam satu kumpulan besar dimana guru menjadi fasilitator untuk membimbing murid-murid berbincang Murid-murid berbincang bersama rakan-rakan dalam kumpulan berlima untuk melabel ciri-ciri prisma yang disediakan Pembelajaran koperatif : Kaedah ini dipilih kerana membolehkan murid-murid berkongsi idea, saling membantu dalam kumpulan dan bertanya sesama sendiri dahulu sebelum merujuk kepada guru Murid bekerjasama menyelesaikan tugasan melabel ciri-ciri prisma. Murid-murid menyenaraikan bentukbentuk prisma yang terdapat di persekitaran mereka dalam kumpulan\

Kaedah latihan : Kaedah ini dipilih kerana dapat meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman murid-murid mengenai bentuk 3D prisma Murid menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja yang disediakan secara individu Pemilihan format media Pemilihan Grafik : Grafik digunakan semasa set induksi untuk menarik perhatian murid dan dapat memotivasikan murid sebelum meneruskan isi-isi pembelajaran untuk tajuk tersebut. Murid dapat mengimbas kembali bentuk-bentuk 3D yang telah dipelajari semasa di Tahun 2 Grafik tersebut akan digunakan oleh murid untuk mencari objek 3D yang tersembunyi. Pemilihan Ms Power Point Penyampaian guru akan lebih menarik dengan adanya bantuan perisian tersebut Murid akan lebih fokus terhadap pengajaran guru dan memahami dengan lebih mudah Ms Power Point digunakan oleh guru untuk menerangkan nama-nama,

bentuk-bentuk dan ciri-ciri prisma Pemilihan audio : Audio digunakan untuk menarik minat murid dan mengasah kemahiran mendengar mereka untuk mengenalpasti jenis-jenis bentuk yang disebutkan Murid akan lebih memahami isi pengajaran dengan adanya aktiviti pengukuhan berdasarkan audio yang didengari. Cerita bertajuk Si Bulat dan KawanKawannya didengarkan kepada muridmurid Pemilihan Ms Word ( lembaran kerja ) Ms Word digunakan untuk membuat lembaran kerja kerana ia merupakan salah satu perisian perkataan yang mudah digunakan Lembaran kerja digunakan untuk aktiviti audio dan murid-murid akan menjawab soalan dalam lembaran kerja tersebut Pemilihan video : Video dipilih sebagai salah satu sumber pengajaran kerana mampu menarik minat muri-murid untuk melihat paparan gambar dan lirik lagu yang disediakan. Video digunakan untuk aktiviti pengayaan yang bertajuk Prisma

Pemilihan bahan sumber : Semua bahan sumber pengajaran direka bentuk melalui kreativiti guru sendiri

U ( Menggunakan media dan bahan )

Semak, pratonton atau kaji bahan Guru menyemak semua bahah sumber pengajaran sebelum digunakan dalam kelas supaya ia berfungsi dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas Grafik : Direka menggunakan Adobe Photoshop Gambar tersebut dimuat turun daripada laman sesawang Guru memaparkan grafik semasa set induksi Murid-murid dikehendaki mencari objek 3D yang tersembunyi dalam grafik Ms Power Point : Direka hasil kreativiti guru Digunakan untuk menerangkan konsep objek 3D Prisma dalam langkah pertama RPH Gambar dimuat turun daripada laman sesawang Murid mendengar penerangan guru dan melihat paparan Ms Power Point Audio : Direka menggunakan perisian Audacity Lagu dimuat turun daripada laman sesawang

Suara dirakam menggunakan suara guru sendiri Murid-murid dikehendaki mendengar dengan teliti audio yang diperdengarkan dan kemudian menjawab soalan

Ms Word (lembaran kerja) Lembaran kerja dihasilkan menggunakan Ms Word Soalan-soalan direka dan dihasilkan oleh guru Murid dikehendaki menjawab soalan secara individu Video : Video dihasilkan menggunakan perisian Windows Movie Maker Audio yang disepadukan dalam video dihasilkan menggunakan perisian Audacity Rakaman menggunakan kamera digital guru Bahan 3D dihasilkan menggunakan kreativiti guru Video digunakan dalam bahagian pengayaan Murid menyanyikan lagu tersebut mengikut seni kata yang dipamerkan Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber Susun atur kerusi dalam bentuk bulatan untuk

memastikan murid dapat mendengar audio dengan jelas. Pembesar suara diletakkan ditengah-tengah. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat bersama Set induksi menggunakan grafik dan dipaparkan kepada murid untuk menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap tajuk yang bakal dipelajari. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid Guru memfokuskan strategi berpusatkan bahan menggunakan kaedah kooperatif untuk menyediakan pengalaman pembelajaran bagi murid R ( Mendorong penglibatan pelajar ) E ( Menilai dan menyemak ) Menilai pencapaian murid : Murid bersama guru membincangkan jawapan bagi soalan-soalan dalam lembaran kerja yang selepas audio diperkenalkan Murid dinilai ketika melabel ciri-ciri bentukbentuk 3D Prisma Menilai media : Murid menilai media yang disediakan oleh guru melalui soal jawab dengan guru Murid menilai media dengan memberikan bintang terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Refleksi kendiri : Guru menilai pencapaian diri dengan menulis refleksi kendiri mereka.

Anda mungkin juga menyukai