Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar. 2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar. 3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. 4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. 5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum. 6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. 7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun. 8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Penguasaan kemahiran merancang rancangan kerja berdasarkan;

Penelitian dan Pentafsiran Sukatan Pelajaran;

Guru pelatih haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran. Antaranya adalah;

Unit-unit pembelajaran Objektif-objektif pengajaran Kemahiran-kemahiran yang ingin dicapai Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang bersesuaian Sumber serta bahan pengajaran Penyediaan Rancangan Mengajar

Komponen-komponen Persediaan Mengajar PERSEDIAAN - butir-butir am pengetahuan lepas kemahiran objektif pelajaran penggabungjalinan sumber pengajaran pembelajaran penerapan nilsi

PENYAMPAIAN Set Induksi - Perkembangan isi pelajaran - kemahiran - strategi pengajaran - pembelajaran - penerapan nilai - penggunaan sumber PENUTUP - cara penutup - aktiviti susulan - penilaian objektif - rumusan / kesimpulan - pengubahsuaian

NOTA TAMBAHAN
5.1 Penyediaan Rancangan Kerja Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan Bantu mengajar agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan 5.2 Pentafsiran Sukatan Pelajaran 1.Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi susunan topiktopik yang disediakan untuk sesuatu matapelajaran. Ia mempunyai objektif pengajaran pembelajaran yang tersendiri 2. Sukatan pelajaran disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK). Dalam sukatan pelajaran, diperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahirankemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap matapelajaran. 3. Sukatan pelajaran akan menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam tahap satu dan dua. 4. Berdasarkan sukatan pelajaran dan buku panduan khas, seorang guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang optimum

5.3 Penyediaan Rancangan Kerja 1.Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun 2.Rancangan kerja disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula 3. Kepentingan Rancangan kerja ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur 4. Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut:

Semester

Minggu

Tajuk

Kemahiran

Penerapan Nilai

5. Rancangan kerja semester pula dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

6. Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu

7. Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut:

Minggu

Kemahiran

Isipelajaran

Aktiviti Bahan pengajaran danMengajar pembelajaran

Bantu

8. Rancangan Kerja Harian Rancangan Kerja Harian ini merupakan rancangan kerja minggguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian 9. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut:

a)

kemahiran yang hendak dikuasai

b) catatan isi pelajaran c) aktiviti pengajaran dan pembelajaran

d) alat/bahan/catatan 10. Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut:

Hari

Kemahiran

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaranpembelajaran

Alat/bahan

5.4 Penyedian Rancangan Mengajar

1.Persediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada: a) Butiran am

b) Tajuk pelajaran c) Objektif

d) Kemahiran e) f) g) h) i) j) Bahan bantu mengajar Pengetahuan sedia ada Penerapan ilmu Penerapan nilai Set induksi Teknik Mengajar

k) l) m)

Langkah perkembangan Penutup Tindakan susulan