Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PERMAINAN

NAMA :

MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI

KELAS :

PISMP SEM 5 PK 1

Saya agak berpuas hati dengan pertandingan yang kami laksanakan pada kali ini. Karnival permainan tradisional ini amat menyeronokkan. Walaupun pada awal saya ragu-ragu samada permainan saya dapat berjalan lancar. Memang ada gangguan sedikit sewaktu pertandingan. Namun ia adalah perkara biasa. Sewaktu pertandingan dilaksanakan, ada beberapa kelemahan yang perlu saya perhatikan. Saya agak terkilan dengan penyokong dari sesetengah kelas yang mempertikaikan peraturan yang telah kumpulan saya laksanakan. Penyokong terlalu beremosi kerana tak berpuas hati dengan perserta dari kumpulan lain dan mula mengganggu permainan. Pada awal saya hanya cuba dengar cadangan mereka. Namun apabila keadaan mula tidak terkawal saya mengingatkan mereka bahawa saya adalah pengadil dan segala peraturan adalah tetap. Tiada penambahan atau perubahan kepada pertandingan dan para penyokong diminta memberikan kerjasama. Saya melihat bila satu-satu pertandingan diadakan, para penyokong akan mula melibatkan emosi apabila melihat pihak lawan mempunyai kelebihan. Mereka akan mempersoalkan kelebihan pihak lawan dan minta pengadil mengambil tindakan bagi memastikan kelebihan dipihak mereka. Tapi saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta. Mereka sesungguhnya bermain dengan semangat kesukanan. Mereka tidak dikaburi dengan ganjaran atau hadiah. Cuma bermain demi keseronokkan. Ini adalah satu perkara yang baik, permainan tidak seharusnya dikuasai emosi kerana kalah menang bukan sebagai satu faktor utama.

Namun segalanya berjalan lancar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan walaupun terdapat sedikit masalah pada awalnya berakhir dengan baik. Pelbagai emosi telah terhasil di dalam karnival ini, memori dan pengalaman baru telah terhasil. Semoga perkara yang baik berterusan dan perkara yang buruk dilupakan serta ditinggalkan. Persediaan tempat untuk pertandingan juga amat memuaskan. Kumpulan saya amat memberi kerjasama dan melaksanakan tugas mereka dengan baik. Saya cukup gembira untuk melaksanakan tugas yang sama dengan mereka dimasa hadapan. Semoga segala jasa baik mereka dapat dibalas dengan baik olehNya.

REFLEKSI JAWATANKUASA DOKUMENTASI & TUGAS-TUGAS KHAS

NAMA :

MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI

KELAS :

PISMP SEM 5 PK 1

Sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi dan tugas-tugas khas memang ia satu tanggungjawab yang berat. Saya merasakan pembahagian tugas untuk karnival kali ini memang agak memeningkan. Memandangkan setiap kelas melantik jawatankuasa sendiri, jadi terdapat perbezaan bilangan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh setiap kelas. Apabila dilaksanakan pembahagian tugas antara kelas, ada kelas yang tiada wakil dan ini amat menyukarkan kumpulan yang terpaksa menanggung pelbagai tugas lain. Persediaan tempat adalah amat meletihkan, pelbagai perkara terpaksa difikirkan bagi memastikan perjalanan karnival berjalan dengan lancar. Segala tindakan yang hendak diambil hendaklah diminta persetujuan dari orang ramai terlebih dahulu. Saya agak terkilan dengan sikap beberapa pihak yang membuat keputusan tanpa mengambil kira keadaan dan kesukaran yang akan menimpa pihak lain. Walaupun saya sebagai ahli di dalam jawatankuasa dokumentasi dan tugastugas khas, namun saya juga terlibat di dalam perlbagai jawatankuasa lain. Yang cukup menyedihkan apabila terdapat segelintir ahli kelas lain tidak melaksanakan tugas mereka dengan sejujurnya. Saya dibiarkan keseorangan memasang perhiasan di dalam dewan apabila ada ahli dari kelas lain yang sebenarnya terdiri dari jawatankuasa persiapan tempat melarikan diri dari tanggungjawab. Mereka hanya mementingkan persediaan tempat mereka sahaja, selepas selesai mereka terus keluar dari dewan. Saya harap mereka sedar akan kesilapan mereka dan tidak mengulangi sikap seperti ini di masa hadapan. Walaupun segelintir bersikap demikian, apa yang pasti ramai yang komited dengan tugas mereka. Saya cukup gembira dengan kerjasama dan kerajinan rakan-rakan saya melaksanakan tugas mereka dengan terbaik.

Sesungguhnya saya amat gembira dengan perlaksanaan pertandingan ini. Segalanya telah berjalan dengan lancar namun masih ada kesilapan-kesilapan kecil yang perlu diberi perhatian pada masa hadapan. Banyak yang telah saya pelajari untuk pengurusan karnival ini pada kali ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi bakal menjadi sesuatu yang berguna untuk saya pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai