Anda di halaman 1dari 24

BENGKEL PENULISAN KARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PERMASALAHAN DALAM PENULISAN Karangan merupakan satu daripada bahagian

penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat rendah atau pun menengah. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam bahasa Melayu. Berdasarkan masalah tersebut bahagian ini cuba untuk menghuraikan permasalahan dalam penulisan karangan peringkat menengah rendah 1. Pembinaan ayat Ayat tidak gramatis. Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat) Ayat-ayat yang terdapat unsur lewah Kesalahan dalam penggunaan laras bahasa Pelajar tidak mahir dalam mengembangkan ayat peluasan bahagian subjek/predikat peluasan ayat dasar kepada ayat terbitan 2. Kesilapan dari segi tatabahasa, antaranya kesalahan tatabahasa yang ketara dalam penulisan ialah: Penggunaan kata sendi nama (di, dari, daripada, pada) Penggunaan kata pemeri (ialah, adalah) Penggunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan) Penggunaan kata hubung Penggunaan imbuhan awalan,apitan, akhiran dan sisipan Penggunaan imbuhan meNkan, meNi dengan tepat.

3.

Pemilihan perkataan tidak sesuai dan tidak tepat. Perkataan tidak menepati maksud sebenarnya Perkataan yang dipilih bersalahan dengan konteks Perkataan tidak menepati laras bahasa.

4. 5.

Kesilapan penggunaan tanda baca Tidak mahir menggunakan tanda baca.

Gaya penulisan. Skemata dalam penulisan ( pendahuluan,isi, dan penutup) Pembinaan ayat dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup dihasilkan secara tidak berstruktur. Perenggan pendahuluan (ayat rangsangan dan ayat arahan) Perenggan isi (4W 1H, deduktif, induktif, eklektif dll) Perenggan penutup (ayat kesimpulan, cadangan, harapan) Pemerengganan dalam karangan. (tidak sekata) Ayat terlalu panjang (ayat topik dengan beberapa ayat huraian)

6.

Idea/isi Idea pokok tidak disokong dengan idea kecil Tidak menjawab rangsangan tajuk (bincangkan,setujukah anda,sejauh mana anda setuju,apa pandapat anda,huraikan jelaskan.) Tidak cukup isi ,huraian dan contoh) Isi kurang bernas , kenyataan sepintas lalu,tiada fakta ,contoh dan kenyataan yang kukuh. Urutan isi tidak ada koheren.

7.

Olahan Pelajar tidak menguasai ragam ayat (ayat aktif, ayat pasif) Tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat (penyata, perintah, 2

tanya, seruan.) Tidak menguasai susunan ayat (ayat biasa, ayat songsang) Perkataan yang perlu ada dalam sesebuah penulisan karangan yang jelas,menarik ,dan berkesan dalam penyampaian idea. a. b. c. d. e. f. g. h. i. Menentukan tujuan penulisan Proses penulisan - mendapatkan idea Isi releven , jelas ,logik dan keaslian. Mekanis tanda baca dan kebolehan tulisan tangan Tatabahasa rumus bagi penambahan awalam , akhiran. Sintaksis struktur ayat , bahas ayat ,pemilihan gaya. Pemilihan kata - kosa kata dan rangkai kata Penyusunan paragraf , topik ,huraian dan pertalian Pembaca orang yang bakal membaca.

Kecenderungan mengemukakan beberapa banyak isi karangan adalah antara kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Apatah lagi dalam perenggan isi pelajar memberikan 2 atau lebih isi utama. Biasakanlah, untuk satu perenggan hanya satu isi dan dikembangkan. Tidak membuat semakan pada akhir penulisan. (Semak ayat, penggunaan imbuhan, diksi, ejaan dan lain-lain) Perkara perlu dielakkan dalam penulisan ialah isi tidak lari tajuk dan penulisan menepati format yang betul. Sebagai kesimpulannya, pelajar yang menulis karangan mengikut kemahuan sendiri tidak mungkin dapat menghasilkan karangan yang berkesan. Pelajar seharusnya berusaha mematuhi peraturan penulisan karangan dengan

format yang betul dan persembahan yang mantap, yang pastinya menjanjikan markah yang cemerlang.

JENIS-JENIS PENULISAN KARANGAN: DEDUKTIF, INDUKTIF, dan EKLEKTIF PERENGGAN PENDAHULUAN Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu: Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang berkaitan dengan definisi dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan. Ayat Arahan akan dibicarakan. Contoh Pendahuluan Karangan Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya. (1) (AR)Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang

telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (AR) Daripada segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (AA)Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Pendahuluan Jenis Suasana Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu. 4

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya mendengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanakkanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan. Pengenalan Jenis Peribahasa Tulis satu rencana yang bertajuk Perpaduan Asas Kemajuanuntuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama dituruni, Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara. PERENGGAN ISI Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu; (AI)Ayat judul Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. (A2)Ayat huraian Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama. Ayat bukti/contoh Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.

Ayat penegas ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb. Contoh Perenggan Isi (1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan. (A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini. Perenggan Deduktif Generalisasi (A.Tajuk) Fakta - (A.Contoh) (A. Cadangan) 6

(A. Huraian)

Ayat Kesimpulan (AK) (AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan. Perenggan Induktif Ayat Kesimpulan (AK) Ayat fakta (AC) / (ACD) Ayat Generalisasi (AT) (AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD) persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. Oleh hal yang demikian, (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. PERENGGAN PENUTUP Ayat kesimpulan pendirian penulis Ayat cadangan Ayat cadangan Ayat harapan 7

Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Pengguna jalan raya janganlah bersikap sudah terhantuk baru hendak terngadah. Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. RUMUSAN Isi karangan perlulah dikembangkan Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara. Setiap perenggan perlu sekata. Ayat yang gramatis. Penggunaan penanda wacana yang tepat. Menyatakan peribahasa, perumpamaan,dsb

ELEMEN PENTING DALAM PENULISAN a) Ayat gramatis Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis? Setiap ayat harus ada subjek dan predikat. Menggunakan laras bahasa yang betul. Tiada unsur kelewahan maksud / bahasa. Penggunaan tanda baca yang betul. Pemilihan diksi/kata yang tepat dengan konteks dan maksud. Betulkan sebarang kesalahan ejaan

b) Isi yang dikembangkan (perenggan isi)

Ayat pertama menyatakan isi Ayat yang berikutnya mengembangkan isi, iaitu jelaskan sebab, bagaimana, mengapa mengiukt kesesuaian.

Memasukkan maklumat sokongan dalam huraian untuk menyokong isi yang dikemukakan.

Membuat penyimpulan pada isi tersebut.

c) Olahan yang menarik

Gunakan ragam ayat yang pelbagai Pelbagai jenis ayat Susuanan ayat 9

d) Kosa kata luas

Masyarakat madani Kebejatan sosial Prakarsa Nostalgia Aura Idola Terkesima Seyogia Hedonisme Marcapada implementasi Maslahat Memartabatkan Sebotaj Aroma
e) Ungkapan menarik

Contoh ungkapan yang menarik


Ibarat lotong meniti batang kayu tidak mempedulikan orang sekeliling

10

Ibarat serangkap bak lembing, serumpun bak serai gambaran

kerjasama dan muafakat


Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga orang yang

yakin dan bersungguh-sungguh akan memperoleh kejayaan Suka akan gaharu kerana baunya, suka akan guru kerana ilmunya..
Ada sirih, sepah juga yang hendak dimakan- masih mengamalkan

tabiat lama yang merugikan.


Seperti anjing menyalak di ekor gajah melakukan perbuatan sia-sia Umpama menelan mestika embun menerima kritikan dengan sikap

terbuka untuk kemajuan akan datang.


Setiap penyakit ada ubatnya setiap masalah ada penyelesaiannya

Rumusan Isi karangan perlulah dikembangkan Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara. Setiap perenggan perlu sekata. Ayat yang gramatis. Penggunaan penanda wacana yang tepat. Menyatakan ungkapan yang menarik seperti peribahasa, perumpamaan, slogan, kata hikmat. 11

Pengolahan yang menarik

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN (KOHESIF DAN KOHEREN) Pengertian penanda wacana Perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Jika tiada penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap . Pengertian kohesi Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama Contoh ayat kohesi 1. Ali dan adiknya pulang ke kampung 2. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya * Kohesi antara ayat (1) dan (2) wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana. Pengertian koheren Koheren atau runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna Contoh petikan yang berkoheren Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, 12

teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh negara,ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris. Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan/frasa Ayat 1 : teknologi maklumat Ayat 2 : bahasa asas, tersebar luas ke seluruh dunia Ayat 3 : berlaku penyesuaian, penggunaan bahasa

PENANDA WACANA Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. a) Penanda tambahan:Selain itu, tambahan pula, lagipun, dan juga b) Penanda akibat:Dengan yang demikian, oleh itu, sebagai akibatnya, jadi, oleh hal yang demikian c) Penanda contoh:Sebagai misalnya, sebagai contohnya, sebagai umpamanya, terutamanya, khususnya d) Penanda keterangan atau penjelasan:Dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni e) Penanda kesimpulan:Intihanya (akhirnya), kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya f) Penanda perbandingan:Sebagai perbandingan, demikian juga 13

Untuk wujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana juga berfungsi sebagai: (1) penanda penghubung Perkataan/frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat lain dalam wacana. (a) penghubung tambahan (b) penghubung tentangan (c) penghubung musabab (d) penghubung tempoh Penghubung Tambahan Penghubung yang memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya , contohnya: dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebihlebih lagi, di samping itu, selanjutnya. Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat: Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur, dan saksama. Penghubung Tentangan Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama, contohnya: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun

Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat: 1 2. Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun tersebut. namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Morfem bebas boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah 14

morfem yang dapat wujud bersendrian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Penghubung Musabab Penanda wacana yang mengaitkan sebab berlakunya sesuatu. Contoh : Kerana, oleh, oleh sebab, oleh itu, oleh demikian, dengan itu, maka itu
1. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh

demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris.


2. Sebenarnya semua pihak patut terasa terpanggil untuk menangani

masalah sosial dalam masyarakat kini. Dengan itu, kejayaan dapat dicapai dengan segera Penghubung Tempoh Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.Contoh : pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya KESIMPULAN Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan seseorang penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan, jelas, menarik, dan yang lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada pembaca dengan jelas. Oleh sebab kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan yang menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik berupaya mendedahkan kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada para pelajar agar mereka mahir menggunakan kata-kata tersebut.

PENGAJARAN KARANGAN BERASASKAN PENDEKATAN PROSES 15

Teknik Menulis Karangan 1. Teknik Penyoalan Tajuk : Banjir di tempat saya Aktiviti 1 : - Murid bercerita tentang pengalaman banjir di tempat mereka. Aktiviti 2 : - Murid melihat gambar tunggal (banjir) - Murid membina ayat berdasarkan gambar. - Murid membaca ayat ayat yang dicatat guru di papan tulis. Aktiviti 3 : Murid dalam kumpulan menjawab soalan soalan yang diberikan. Murid bercerita tentang gambar berpandukan soalan soalan. Wakil setiap kumpulan bercerita dengan penuh penghayatan. Murid membuat penilaian berdasarkan senarai semak. Soalan soalan : 1. Bilakah banjir berlaku? 2. Mengapakah banjir berlaku? 3. Siapakah yang menjadi mangsa? 4. Bagaimanakah mangsa menyelamatkan diri? 5. Siapakah yang menyelamatkan mangsa? 16

6. Apakah benda benda yang musnah? Soalan soalan : 1. Bila dan dimanakah kejadian banjir berlaku? 2. Mengapakah banjir berlaku? 3. Siapakah yang menjadi mangsa ketika banjir berlaku? 4. Apakah yang dilakukan oleh mangsa ketika banjir? 5. Bagaimana mangsa menyelamatkan diri dan harta benda ketika banjir? 6. Siapakah yang menolong mangsa? 7. Ke manakah mangsa di bawa? 8. Apakah yang musnah ketika banjir? 9. Apakah perasaan mangsa banjir? 10. Apakah tindakan yang perlu di ambil untuk mengelakkan banjir? 11. Negeri manakah yang kerap mengalami banjir dan mengapa? Teknik Menulis Karangan a) Jenis karangan : Fakta Teknik : Membina ayat topik dan ayat huraian. Tajuk : Membincangkan langkah langkah membaca di kalangan remaja. Aktiviti 1 : - Murid membaca tajuk karangan secara senyap. - Murid dikehendaki mengenal pasti kata kunci yang terdapat dalam

tajuk karangan. i. ______________________ ii. _____________________ iii. _____________________ iv. _____________________ 17

Aktiviti 2 : (Bahagian Pendahuluan) - Murid menjawab soalan yang berikut : 1. Budaya membaca dalam kalangan remaja semakin berkurangan? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca? 3. Mengapakah remaja tidak gemar membaca? 4. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil untuk memupuk semula budaya membaca dalam kalangan remaja? Teknik Menulis Karangan Aktiviti 3 : (Isi 1) Ayat topik : Apakah langkah yang boleh diambil? Ayat huraian : Bagaimanakah langkah diambil dapat meningkatkan minat membaca. Peranan ibu bapa dapat memupuk minat membaca (ayat topik) 1. 2. 3.

Salin ayat ayat di atas menjadi perenggan. Aktiviti 3 : (Isi 2) Teknik Menulis Karangan Aktiviti 4 : (Isi 3) Media massa memainkan peranan memupuk minat membaca (ayat topik) 18

1. 2. 3.

Salin ayat ayat di atas menjad perenggan. Aktiviti 5 : (Penutup) - Jawab soalan di bawah : 1. Adakah semua pihak berperanan penting dalam menyemaikan budaya membacadi kalangan remaja? 2. Adakah budaya membaca mempunyai kaitan langsung dengan penguasaan ilmu yang luas dan seterusnya dapat digunakan untuk memajukan negara? - Lengkapkan ayat ayat berikut menggunakan jawapan di atas. Ayat 1 : Kesimpulannya, semua pihak Ayat 2 : Budaya membaca mempunyai Salin ayat ayat di atas sebagai penutup. Teknik Reaginasi . Bermasud realiti dan imaginasi 2 Penghasil karangan berdasarkan objek yang boleh dilihat,dirasa,disentuh dan bau. 3.Memasukkan unsur imaginasi terhadap objek tersebut. 4.Karangan dihasilkan melalui gabungan realiti dan imaginasi. 19

Cara pelaksanaan Objek : beberapa buah buku,majalah yang tersusun rapi. 1.Tahap realiti : Peringkat menyenaraikan ayat Peringkat menyusun ayat Peringkat edit ayat. Peringkat menyenaraikan ayat. Hasilkan ayat secara bebas berdasarkan objek. Ayat merujuk kepada objek yang sedang diperhatikan. Ayat mengambil kira aspek makna dan keindahan. Contoh ayat: Ada sekuntum bunga , sekuntum bunga mawar ,bunga terletak dalam vas kaca,bunga terletak di atas meja, bunga berwarna merah, daunnya berwarna hijau.

Peringkat menyusun baris Menyusun baris supaya ada kaitan antara ayat dalam baris. Menggunakan penanda wacana supaya ada kesenambungan cerita. Ada pemambahan dan penggurangan kosa kata Menyusun ayat supaya lebih padat

20

Memasukkan ayat tambahan Peringkat edit. Ubah perkataan supaya lebih tepat. Ubah struktur ayat pasifkan,aktifkan,songsangkan. Cantumkan ayat supaya menjadi ayat majmuk. Semak tata bahasa supaya gramatis. Semak ejaan Semak tanda baca Semak perengan. Perluasan bahagian subjek dan pradiket Langkah pelaksanaan Beri satu ayat berdasarkan tajuk

Tajuk : Pasar malam di tempat saya. Ramai orang membeli belah di pasar malam. Subjek ramai orang (kembangkan) Lelaki dan perempuan

21

Tua dan muda. Bangsa melayu,cina dan India Ayat yang akan dihasilkan (bhg.subjek) Ramai orang membeli belah dipasar malam Kaum wanita membeli belah dipasar malam Ramai kanak-kanak membeli belah dipasar malam Pelbagai kaum membeli belah dipasar malam Ramai orang termasuk kaun wanita ,kanak-kanak, pelbagai kaum membeli belah dipasar malam.

Peluasan bahagian pradekit Ramai orang membeli pakaian Ramai orang membeli makaman Ramai orang membeli kuih mueh Ramai orang membeli buah-buahanramai orang membeli barangan dapur.

Karangan Proses Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid. Murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru. Boleh dijalankan secara kumpulan atau individu. Bahan yang dikumpul disimpan dalam folio.

22

Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberi kepada murid Penggunaan bahan ICT digalakkan. Murid menyusun isi Murid berbincang dengan guru Isi disusun dan murid menyediakan rangka karangan Rangka karangan yang mantap ditulis dalam bentuk karangan yang lengkap. Murid mengedit karangan yang telah lengkap untuk pembetulan. Setelah siap karangan dihantar kepada guru.

Langkah menjalankan karangan proses Guru memberi tajuk karangan mengikut tahap kebolehan minat dan latar belakang murid. Murid mencari dalam pelbagai sumber dan mengumpul bahan/makumat yang berkaitan topik dan menyediakan folio. Murid berbincang dengan guru untuk memilih maklumat yang yang menepati dan berkaitan topik sahaja. Murid menyediakan rangka karangan dalam bentuk grafik. Setelah rangka karangan menepati tajuk, murid menyediakan draf karangan. Proses mengedit karangan oleh rakan sebaya. Murid menulis karangan dan menghantar kepada guru. 23

Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang kepada pelajar. Melalui pendekatan ini pelajar dilatih pelajar secara berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna.

24