Anda di halaman 1dari 10

LATIHAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS HOKI LATIHAN MENOLAK BOLA a) Menolak bola melalui skitel

i.

Menolak dan menarik bola melalui skitel secara perseorangan dan mengelak bola daripada lari terlalu jauh Skittle dilekatakkan dalam jarak yang dekat.

ii.

b) Menolak bola ke sasaran. i. Murid diatur secara 2 barisan iaitu barisan A dan barisan B secara lurus melintang dan menghadap antara satu sama lain. Bahagian A menghadap ke pasangan di barisan B. Jarak antara barisan ialah 20 meter. Skital di letakkan di tengah antara barisan A dan B. Barisan A menolak bola supaya bola menjatuhkan skital atau terkena skital pada tengah. Pelajar B menahan bola atau mengutipnya dan lakukan aktiviti yang sama. Murid yang berjaya menjatuhkan skital dikehendaki menegakkan semula.

ii. iii. iv. v. vi.

LATIHAN MENGGELECEK a) Latihan memegang kayu hoki


i.

Murid dikehendaki berlari pantas sambil memegang kayu hoki dan menolak bola seperti dalam posisi menggelecek. Murid mesti mengawal bola supaya bola tidak terlepas dari kawalan kayu hoki.

ii.

b) Menggelecek melalui skitel dan memukul bola ke arah gol

i. ii.

Secara individu, pelajar dikehendaki menggelecek bola melalui skitel kemudian memukul bola kea rah gawang. Mulakan dengan kelajuan perlahan kemudian teruskan dengan bergerak secara berlari.

LATIHAN MENGUIS BOLA


a) Menguis ke sasaran pada gol. i.

Berdiri sebelum kawasan D. Kuis bola ke sasaran gol daripada pelbagai sudut. Menahan atau menyerkap bola yang melantun balik dari dinding dan teruskan dengan aktiviti kuisan.

ii. iii.

b) Mengeheret dan menguis ke sasaran pada gol.

i. ii.

Pelajar dikehendaki berlari ke hadapan bola, mengheret bola dan menguis bola ke arah gol. Kuis bola ke arah gol dari pelbagai sudut,

LATIHAN MEMUKUL
a) Latihan memukul bola secara bebas. i.

Pemain memukul bola bebas. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.

ii.
iii.

iv.

b) Latihan berpasangan. i. ii.


iii.

Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dann seterusnya. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.

iv.

LATIHAN PENJAGAAN GAWANG a) Latihan menahan bola dengan kedua-dua belah tangan. i. ii. iii. Latihan secara berpasangan. Seorang pelajar akan berdiri di luar kawasan D dan seoarang lagi berada di dalam kawasan D. Pelajar yang berada di luar kawasan D dikehendaki membaling bola dari pelbagai sasaran dan pelajar yang berada di dalam kawasan D dikehendaki mengelak bola keluar dari kawasan gol.

b) Latihan menahan bola menggunakan kayu hoki.

i. ii. iii.

Seorang murid dikehendaki menjadi penjaga gol. Manakala pelajar yang lain akan berada di luar kawasan D. Pelajar yang berada di luar kawasan D dikehendaki memukul bola hoki ke arah gol dan pelajar yang menjadi penjaga gol dikehendaki menepis bola dengan menendang dan menepis dengan menggunakan kayu hoki.

LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BADMINTON LATIHAN PERGERAKAN KAKI


a) Latihan individu 1.

i.

Pemain dikehendaki melompat ke kiri dan ke kanan dengan menggunakan sebelah kaki sahaja iaitu kaki kiri dan kaki kanan hendaklah diangkat. Lompatan dilakukan dalam jarak 0.45 meter. Lakukan secara berulang kali.

ii.

iii.

b) Latihan individu 2. i. ii. iii. iv. Pemain dikehendaki berdiri dengan menjarakkan kedua belah kaki di tempat yang bertanda A. Kemudian bergerak secara twist kaki ke tempat yang bertanda B dan balik semula ke A dan bergerak ke tempat yang ditandakan dengan C. Lakukan secara berulang kali. Pastikan kaki kiri sentiasa berada di tempat A manakala kaki kanan yang membuat pergerakan ke tempat B dan C. Rujuk rajah di bawah.

LATIHAN MEMBUAT SERVIS


a) Latihan membuat servis pukulan kila

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Murid melakukan aktiviti secara berpasangan iaitu A dan B. A berdiri di dalam petak membuat servis pukulan kilas dengan 5 buah bulu tangkis di tepinya. B menunggu d belakang garisan gelanggang pihak lawan. A melakukan servis, satu demi satu memasarkan servis ke petak sasaran. B memberitahu A samada servisnya tepat ke sasaran atau tidak. Setelah semua bulu tangkis dipukul, B mengutip semula bulu tangkis dan bertukar peranan. Tukar sasaran ke servis petak 2.

b) Latihan membuat servis pukulan depan

i.
ii.

Murid melakukan aktiviti secara berpasangan iaitu A dan B. A berdiri di dalam petak membuat servis pukulan hadapan dengan 5 buah bulu tangkis di tepinya. B menunggu d belakang garisan gelanggang pihak lawan. A melakukan servis, satu demi satu memasarkan servis ke petak sasaran. B memberitahu A samada servisnya tepat ke sasaran atau tidak. Setelah semua bulu tangkis dipukul, B mengutip semula bulu tangkis dan bertukar peranan. Tukar sasaran ke servis petak 2.

iii. iv. v. vi. vii.

LATIHAN PUKULAN LOB a) Latihan mengawal pukulan. i. ii. iii. iv. Latihan secara berpasangan. Seorang pelajar dikehendaki membaling bola dan seorang lagi dikehendaki menyambut bulu tangkis dan membuat pukulan lob. Murid yang memegang raket dikehendaki berada di dalam petak gelanggang tetapi berada di bahagian tengah. Murid dikehendaki berlari ke hadapan untuk mendapatkan bulu tangkis kemudian berlari semula ke belakang.

b) Latihan lob tinggi i. ii. iii. iv. v. vi. Dalam pasangan masing-masing, berdiri di tanda X seperti yang ditunjukkan dalam rajah. A membuat servis ke hadapan B, sudut kanan. B bergerak ke bulu tangkis, memukulnya tinggi ke belakang gelanggang A, sudut kanan dan lari balik ke tempat asalnya. A memukul bulu tangkis ke tempat yang sama dengan sasaran servisnya dan lari balik ke tempat asasl. B bergerak ke bulu tangkis, memukul tinggi ke belakang gelanggan A, dan seterusnya secar berulang. Tukar peranan dengan B membuat servis dan A bergerak untuk membuat pukulan.

XA XB

Rajah kedudukan pelajar dalam pukulan lob

LATIHAN PUKULAN KILAS


a) Latihan berpasangan 1.

i. ii. iii. iv. v. vi.

Dalam pasangan A dan B, murid dikehendaki melakukan pukulan kilas antara satu sama lain. A bermula dengan servis tinggi ke kiri B. B memukul balik secara pukulan kilas ke sebelah kiri A. A memukul balik secara pukulan kilas ke kiri B, dan seterusnya. Kedua-dua A dan B hendaklah lari balik ke tempat di pertengahan gelanggang sendiri sebaik sahaja melakukan pukulan. Murid hanya dibenarkan membuat pukulan kilas. Semua pukulan dituju ke arah pihak lawan.

b) Latihan berpasangan 2. i. ii. iii. iv. v. Dalam latihan ini, hanya dua orang pemain diperlukan iaitu pemain A dan pemain B. Seorang pemain berada di dalam tiap sebelah gelanggang. Pemain A berada pada posisi tepi manakala pemain B di tengah gelanggang. Latihan dimulakan dengan pemain B membuat pukulan kilas bawah tangan jauh ke penjuru kiri belakang A. Pemain A membuat pukulan junam di atas kepala di depan B, dan B mengulangi pukulan tadi begitu juga dengan A.

LATIHAN PUKULAN SMESY a) Latihan smesy asas i. ii. iii.


iv.

Dalam pasangan A dan B, A bertindak sebagai pembekal dan B sebagai pelaku. A berdiri di tengah gelanggang dengan satu bakul bulu tangkis di tepinya. B menunggu di tengah gelanggang dengan sendiri. A melakukan servis tinggi ke sebelah kanan B. B melakukan smesy terus ke hadapan dan seterusnya. A melakukan servis secara bertubi-tubi dan B melakukan smesy bertubi-tubi kanan-kiri sehingga semua bulu tangkis digunakan. Semua bulu tangkis dikutip dan tukar peranan.

v. vi.

b) Latihan smesy lompat. i. ii. Susunan dan perlakuan sama seperti latihan smesy di atas. Servis lebih tinggi dan lebih jauh ke belakang.