Anda di halaman 1dari 2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN.

. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Contoh Soalan STPM 2007

Gambar Rajah

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar

(Dipetik dan diubahsuai daripada Nurashiqin Omar, Pemansan Global Ancam Dunia, Berita Harian, 26 November 2005)

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Contoh Jawapan a) Pengenalan : Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar. Pemanasan global merupakan suatu keadaan yang berterusan dalam jangka masa panjang dan membawa kepada peningkatan suhu bumi. b) Isi-isi : A Idea faktor penyebab : I.1 Penggondolan hutan. HIU Pemanasan global berpunca daripada aktiviti penggondolan hutan untuk tujuan pembinaan bandar, lebuh raya, dan aktiviti pertanian. H2 Penggondolan hutan menyebabkan berlakunya penebangan pokok-pokok di dalam hutan secara aktif. H3 Penebangan pokok menyebabkan kehilangan fungsi pokok-pokok menyerap karbon dioksida untuk ditukar kepada oksigen melalui proses fotosintesis. H4 Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan antara karbon dioksida yang dibebaskan dan telah menyebabkan suhu permukaan bumi menjadi semakin panas. Catatan :

A1 A2

I.2 Penipisan lapisan ozon HIU Pemanasan global juga berpunca daripada penipisan lapisan ozon kesan daripada penggunaan
klorofluorokarbon (CFC) secara meluas dalam aktiviti industri elektronik.

H2 CFC yang digunakan sebagai bahan pendingin peti sejuk dan sebagai gas halogen dalam alat
pemadam api akan mengalami kebocoran di atmosfera.

H3 Peningkatan jumlah CFC diruang atmosfera boleh menghakis lapisan ozon yang berperanan
sebagai penapis sinaran ultra ungu daripada matahari.

H4 Lapisan ozon yang terhakis melalui CFC akan menyebabkan sinaran matahari sampai ke bumi
dengan lebih banyak dan menyebabkan suhu bumi meningkat.

* I.3 HIU H1

Idea kesan kepada alam sekitar Penyakit berbahaya Pemanasan global boleh mendatangkan pelbagai kesan penyakit berbahaya kepada manusia. Pemanasan global boleh menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan pancaran ultra terus sampai ke bumi. H2 Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan akan merosakkan pembahagian sel-sel manusia. Dengan ini, manusia mudah mendapat penyakit barah kulit apabila terlalu terdedah kepada pancaran ultra ungu. H3 Selain itu, pemanasan global juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dari segi sistem imunisasi. H4 Radiasi ultra ungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia dari segi menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.

I.4 Aktiviti pertanian terjejas HIU Pemanasan global boleh memberi kesan yang negatif kepada aktiviti pertanian. H1 Pemanasan global boleh menyebabkan kawasan pertanian di luar bandar menjadi kering-kontang
akibat kekurangan sumber air.

H2 Tumbuh-tumbuhan yang kehilangan sumber air akan mati atau mengalami pertumbuhan yang tidak
sempurna.

H3 Seterusnya, akibat daripada kekurangan sumber air, tumbuh-tumbuhan terjejas dari segi tumbesaran
kerana gangguan proses fotosintesis.

H4 Oleh itu, tumbesaran tanaman akan mengambil masa yang panjang untuk matang dan akibatnya
kualiti serta hasil tanaman akan terjejas dari segi tumbesaran kerana gangguan proses fotosintesis. c) Kesimpulan : Pemanasan global perlu dibendung dan pelbagai pihak perlu peka melaksanakan perancangan yang teliti dengan mengutamakan pembangunan lestari agar alam sekitar terus terpelihara.

A1

Menuntut ilmu adalah merupakan satu proses yang berterusan bukan hanya menjelang waktu peperiksaan sahaja

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Anda mungkin juga menyukai