Anda di halaman 1dari 30

1.

Pendahuluan Revolusi 1911 adalah kesan serta merta akibat daripada peristiwa letupan bom

yang berlaku di landasan kereta api berhampiran markas revolusioner di Wuchang, Hupeh pada 9 Oktober 1911.1 Kebangkitan revolusi di China pada tahun 1911 telah berjaya mengulingkan dinasti kemaharajaan China yang telah berkurun lama memerintah China. Revolusi 1911 yang digerakkan oleh Sun Yat Sen telah menjadi titik perubahan dalam segenap aspek dan sistem kenegaraan negara China meliputi politik dan pentadbiran, sosiobudaya dan ekonomi.2 Bahkan revolusi yang digerakkan Sun Yat Sen ini menurut sesetengah penulis adalah setara dengan para revolusioner ulung Barat seperti Washington dan Bonaparte.3 Revolusi ini juga adalah rentetan kepincangan yang berlaku di China. Pengurusan pemerintahan dan pentadbiran yang gagal dalam menangani masalah dalaman China dan hubungan luar negara telah menyebabkan beberapa kebangkitan seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864) kemudian kekalahan China kepada Jepun pada tahun 1895 diikuti pula dengan Kebangkitan Boxer (1900-1901). Peristiwa tersebut jelas sekali menunjukkan betapa pincangnya institusi kemaharajaan China di akhir pemerintahannya.4 Rakyat khususnya kaum tani yang menderita sebagai kesan langsung kepincangan ini dengan mudah dimanipulasi oleh pihak revolusioner untuk berdiri di belakang mereka. Tokoh pelopor gerakan ini ialah Sun Yat-sen. Oleh itu, dalam esei ini kami akan menganalisis pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Sun Yat-sen serta faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan revolusi ini dalam menubuhkan sebuah Republik China demokrasi yang uthopia.

1 2

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm. 103. Marie-Claire Bergere & Janet Lyod. (1998). Sun Yat Sen. California:Stanford University Press. hlm. 97. 3 Ibid., 4 William H. McNeil. (1994). Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 726.

2.0

Usaha-usaha Sun Yat-sen Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Sun Yat-sen dalam

mengerakkan Revolusi 1911 antaranya seperti gerakan anti-Machu, kempen-kempen Sun Yat-sen mengumpul dana dan sokongan, strategi revolusi Sun Yat-sen, mendapatkan sokongan luar dan penubuhan cawangan-cawangan revolusi.

2.1

Gerakan Anti-Manchu Isu kepincangan pemerintahan dan pentadbiran sistem monarki Dinasti Ching

(Manchu) yang menguasai institusi kemaharajaan China sepanjang abad ke-19 menjadi penyebab utama kepada lahirnya idea gerakan revolusi oleh Sun Yat-sen. Idea ini tercetus setelah beliau membuat perbandingan dan melihat perbezaan yang ketara antara Hawaii dan Hong Kong dengan negara China. Perbezaan itu meliputi sistem pentadbiran dan perkembangan sistem kesihatan yang moden. Pada pandangan beliau, China haruslah diserahkan kembali dan diperintah oleh bangsa Han. 5 Pandangan Sun Yat-sen itu disokong oleh beberapa rakan beliau di Canton dan Hong Kong seperti Chen Tze-liang, Chen Shao-wan, Yang Ho-lin dan Lu Hao-tung dan abangnya hingga membawa kepada penubuhan Persatuan Pemulihan China (HsingChung hui) di Honolulu. 6 Persatuan itu telah ditubuhkan pada 24 November 1894 berkeahlian 122 orang yang memperlihatkan semangat ke arah merevolusi sistem pemerintahan monarki China kepada sistem demokrasi. Sun Yat-sen melihat punca keadaan China dalam keadaan begini adalah disebabkan pemerintahan oleh orang Manchu. Oleh itu, sentimen anti-Manchu yang diketengahkan oleh beliau mendapat sokongan beberapa pemimpin Cina, golongan elit, golongan pertengahan dan sokongan daripada pihak Jepun.
5 6

David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. Canada:Greenwood Publishing Group. hlm. 119. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 101.

Sentimen anti-Manchu dapat dikesan melalui tiga prinsip persatuan yang telah disepakati para ahli iaitu untuk menyingkirkan orang Manchu (nasionalisme), memulihkan pemerintahan orang Cina (sosialisme) dan menubuhkan republik rakyat (demokrasi) telah menjadi slogan laungan para revolusioner kepada segenap orang Cina.7 Sentimen anti-Manchu itu wujud akibat daripada perasaan ketidakpuasan hati bangsa Han yang merupakan etnik peribumi Cina asal. Bangsa Han juga merupakan golongan majoriti berbanding bangsa Manchu yang berasal daripada utara China. Ketidakpuasan hati itu bertambah apabila pihak pemerintah bersikap diskriminasi dan menyisihkan bangsa Han daripada terlibat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah China sehinggakan Permaisuri Dowager cuba menyerap bangsa Han dalam pemerintahan baginda walaupun tindakan tersebut telah lewat. Selain itu, kepercayaan kepada ajaran Confusianisme tentang mandat dari syurga kepada dinasti-dinasti kemaharajaan dan Middle Kingdom dalam ajaran Taoisme dalam kalangan rakyat Cina menyebabkan sentimen anti-Manchu juga mulai membara apabila terdapat pelbagai malapetaka melanda negara China ketika itu. 8 Keganasan, kebuluran, serta penyakit kian meruncing di segenap wilayah pedalaman China ditambah pula dengan bebanan sewaan tanah, cukai dan pertambahan penduduk menyebabkan sentimen anti-Manchu mendapat sokongan rakyat khususnya para petani.9 Manakala, wujud pula golongan baru dalam struktur hierarki sosial masyarakat China ketika itu yang dikenali sebagai golongan pertengahan borjouis dan elit baru yang mendapat pendidikan dari luar negara khususnya di Barat dan juga Jepun. Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada para usahawan dan peniaga yang telah melihat gerakan revolusi Sun Yat-sen sebagai peluang kepada mereka untuk mengembangkan
7 8

David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. hlm. 119. Marie-Claire Bergere & Janet Lyod. (1998). Sun Yat Sen. hlm. 98. 9 William H. McNeil. (1994). Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. hlm. 726.

kerjaya dan perniagaan serta meningkatkan keuntungan melalui sistem demokrasi yang diperjuangkan.10 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sentimen anti-Manchu yang dicetuskan oleh Sun Yat-sen telah membuka mata banyak pihak tentang kelemahan sistem monarki khususnya yang masih dipraktikkan dalam pemerintahan dan pentadbiran Dinasti Ching ketika itu. Hal itu dapat dibuktikan dengan kepantasan pihak revolusioner menguasai tiga wilayah di selatan China dengan mudah iaitu Wuchang, Hanyang dan Hankow dalam masa dua hari sahaja bahkan pada masa yang sama sebanyak 15 wilayah China yang lain mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan pusat.11

2.2

Kempen-kempen Sun Yat-sen mengumpul dana dan sokongan Usaha-usaha revolusioner memerlukan dana dan bantuan dalam pelbagai

aspek seperti kewangan dan sokongan moral, kaedah Sun Yat-sen termasuklah berkempen kepada orang Cina yang berada di seberang laut di samping mendapatkan bantuan daripada pihak Barat dan juga Jepun. 12 Kempen ke seberang laut mula digiatkan oleh beliau setelah perang ChinaJepun tamat pada tahun 1895. Destinasi pertama beliau adalah ke India, Eropah dan Amerika Syarikat bagi mengumpulkan dana untuk membuat serangan pemberontakan terhadap Dinasti Manchu. 13 Selain itu, beliau juga telah mengembara ke Vietnam, Singapura, Tanah Melayu, Sarawak, Jepun dan Honolulu.14 Melalui kempen-kempen pengembaraannya itu, beliau telah berjaya mengumpulkan dana yang mencukupi
10 11

Richard T. Philips. (1996). China since 1911. London:McMillan Press Ltd. hlm. 9. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 103. 12 Harold R. Isaacs. (1938). The tragedy of the Chinese revolution. California:Stanford University Press. hlm. 17. 13 Linebarger & Paul Myron Wentworth. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:AMS Press. hlm. 212. 14 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102.

untuk membeli kelengkapan senjata. Di samping itu, kaedah penyeludupan dengan berpakat bersama-sama para pengusaha kapal telah dilakukan oleh Sun Yat-sen bagi mengangkut senjata-senjata tersebut ke negara China. 15 Ketika di Jepun, para pelajar di sana telah mengesyorkan agar beliau menubuhkan sebuah parti yang menyatukan kumpulan-kumpulan revolusi yang telah dibentuk sebelum itu. Tujuannya bagi mengelakkan pertindihan usaha dan perebutan kuasa antara kumpulan-kumpulan terbabit. Sokongan moral yang diberikan kepada Sun Yat-sen telah menunjukkan pengaruh beliau dalam gerakan revolusi semakin mendapat perhatian. Oleh itu, beliau telah menubuhkan Chinese Union League (Chung-kuo Tung Meng Hui) pada 20 Ogos 1905 dengan Sun Yat-sen sendiri sebagai pengerusi. Kempen yang diadakan bagi mendapatkan sokongan Orang Cina Seberang Laut itu memang telah berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Cina yang terdiri daripada Revive China Society, China Revival Soceity, Restoration Society, Science Study Group dan lain-lain ke dalam Chinese Union League.16 Sun Yat-sen juga telah menggunakan media massa sebagai agen propaganda untuk menyebarkan idea revolusinya dengan menerbitkan sebuah akhbar berjudul Min Pao melalui Chinese Union League.17 Sebelum itu, sekitar tahun 1897, apabila beliau diculik oleh pihak kedutaan China di London, beliau telah memanipulasi isu tangkapan tersebut sebagai satu lagi propaganda kempennya untuk menyebarkan idea revolusinya di China bagi mendapatkan perhatian daripada pihak Barat dengan menyebarkan kisah penculikannya kepada semua akhbar tempatan di London. Akibatnya, pihak Pejabat Hubungan Luar Britain telah memberi tekanan terhadap pihak kedutaan China di London untuk membebaskan Sun Yat-sen. Beliau bukan sahaja dibebaskan tetapi juga telah menjadi selebriti yang terkenal di Britain. Pada
15 16

Linebarger & Paul Myron Wentworth. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102. 17 Ibid.,

ketika itu jugalah idea tentang Tiga Prinsip Rakyat tercetus iaitu nasionalisme, sosialisme dan demokrasi menjadi agenda perjuangan gerakan revolusinya.18 Jelas sekali usaha Sun Yat-sen dengan membuat pengembaraan ke luar negara untuk berkempen mengumpul dana dan mendapatkan sokongan moral orang Cina di seberang laut telah dapat menjayakan gerakan Revolusi 1911.

2.3

Strategi Revolusi Sun Yat-sen Usaha Sun Yat-sen yang seterusnya ialah merangka strategi revolusi bagi

memastikan perjuangan revolusi yang digerakkannya dapat berjalan dengan baik. Strategi revolusi Sun Yat-sen dapat dilihat melalui penukaran identiti dan peranan setiap kelas masyarakat.

2.3.1 Penukaran identiti Sun Yat-sen telah melaksanakan suatu strategi yang sangat berkesan untuk perjuangan revolusinya iaitu dengan menukar identiti. Penukaran identiti ini telah dilakukan oleh Sun Yat-sen ketika berkunjung ke Jepun pada tahun 1897.19 Tujuan beliau pergi ke Jepun adalah untuk mencari sokongan bagi membantu dalam perjuangan revolusinya. Sun Yat-sen telah menukar namanya kepada Dr. Nakayama dan memiliki sedikit misai supaya beliau kelihatan seperti orang Jepun sebenar. 20 Tujuan Sun Yat-sen menukarkan identitinya adalah untuk memudahkan beliau menggerakkan kegiatan politik dan membentuk perhubungan yang akrab dengan masyarakat di Jepun. Sun Yat-sen juga kagum dengan pemodenan Meiji sehingga

18 19

David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. hlm. 119. John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. New York:Harper & Row, Publishers. hlm. 149. 20 John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. hlm. 149.

menyebabkan beliau mendapat idea dalam menggerakkan aktiviti revolusinya.21 Oleh itu, strategi Sun Yat-sen untuk menukarkan identitinya adalah tepat kerana beliau mendapat sokongan daripada pelbagai kelas masyarakat di negara Jepun.

2.3.2 Peranan setiap kelas masyarakat Strategi Sun Yat-sen yang seterusnya ialah dengan meraih sokongan setiap kelas masyarakat. Setiap kelas masyarakat tersebut memiliki peranan yang tersendiri dalam membantu perjuangan Revolusi 1911. Terdapat empat kumpulan masyarakat yang membantu Sun Yat-sen iaitu golongan yang menyebarkan ideologi revolusi, golongan tentera, pelajar dan individu yang memberikan dana. Revolusi 1911 tidak akan berjaya sekiranya Sun Yat-sen tidak mempunyai satu golongan dalam membantu beliau untuk menyebarkan ideologi. Lantaran itu, Sun Yat-sen telah berusaha dengan mewujudkan satu kumpulan yang membantu beliau untuk menyebarkan ideologi revolusinya. Antara individu yang terlibat di dalam menyebarkan ideologi ini ialah Huang Hsing. Huang Hsing merupakan individu yang rapat dengan Sun Yat-sen sepanjang berlakunya perjuangan revolusi di China. Malah, Huang Hsing turut berperanan penting dalam membantu Sun Yat-sen menggerakkan revolusi memandangkan beliau ketika itu berada di luar China ketika tercetusnya revolusi.22 Sun Yat-sen dan Huang Hsing merupakan orang yang berperanan penting dalam mengasaskan perjuangan revolusi.23 Selain daripada Huang Hsing, terdapat dua individu lain yang juga berperanan dalam menyebarkan ideologi revolusi ini iaitu Hsing Chung Hui dan Chung Ho Tang. Kedua-dua individu ini bertanggungjawab menyebarkan idea dan mesej perjuangan revolusi di China kepada Orang Cina

21 22

Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. California:Stanford Universiti Press. hlm. 69. Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. Stanford:Stanford University Press. hlm. 57. 23 Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 57.

Seberang Laut seperti di Singapura dan Tanah Melayu. 24 Setelah dianalisis, dapat dilihat Sun Yat-sen telah menggunakan beberapa individu bagi membantu beliau dalam menyebarkan ideologi perjuangan revolusi supaya perjuangan Revolusi 1911 dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat Cina di dalam dan di luar negara. Selain itu, golongan pelajar merupakan antara kumpulan masyarakat yang begitu penting bagi Sun Yat-sen dalam menggerakkan perjuangan Revolusi 1911. Malah, para pelajar Cina yang belajar di Eropah dan Jepun turut memberikan sokongan kepada Sun Yat-sen apabila kedatangan Sun Yat-sen ke negara tersebut pada tahun 1905. 25 Sun Yat-sen telah berusaha meraih sokongan golongan pelajar terutamanya para pelajar Cina yang berada di Jepun dengan mengadakan perjumpaan Fuji Restaurant di Kojimachi, Tokyo pada 13 Ogos 1905.26 Perjumpaan tersebut telah dihadiri seramai tidak kurang daripada 700 orang pelajar.27 Semasa perjumpaan tersebut, Sun Yat-sen telah menyatakan penghargaannya terhadap sokongan para pelajar Cina di Jepun terhadap perjuangan tersebut. Hal ini kerana, Sun Yat-sen berpendapat bahawa sokongan terhadap revolusi ini tidak terbatas kepada kelas masyarakat tertentu sehingga beliau berusaha mendapatkan sokongan para pelajar tersebut.28 Kesan daripada perkara ini telah menyebabkan Sun Yat-sen mendapat sokongan yang hebat daripada ramai pelajar dalam membantu perjuangan revolusinya. Usaha yang dilakukan oleh Sun Yat-sen dilihat memberikan impak yang positif kepada perjuangannya apabila kepulangan para pelajar Cina dari Jepun dan negara-negara lain telah membantu beliau melalui sokongan mereka terhadap revolusi yang diperjuangkan.

24

Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. Singapore:Times Academic Press. hlm. 355. 25 John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. hlm. 153. 26 Ibid., hlm. 43. 27 Ibid., 28 Ibid.,

Seterusnya, Sun Yat-sen turut mewujudkan pasukan tentera bagi menjadikan perjuangan revolusinya lebih berkesan. Bagi memastikan tentera yang ditubuhkan berfungsi dengan baik, Sun Yat-sen dan Huang Hsing telah bersepakat melantik bekas komander tentera Dinasti Ching iaitu Li Yuan-hung untuk menjadi Gabenor Tentera Hupeh.29 Malah, Sun Yat-sen sendiri turut melibatkan diri dalam operasi ketenteraan tentera revolusi dalam pergerakkan revolusi di sempadan Vietnam dan China. 30 Penubuhan unit ketenteraan ini banyak dipengaruhi oleh Huang Hsing yang merasakan sokongan masyarakat semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan revolusi. 31 Oleh itu, satu pasukan tentera yang terlatih serta dilengkapi dengan kelengkapan senjata perlu diwujudkan. Terdapat lapan operasi ketenteraan telah dijalankan di bawah pimpinan Huang Hsing. Selain itu, tentera revolusi yang ditubuhkan turut disertai oleh tentera dan polis kerajaan Ching. 32 Keadaan itu menyebabkan pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Sun Yat-sen begitu memahami kelemahan dan kekuatan tentera Dinasti Ching. Lantaran itu, usaha Sun Yat-sen telah membawa impak yang positif dalam menjayakan revolusi ini kerana tanpa bantuan ketenteraan, Revolusi 1911 tidak dapat digerakkan dengan berkesan. Strategi Sun Yat-sen seterusnya adalah mendapatkan sokongan dalam bentuk dana daripada golongan pertengahan, kelas pekerja dan orang perseorangan. Golongan pertengahan di sini bermaksud peniaga kecil-kecilan, jurujual, tukang jahit, pelayan dan tukang gunting. Hal itu dapat dilihat apabila Sun Yat-sen telah menggunakan kepetahannya bertutur untuk memujuk rakan-rakan rapat yang berada di luar China untuk mengambil bahagian dalam revolusi sebagai penyumbang dana.

29 30

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 103. Gottfried-Karl Kindermann. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionary nation-building. Munchen:Gunter Olzog Verlag Munchen. hlm. 51. 31 Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 56. 32 Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911. New York:St. Johns University Press. hlm. 12.

Sun Yat-sen juga telah mendapatkan sumbangan sebanyak $250,000 daripada orang kaya Cina di Singapura yang bernama Khoo Seok-wan untuk menggerakkan perjuangan revolusinya.33 Selain itu, Sun Yat-sen turut mendapatkan dana daripada golongan kelas pedagang bagi membiayai perjuangan revolusinya. Buktinya dapat dilihat apabila Sun Yat-sen telah mendapatkan sumbangan daripada Loke Yew iaitu seorang pedagang Cina yang berasal daripada wilayah Kwangtung yang telah menjadi orang Cina kaya di Asia Tenggara pada lewat abad ke-19.34 Beliau telah membuka banyak lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pahang. Akibat daripada kekayaan yang dimilikinya, Sun Yat-sen telah meminta bantuan kewangan secara peribadi daripada Loke Yew di Kuala Lumpur pada tahun 1906. 35 Sun Yat-sen percaya bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Loke Yew akan dapat mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh beliau ketika menggerakkan revolusi. Dana kewangan yang diminta oleh Sun Yat-sen daripada Loke Yew adalah sebanyak $100,000 dan wang itu digunakan bagi membiayai kebangkitan di Hokow, Yunnan. 36 Analisis yang dapat dibuat di sini ialah strategi yang direncana oleh Sun Yat-sen dalam memanfaatkan golongan yang menyumbang dana dan sumber kewangan adalah penting bagi menyokong revolusi yang digerakkan oleh beliau.

2.4

Mendapatkan sokongan luar Sun Yat-sen telah berusaha mencari idea dalam memperjuangkan matlamatnya

supaya negara China menjadi sebuah negara republik. Lantaran itu, beliau telah berusaha mendapatkan bantuan luar untuk menggerakkan perjuangan revolusinya.
33

Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. hlm. 345. 34 Ibid., hlm. 350. 35 Ibid., 36 Ibid.,

10

Oleh itu, beliau telah melawat beberapa buah negara sepanjang tahun 1902 hingga 1905 bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang berada di luar China. Masyarakat Cina tersebut dikenali sebagai Orang Cina Seberang Laut. Bentuk sokongan yang diperolehi oleh Sun Yat-sen daripada Orang Cina Seberang Laut adalah seperti sokongan kewangan dan moral.37 Sebagai usaha mendapatkan bantuan tersebut, Sun Yat-sen telah mengembara ke beberapa buah negara bagi mendapatkan sumber dana dan sokongan seperti di Eropah, Vietnam, Singapura, Tanah Melayu, Honolulu, Amerika Syarikat dan Jepun.
38

Hal ini dapat dibuktikan apabila

kepulangannya dari negara Jepun pada tahun 1897 adalah untuk memperjuangkan revolusi China dengan mendapatkan sokongan daripada Orang Cina Seberang Laut.39 Sun Yat-sen telah menggunakan kepetahannya dalam bertutur dan berhujah untuk mempengaruhi minda Orang Cina Seberang Laut dalam membebaskan negara China daripada kuasa monarki. Walaupun usaha Sun Yat-sen pada permulaannya menghadapi kegagalan akibat daripada persaingan daripada kumpulan reformasi, beliau tetap memperolehi sokongan daripada masyarakat Cina yang berada di luar negara. Situasi itu dapat dilihat melalui sokongan orang Cina di luar negara yang memberikan sokongan dan galakkan kepada pembaharuan radikal di tanah air mereka sendiri yang dibuat oleh Sun Yat-sen bagi mendapatkan perlindungan selain daripada kerajaan Peking.40 Secara tidak langsung, sokongan yang diberikan oleh orang Cina di luar negara telah menaikkan semangat Sun Yat-sen serta pengikut-pengikutnya ke arah melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik di China. Sun Yat-sen

37 38

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102. W. Scott Morton & Charlton M. Lewis. (2005). China: its history and culture fourth edition. New York:McGraw-Hill, Inc. hlm. 177. 39 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102. 40 James B. Crowley. (1970). Modern East Asia: essay in interpretation. United States of Amerika:Harcourt Brace & World. hlm. 169.

11

juga telah membuat lawatan ke Hawaii dan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sumber dana bagi melancarkan revolusi pertamanya.41 Semasa mendapatkan bantuan kewangan daripada luar, Sun Yat-sen turut menggunakan pendekatan mengutuskan surat kepada para pemimpin orang Cina yang berada di seberang laut. Hal itu dapat dibuktikan apabila sepanjang Ogos 1905 sehingga Disember 1911, Sun Yat-sen telah mengutuskan sebanyak 96 pucuk surat kepada para pemimpin Orang Cina Seberang Laut berkenaan dengan hal ehwal parti atau untuk mendapatkan dana. Melalui 96 pucuk surat tersebut, 63 pucuk surat telah diutuskan kepada pemimpin Cina di Singapura serta Tanah Melayu seperti Teo Enghock, Tan Chor-nam dan Teng Tse-ju.42 Sementara itu, Sun Yat-sen turut mengembara ke Eropah dan meminta kuasakuasa Barat seperti Britain untuk bersikap berkecuali. Langkah itu dilakukan oleh Sun Yat-sen bagi mengelakkan campur tangan kuasa Barat yang boleh menggagalkan perjuangan revolusi yang digerakkan oleh beliau. 43 Sikap berkecuali kuasa Barat menjadikan perjuangan revolusi Sun Yat-sen dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, jelas menunjukkan usaha Sun Yat-sen dalam mendapatkan sumber dana untuk merealisasikan Revolusi China. Usaha tersebut dilihat sangat membantu Sun Yat-sen dalam perjuangan revolusinya menjatuhkan Dinasti Ching.

2.5

Penubuhan cawangan-cawangan revolusi Usaha Sun Yat-sen dalam menggerakkan revolusinya adalah dengan

menubuhkan cawangan-cawangan revolusi bagi memudahkan penyampaian segala maklumat berkaitan revolusi kepada masyarakat Cina di dalam dan luar negara. Hal

41 42

Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:Ams Press. hlm. 211. Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. hlm. 341. 43 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 104.

12

itu dapat dilihat melalui penubuhan pertubuhan Chung-hua, Ke-ming, Tung Meng Hui dan The Chinese Revolutionary League yang berperanan sebagai cabang kepada masyarakat orang Cina di dalam dan luar negara. 44 Pertubuhan Tung Meng Hui merupakan organisasi yang utama kepada pihak revolusi apabila mempunyai keahlian sebanyak 10 000 orang. 45 Pertubuhan Tung Meng Hui telah merancang untuk menubuhkan empat cawangan iaitu di Eropah, Amerika Syarikat dan Honolulu. Manakala, lima cawangan Tung Meng Hui akan ditubuhkan di China namun hanya di Selatan China dan Tengah China sahaja yang berjaya diwujudkan cawangan itu. 46 Setiap pertubuhan Tung Meng Hui mempunyai ketua dalam merencanakan pelbagai aktiviti tersebut. Buktinya dapat dilihat melalui cawangan Tung Meng Hui yang terdapat di Kuala Pilah dan dipimpin oleh Teng Tse-ju.47 Melalui kesemua cawangan Tung Meng Hui yang ditubuhkan, cawangan di Hong Kong merupakan yang paling aktif dalam menggerakkan perjuangan revolusi termasuk dalam merancang operasi ketenteraan terutamanya di Kwangtung.48 Analisis daripada perkara ini dapat dilihat bahawa penubuhan cawangan-cawangan revolusi terutamanya Tung Meng Hui sangat membantu Sun Yat-sen dalam mengerakkan Revolusi 1911.

3.0

Faktor-faktor Kemenangan Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemenangan pihak revolusi

semasa Revolusi 1911. Faktor-faktor kemenangan ini akan dilihat melalui kelemahan Dinasti Ching, Tiga Prinsip Rakyat, pengaruh Jepun, bantuan kewangan yang mencukupi, sokongan tanpa kelas masyarakat dan peranan Yuan Shih-Kai.
44 45

Wang Gungwu. (1959). Sun Yat-sen and Singapore. South Seas Society Journal, 15[2], hlm. 59. Gottfried-Karl Kindermann. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionary nation-building. hlm. 49. 46 Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 47. 47 Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. hlm. 341. 48 Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 47.

13

3.1

Kelemahan Dinasti Ching Selain itu, kelemahan Dinasti Ching juga merupakan antara faktor

penyumbang kepada kejayaan revolusi yang dipelopori oleh Sun Yat-sen. Dinasti Ching yang telah diasaskan oleh orang-orang Manchu merupakan bangsa minoriti yang terdapat di China. Oleh itu, untuk mengekalkan tampuk pemerintahan agar tidak terjejas, mereka berusaha untuk mengekalkan kestabilan negara China dengan menjalankan dasar pecah dan perintah. Namun begitu, pemerintahan Manchu tidak mendapat sokongan daripada rakyat China. Tambahan lagi, bangsa Han yang merupakan bangsa majoriti di China tidak yakin akan pemerintahan yang dijalankan oleh orang-orang Manchu. Mereka merasakan perlu untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ching.49 Tambahan lagi, abad ke-19 memperlihatkan banyak peristiwa yang berlaku ke atas Dinasti Ching disebabkan oleh kelemahan pemerintahan Manchu. Justeru itu, peristiwa-peristiwa yang berlaku menyebabkan orang-orang China bertekad untuk menjatuhkan pemerintahan Manchu. Ketika era pemerintahan Manchu banyak masalah yang timbul dalam bidang pentadbiran contohnya seperti gejala rasuah ketika pemilihan pegawai kerajaan, penyelewengan kewangan yang dilakukan oleh golongan atasan dan sikap mementingkan diri dalam kalangan pegawai-pegawai atasan.50 Selain itu, terdapat juga masalah-masalah lain yang timbul seperti bencana alam iaitu banjir dan kemarau yang telah mengakibatkan kemusnahan kepada hasil tanaman para petani. Pencerobohan kuasa Barat juga dikatakan telah mencabar institusi tradisional China iaitu konsep Anak Syurga dan Middle Kingdom.51

49 50

Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. New York:St. Martines Press. hlm. 11. Sufian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 41 51 Sufian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 176.

14

Peristiwa-peristiwa dan tanda-tanda negatif yang berlaku menyebabkan rakyat berpendapat bahawa pemerintahan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga. Tambahan lagi, pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin China juga menemui kegagalan menyebabkan rakyat berhak bangkit untuk menentang dan seterusnya menyingkirkan kerajaan yang sedia ada. Selain itu, kemasukan kuasa Barat juga telah meninggalkan kesan negatif dan membuatkan penduduk China memandang rendah kepada Dinasti Ching kerana gagal untuk menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh pihak asing. Oleh itu, rakyat mengatakan bahawa kuasa kerajaan Ching semakin merosot.52 Kelemahan yang terjadi menyebabkan rakyat semakin marah dan kecewa serta bangkit untuk menentang Dinasti Ching. Pimpinan Manchu dianggap tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat.
53

Pada ketika itu, muncul seorang tokoh yang

memperjuangkan nasib rakyat iaitu Sun Yat-sen bersama idea revolusinya dan beliau merupakan tokoh nasionalis penting di China. Pada tahun 1911, rakyat telah menyertai Sun Yat-sen untuk menggulingkan pemerintahan Manchu. Beliau juga mendapat sokongan daripada pegawai tentera bagi menggulingkan Dinasti Ching dan menubuhkan sebuah republik. Penubuhan sebuah republik merupakan sebahagian daripada platform untuk menggantikan pemerintahan Manchu dengan golongan elit yang lebih moden. 54 Oleh itu, kejatuhan Dinasti Ching dan penubuhan Republik China 1912 telah memperlihatkan bahawa rakyat mula menyedari tentang kemerdekaan China dan perlu menyingkirkan sistem monarki yang diamalkan di

52 53

Ibid., hlm. 176-177. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali. Azhar Hj. Mad Aros & Sufian Mansor. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 298. 54 Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. hlm. 10.

15

China serta digantikan dengan sistem demokrasi yang akan memberi banyak kelebihan kepada rakyat.55

3.2

Tiga Prinsip Rakyat Di samping itu, pengenalan Tiga Prinsip Rakyat atau juga dikenali sebagai

San Min Chu I turut menyumbang kepada kejayaan Revolusi 1911 yang telah berjaya menggulingkan Dinasti Ching. Tiga Prinsip Rakyat yang diperkenalkan oleh Sun Yat-sen merangkumi Min-tsu, Min-chuan dan Min-sheng iaitu Prinsip Nasionalisme, Prinsip Demokrasi atau Kedaulatan dan Prinsip Kebajikan Sosial Rakyat.56 Sebelum menggubal prinsip ini, telah berlaku satu kes penculikan ke atas Sun Yat-sen oleh wakil kerajaan Manchu di London iaitu pada tahun 1896. Akibat pertolongan Dr Cantlie, beliau berjaya dibebaskan dan telah menetap di Eropah selama dua tahun.57 Justeru itu, selama berada di Eropah beliau telah melihat sendiri adat resam dan juga politik yang akhirnya dapat membantu dalam melahirkan idea-idea bagi menggubal Tiga Prinsip Rakyat yang juga menjadi asas kepada ideologi politik dalam membantu perjuangan revolusinya.58 Prinsip yang pertama iaitu Prinsip Nasionalisme yang secara semula jadinya telah digubal sebagai satu ideologi kepada orang-orang China untuk menentang pemerintahan Manchu. Melalui kesedaran nasionalisme, golongan-golongan terpelajar dan masyarakat China secara tidak langsung mula berfikir bahawa pemerintahan monarki telah menyekat kepada kemodenan China. Pemerintahan Manchu banyak melakukan penindasan ke atas rakyat. Tambahan lagi, Sun Yat-sen juga mengatakan
55 56

Ibid., Stephen Chen & Robert Payne. (1946). Sun Yat Sen: a portrait. New York:The John Day Company. hlm. 177. 57 Joginder Singh Jessy. (disunting oleh Ghazali Bin Basri). (1978). Sejarah China Jepun. Kuala Lumpur:Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 85. 58 J.y. Wong. (1986). The origins of an heroic image: Sun Yat sen in London, 1896-1897. New York:Oxford University Press. hlm. 16-17.

16

bahawa orang-orang China hanya mempunyai keluarga dan puak-puak tertentu, namun semangat kebangsaan masih berkurangan. 59 Akibatnya, walaupun 400 juta orang-orang China berkumpul sebagai satu komuniti, namun mereka masih dianggap lemah. Oleh itu, untuk menyatukan rakyat Cina yang pelbagai kaum, satu semangat kebangsaan diperlukan untuk menentang pemerintahan Manchu iaitu pemerintahan monarki yang boleh dianggap melemahkan negara China. Beliau turut menyeru orang-orang Cina untuk bangkit menentang pemerintahan Manchu dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka. Justeru itu, beliau telah menggerakkan satu revolusi dan mencadangkan kerajaan republik serta percaya bahawa sistem tersebut akan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan sistem pemerintahan sebelum ini.60 Prinsip Demokrasi pula lebih menjurus ke arah menyediakan China dengan pemerintahan republik. Sun Yat-sen berpendapat bahawa untuk menghasilkan pemerintahan yang terbaik dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa iaitu tiga kuasa pemerintahan meliputi badan eksekutif, perundangan dan kehakiman haruslah dibentuk bagi mengelakkan pertindihan kuasa. Pembentukan ini membolehkan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka sekiranya ditimpa sebarang masalah dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.61 Prinsip seterusnya iaitu Prinsip Kebajikan Sosial Rakyat atau sosialisme rakyat. Prinsip ini telah dipengaruhi oleh pemikiran Henry Geoges seorang pemikir di Amerika Syarikat. Selain itu, prinsip ini lebih menjurus untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dengan melihat kepada ekonomi masyarakat. Kemiskinan merupakan salah satu masalah dalam kalangan masyarakat China. Oleh itu, Sun Yatsen berpendapat bahawa pembaikan dalam sistem ekonomi dapat menyumbang

59 60

W.Scott Morton & Charlton. (2005). China:its history and culture fourth edition. hlm. 177. Ibid., 61 W.Scott Morton & Charlton. (2005). China:its history and culture fourth edition. hlm. 178.

17

kepada sebuah negara yang dapat menjamin kehidupan rakyat. Beliau juga tidak mahu membiarkan kaum kapitalis membolot semua kekayaan di dalam negeri.62 Tiga Prinsip Rakyat ini menjadi dasar dan tujuan untuk menggambarkan tentang fahaman politik Sun Yat-sen dan berkembang mengikut situasi semasa kerana tiap-tiap prinsip memerlukan pandangan yang berlainan. Tiga prinsip ini merupakan ideologi politik pembentukan revolusi dalam melawan pemerintahan Manchu dan dapat membimbing rakyat ke arah kemerdekaan nasional, politik dan sosial.63 Oleh itu, dapat dilihat bahawa tiga prinsip yang diperkenalkan oleh Sun Yatsen telah menyampaikan pemikiran politik dan sosial serta boleh dijadikan sebagai garis panduan yang lengkap. Hal ini kerana, kebaikan yang terkandung dalam prinsipprinsip tersebut merupakan idea-idea yang boleh diterima oleh masyarakat Cina secara keseluruhannya. Hal ini telah membantu kepada kejayaan Revolusi 1911 yang digerakkan oleh Sun Yat-sen.64

3.3

Pengaruh Jepun Pengaruh kuasa Jepun merupakan antara faktor kejayaan yang menyumbang

kepada gerakan revolusi yang dipelopori oleh Sun Yat-sen sehingga berjaya menggulingkan pemerintahan Manchu. Jepun merupakan satu tapak asas yang penting dalam menjayakan gerakan revolusi yang dilakukan oleh Sun Yat-sen. Jepun merupakan tempat yang sesuai kerana memudahkan beliau berhubung dan bertindak dalam merancang aktiviti-aktiviti revolusinya. Oleh itu, antara tahun 1895 dan 1924, Sun Yat-sen telah melawat Jepun selama 15 kali. Setelah itu, beliau tinggal di sana selama lapan hingga sembilan tahun yang mewakili lebih 1/4 daripada masa hayatnya
62

Audrey Wells. (2001). The politican thought of Sun Yat-sen:development and impact. New York:Palgrave Publisher. hlm. 26-27. 63 Y.C. Wu. (1950). Sun Yat Sen:bapak republic Tiongkok. Djakarta:Penerbit Djambatan. hlm. 53. 64 Aul Myron Anthony Linebarger. (1937). The political doctrines of Sun Yat-Sen:an exposition of the San Min Chu I. Baltimore:The Johns Hopkins Press. hlm. 7.

18

ditumpukan untuk kegiatan revolusi. Ketika berada di Jepun, Sun Yat-sen berhasrat untuk menggulingkan Manchu serta mengembalikan China kepada orang Cina dan menstabilkan kerajaan Republik.65 Ketika berada di Jepun, Sun Yat-sen telah menjalinkan persahabatan dengan Miyazaki Torazo atau Toten. Beliau berharap persahabatan tersebut dapat membantu dalam mendapatkan sokongan politik bagi meneruskan perjuangan revolusinya. Tambahan lagi, Jepun membantu Sun Yat-sen disebabkan oleh mereka mahu meminta bantuan China untuk memperkenalkan Pan-asian supaya dapat membantu Jepun melawan kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat. Selain itu, Jepun aktif bekerjasama dengan Sun Yat-sen ekoran rasa takut kuasa Barat yang boleh mengancam kedudukan dan kedaulatan Jepun. Selain itu, China dan Jepun mempunyai kebudayaan yang hampir sama dan memudahkan komunikasi antara kedua-dua belah pihak serta membantu kepada kejayaan revolusi Sun Yat-sen.66 Di samping itu, Sun Yat-sen turut menjalinkan hubungan persahabatan dengan Inukai Ki yang juga merupakan seorang wartawan dan negarawan yang berfikiran terbuka dan beliau juga memainkan peranan dalam perjuangan revolusi Sun Yat-sen. Inukai Ki telah merekrut semula bekas-bekas samurai yang pernah disingkirkan ketika era Meiji bagi membantu Sun Yat-sen. 67 Selain itu, Inukai juga turut membantu dengan memberi perlindungan tempat tinggal, sebagai penyiasat bagi menyalurkan maklumat-maklumat penting dan bertindak menyampaikannya kepada Sun Yat-sen.68 Hubungan persahabatan serta bantuan yang diberikan oleh pihak Jepun telah memberikan peluang kepada Sun Yat-sen untuk menstabilkan hubungannya dengan
65

Ng Lun Ngai-ha, Cheng Shenglin, Guo Jingrcong & LuoLixi. (1986). Historical traces of Sun YatSens activities in Hong Kong, Macao and overseas. United College:The Chinese University of Hong Kong. hlm. 105. 66 Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. hlm. 69. 67 Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. hlm. 73. 68 Marius B. Jansen. (1954). The Japanese and Sun Yat-Sen. Cambridge:Harvard University Press. hlm. 5.

19

Jepun. Keadaan itu seterusnya membantu kejayaan revolusi dan akhirnya berjaya menyingkirkan pemerintahan Dinasti Ching.

3.4

Bantuan Kewangan Yang Mencukupi Bantuan kewangan yang mencukupi turut menyumbang kepada faktor

kemenangan pihak revolusi yang digerakkan oleh Sun Yat-sen dalam Revolusi 1911. Hal itu kerana, bantuan kewangan yang banyak diperolehi oleh Sun Yat-sen telah digunakan untuk menggerakkan perjuangan pihak revolusi termasuk membeli bekalan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan peperangan. 69 Melalui dana dan sumber kewangan yang dikumpul, Sun Yat-sen telah membeli sejumlah besar senjata yang canggih termasuk sejumlah senapang kecil dan 600 laras revolver. 70 Kelengkapan perang yang dibeli tersebut digunakan oleh pihak revolusi bagi melancarkan pemberontakan untuk menentang kerajaan Ching dan menawan kawasan seperti di Wuchang pada Oktober 1911. 71 Tanpa bantuan kewangan yang mencukupi, sudah tentu perjuangan pihak revolusi ini menemui jalan yang sukar. Bantuan kewangan yang banyak diperolehi oleh pihak revolusi merupakan impak daripada usaha Sun Yat-sen yang tidak berputus asa mendapatkan bantuan kewangan daripada luar China terutamanya daripada Orang-Orang Cina Seberang Laut yang begitu menyokong perjuangan revolusi Sun Yat-sen bagi menentang kerajaan Ching. 72 Orang-Orang Cina Seberang Laut terdiri daripada komuniti berketurunan Cina yang berada di luar China sepert di Jepun, Hong Kong serta negara-negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Singapura.73 Sumber-sumber

69 70

Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212. Ibid., 71 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 103. 72 C. Martin Wilbur. (1976). Sun Yat-Sen: frustrated patriot. New York:Columbia University Press. hlm. 17-18. 73 Ibid., hlm. 18.

20

kewangan yang diperolehi oleh pihak revolusi seperti hasil sumbangan dana daripada Orang Cina Seberang Laut telah digunakan sebaiknya oleh pihak revolusi bagi memastikan kejayaan Revolusi 1911. Sebagai contoh, Sun Yat-sen telah membuat rayuan kutipan derma di Persidangan Pulau Pinang pada tahun 1910 dan secara tidak langsung keadaan itu telah membantu pihak revolusi memperolehi sumber kewangan daripada Tanah Melayu.74 Sumber kewangan yang diperolehi tersebut telah digunakan bagi membiayai Pemberontakan Canton kedua (juga dikenali sebagai Pemberontakan Timbunan Bunga Kuning) pada tahun 1911 yang merupakan salah satu daripada gerakan pemberontakan yang penting dalam Revolusi 1911.75 Selain itu, terdapat juga sebahagian masyarakat Cina yang taat setia kepada Sun Yat-sen di Melaka telah melakukan beberapa rompakan sekitar tahun 1909 hingga 1910. Hasil rompakan tersebut telah dihantar ke China untuk membiayai perjuangan pihak revolusi. 76 Hasil bantuan kewangan yang banyak diperolehi menjadikan pergerakan pihak revolusi menjadi lancar dan digeruni oleh pihak kerajaan Dinasti Ching. Keadaan itu memperlihatkan bahawa bantuan kewangan yang mencukupi telah menjadi salah satu faktor kemenangan pihak revolusi semasa gerakan Revolusi 1911 berlangsung.

3.5

Sokongan tanpa kelas masyarakat Salah satu faktor kemenangan Revolusi 1911 di China yang digerakkan oleh

Sun Yat-sen adalah disebabkan wujudnya sokongan tanpa kelas masyarakat di China. Sokongan yang diterima oleh Sun Yat-sen semasa menggerakkan revolusi diperolehi daripada pelbagai kelas masyarakat seperti golongan pelajar, tentera, golongan

74 75

Salma Nasution Khoo. (2008). Sun Yat Sen in Penang. Penang:Areca Books. hlm. 122. Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212. 76 Victor Purcell. (Terjemah. Nik Hasnaa Nik Mahmood). (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor Bahru:Universiti Teknologi Malaysia. hlm. 228.

21

pedagang dan Orang Cina Seberang Laut. Bentuk sokongan yang diterima pula adalah seperti sokongan kewangan dan moral. Sokongan daripada golongan pelajar terutamanya yang berada di Jepun sangat menggalakkan apabila seramai 863 orang pelajar telah menyertai pertubuhan Tung Meng Hui.77 Selain itu, golongan pedagang juga turut memberikan bantuan dari segi sokongan kewangan bagi membantu perjuangan puak revolusi. Begitu juga dengan Orang Cina Seberang Laut yang aktif dalam menyertai pertubuhan revolusi seperti Tung Meng Hui untuk memastikan agenda perjuangan revolusi dapat diikuti dan diperjuangkan.78 Sementara itu, kelas tentera juga memainkan peranan dalam menyokong perjuangan revolusi Sun Yat-sen. Hal itu dapat diperhatikan apabila terdapat segelintir tentera kerajaan Ching menyertai tentera yang dibentuk oleh pihak revolusi bagi membuktikan sokongan mereka terhadap perjuangan pihak revolusi. 79 Sokongan daripada kesemua kelas masyarakat ini telah memberikan kekuatan kepada pihak revolusi untuk terus berjuang. Sokongan yang diterima daripada pelbagai kelas masyarakat ini juga begitu dipengaruhi oleh ideologi Tiga Prinsip Rakyat yang diperjuangankan oleh Sun Yat-sen dan pihak revolusi.80 Idea Tiga Prinsip Rakyat tersebut dilihat sangat releven serta memperjuangkan nasib rakyat dan boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat di China. Secara keseluruhannya, sememangnya faktor sokongan daripada pelbagai kelas masyarakat telah membantu dalam kejayaan pihak revolusi dalam perjuangan mereka di China ketika berlangsungnya Revolusi 1911.

77 78

Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolution. hlm. 44. Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. hlm. 351. 79 Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911. hlm. 12. 80 Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolution. hlm. 49.

22

3.6

New Army Faktor kemenangan pihak Revolusi 1911 juga berkait rapat dengan kekuatan

ketenteraan pihak revolusi. Hal itu dapat dilihat apabila kewujudan New Army telah memberikan kekuatan kepada tentera revolusi. Pada peringkat awal, New Army telah dilatih oleh Yuan Shih-Kai sebagai tentera kerajaan Ching bermula pada tahun 1904. 81 New Army yang ditubuhkan itu dilengkapi dengan pelbagai kaedah dan strategi serta pensenjataan moden dibanding dengan divisyen-divisyen lain dalam angkatan tentera Manchu yang lama. Terdapat beberapa faktor yang menarik tentang New Army setelah pemecatan Yuan Shih-Kai yang menyebabkan divisyen ini terlibat dalam Revolusi 1911. Pengambilan kadet-kadet baru lepasan daripada akademik tentera Jepun seperti Chang Shao-tseng, Wu Lu-cheng dan Lan Tien-wei telah menjadi faktor utama penglibatan New Army dalam gerakan revolusi. Hal ini jelas sekali dapat dilihat apabila Wu-Lucheng turut menyertai aktiviti revolusi Tang Tsai-chang di Ta-tung. 82 Bahkan apabila diselidiki turut didapati ketiga-tiga mereka telah membuat pakatan bersubahat dengan pihak revolusioner bersama-sama dengan unit-unti divisyen New Army yang diketuai oleh mereka. Hal ini jelas dalam peristiwa yang berlaku di Luan-chao yang menjadikan x-factor gerakan Revolusi 1911 amat berjaya.83 Penularan sentimen anti-Manchu dalam angkatan New Army mulai berputik daripada perasaan tidak puas hati kepada kerajaan Manchu apabila pihak pemerintah telah menubuhkan divisyen patrol dan tentera laut. Unit-unit itu, teutama daripada unit patrol telah ditugaskan untuk mengintip setiap pergerakan New Army. Pengintipan inilah yang menyebabkan New Army berasa tidak puas hati dan membawa kepada sentimen anti-Manchu. Bahkan, pihak pemerintah juga seringkali
81 82

Ching-tung Liang. (1962). The Chinese revolution of 1911. hlm.16. Ibid. hlm. 45. 83 Ibid. hlm. 46

23

meminjamkan peralatan senjata New Army kepada unit-unit ini.84 Walaupun sentimen anti-Manchu telah menular dalam kalangan para pegawai dan anggota divisyen New Army, hal itu tidak disedari langsung oleh kerajaan Manchu. Kerajaan Manchu yang masih tetap memperuntukkan belajanwan yang besar setiap tahun untuk New Army.85 Pemecahan penempatan-penempatan unit-unit daripada divisyen ini di wilayah-wilayah lain di China terutama 3 unit dividsyen di Wuchang telah turut menjadi x-factor kejayaan Revolusi 1911. Hal itu jelas dapat dilihat dengan bermulanya simpati pihak New Army kepada gerakan revolusi di wilayah Jung-hsien (15 September), kemudian bantuan secara langsung daripada New Army di

Chungking (22 September) sehinggalah kepada pengisytiharaan kemerdekaan Shantung (12 Disember) yang melibatkan pegambilalihan armada laut oleh Tung Meng Hui.86 Kejayaan pihak revolusi dengan sokongan dan bantuan daripada New Army telah menyebabkan beberapa wilayah lain melihat bahawa tentera revolusi memiliki kekuatan yang lebih untuk menjatuhkan Dinasti Manchu. Oleh itu, wilayah-wilayah tersebut telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kerajaan Ching seperti Hunan (22 Oktober), Kiangsi (2 November), Kiangsu (3 November) dan Chekiang (4 November). Kemudian, dalam tempoh sebulan setengah, 15 wilayah lain turut mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Ching. 87 Jelaslah sekali bahawa New Army adalah x-factor bagi kejayaan Revolusi 1911 yang dipelopori oleh Sun Yat Sen sebagaimana yang telah pun dibincangkan.

84 85

Ibid. hlm. 17. Ibid. 86 Ibid. 21-22. 87 S uffian Mansor.(2009). Sejarah China meoden. hlm. 103

24

3.7

Peranan Yuan Shih-Kai Faktor kemenangan pihak revolusi ketika Revolusi 1911 berlaku di China

ialah berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh Yuan Shih-Kai. Hal itu kerana, pihak revolusi pada waktu itu telah mendirikan kerajaan Republik China dengan melantik Sun Yat-sen sebagai Presiden sementara. Sun Yat-sen pada waktu itu baru sahaja pulang ke Shanghai setelah sekian lama berada di luar negara.88 Lantaran itu, kerajaan Ching yang merasakan kedudukan mereka semakin goyah di China telah melantik dan memberikan kuasa penuh kepada Yuan Shih-Kai untuk mengetuai pasukan tentera laut dan darat bagi menghapuskan perjuangan Revolusi 1911. 89 Ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut, Yuan Shih-Kai telah dibantu oleh dua orang pembantunya iaitu Feng Kuo-chang dan Tuan Chi-jui.90 Kempen ketenteraan yang diketuai oleh Yuan Shih-Kai ini telah mencapai kemajuan dan beliau berhasil memimpin Tentera Maharaja untuk menawan beberapa kawasan seperti Hankow dan Hanyang. 91 Kejayaan itu telah memberikan tamparan yang hebat kepada pihak revolusi yang akhirnya bersedia bertolak ansur untuk membuat rundingan dengan Yuan Shih-Kai. Pihak revolusi yang dipimpin oleh Li Yuan-hung dan Huang Hsing telah bersetuju berunding dengan Yuan Shih-Kai dan hasil rundingan mereka bersepakat melantik Yuan Shih-Kai sebagai Presiden sementara Republik China.92 Manakala, atas persetujuan rundingan tersebut, Sun Yatsen telah meletak jawatan sebagai Presiden sementara dan Dewan Perhimpunan di

88 89

Tsui Chi. (1942). A short history of Chinese civilisation. London:Victor Gollancz. hlm. 251 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 104. 90 Ibid., 91 Su Kaiming. (1985). Modern China: a topical history. Beijing:New World Press. hlm. 91. 92 Edwin J. Dingle. (1912). Chinas Revolution 1911-1912: a historical and political record of the civil war. London:Fisher Unwin. hlm. 212-213.

25

Nanking juga telah sepakat melantik Yuan Shih-Kai sebagai Presiden sementara Republik China.93 Sebagai balasan atas perlantikan beliau sebagai Presiden sementara Republik China, Yuan Shih-Kai telah bersetuju kepada pihak revolusi untuk mendesak kerajaan Dinasti Ching menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi.94 Akibat tuntutan daripada Yuan Shih-Kai, maka kerajaan Dinasti Ching akur dan Maharaja telah turun daripada takhta pada 13 Januari 1912. 95 Kesan daripada itu, maka berakhirlah pemerintahan Maharaja di China dan digantikan dengan pemerintahan Republik China hasil daripada perjuangan Revolusi 1911.96 Rentetan daripada perkara tersebut, timbul persoalan sama ada perjuangan pihak revolusi mencapai kemenangan yang mutlak atau sebaliknya. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kami melihat bahawa pihak revolusi tidak mencapai kemenangan yang sepenuhnya. Sememangnya perjuangan revolusi yang digerakkan oleh Sun Yat-sen dilihat sudah berjaya menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching dan mendirikan sebuah negara Republik China.97 Namun, daripada sudut yang lain pula, pihak revolusi dilihat sukar menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching sekiranya tanpa bantuan daripada Yuan Shih-Kai yang memainkan peranan penting dalam mendesak kerajaan Dinasti Ching menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi.98 Malah, kempen ketenteraan tentera kerajaan Dinasti Ching yang diketuai oleh Yuan Shih-Kai juga mudah menewaskan tentera pihak revolusi hingga berjaya menguasai

93

Jung Chang. (2005). Mao: kisah-kisah yang tak diketahui. Jakarta:Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. hlm. 14. 94 Mariano Ponce. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China. Manila:Filipino-Chinese Cultural Foundation Inc. hlm. 30. 95 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 105. 96 Lucien Bianco. (1971). Origins of the Chinese Revolution. London:Oxford University Press. hlm. 223. 97 Jarome Chen. (1961). Yuan Shih-Kai 1859-1916: brutus assumes the purple. London:George Allen & Unwin Ltd. hlm. 135. 98 Mariano Ponce. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China. hlm. 30.

26

beberapa kawasan seperti Hankow dan Hanyang. 99 Oleh itu, jelas dapat dilihat bahawa Yuan Shih-Kai telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemenangan pihak revolusi menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching. Meskipun kemenangan yang diperolehi bukan bersifat mutlak, namun ianya cukup untuk mendirikan Republik China hasil daripada perjuangan Revolusi 1911. 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, Revolusi 1911 yang tercetus awal beberapa hari tidak seperti yang dirancang merupakan satu titik perubahan drastik bukan sahaja ke atas sistem pemerintahan dan pentadbiran negara China tetapi juga meliputi aspek-aspek lain seperti sosiobudaya dan ekonomi. Kejayaan yang dicapai ini terbukti oleh usahausaha yang telah dilakukan oleh Sun Yat-sen sebagai pelopor gerakan ini sehingga beliau digelar sebagai Father of the Republic. 100 Usaha-usaha tersebut meliputi gerakan anti-Machu, kempen-kempen Sun Yat-sen mengumpul dana dan sokongan, strategi revolusi Sun Yat-sen, mendapatkan sokongan luar dan penubuhan cawangancawangan revolusi. Selain itu, kami turut menganalisa faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Revolusi 1911 iaitu kelemahan Dinasti Ching, Tiga Prinsip Rakyat, pengaruh Jepun, bantuan kewangan yang mencukupi, sokongan tanpa kelas masyarakat dan peranan Yuan Shih-Kai. Kesemua usaha yang digerakkan oleh Sun Yat-sen telah menjadi faktor kepada kemenangan pihak revolusi. Meskipun kemenangan yang diperolehi bukanlah sepenuhnya atas usaha pihak revolusi, namun, ianya sudah cukup untuk menjatuhkan pemerintahan Dinasti Ching di China dan mengembalikan pemerintahan China di tangan bangsa Han.
99

Jack Gray. (1990). Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. New York:Oxford University Press. hlm. 144-145. 100 Wolfram Eberhard. (1977). A history of China. United States:University of California Press. hlm. 317.

27

Bibliografi

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali. Azhar Hj. Mad Aros & Sufian Mansor. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 18001963. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bergere , M.C. & Lyod, J. (1998). Sun Yat Sen. California:Stanford University Press. Bergere, M.C. (1994). Sun Yat-sen. California: Stanford Universiti Press. Bianco, L. (1971). Origins of the Chinese Revolution. London:Oxford University Press. Chen, S. & Payne, R. (1946). Sun Yat Sen: a portrait. New York:The John Day Company. Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911. New York:St. Johns University Press. Chun-tu Hsueh. (1961). Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. Stanford:Stanford University Press. Crowley, J.B. (1970). Modern East Asia: essay in interpretation. United States of Amerika:Harcourt Brace & World. Dingle, E.J. (1912). Chinas Revolution 1911-1912: a historical and political record of the civil war. London:Fisher Unwin. Eberhard , W. (1977). A history of China. United States:University of California Press. Fairbank, J.K. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. New York:Harper & Row, Publishers. Gray, J. (1990). Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. New York:Oxford University Press. Isaacs, H.R. (1938). The tragedy of the Chinese revolution. California:Stanford University Press. J.y. Wong. (1986). The origins of an heroic image: Sun Yat sen in London, 1896-1897. New York:Oxford University Press. Jansen, M.B. (1954). The Japanese and Sun Yat-Sen. Cambridge:Harvard University Press. Jarome Chen. (1961). Yuan Shih-Kai 1859-1916: brutus assumes the purple. London:George Allen & Unwin Ltd. Joginder Singh Jessy. (disunting oleh Ghazali Bin Basri). (1978). Sejarah China Jepun. Kuala Lumpur:Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 85. 28

Jung Chang. (2005). Mao: kisah-kisah yang tak diketahui. Jakarta:Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. Kindermann, G. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionary nation-building. Munchen:Gunter Olzog Verlag Munchen. Linebarger & Wentworth, P.M. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:AMS Press. Linebarger, A.M.A. (1937). The political doctrines of Sun Yat-Sen:an exposition of the San Min Chu I. Baltimore:The Johns Hopkins Press. Linebarger, P. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:Ams Press. McNeil, W.H. (1994). Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Morton, W.S. & Lewis, C.M. (2005). China: its history and culture fourth edition. New York:McGraw-Hill, Inc. Ng Lun Ngai-ha, Cheng Shenglin, Guo Jingrcong & LuoLixi. (1986). Historical traces of Sun Yat-Sens activities in Hong Kong, Macao and overseas. United College:The Chinese University of Hong Kong. Philips, R.T. (1996). China since 1911. London:McMillan Press Ltd. Ponce, M. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China. Manila:Filipino-Chinese Cultural Foundation Inc. Purcell, V. (Terjemah. Nik Hasnaa Nik Mahmood). (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor Bahru:Universiti Teknologi Malaysia. Salma Nasution Khoo. (2008). Sun Yat Sen in Penang. Penang:Areca Books. Su Kaiming. (1985). Modern China: a topical history. Beijing:New World Press. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Sufian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Tsui Chi. (1942). A short history of Chinese civilisation. London:Victor Gollancz. Wang Gungwu. (1959). Sun Yat-sen and Singapore. South Seas Society Journal, 15[2]. Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. New York:St. Martines Press. Wells, A. (2001). The politican thought of Sun Yat-sen:development and impact. New York:Palgrave Publisher. 29

Wilbur, C.M. (1976). Sun Yat-Sen: frustrated patriot. New York:Columbia University Press. Wrigh, D.C. (2001). The history of China. Canada:Greenwood Publishing Group. Y.C. Wu. (1950). Sun Yat Sen:bapak republic Tiongkok. Djakarta:Penerbit Djambatan. Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and politics. Singapore:Times Academic Press.

30

Anda mungkin juga menyukai