Anda di halaman 1dari 16

Tajuk 1 Meningkatkan Kemahiran Memberus Gigi Murid Prasekolah Bermasalah Pembelajaran Melalui Pendekatan Kasih

Oleh: Rosezeta Binti Jalaluddin Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat Kajang, Selangor Darul Ehsan

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah guru dalam meningkatkan kemahiran memberus gigi dalam kalangan murid Prasekolah Bermasalah Pembelajaran SK Seri Sekamat, Kajang semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 7 orang murid (3 lelaki dan 4 perempuan) dan seorang guru Prasekolah Bermasalah Pembelajaran terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dan semakan Senarai Semak. Perancangan Tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran memberus gigi dengan cara yang betul. Teknik tunjuk cara, latihan amali dan penggunaan kad bergambar yang didedahkan setiap hari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran telah membantu mencapai objektif kajian.

Tajuk 2 Meningkatkan Kemahiran Mengira Operasi Tambah Dan Tolak Nombor Dalam Bentuk Piawai Melalui Teknik S.M.a.RT b Dalam Kalangan Murid Bermasalah Penglihatan

Oleh: Suriani Binti Yusof Sm. Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan murid Tingkatan Empat Amanah dan Bestari menyelesaikan masalah matematik di dalam Subtopik Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi Nombor Bentuk Piawai. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui dan ujian prapeperiksaan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 yang lalu. Hasil tinjauan

menunjukkan majoriti murid tidak dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor dalam Bentuk Piawai. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukan murid semasa mengira operasi tambah dan tolak nombor dalam Bentuk Piawai dan meningkatkan kemahiran menukar indeks bagi asas sepuluh semasa membuat operasi tambah dan tolak nombor Bentuk Piawai melalui Teknik S.M.a.RT b. Murid telah didedahkan kepada Teknik S.M.a.RT b selama 120 minit dan diberi latihtubi secukupnya dalam tempoh 3 minggu. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara dan murid masih dapat mengaplikasikan teknik ini semasa menjawab soalan Matematik dalam peperiksaan akhir tahun 2008.

Tajuk 3 Improving The Answering Skills Among Hearing - Impaired Students In Section B Of UPSR Science Paper

By: Manimala Muthusamy Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban

Abstract The percentage of passes in Science UPSR paper is alarming poor especially among hearing impaired children. One of the pupils problems is answering questions from the Section B of the paper. It is known that through observations, marking the pupils examination papers, discussion and pre test, that the number of passes in this paper dropped because they cannot answer this Section of the paper. Thus, this research was done to look for ways to improve the situation and at the same time to increase the answering skill in order to increase the percentage of passes in the UPSR Science paper. It involved 6 year 6 pupils and was carried out for 12 weeks (May to August 2008). The objective of the research is to increase the pupils ability to answer questions on aims/purpose accurately and to increase the percentage of pupils who can answer questions on aims/purpose correctly. The activities will be carried out in 5 stages. They are explaining the key words, understanding the key words, memorizing the formula, practice to use the formula and applying the formula. The pre test done in the preliminary observations stage showed that only 10% can answer the questions on aims. The research was carried out three times in a week. Each time 15 minutes will be allocated to carry out the research. The end result of the post test shows that there was an increasing number of passes, that is from 10%,it increased to 73%.

Tajuk 4 Memperkasa Komunikasi Kod Tangan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran

Oleh: Nurhamizah Binti Abdul Rahman Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengatasi serta memperkasakan lagi Kod Tangan Bahasa Melayu dikalangan murid bermasalah pendengaran di dalam Tahun 3 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru. Seramai 4 daripada 9 orang murid berusia dalam lingkungan 10 tahun terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian dan latihan kod tangan, serta pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil tinjauan mendapati murid-murid tersebut lemah dalam menulis, mengeja dan lebih

menyedihkan langsung tidak kenal huruf dari A hingga Z. Lebih teruk lagi didapati kebanyakan murid-murid gemar membina isyarat sendiri yang tidak terdapat dalam buku KTBM. Dalam menyelesaikan masalah ini,

perancangan tindakan akan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan lagi kefahaman dan daya ingatan murid dengan menggunakan Kaedah Bermain serta penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan berkesan.

Tajuk 5 Meningkatkan Kemahiran Menyebut Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid Pemulihan Bermasalah Penglihatan

Oleh : Nor Farhana Binti Hj. Juraimi Skpk Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Abstrak Kajian ini melibatkan lima orang murid bermasalah penglihatan (tiga buta dan lima rabun teruk) di SKPK Princess Elizabeth berdepan dengan masalah menyebut perkataan. Mereka tidak yakin ketika menyebut sesuatu perkataan. Murid-murid berkenaan diberi latihan berbentuk mengisi tempat kosong, melengkapkan suku kata dan mengisi konsonan berdasarkan gambar selama tiga bulan. Matlamat kajian ini untuk mempertingkat penguasaan bacaan dapat dicapai menerusi aktiviti telah yang dijalankan.

Tajuk 6 Penggunaan Nota Modifikasi Bersama-Sama Penggunaan Peta Minda Untuk Membimbing Murid Mengingati Fakta Sejarah

Oleh: Chua Kim Nio Sm Pendidikan Khas Persekutuan Tanjong Bungah, Pulau Pinang

Abstrak Kajian ini melibatkan seramai 12 daripada 43 pelajar tingkatan 5 sebagai sampel kajian ini dari mula hingga akhir kajian ini dijalankan. Fokus kajian ialah untuk menguji penggunaan ayat-ayat mudah dan pengenalan peta minda dalam membantu pelajar-pelajar pekak menghasilkan perkara dipelajarinya dalam ujian berbentuk esei khusus untuk mata pelajaran Sejarah. Intervensi kajian kali ini melibatkan pengenalan peta minda selain penggunaan nota modifikasi sedia ada digunakan. Instrumen yang digunakan melibatkan ujian pra sebelum intervensi dan ujian pasca selepas intervensi serta ujian mengejut. Tumpuan pengkaji hanya setakat cuba membantu kumpulan pelajar khas ini mengatasi masalah output deficiency dan kelemahan mengingati fakta. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan nota yang dimodifikasi dan pengenalan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar pekak mengingati fakta-fakta lebih lama. Kajian ini menunjukkan guru yang mengajar kumpulan ini perlu memodifikasikan nota dan selepas itu menggunakan peta minda bagi menggambarkan fakta yang tersusun supaya sesuai dengan keupayaan mereka.

Tajuk 7 Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Diri (Penggunaan Tandas) Oleh Pelajar Prasekolah Melalui Terapi Toilet Mastery

Oleh: Shyielathy A/P Arumugam Skpk Princess Elizebeth, Johor Bahru

Abstrak Kajian ini adalah satu kajian kes aspek pengurusan diri (penggunaan tandas) murid bernama Kenny (bukan nama sebenar) yang berada di kelas prasekolah. Kenny mempunyai ketidakupayaan penglihatan dan autistik. Dalam kajian tindakan ini, data dikumpulkan melalui instrumen penentuan perkembangan kanak-kanak -senarai semak, temuramah dengan ibu bapa dan ppm asrama serta ujian auditori. Dapatan daripada senarai semak menunjukkan pelajar mempunyai kelemahan yang ketara khususnya dalam aspek penggunaan tandas. Dapatan ujian auditori telah mengesahkan bahawa murid tersebut tidak mempunyai kecacatan. Hasil dapatan telah membantu guru untuk merangka tindakan-tindakan yang berkesan bagi membantu Kenny mengatasi masalah pengurusan diri-penggunaan tandas. Tindakan pertama mengambil masa 10 minggu. Pelbagai terapi telah dijalankan seperti latihan pengawalan pundi kencing, orientasi dan mobility tandas, dan latihan toilet mastery. Secara keseluruhannya, selepas tindakan-tindakan tersebut pelajar ini telah menunjukkan sedikit

perkembangan iaitu sebanyak 40% berbanding dengan keadaannya sebelum ini.

Tajuk 8 Meningkatkan Kelancaran Bacaan Bahasa Melayu Mengikut Pola KV + KV Murid Pemulihan Khas 2008 Oleh: Md Yusop Bin Mahmud Sek. Keb. Sungai Tengas 09800 Serdang Kedah Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk membantu empat orang murid lelaki Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang Kedah yang sedang belajar di kelas pemulihan khas. Mereka gagal dalam Ujian KIA2M Pelepasan 3 Tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan. Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah mengenal semua huruf dan dapat menyambungkan sukukata KV tetapi gagal untuk membaca dengan lancar walaupun perkataan yang berpola KV+KV. Mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak lama untuk membunyikan perkataan yang telah dieja. Kadang-kadang mereka membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja. Contoh: eja ka+ki bunyi kita, eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata. Hasil dari perhatian dalam kajian ini didapati murid ini lupa apa yang mereka eja iaitu bunyi suku kata awal perkataan, mereka hanya mengingati sukukata yang akhir sahaja apabila mengeja sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, kaedah konvensional disepaduakan iaitu menggunakan kad-kad perkataan dan gambar dengan kaedah bantuan komputer dengan menggunakan perisian e-bacalis khusus untuk membantu murid ini melancarkan bacaan mereka. Dalam kajian ini ia dikhususkan untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat/betul 30 patah perkataan berpola KV+KV. Hasil kajian yang diperolehi sangat memuaskan kerana semua sampel kajian dapat membaca dengan lancar tanpa melakukan kesalahan.

Tajuk 9 Meningkatkan Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid Pra Sekolah (Bermasalah Pembelajaran) Oleh: Meriam Binti Mat Zin Sk. Kuala Berang Hulu Terengganu Terengganu Darul Iman Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengatasi permasalahan dan kebuntuan yang dihadapi oleh murid prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu. Murid tersebut terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Dua murid sindrom down dan seorang murid lambat perkembangan. Murid-murid tersebut mempunyai masalah pertuturan. Seorang murid yang langsung tidak bercakap dan mengeluarkan suara. Murid ini bukan dikategori bermasalah pendengaran. Ini kerana beliau mempunyai tidak balas terhadap arahan dan mempunyai reaksi terhadap bunyi di persekitarannya. Murid ini adalah murid sindrom down. Manakala murid kedua pula membunyi suara, tetapi suara itu tidak mempunyai makna langsung bila dituturkan. Bagi murid ketiga, murid tersebut boleh bertutur atau berlisan dengan pertuturan yang pelat. Murid tersebut bercakap dengan

membunyikan setiap perkataan yang diucapkan hanya sukukata akhir sahaja yang kedengaran. Mereka ini mempunyai IQ yang terlalu rendah. Pergerakan dan tindakbalas ke atas arahan juga terlalu lemah, lambat dan agak terbatas. Mereka tidak tahu mengurus diri walaupun perkara tersebut mudah. Masalah ini membelenggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dan analisa dijalankan untuk menjurus kepada aktiviti yang akan dilaksanakan. Peringkat permulaan aktiviti terapi pertuturan dijalankan seterusnya diikuti pendekatan sukukata. Alhamdulillah berkat kesungguhan murid masalah pertuturan murid-murid tersebut sudah berkurangan dan menjadi lebih baik bila mereka semakin meningkat umurnya.

Tajuk 10 Meningkatkan Penguasaan Huruf A,B,C,D, Dan E Dengan Menggunakan Kaedah Huruf Cantum Bagi Murid Pelbagai Kecacatan

Oleh : Nursyahirah Binti Adam, Norwahida Binti Abu Bakar Sek. Keb. Pendidikan Khas Taiping, Taiping, Perak

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai huruf a,b,c,d, dan e. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid dari kelas khas bermasalah pembelajaran. Murid ini mempunyai masalah pendengaran dan slow learner. Tinjauan awal mendapati murid keliru untuk mengkod huruf b dan d. Selain itu murid juga gagal mengkelas huruf-huruf tersebut apabila diletakkan secara rawak. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, latihan dari buku latihan dan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru antara kod huruf b dan d serta gagal mengkelas huruf-huruf tersebut. Bagi menangani masalah tersebut, Kaedah Huruf Cantum dan Permainan Mari Memancing telah dilaksanakan supaya dapat menarik perhatian murid dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid terhadap huruf a,b,c,d dan e. Melalui kaedah ini, didapati murid menunjukkan minat dan penguasaan terhadap huruf-huruf tersebut.

Tajuk 11 Meningkatkan Kemahiran Mengenal, Menyebut Dan Menulis Suku Kata Mudah KV + KV Dalam Bahasa Melayu Murid Pra-Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Oleh: Halim Bin Yasin Sekolah Kebangsaan Taman Kepong Jalan Kelicap, Kepong Baru Kuala Lumpur

Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut, menulis, membaca dan mengira melalui strategi pengubahsuaian

tingkahlaku secara komprenhensif telah dijalankan terhadap murid-murid Pra-Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di S. K. Taman Kepong Kuala Lumpur. Seramai dua orang murid Pra-Intergrasi yang

terlibat dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada murid-murid hiperaktif+autism, dan murid paraplegia/mlodysplasia. Kajian ini telah dijalankan dengan kerjasama yang padu daripada penyelidik, guru besar, pembantu pra-sekolah, ibu bapa dan warga sekolah S. K. Taman Kepong melalui "Program Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing". Ibu bapa berkerjasama dengan penyelidik semasa menjalankan aktiviti terapi mandi bunga, terapi urutan, latihan pernafasan dan pelbagai aktiviti lain. Banyak manfaat yang telah diperolehi melalui aktiviti terapi mandi bunga dan terapi urutan yang telah dijalankan setiap hari. Antaranya telah membantu merangsang saraf serta meningkatkan daya perkembangan minda muridmurid. Malahan murid-murid terbabit juga telah berjaya membaca, menulis suku kata mudah, menyalin ayat pendek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta dapat melakukan aktiviti operasi tambah dan tolak. Pendekatan kolaberasi yang telah dijalankan ini telah membawa kejayaan yang membanggakan kepada pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid istimewa yang dapat berdikari dan maju dalam pelajaran.

Tajuk 12 Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Matematik Dalam Cerita Tahun 3

Oleh: Marsita Binti A.Rahman Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka Km.4, Jalan Semabok Melaka

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengesan dan mengatasi masalah matematik dalam cerita melalui program pengecaman istilah matematik yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3. Seramai empat orang murid Tahun 3 yang mengalami masalah pendengaran dan seorang guru Matematik yang terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan murid-murid ini menyelesaikan masalah bercerita dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pertengahan semester, ujian pra dan dan ujian pos. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan Matematik dalam bentuk cerita walaupun soalan tersebut tidak mempunyai

pengganggu. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dalam tempoh lapan minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar juga dapat mengecam, mengingati istilah dan menentukan operasi yang betul digunakan dalam soalan tersebut melalui teknik pohon istilah yang dijalankan.

Tajuk 13 Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Isi/Idea Dalam Karangan Murid Tingkatan 5

Oleh: Siti Zaiton Binti Alias Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Genting Kelang Setapak Kuala Lumpur

Abstrak Kajian ini memfokuskan kepada usaha membantu murid-murid

mengembangkan isi atau idea dalam karangan. Kajian ini dijalankan khas untuk membantu murid-murid berdepan dengan masalah menghurai isi karangan. Sasaran kajian ini melibatkan 12 orang murid yang terdiri daripada 8 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki dari Tingkatan 5 tahun 2007. Tinjauan awal mendapati murid-murid ini paling banyak sekali melakukan kesalahan bahasa di samping tidak tahu kaedah yang betul untuk menulis karangan sehingga mereka menghasilkan karangan yang terlalu pendek. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan kepada murid-murid untuk mengatasi masalah ini antaranya memperkenalkan 8 jenis cara membina pendahuluan, teknik THC (topik, huraian, contoh) dan teknik 4W1H (apa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana). Dapatan kajian berjaya menunjukkan kemajuan yang positif dalam penulisan murid-murid setelah teknik-teknik tersebut diperkenalkan.

Tajuk 14 Meningkatkan Kemahiran Menguasai Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains Tahun 3

Oleh: Nor Atifah Binti Jusoh Program Integrasi Masalah Penglihatan Sek. Keb. Kubang Ikan Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Abstrak Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3 Resos dalam menguasai perbendaharan kata Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains. Bertitik tolak daripada masalah ini, satu kajian dilakukan melalui kaedah Kajian Tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. Kajian ini melibatkan dua orang murid Tahun 3 Resos, Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan yang rabun dan buta.. Hasil tinjauan awal didapati kedua-dua murid ini belum dapat menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam setiap tajuk yang dipelajari. Oleh itu, tiga kaedah akan digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu soal jawab lisan dalam kelas, soalan-soalan ujian dan pemerhatian yang dilakukan selama tiga bulan. Hasil daripada kajian ini, buat didapati kedua-dua murid dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains Tahun 3 secara berperingkat-peringkat.

Tajuk 15 Pengunaan Gambar Untuk Membantu Murid Mengenal Dan Mengeja 10 Jenis Pekerjaan Dalam Bahasa Inggeris

Oleh: Pn. Usha Rani A/P Tavasee Sek Men Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang 600h Jalan Lembah Permai 11200 Tanjung Bungah Pulau Pinang

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tingkatan 2C dalam mengenali dan mengeja jenis-jenis pekerjaan (Occupations) dalam Bahasa Inggeris. Seramai tujuh orang murid Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang bermasalah pendengaran dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal kajian ini telah dilaksanakan melalui pelbagai jenis ujian seperti pra0ujian, ujian bulanan dan ujian ejaan. Hasil daripada tinjauan tersebut membuktikan bahawa murid Tingkatan 2C tidak mampu untuk mengenal, mengeja dan meningati perkataan-perkataan yang pendek seperti Bird, Dog, Frog, dan Fish. Oleh yang demikian, perancangan tindakan difokuskan kepada suatu teknik pengajaran yang menggunakan gambar secara meluas. Teknik ini didapati mampu membentu murid untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka untuk mengeja. Murid telah didedahkan kepada teknik pengajaran yang menggunakan gambar dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh lapan minggu. Manakala keputusan ujian pos yang telah diadakan pada akhir kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Melalui pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok untuk belajar perkataan. Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih seronok dan

memberangsangkan.

Tajuk 16 Mengenal Dan Membezakan Jarum Panjang Dan Jarum Pendek Pada Jam Analog Melalui Kaedah Jam Warna

Oleh: Muhammad Shafiq Bin Ab. Ghani Sek. Keb. Pendidikan Khas Melaka Km.4, Jalan Semabok, Melaka

Abstrak Kajian dibuat berdasarkan daripada dapatan yang diambil dari enam murid bermasalah pendengaran. Semasa melakukan kajian ini, mereka dalam proses pengajaran kaedah tambah. Oleh kerana penambahan amat penting, penekanan lebih kepada kaedah tambah. Kajian dapat dibuat semasa mengumpul masalah dan data awal. Masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ialah mereka tidak boleh mengenal dan menilai nombor-nombor yang lebih dari 20. Memandangkan jam analog yang digunakan memaparkan nombor sehingga 60 bagi jarum panjang, maka mereka perlu diperkenalkan dahulu dengan nombor dan nilai nombor tersebut. Semasa proses kajian berlaku, P&P berjalan seperti biasa dan mengikut sukatan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kajian ini tetap mengambil sedikit masa untuk dijalankan.