Anda di halaman 1dari 5

Laura H.Chapman Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni.

Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini b bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alas an inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya. Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan

perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni. Selain itu,beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea. Umumnya ,dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilakan dapat menepati kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain

menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik. Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan

tema dan objektif penghasilan.Jadi,sudah tentu imej atau visual tersebut dihasilkan tanpa terpesong daripada tema dan objektif. Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan .Ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai tersendiri. Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Seni adalah untuk masyarakat, Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

sedia ada murid;

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

suaikenal dengan bahan;

bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

r dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman

hasil Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. .

Apresiasi

Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang

mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.

Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

asaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

kandungan.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.