Anda di halaman 1dari 5

Model 5E Konstruktivisme membawa maksud falsafah membina.

Ia digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Teori ini juga menekankan pembinaan pengetahuan sendiri oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

Fasa pertama ialah ENGAGE atau melibatkan. Dalam fasa ini, guru akan memberi tugasan, topik, atau penerangan konsep bagi menimbulkan minat dalam setiap tugasan. Keadaan ni seterusnya menggalakkan perasaan ingin tahu murid dan membuatkan murid bertanya pelbagai jenis soalan. Dalam fasa EXPLORE atau penerokaan pula, persoalan murid akan terjawab. Setiap penemuan atau pertanyaan akan diteroka dan disiasat dengan menjalankan eksperimen atau aktiviti yang lain. Melalui aktiviti seperti ini, ia menggalakkan kerjasama dalam kumpulan, rakan sedarjah dan guru. Guru seterusnya akan bertanya soalan yang meneroka yakni lebih mendalam mengenai topik yang dibentangkan. Fasa EXPLAIN atau penerangan akan menerangkan konsep dan definisi yang tepat mengenai topik yang dipelajari. Guru akan bertanya kepada pelajar tentang penerangan konsep yg diajar. Seterusnya, guru dan murid akan mendapatkan bukti tentang penerangan konsep tadi dan memberi penjelasan.

Fasa ELABORATE atau huraian akan mengembangkan konsep yang dipelajari kepada bidang atau konsep yang lain. Kemahiran menghubungkait akan terjana dalam subjek-subjek lain. Murid juga akan cuba menghubungkait konsep yang dipelajari dengan aktiviti atau kejadian dalam kehidupan sebenar. Fasa terakhir ialah EVALUATE atau menilai. Fasa ini adalah untuk menilai pemahaman pelajar mengenai proses pembelajaran. Bagi menilai pemahaman seseorang murid, guru boleh adakan pembentangan atau persembahan sesudah proses pembelajaran. Guru juga boleh bertanya soalan yang terbuka dan boleh mengusulkan bukti yang kukuh dan membina. Implikasi penerapan Model 5E dalam pengajaran adalah murid akan melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Murid tidak akan berasa segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan sesuatu topik. Interaksi secara dua hala dan tidak hanya berpusatkan guru akan member keyakinan diri kepada murid. Murid akan mempunya minat untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu matapelajaran tanpa berasa bosan. Murid juga dapat mencapai kepuasan kerana Berjaya melihat sendiri hasil eksperimen. Disamping itu, murid juga dapat diterapkan dengan nilai kerjasama. Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu bergantung kepada guru. Penerangan yang berteraskan Model 5E juga merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid. Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Justeru, proses pengajaran dan pembnelajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif. Model ini juga memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri. Guru juga dapat menilai pemahaman dan pencapaian murid mengenai topik-topik tertentu.

Needham 5 Fasa

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif.

Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa iaitu Orientasi, Pencetusan idea, Penstrukturan semula idea, Aplikasi idea, dan Refleksi. Dalam fasa orientasi, guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.

Dalam fasa pencetusan idea, guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat

pembelajaran inkuiri.

Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri

yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini,

kemahiran

bahasa

akan

membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru dalam fasa aplikasi idea. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Dalam fasa yang terakhir iaitu fasa refleksi, pelajar pengetahuan baru membandingkan pengetahuan asal dengan

dan merenung kembali proses pembelajaran yang Pelajar juga boleh membuat

menyebabkan perubahan kepada idea mereka.

refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

Orientasi

Pencetusan idea

Penstrukturan semula idea Aplikasi idea Refleksi