Anda di halaman 1dari 9

Soalan b Sebagai seorang guru, huraikan strategi bagi menangani ketaksamaan peluang pendidikan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sesebuah negara tidak mungkin mencapai kemajuan dan

kecemerlangan dengan hanya berpandukan kepada satu dasar sahaja. Dasar sesebuah negara akan sentiasa mengalami transformasi demi menampung manamana kelemahan dan kekurangan yang sedia ada. Malaysia juga tidak pernah lekang daripada sebarang transformasi positif demi menjamin kemajuan agar sentiasa dapat bersaing seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bidang pendidikan di Malaysia pernah mengalami perubahan dasar ke arah yang lebih positif apabila berlakunya isu ketaksamaan peluang dalam pendidikan akibat daripada pelbagai faktor seperti perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi dan bahasa serta perbezaan lokasi bandar dan luar bandar.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ketaksamaan didefinisikan sebagai perihal iaitu sifat dan keadaan yang tidak sama antara gambaran dan hakikat. Noran Fauziah Yaakub pula berpendapat bahawa ketaksamaan membawa maksud keadaan dimana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Secara amnya, ketaksamaan bermaksud perbezaan semula jadi seperti sahsiah dan kecondongan yang berlainan yang mampu memberi kesan langsung kepada peluang-peluang yang ada. Pendidikan pula membawa erti satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Oleh yang demikian, ketaksamaan pendidikan dapatlah diertikan sebagai perbezaan semula jadi yang memungkinkan seseorang individu tidak dapat menikmati faedah sosial yang sama rata seperti individu yang lain.

Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006

jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

Penyataan di atas juga jelas menggariskan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk menangani jurang perbezaan dalam sistem pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan. Kewujudan jurang ini akan mengakibatkan masalah keciciran dalam sesetengah kelompok masyarakat dan boleh membawa kepada masalah kemunduran terhadap negara pada masa akan datang.

Keciciran didefinisikan sebagai fenomena di mana seseorang tidak dapat meneruskan persekolahan (Najeemah, 2006). Terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah keciciran sehingga dapat mengakibatkan ketaksamaan peluang

pendidikan. Antaranya ialah taraf sosio-ekonomi, sikap ibu bapa terhadap pelajaran, keberuntungan penjaga dan jana kuasa guru.

Menurut satu laporan kajian oleh Ng See Ngean dan Wang Chee Seng (1983), taraf sosio-ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik oleh sekumpulan pelajar tingkatan 3. Taraf sosio-ekonomi atau kelas sosial keluarga merupakan unsur penelah yang paling tekal dan kukuh bagi menentukan kebolehan akedemik kanak-kanak di sekolah (T.Marimuthu, 1990). Menurut beliau, terdapat banyak hasil penyelidikan yang menunjukkan bahawa taraf sosio-ekonomi keluarga banyak mempengaruhi pencapaian akademik murid.

Taraf

pekerjaan

ibu

bapa

turut

memainkan

peranan

penting

dalam

mempengaruhi masalah keciciran. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai ibu bapa yang mempunyai gaji yang tetap jarang mengalami masalah keciciran berbanding dengan ibu bapa yang tidak mempunyai gai yang tetap dan ditambah lagi dengan bilangan anak yang ramai. Maka, mereka tidak mampu untuk menyediakan pendidikan yang sempuna kepada anak-anak mereka. Pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Keberuntungan penjaga bermaksud kelebihan kedudukan seseorang berbanding dengan orang lain daripada segi pendidikan, pendapatan mahupun kelulusan (Najeemah, 2006). Menurut beliau, keberuntungan penjaga dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan dan pemakanan. Sekiranya ibu bapa mempunyai keberuntungan dari aspek kewangan, mereka mampu untuk memberi anak-anak mereka bahan bacaan dan secara tidak langsung dapat menanamkan minat membaca dalam dalam diri anak-anak mereka.

Dalam pada itu juga, ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang kecil menyukarkan mereka untuk menyediakan kemudahan menyediakan tempat membaca yang sesuai serta ketiadaan lampu yang terang untuk membaca. Malah, ada segelintir daripada mereka yang kurang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka pada masa hadapan. Keadaan ini akan mengakibatkan murid kurang galakan untuk belajar.

Tanpa kita sedari, tahap makanan dan pemakanan murid turut memberi faktor pencapaian pendidikan murid. Kanak-kanak biasanya diberikan makanan yang mengenyangkan mereka tanpa memperhitungkan kandungan dan nilai makanan yang seimbang atau tidak (Atan Long, 1979). Makanan yang kekurangan protein bukan sahaja akan menyekat pertumbuhan, malah akan mengganggu perkembangan otak. Kekurangan zat makanan yang seimbang akan mengakibatkan sistem antibodi badan yang lemah dan akan mudah diserang penyakit. Apabila mereka terlalu kerap jatuh sakit dan tidak hadir ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah.

Guru merupakan punca motivasi murid. Guru yang memberikan pengharapan yang rendah dan kurang memberikan perhatian kepada murid akan mengakibatkan murid kehilangan minat untuk ke sekolah (Najeemah, 2006). Ini dapat disimpulkan bahawa guru mempunyai kuasa untuk menyuntik semangat untuk belajar dalam diri murid-murid selain daripada ibu bapa.

Sekolah-sekolah di luar bandar seringkali dikaitkan dengan masalah kekurangan pelbagai kemudahan yang baik seperti kekurangan alat bantu mengajar. Ini akan membuatkan guru tersebut lebih banyak bercakap dan hanya interaksi satu hala dijalankan serta akan membuatkan murid menjadi bosan. Guru mempunyai kuasa untuk menentukan bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Sekiranya mempunyai kekangan bahan, guru tersebut bolehlah menyediakan sendiri bahan tersebut dengan

kreativiti mereka. Guru hendaklah bersikap fleksibel agar dapat menyesuaikan diri dengan situasi tempat mengajar mereka kerana atitud seseorang guru tersebutlah yang akan mempengaruhi pencapaian murid-muridnya. Seterusnya adalah sikap ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai aspirasi untuk melihat anak-anak mereka berjaya akan menggalakkan anak-anak mereka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi (T.Marimuthu, 1990). Terdapat dua kelompok ibu bapa dalam membentk aspirasi terhadap anak-anak mereka.

Kelompok pertama ialah ibu bapa yang sedar akan kegagalan mereka dalam pelajaran pada masa lampau dan mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang lebih baik agar berjaya dalam pelajaran agar tidak menjadi seperti ibu bapa mereka. Kelompok kedua pula ialah kelompok ibu bapa yang hanya menerima nasib dan takdir hidup mereka yang gagal dalam pelajaran kerana tidak memikirkan tentang masa hadapan.

Dalam pada itu juga, ada segelintir ibu bapa yang bersikap terlalu autokratik sehingga kanak-kanak tidak diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat. Kanakkanak jarang diajak berbual dan hanya menerima perintah dan arahan malahan tidak berpeluang membuat perhubungan balik dengan pihak orang dewasa

(T.Marimuthu,1990). Seandainya mereka membantah, mereka akan dianggap sebagai kurang ajar malah seringkali ditakut-takutkan dengan ugutan apabila mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan arahan. Ini akan mengakibatkan kanakkanak bersikap pasif dan kurang inisiatif untuk melakukan sesuatu.

Dalam mengatasi masalah ketaksamaan peluang pendidikan, pelbagai strategi dapat dirangka bagi membasmi masalah ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa perlunya memberikan pengajaran secara perseorangan pada tiap-tiap kanak-kanak

mengikut kebolehan masing-masing (Atan Long, 1979). Walaupun pengumpulan kanakkanak mengikut kebolehan umum mereka akan mendatangkan perkara yang tidak baik, namun, mengumpulkan kanak-kanak mengikut kebolehan dalam setiap pelajaran akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk maju dalam matapelajaran yang dikuasai. Dalam pada itu juga, ia dapat mengadakan pimpinan dan panduan dalam matapelajaran yang mereka lemah. Secara tidak langsung, mereka akan dapat membuat peer-tutoring iaitu membantu rakan sebaya dalam pelajaran.

Antara strategi yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru bagi menangani ketaksamaan peluang pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, biasiswa dan tajaan kepada murid yang kurang berkemampuan. Sumbangan dan bantuan kewangan ini perlulah diberikan kepada murid-murid yang benar-benar layak bagi membantu mereka meneruskan pelajaran sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran yang dapat menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan kepada murid-murid tersebut.

Selain itu, biasiswa dan bantuan kewangan ini tutut diberikan kepada muridmurid yang ibu bapanya tidak mampu dan mempunyai tanggungan yang ramai. Hal ini juga adalah sebagai galakan kepada murid-murid untuk meneruskan pelajaran. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga boleh membantu murid yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dengan mewujudkan bank data bagi

menyenaraikan murid daripada keluarga yang miskin.

Selain bantuan kewangan, kerajaan Malaysia juga telah menghapuskan bayaran yuran kepada murid-murid yang bersekolah tidak kira sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah rendah. Seperti yang kita ketahui, sebelum sistem baru ini diwujudkan, ibu bapa terpaksa membayar yuran tahunan kepada pihak sekolah.

Walaupun bukan semua jenis sekolah mengenakan yuran sebegini pada suatu masa dahulu, namun situasi ini menimbulkan beban kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Hal ini merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah keciciran. Tindakan kerajaan yang menghapuskan bayaran yuran dapat mengurangkan masalah keciciran dan ketaksamaan peluang pendidikan. Bagi memastikan masalah ketaksamaan dalam pendidikan dapat diatasi, pelbagai rancangan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah dicadangkan bagi menggalakkan murid yang tidak mampu membeli buku teks supaya dapat belajar dengan lebih tekun. Suatu ketika dahulu, pinjaman buku teks hanya diberikan kepada murid-murid yang ibu bapanya mempunyai pendapatan yang rendah dan mempunyai ramai tanggungan. Namun kini, semua murid di Malaysia diberikan peluang untuk memiliki buku teks secara percuma.

Hal ini dapat meringankan beban ibu bapa dan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli buku teks bolehlah dimanfaatkan untuk membeli peralatan persekolahan yang lain. Selain rancangan SPBT, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga diberikan kepada murid-murid yang miskin supaya mereka dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat seterusnya dapat meberikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar.

Seperti yang diketahui umum, jurang perbezaan tempat tinggal murid iaitu antara bandar dan luar bandar juga dapat menyumbang kepada keciciran dan ketaksamaan peluang pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan sekolah berasrama penuh untuk murid yang tinggal jauh dari sekolah khususnya yang tinggal jauh di pedalaman. Pada tahun 1970-an, sekolah berasrama penuh dibuka khas untuk murid-murid miskin dari luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada zaman sekarang, kebiasaannya 70% daripada murid sekolah berasrama penuh adalah dari luar bandar. Murid bukan sahaja dapat belajar dalam

suasana yang selesa malah mereka juga dapat menikmati pelbagai kemudahan yang terdapat di sekolah.

Bagi menangani ketaksamaan peluang dalam pendidikan dari aspek perbezaan bahasa, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Murid-murid yang tidak faham akan bahasa yang diutarakan oleh gurunya akan cepat merasa bosan untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

Secara amnya, pihak sekolah perlulah sentiasa meletakkan taraf sekolah mereka sebagai sekolah berkesan yang menawarkan peluang pembelajaran yang sama rata kepada pelajar tanpa mengira ras, status sosio-ekonomi atau jantina. Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sekolah yang menolong murid berkembang lebih daripada jangkaan berdasarkan latar belakang keluarganya. Dalam hal ini, guru-guru sekolah perlulah mendorong murid untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya, memastikan setiap murid boleh memaksimumkan potensinya, meningkatkan

pencapaian dan perkembangan murid dalam semua aspek dan memastikan bahawa semua murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan masalah ketaksamaan peluang pendidikan dapat diatasi daripada akar umbi. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat perihal pelajaran anak-anak mereka dan bukan hanya mengejar wang dan kerjaya semata-mata. Galakan serta sokongan berbentuk

pujian dan hadiah daripada ibu bapa secara tidak langsung akan membantu meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.

Para guru pula hendaklah sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas agar dapat bekerja dengan baik serta dapat memberikan tumpuan penuh terhadap kerjaya mereka. Jika semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, maka mutu kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan di samping menyamaratakan peluang pendidikan kepada setiap murid. Dengan itu, masalah keciciran pelajaran dapat diatasi. Semoga pendidikan di negara kita akan terus berkembang pesat serta menghasilkan lebih banyak golongan intelektual dan mampu berfikiran secara kritis dan kreatif.

(1967 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai