Anda di halaman 1dari 39

1.

Pengenalan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967

dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas,

surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan amalan kebersihan sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak keperluan khas.

2.0

Rasional Usaha ini diwujudakan berdasarkan beberapa rasional seperti berikut:2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu 2.1.1 diselaraskan di bawah satu program bersepadu . 2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa. 2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah. 2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya. 2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. 2.6 Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai

di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti. 3.0 Matlamat. Membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

4.0

Objektif. Objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat agar dapat:4.1 4.2 Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

4.3

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.

4.4

Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

4.5

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

4.6

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:4.6.1 Menilai taraf kesihatan murid 4.6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan. 4.6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid. 4.6.4 Memberi penjagaan/rawatan kecemasan terhadap penyakit-

penyakit di sekolah. 4.6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. 4.6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

Bagi mencapai matlamat dan objektif sekolah menjalankan beberapa

Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak kesihatan di sekolah. Gambarajah

program

menunjukkan beberapa program kesihatan yang dijalankan di sekolah.

RMT Program 3K Pro. Susu sekolah

PBSS
Perkhidmatan kesihatan sekolah Perkhidmatan pergigian

Sekolah kawasan larangan merokok

Sekolah bebas denggi

Gambarajah 1: Program Kesihatan yang dijalankan di sekolah.

Program Kesihatan / Tujuan Rancangan Makanan Tambahan Tujuan: memberi makanan percuma

Gambar

murid-murid sekolah rendah terutama luar bandar rendah. Pihak yang terlibat: Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Susu Sekolah Tujuan: menggalakkan tabiat minum susu di kalangan murid-murid dari peringkat awal. Pihak yang terlibat: Kementerian Pendidikan Malaysia Syarikat pengeluar susu tempatan. Perkhidmatan Pergigian Tujuan: mencapai kesihatan mulut bertaraf dentally fit dalam kalangan murid-murid supaya dapat menyumbang kepada dan golongan berpendapatan

kesihatan keseluruhan Pihak tang terlibat: Bahagian Kesihatan. Sekolah Bebas denggi Tujuan: membentuk murid sebagai agen perubahan yang berkesan dan mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Pihak yang terlibat: Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan Pergigian, Kementeriann

Sekolah Kawasan larangan Merokok Tujuan: menjadikan sekolah sebagai

kawasan larangan merokok.

Program Kesihatan Sekolah Tujuan: mengenai meningkatkan amalan pengetahuan diri,

kesihatan

menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaranm sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

Jadual 1: Program yang dijalankan disekolah dan tujuannya.

5.0 Kepentingan kesihatan sekolah dalam konteks

Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan , mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah , untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan , sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan . Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu individu , keluarga dan komuniti.

Kerjasama

di

antara

masyarat

(individu,keluarga dan komuniti)

dan

sekolah

mengalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan , melalui PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan , Jabatan-jabatan Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut :

a) Pemeliharaan Persekitaran

b)

Struktur Fizikal

c)

Kerjasama di antara Masyarakat dan sekolah

1) 2)

3)

Kawalan pembiakan vektor Pembuangan sampah dan saliran air limpah yang sempurna Kawasan yang cantik,bersih,selesa dan selamat

1) 2) 3) 4) 5)

Lokasi yang sesuai Bangunan yang selamat. Pengudaraan yang sempurna Pencahayaan yang cukup Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang sesuai ,menyediakan bilik rawatan yang sesuai.

masyakarat boleh sumbangkan kepada sekolah kerjasama meliputi :-

1)

2)

3)

Penyediaan tandas yang mencukupi untuk muridmurid dan kakitangan Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi. Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna

Jadual 1 : Tindakan dengan kerjasama masyarakat

Enam teras utama PBSS Terdapat eman teras utama yang digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam , sektor swasta dan masyarakat Gambarajah 2 menunjukkan teras utama PBSS. ke arah melahirkan sekolah sihat.

Polisi Kesihatan Sekolah Kemahiran Kesihatan Diri Persekitaran Fizikal Sekolah

PBSS
Perkidmatan Kesihatan Sekolah Penglibatan Komuniti Persekitaran Sosial Sekolah

Gambarajah 1 : Enam teras utama PBSS

5.1 Polisi Kesihatan Sekolah

Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai :

keperluan

a) Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. b) Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.

Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah. Gambarajah 2 menunjukkan beberapa polisi yang dibentuk di sekolah.

Polisi keselamatan sekolah

Polisi kawalan penyakit

Polisi persekitaran fizikal sekolah

Polisi pertolongan cemas

Polisi persekitaran sosial sekolah

Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah

Polisi sekolah

Polisi pendidikan kesihatan

Gambarajah 2: Polisi yang dibentuk di sekolah.

5.2 Persekitaran Fizikal Sekolah

Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat . Persekitaran tersebut berfungsi untuk:

a) Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat b) Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit. c) Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih , ceria , selamat , dan sihat yang merangkumi : i. ii. iii. iv. v. vi. Bangunan sekolah Bilik darjah Tandas Bekalan air Telefon Kebun/landskap

vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii.

Makmal Kantin Asrama Klinik Dewan Tempat letak kereta Pagar Perparitan Sistem pembangunan sisa pepejal Pili bomba dan Padang permainan

Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu: 1) Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit-penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah. 2) Kebersihan kantin , dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih , selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan bekalan Bil.2/1994 (pengendalian Asrama). 3) Memastikan pengalaman , penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa. 4) Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua , Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau1993. 5) Memastikan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994 .

6) Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara , air dan bunyi bising. Pemantaun dan penilaian Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah ; 1) Peratus sekolah mempunyai rating> 70% untuk 3K (keceriaan,keindahan dan keselamatan ). 2) Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. 3) Peratus sekolah mencapai >75% rating premis makanan . 4) Peratus sekolah mencapai 75% rating premis makanan. 5) Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok. 6) Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

5.3 Persekitaran Sosial Sekolah

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu: 1) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah. 2) Menyediakan persekitraran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani, dan intelek warga sekolah. Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal . Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya : 1) Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. 2) Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya , rekreasi , hobi, punching bag, sudut pidato dan papan conteng.

3) Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan. 4) Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa. 5) Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan Peraturan peraturan Disiplin yang sedia ada. 6) Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran , Kem Motivasi , Kem Bina Semangat , Kem Ibadat , Kursus Kepimpinan, Rakan Muda , PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. 7) Memberi bantuan/sokongan moral , khidmat nasihat dan sokongan kewangan seperti Biasiswa , Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.

Pemantauan dan Penilaian Indikator-indikator: 1) Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah 2) Peratus sekolah bebas dari kes jenayah 3) Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR 4) Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/ kaunseling / anti stress.

5.4 Penglibatan Komuniti

Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibubapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatkan tersebut berfungsi seperti berikut: 1) Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan 2) Melibatan diri dalam bentuk tenaga kepakaran /bahan /kewanagan. 3) Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid. 4) Menjadi role model amalan cara hidup sihat.

Untuk mencapai matlamat PBSS , beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk memenuhi fungsi penglibatan komuniti. Gambarajah 3 menunjukkan aktitivi yang dijalankan di sekolah dengan kerjasama komuniti.

PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)


Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah tentang bahaya , cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gelaja seks bebas dan penagihan dadah.

Gambar 1: Aktiviti perkhemahan di bawah Program PROSTAR

Anti merokok.
Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.

Gambar 2: Kempen dan pameran anti merokok di sekolah.

Sekolah bebas denggi.


Aktiviti meningkatkan kefahaman , kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti

Gambar 3; Aktiviti gotong royong di bawah program sekolah bebas denggi.

Kempen cara hidup sihat


Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan.

Gambar 4: Aktiviti dan kempen cara hidup sihat yang dijalankan di sekolah.

program kantin sihat


Merancang , melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti.

Gambar 5: Kempen kantin sihat.

Sekolah bersih
Mempertingkatkan dan mempromosikan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Gambar 6: Akvitivi gotong-royong dan kitar semula yang dijalankan di sekolah.

Bebas dadah
Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah , aktiviti peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan dan pengawalan.

Gambar 7: Ceramah Agenti Anti Dadah Kebangsaan di sekolah

Keselamatan
Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan keselamatan murid.

Gambar 8: Demonstrasi kebakaran yang dijalankan di sekolah

Rekreasi
Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.

Gambar : Aktiviti rekreasi seperti rakit, kayak, perkhemahan yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Agama dan kerohanian.


Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama,moral,dan kerohanian

Gambar 10: Slot moral dan ceramah agama yang dijalankan disekolah.

Kekeluargaan
Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti

Gambar 11: Aktiviti hari keluarga yang diadakan di sekolah rendah.

Program Doktor Muda


Program yang mempromosikan kasihatan di kalangan murid sekolah rendah. kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gambar 12: Aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah.

5.5 Kemahiran kesihatan diri

Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal , mental , rohani , dan sosial serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.

Beberapa aktiviti kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan,samaada melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

i. Kesihatan fizikal a) Kebersihan diri 1) Murid murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan di dalam kurikulum sekolah. 2) Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru , latihan amali dan demontrasi

3) Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa seperti berpakaian kemas dan bersih,rambut kemas dan bersih , kuku pendek dan bersih serta gigi dan mulut/hidung yang bersih.

Gambar menunjukkan pemeriksaan yang dijalankan oleh guru demi menjaga kebersihan murid di sekolah. b) Kesihatan Pergigian 1) Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian diajar dan diamalkan di sekolah. 2) Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali kebersihan gigi.

Gambar menunjukkan latihan amali yang dijalankan di sekolah

c) Senaman dan kecergasan 1) Sekolah perlu memperuntukan sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan. 2) Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan 3) Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan.

Gambar menunjukkan aktiviti senamrobik yang dijalankan di sekolah.

d) Makan secara sihat 1) Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal. 2) Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat 3) Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat , bersih dan selamat.

Gambar menunjukkan makanan sihat yang perlu diambil oleh murid

e) Anatomi dan fisiologi tubuh badan 1) Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal. 2) Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan pertumbuhan fizikal. 3) Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.

Gambar menunjukkan pameran tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan.

f) Pertolongan cemas 1) Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas. 2) Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan dalam setiap bilik darjah. 3) Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.

Gambar menunjukkan aktiviti pertolongan cemas yang dijalankan oleh pelajar sekolah.

ii. Kesihatan mental dan sosial a) 1) Perkembangan mental dan sosial Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal. b) 1) Tekanan rakan sebaya dan keluarga Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga. 2) Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid. 3) Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah. Pemantauan dan penilaian Pemantauan dan penilaian Pendidikan Kesihatan Sekolah meliputi aspek-aspek berikut: a) Pendidikan kesihatan formal 1) Ujian bertulis selepas topik / penggal / tahunan 2) Ujian lisan selepas setiap topik / penggal / tahunan 3) Kajian semula Kurikulum Sekolah yang Formal 4) Skor tingkah laku berkala 5) Laporan untuk setiap projek

6) Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan

b) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal i. Laporan Tahunan Oleh: 1) Jawatankuasa kesihatan sekolah 2) Kelab kesihatan sekolah 3) Biro kesihatan ii. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah. iii. Skor pemeriksaan kesihatan diri. iv. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan kesihatan,kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. v. Skor tingkahlaku selepas kaunseling.

5.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan , penjagaan kesihatan , rawatan , rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk:

1) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.

2) Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat.

3) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.

4) Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah . 5) Mengesan masalah kesihatan,merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.

6) Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.

7) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

Aktiviti aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:

1) Penilaian Status Kesihatan 2) Rujukan dan Tindakan Susulan 3) Khidmat Kaunseling 4) Pemakanan 5) Pergigian 6) Pertolongan cemas 7) Pendidikan Kesihatan 8) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas

Pemantauan dan Penilaian a) Pemeriksaan Status Kesihatan 1) 2) 3) 4) Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor. Kadar pengesanan cacat penglihatan. Liputan imunisasi Kadar kejadian penyakit

b) Rujukan dan Tindakan Susulan 1) 2) Bilangan kes dirujuk Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan

c) Pemeriksaan Status Pemakanan d) Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian 1) 2) Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima. Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap demofitness

e) Pertolongan Cemas 1) Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap

6.0

Surat- surat pekeliling Surat pekeliling merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan satu tugasan dan perkhidmatan. Surat tersebut juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Terdapat beberapa tujuan untuk mewartakan surat pekeliling tersebut. Antaranya ialah surat pekeliling adalah merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan. Ia juga sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Tujuan SPI diwartakan sebagai satu peraturan dan perlindungan dan juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Sasaran surat pekeliling tertumpu kepada pelajar, guru, pentadbir( sekolah, PPD, JPN), ibu bapa dan agensi luar ( NGO & GO). Surat pekeliling diwartakan untuk setiap perkara mahupun program yang dijalankan di sekolah. Program kesihatan sekolah juga mempunyai surat pekeliling yang khas. Dalam surat pekeliling tidak dinyatakan khusus tentang program kesihatan sekolah malah ia merangkumi segala tentang kesihatan murid di sekolah. i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/ 1998 Menjaga kesihatan pelajar di sekolah. Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk menjaga kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.

ii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 Inisiatif meningkatkan keselamatan kesihatan dan keceriaan Sekolah ( 3K ) .

Kandungannya adalah seperti berikut iaitu dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja yang dikenali sebagai Inisiatif Meningkatakan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah ( 3K). Di bawah proram ini terdapat tiga program berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan dan Program Keceriaan dan

Keindahan Sekolah. Pihak berkuasa mengambil berat

tentang kesihatan pelajar

sekolah bagi memastikan mereka mencapai tahap kesihatan yang optimum. iii. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6 /1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah. (Bertarikh 31 Mac 1998) Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan pelajar. Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan memelihara kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua JabatanPendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspek-aspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Sedutan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6/ 1998 4. 4.1 Antara tindakan-tindakan yang digerakkan dengan segera adalah: Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, seperti jerebu dan cuaca panas. 4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin ,sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit. 4.3 Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan wajar. 4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan. 4.5 Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian pelajar

4.6

Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.

4.7

Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi - agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.

4.8

Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran, pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dari semasa ke semasa.

iv.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok. (Bertarikh 25hb Februari, 1983) Semua guru-guru- dan kakitangan sekolah mempunyai peranan dalam

menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam mencegah pelajar dari amalan merokok kerana ia boleh merosakka n kesihatan. Sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk menyajakan kempen anti merokok. Sedutan 4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini. 4.1 Guru-guru dan kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat-mesyurat/ majlismajlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di;4.1.1 bilik guru / bilik rehat bagi guru-guru(apabila di bilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang). 4.1.2 bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah; dan

4.1.3 bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga dilarang merokok semasa bertugas. 4.2 Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin sekolah Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang.

v.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 Kempen anti denggi di sekolahsekolah.

Demam denggi adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang kian menular di nagara kita. Semua pihak dikehendaki memainkan peranan masing-masing dalam usaha pencegahan dan pengawalan penyakit tersebut.

Sedutan

3.

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan tindakan:

a) Membersihkan kawasan-kawasan Sekolah, Asrama dan Persekitarannya. b) Membunuh Nyamuk Aedes dan Mencegah Pembiakannya c) Menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai Penyakit Denggi sama ada secara formal atau tidak. d) Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini.

vi.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981 Kebersihan di sekolah- sekolah. (bertarikh 16hb September 1981)

Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981

Guru-guru besar perlu diingatkan bahawa kebersihan sekolah adalah perlu dititikberatkan setiap waktu. Kementerian Pelajaran melalui surat pekeliling ini menegaskan bahawa tindakan positif hendaklah di ambil ole tiap-tiap Guru Besar menentukan kebersihan sekolah dan kawasannya. Bukan hanya bangunan dan perkarangan sekolah mesti berada dalam keadaan bersih setiap masa, tetapi adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar menentukan bahawa semua bilik darjah termasuk pejabat sekolah, bilik setor dan lain-lain.

vii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Bertarikh 22 Mei 1997

Sedutan.

Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK 1993. Berikutan dengan surat pekeliling ini, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau manamana individu yang berurusan dengan sekolah dilarang merokok di kawasan sekolah. mengikut peruntukkan peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,

viii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995- keracunan makanan di sekolahsekolah.

Punca masalah keracunan makanan seringkali wujud disebabkan makanan yang dijual di kantin sekolah, program- program makanan seperti rancangan makanan tambahan dan program susu.

Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995

2. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut: a) Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan b) Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. c) Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat meneyedia dan menghidang makanan di dalam keadaan bersih dan kemas. d) Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 2.1 Pihak sekolah juga diminta untuk:

a) Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,memasak makanan di dalam kawasan sekolah. b) Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan c) Menubuhkna jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian. d) Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. e) Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan.

3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan symptom keracunan makanan adalah seperti berikut: Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening. 4. Ambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan makanan. a) Laporkan dan bawa murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang paling hampir.

b) Laporkan ke PPD/JPN c) Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid yang terlibat. d) Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pendidikan. e) Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.

ix.

Surat

Pekeliling

Ikhtisas

Bil.

6/1997-

Amalan

Kebersihan

di

Sekolah.(Bertarikh 9hb Julai 1997)

Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak sekolah mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut iaitu, mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa, menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan kebersihan di sekolah. Pihak sekolah mengambil inisiatif bagi memastikan sekolah mereka bersih mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan. Amalan kebersihan harus dipupuk sewaktu di sekolah dan menanam sifat menyayangi sekolah mereka. Dengan itu, para pelajar tidak berani mencacatkan sekolah mereka. Sesetengah sekolah mengadakan pertandingan kebersihan. Bilik darjah yang bersih akan di beri anugerah. Ini dapat memotivasikan pelajar tersebut.

Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 2. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua

Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara seperti berikut: 2.1 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pasa setiap masa. 2.2 Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah. 2.3 Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan kebersihan di sekolah 2.4 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.

x.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1978 Kad Rekod Persekolahan ( pupils cumulative record card).

Terdapat dua jenis kad iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah: 001R ( warna kuning ) dan kad rekod persekolahan murid sekolah menengah : 001M ( warna biru ). Kad rekod 001 dan 002 yang lama telah dicantumkan dalam satu kad baharu, iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R untuk kegunaan di sekolah rendah kad rekod persekolahan murid menegah 001M untuk kegunaan

sekolah menengah. Butir- butir tertentu mengenai kesihatan murid telah ditinggalkan oleh kerana unit pendidikan kesihatan akan menyediakan satu kad berasingan mengenai komponen ini. Semua murid darjah satu hendaklah mengadakan kad rekod persekolahan 001R. Kad- kad sehingga tamat persekolahan. tersebut hendaklah digunakan oleh tiap-tiap murid

xi.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 Kantin Sekolah. (Bertarikh 3hb. Februari, 1983)

Kantin merupakan satu kemudahan yang penting di sekolah seperti kemudahankemudahan yang lain. Dalam surat pekeliling ini menegaskan bahawa guru besar

harus memainkan peranan yang penting dalam mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan kantin sekolah.

Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983.

Tindakan yang positif hendaklah diambil terhadap pengurusan dan penyeliaan perkaraperkara berikut: a) Banggunan dan kemudahan kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat dan kelengkapan. b) Kebersihan kemudahan kemudahan dan alam sekitar c) Kebersihan makanan dan minuman d) Keselamatan

e) Pekerja-pekerja f) Mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual. g) Pentadbiran dan pengelolaan harian. 2. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: I. Bangunan kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi kebersihan, kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan fungsinya. II. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaan dari semasa ke semasa. III. Semua perkakas/ alat untuk menyedia, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak berkarat, retak, sumpik atau kotor. IV. Pekerja-pekerja yang telah diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan Perkhidmatan kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah. V. Semua pekerja menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalanamalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman. VI. Makanan yang dijual dikantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat untuk dimakan dan harganya pula berpatutan. VII. Semua makanan yabf bermasak dijual kepada murid-murid sebaikbaiknya disediakan di kantin sekolah. VIII. Segala persediaan yang munasabah bagi kepentingan ugama membelipemneli adalah diambilkira oleh pengusaha kantin apabila menyedia dan menyimpan makanan dan minuman untuk dijual kepada pengguna penguna tersebut. IX. Makanan dan minuman yang halal dari segi ugama islam mestilah disedia dan dijual di semua Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan. Jualan makanan dan minuman di SRJK (Cina dan Tamil) seperti yang dilakukan sekarang ini bolehlah diteruskan. Sekiranya sekolah-sekolah jenis ini mengandungi guru-gur dan murid-murid berugama islam, Guru besar

yang berkenaan hendaklah mengaturkan persediaan untuk menjual makanan dan minuman bagi orang islam secara berasingan.

X. XI.

Rokok dan minuman alcohol tidak disimpan dan/ dijual di kantin sekolah. Binatang-binatang belaan seperti anjing, kucing, kambing, ayam, burung dan lain-lain tidak dibenarkan berada di kawasan kan tin sepanjang masa.

XII.

Kantin

sekolah

seboleh-bolehnya

tidak

dijadikan

sebagai

tempat

kediaman. XIII. Sagala punca kemalangan adalah sentiasa diawasi oleh pihak pengusaha kantin dan piohak sekolah menyediakan peraturan-peraturan yang sitematik untuk mencegahnya. XIV. Pengendalian yang sistematik mengenai perjalanan dan pengelolaan kantin, seperti megadakan Jawatankuasa Kantin Sekolah, Sistem tender atau sebut harga, syarat-syarat berkaitan dengan semua perkara yang tersebut di atas dan penyeliaan kantin, sama ada harian atau jangkamasa panjang adalah diperuntukan. XV. Peraturan-peraturan yang berkenaan bagi penggunaan kantin sekolah diadakan.

xii.

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010- Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. Bertarikh 15 Julai 2010

Sedutan

Tujuan Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.

4. i.

Kriteria kelayakan RMT adalah seperti berikut: Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

ii.

Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan ole Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja.

Kadar dan tempoh pelaksanaan 5. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RN2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tatacara perakaunan dan pembayaran 8. Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan ( KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Perjanjian penyediaan makanan 17. Pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal untuk tempoh tertentu dan boleh menamatkan khidmat pembekan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku penyelenggaraan

xiii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976- Panduan untuk menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. (Bertarikh 7 Mei 1976)

Sedutan Tujuan Menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid serta member pelajaran di sekolah supaya murid-murid itu dapat mempunyai sikap tanggungjawab serta mengamalkan aktiviti-aktiviti untuk memelihara kesihatan diri mereka sendiri dan juga masyarakatnya. Untuk mengawal keadaan kesihatan dan kebersihan yang optima di kantin sekolah, maka guru besar adalah bertanggungjawab untuk menentukan iaitu:i. Barang barang makanan yan g dijual di kantin hendaklah:a) Jenis yang baik b) Kuantitinya berpatutan denga harga c) Mengandungi makanan yang seimbang ii. Peraturan peraturan di kantin dipatuhi seperti:-

a) b) c) d)

Pemeriksaan perubatan bagi pekerja-pekerja kantin Kebersihan pekerja, bangunan, makanan, minuman, kelengkapan Disiplin murid-murid di kantin Waktu rehat yang diperingkat-peringkatkan supaya mengelakkan dari kesesakan dalam kantin e) Penyeliaan kantin setiap hari oleh guru bertugas f) Pemeriksaan kantin oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan dari masa ke semasa. iii. Kempen kempen pelajaran kesihatan diadakan untuk:a) Murid-murid b) Pekerja-pekerja kantin iv. Barang- barang yang tiodak berfaedah, yang berbahaya dan yang bercorak judi hendaklah dikawal penjualnya dengan sewajarnya.

Peraturan tentang pekerja kantin dan pengolah makanan ( food handlers) 1. Pemeriksaan perubatan Semua pekerja kantin dan pengolah makanan hendaklah diperiksa dan disahkan sihat oleh doctor kerajaan. 2. Pakaian Semua pekerja kantin hendaklah memakai pakaian bersih dan seberapa boleh, yang berwarna putih. 3. Kuku Kuku tangan pekerja kantin hendaklah sentiasa pendek lagi bersih 4. Kebersihan tangan Sebelum mulai tugas dalam kantin semua pekerja mesti membasuh tangan hingga ke siku. Dibasuh dengan sabun setiap kali, selepas membuang air kecil atau besar. 5. Rambut Rambut hendaklah dijaga supaya jangan terjuntai dari muka. Pekerja yang berambut panjang digalakkan memakai jaring rambut, memakai topi atau diikat dengan kemas. 6. Memegang barang yang tidak berbungkus Barangan makanan yang tidak berbungkus janganlah dibenarkan disentuh dengan tangan.

7. Kebersihan pinggan mangkok Tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh denga air yang bersih. 8. Membasuh pinggan mangkok Hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangya selama minit dicuci dengan gunakan sabun.

9. Pinggan mangkok yang tidak sesuai Alat pemasak atau tembikar yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan 10. Kemudahan membasuh Kemudahan yang mencukupi untuk membasuh Tempat pengering alat perkakas hendaklah disediakan 11. Kain untuk mengelap alat perkakas Kain atau tuala yang digunakan untuk mengelap dan mencuci alat perkakas. Untuk mengelap meja dan bangku, kain khas yang asing hendaklah digunakan 12. Kain untuk mengesat tangan Kain mengesat tangan tidak boleh digunakan leh lebih dari seorang 13. Barang makanan yang mudah rosak Benda-benda makanan yang mudah rosak, eloklah disimpan di dalam peti sejuk kecuali semasa mengerjakannya 14. Kebersihan peti sejuk Ruang udara yang mencukupi Dilap dengan air sabun sekali seminggu 15. Tempat menjual makanan Barang makanan yang dijual itu hendaklah disediakan di tempat khas yang teratur Peraturan peraturan bangunan kantin 1. Kemudahan kantin Bangunan kantin sekolah mempunyai semua kemudahan asas

2. Lantai Lantai diperbuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas 3. Dinding Dibuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas 4. Bumbung Dibuat daripada genting, zing atau simen asbestos 5. Parit saluran air Di keliling bangunan hendaklah disediakan parit saluran air yang baik dibuat dari simen 6. Tong sampah Daripada besi, plastic atau getah dengan mem[unyai penutup khas dan diadakan di kawasan kantin. Peraturan tentang kebersihan dan keperluan am 1. Perabot kantin - Kemudahan tempat duduk dan meja yang mencukupi 2. Sisa-sisa makanan - Ubat pencegah kuman hendaklah diadakan di mana perlu untuk pembuangan sisa-sisa makanan. 3. Membersih lantai kantin - Hendaklah dibersihkan setiap hari dengan ubat pencegah kuman 4. Kemudahan membasuh tangan - Tempat membasuh tangan yang mencukupi serta pembekal air yang bersih dan sabun. Peraturan peraturan tentang perjalanan kantin sekolah 1. Disiplin murid-murid di kantin 2. Penyeliaan tentang perjalanan kantin sekolah 3. Pemeriksaan kantin oleh pegawai kesihtan umum 4. Waktu rehat yang berperingkat-peringkat

Pelajaran Kesihatan dan Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan Pengguna berhubung dengan kantin sekolah. 1. Kempen kempen Kesihatan untuk murid- murid 2. Kursus/ orientasi khas untuk pekerja-pekerja kantin Harga dan nilai pemakanan barang-barang makanan yang dijual di kantin sekolah

xiv.

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 24/2010Pengukuhan Program Eliminasi Measles Kebangsaan( Measles Eliminatian Program-MEP). Bertarikh 27 Oktober 2010

Sedutan Tujuan Untuk pengukuhan pelaksanaan Program Eliminasi Measles Kebangsaan ( Measles Eliminatian Program-MEP) a. Pengukuhan Program Eliminasi Measles Pelaksanaan Program Eliminasi Measleas Kebangsaan bagi memastikan Malaysia mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012. b. Penyiasatan kes Penyiasatan ke atas semua kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jamdari tarikh penerimaan notifikasi. c. Kes klasifikasi Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki measles. Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan rubella. d. Survelan rubella Sistem survelan Rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian serta eliminasi rubella dan congenital rubella syndrome ( CRS) tercapai. e. Keperihatinan terhadap program Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles.

7.0

RUMUSAN Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk

menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Program ini mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama serta penglibatan komuniti. Dengan in, enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta, dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah,

Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekoloah. Seterusnya , kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan membertingkatkan lagi tatus/ taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, Perkhidmatan Kesihatan di bawah PBSS termasukalah menilai stutus kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiognosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan(RMT), Program Susu Sekolah(PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadika sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Pogram Sihat Tanpa AIDS ntuk remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat. Seterusnya, melalui program ini dapat memupuk pengetahuan , sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Akhirnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai