Anda di halaman 1dari 18

Top i k

Penghubungkaitan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti pengertian penghubungkaitan; 2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran; 3. Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan berbagai aspek pengajaran dan pembelajaran; 4. Membincangkan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 5. Mengenalpasti peranan motivasi sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN
Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk setiap insan yang terus dihormati. Ia juga menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

153

pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk, walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.

8.1

PENGHUBUNGKAITAN

Setiap insan yang hidup, tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya rakan. Dia akan sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya masalah itu akan diselesaikan dengan pelbagai cara. Antara lain, seseorang itu akan mencuba mengenal pasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau penambahbaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membuat kesimpulan sama ada masalah itu telah diselesaikan atau tidak.

8.1.1

Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda

Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai para pelajar, manakala ibu jarinya sebagai guru. Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru yang boleh didapati di persekitarannya. Sementara ibu jari pula berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah semasa menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) ke hadapan untuk membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu sudut pandangan, guru pelajar memberi pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Oleh itu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

8.1.2

Kelebihan Penghubungkaitan

Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalamanpengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan.

154

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang boleh dihuraikan seperti: (a) Mempunyai semangat saling bergantung setiap pelajar perlulah mempercayai antara satu sama lain. Mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya. Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi. Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain dan menguruskan konflik. Kesedaran akauntabiliti individu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti. Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran. Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar. Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

AKTIVITI 8.1
Apakah tujuan penghubungkaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

155

8.1.3

Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti berikut: (a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu Sama Lain Demi meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran, satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran. Contohnya seperti pada Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b)

Memudahkan Pelajar untuk Mengingat Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan lebih mudah mengingati sesuatu mata pelajaran. Untuk itu, konsep yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti penggunaan pengurusan grafik (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

156

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

(c)

Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif. Pembelajaran Berkesan Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut: Pengajaran lebih terancang apabila ianya disusun rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan. Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai individu yang berbeza antara satu dengan lain dari segi tahap mental, fizikal, emosi dan sebagainya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah fokus utamanya. Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung kait dengan kehidupan harian. Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara merentasi kurikulum.

(d)

SEMAK KENDIRI 8.1


1. Apakah penghubungkaitan? 2. Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagai mata pelajaran. 3. Jelaskan peranan penghubungkaitan. guru untuk mempertingkatkan

8.2

PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

157

MSP: Muzik, Seni, Pergerakan

Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya.

8.2.1

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran

Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

158

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

8.2.2

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran

Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

8.2.3

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperoleh secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif (Contoh seperti di Jadual 8.1).
Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual Tahun Bilangan pelajar Umur Tarikh/ Hari Masa Pelajaran Perkara Tajuk Penggabung kemahiran jalinan : : : : : : : : : 4 jingga 28 orang 10 tahun 15/05/2006 (Isnin) 11.00 12.00 tgh Seni Visual Membentuk dan membuat binaan. Binaan 1. 2. 3. Pengetahuan sedia ada Objektif eksplisit : : berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang. Membuat bentuk-bentuk daripada kertas Menyusun bentuk-bentuk Menggunting

Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matra sama ada melalui pameran atau televisyen Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat: 1. 2. 3. Menggunting dan melipat kertas untuk membuat bentuk- bentuk tiga matra Menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu binaan dengan kemas dan menarik Menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan ciptaan antara rakan sedarjah

Objektif implisit

Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk tiga matra.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

159

AKTIVITI 8.2
Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan satu pengajaran yang berkesan.

8.3

PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai seorang guru, peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk itu beberapa persoalan perlulah dijawab sebelum membuat sesuatu perancangan, di antaranya: (i) (ii) Mengapakah pelajar bosan? Mengapakan sesetengah bahan yang disampaikan tidak relevan kepada mereka?

(iii) Bagaimanakah saya sebagai guru dapat menyampaikan bahan-bahan yang memenuhi keperluan pelajar? (iv) Apakah peranan saya dalam mengendalikan pengajaran berkesan? (v) Apakah strategi yang boleh mendorong dan menimbulkan minat pelajar untuk belajar?

(vi) Bagaimanakah saya dapat merancang pengajaran saya dengan baik? (vii) Apakah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan agar pendekatan pengajaran pembelajaran saya berpusatkan pelajar? Berdasarkan persoalan di atas didapati bahawa proses pengajaran adalah sesuatu yang kompleks kerana ia merangkumi pelbagai perkara, fungsi dan kemahiran yang saling berhubung kait dan hendaklah bertindak serentak agar dapat memperoleh kejayaan. Untuk itu, satu pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Berdasarkan model pendekatan sistematik pada Rajah 8.5 terdapat penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.

160

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Rajah 8.5: Pengajaran - model pendekatan sistematik

8.3.1

Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan, Pelanjutan, Penglibatan

Seterusnya, kita akan lihat pada aspek-aspek yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. (a) Motivasi Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu; (i) Motivasi ekstrinsik Penggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar. Motivasi intrinsik Didorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itu sendiri yang selalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran. Motivasi ekstrinsik merupakan sebagai pendorong untuk menggerakkan individu-individu menuju kejayaan. Motivasi jenis ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelemahan motivasi jenis ini ialah ia

(ii)

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

161

mempunyai kecenderungan mempengaruhi tumpuan seseorang individu itu lebih kepada ganjaran daripada tumpuan kepada usaha mempelajari, melaksanakan dan memperbaiki prestasi atau tugas yang diberikan. Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehinya. Akibatnya, pelajar akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak program itu. Dalam Seni dalam Pendidikan, motivasi boleh diklasifikasikan kepada tiga aspek motivasi: (b) Motivasi dan hubungannya dengan minat; Motivasi dan hubungannya dengan keputusan; dan Motivasi dan hubungannya dengan pertandingan.

Fasilitasi Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil daripada penglibatan secara total ibu bapa, guru di sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya. Oleh yang demikian, sekolah perlu disediakan dengan kemudahankemudahan yang membolehkan pelajar belajar dengan lebih selesa tanpa sebarang gangguan. Antara lain sekolah perlu mempunyai (i) (ii) Bilik yang selesa; Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai;

(iii) Bahan dan peralatan yang mencukupi; (iv) Kakitangan pembantu yang terlatih; dan (v) (c) Bilik yang dapat merangsang minda pelajar.

Penyampaian Pengukuhan Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkah laku yang positif.

162

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu pelajar supaya pengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dapat dilaksanakan. Antaranya: (i) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar Bahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesra pengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahanbahan yang diguna pakai. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan pembelajaran adalah mencukupi. Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran Terdapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya ialah: Perbincangan; Tunjuk cara; Penyelesaian masalah; Simulasi; Projek; dan Bermain.

(ii)

(iii) Penggunaan media (cetak dan elekronik) Media cetak seperti: Kertas edaran; Pamplet; Akhbar; Majalah; Risalah; Komik, dan sebagainya.

(iv) Media elektronik pula adalah Radio; Video;

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

163

Televisyen; dan Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer.

8.3.2

Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari

Meta kognisi, refleksi dan pembelajaran bestari akan dibincangkan seterusnya. (a) Meta Kognisi Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawa meta kognisi merupakan satu cara individu menggunakan strategi kognitif untuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan di mana untuk menggunakan strategi kognitif tersebut. Meta kognisi dikenali juga sebagai berfikir tentang berfikir bila mana apabila kita berfikir tentang berfikir, kita sebenarnya sedang menguruskan apa yang kita perlu fikirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis pengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan ini penting untuk menggalakkan pelajar membuat meta kognisi. Pengetahuan tersebut adalah seperti: (i) Pengetahuan personal Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya, individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi daripada waktu malam. Pengetahuan tugas Pengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan tugas. Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainan daripada cara membuat karangan.

(ii)

(iii) Pengetahuan strategi Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (b) Refleksi Refleksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk juga memikirkan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan membuat pengubahsuaian supaya dapat digunakan dengan lebih efektif.

164

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Proses refleksi merangkumi enam peringkat seperti pada Rajah 8.6 berikut:

Rajah 8.6: Enam peringkat proses refleksi

Berdasarkan rajah di atas, proses refleksi adalah seperti berikut: (i) Kefahaman Merupakan cetusan asas untuk mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena dan masalah pedagogi. Tranformasi Peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancang membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil kira segala faktor yang diperlukan.

(ii)

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

165

(iii) Pelaksanaan Pada peringkat ini, guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang, menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan instrumen yang telah ditetapkan. (iv) Penilaian Pelaksanaan ini berterusan sehingga ke peringkat penilaian, iaitu akan menilai segala tindakan yang telah diambil. (v) Refleksi Membuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembali segala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilai kesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untuk digunakan pada masa depan.

(vi) Kefahaman baru Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau membuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untuk membuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terus menerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik. (c) Pembelajaran Bestari Bestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Oleh itu, pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan mempunyai budi pekerti yang baik. Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya, beberapa pendekatan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya: (i) Sekolah Bestari Mewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamat pembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan boleh melahirkan generasi yang mampu untuk menghadapi segala cabaran-cabaran Wawasan 2020. Penggunaan Komputer Komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk memperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, komputer digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku teks hanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja.

(ii)

166

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

(iii) Peranan Guru Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai seorang pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar terkini terutamanya komputer dan pelbagai alat multimedia yang lain. (iv) Peranan Pentadbir Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan alat audio visual. Menyediakan makmal komputer supaya mudah bagi pelajar mengakses bahan-bahan pembelajaran melalui Internet, membuat e-mel dan lain-lain lagi. Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan sumber, e-mel dan pangkalan data. Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan pangkalan data untuk pengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta pengedaran maklumat dan notis. Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan (network).

Untuk merealisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya. Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan menggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaan komputer. Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah: (a) (b) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yang telah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pelajaran serta menghadiri kursus-kursus jangka pendek.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

167

Tugas utama guru adalah untuk memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar. Nilai-nilai budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar di sekolah ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. (c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal Hubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal dengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka. Ciri-ciri guru yang positif ialah: (d) Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan Berperibadi baik tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk

Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar Mempunyai keadaan fizikal, mental dan kerohanian yang sempurna Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar Sensitif terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi Peka terhadap persekitaran Bertolak ansur dan bertimbang rasa Dapat menyimpan rahsia orang lain.

Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan Tindakan Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu dan mempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat membuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Merebut Peluang Pendidikan Terbuka Guru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan tahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya terhad di sekolah sahaja malahan kini telah merentasi sempadan negara. Pendidikan bukan sahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tinggi daripada guru-guru.

(e)

168

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh kerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka. Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuah Universiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti videoconferencing dan Internet untuk tujuan kuliah.

SEMAK KENDIRI 8.2


1. 2. Apakah itu refleksi? Huraikan enam peringkat refleksi di dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau membentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang berpekerti mulia.

Bestari Meta kognisi Motivasi

Pengukuhan Refleksi

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

169

Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed.) Frontiers of Creativity Research, pp 223-254. Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open University Press. Choksy, L. (1991). Teaching music effectively In the elementary school. Prentice New Jersey: Hall Inc. Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E., & Woods, D. (1986). Teaching music in the 20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A. Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for young children. New York: Wiley. Pautz, M. P. (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education, 89 (3), 28-30. Swanwick, K., & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of childrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.