Anda di halaman 1dari 5

Soalan: Terangkan tentang sistem hidraulik pada traktor atau jentera Pengenalan Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa

dengan menggunakan bendalir bertekanan telah berkembang luas dalam semua bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.

contoh penggunaan sistem hidraulik dalam jentera berat Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera beratkerana sistem hidraulik menggunakan cecair sebagai bahantara. Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik. Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum Pascal menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam bendalir pada satu titik yang tidak bergerak adalah sama nilai dari semua arah.

Prinsip asas hidraulik Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik:
1. rumit. 2. 3. Tidak boleh dimampatkan~ Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan dipindahkan Memindahkan tekanan ke semua arah~konsep hukum Pascal diaplikasikan pada sistem dari satu tempat ke tempat yang lain berdasrkan jumlah daya yang dikenakan ke atas bendalir hidraulik yang bercabang yang memerlukan tekanan yang sama bagi semua arah pada satu masa yang sama ketika sistem sedang beroperasi 4. Mampu melakukan kerja-kerja berat~ Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat walaupun mempunyai rekabentuk yang kecil dan ringkas. ini dapat menjimatkan penggunaan cecair hidraulik dalam sistem. Cecair tidak mempunyai bentuk~ Cecair akan mengikut bekas yang diletakkan. Oleh itu ia

sesuai digunakan untuk penghantaran daya dalam sistem hidraulik yang mempunyai reka bentuk yang

*Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek hidraulik kenderaan di mana cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek tersebut. Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan. Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu; i) sistem pusat terbuka ii) sistem pusat tertutup Sistem Pusat Terbuka

Kendalian - Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral). - Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki. - Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke silinder untuk menaik atau menurunkan beban. - Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk melakukan kerja. Contoh: Lori tanah. Sistem Pusat Tertutup

Kendalian. - Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. - Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. - Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak

- Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan membolehkan pam kembali beroperasi. Contoh: pam air Bendalir-bendalir hidraulik Sifat-sifat bendalir hidraulik - pelinciran yang baik - kelikatan yang unggul - kestabilan kimia dan persekitaran - tahan api ( tidak mudah terbakar ) - ketumpatan yang rendah - tidak mudah berbuih - murah dan mudah didapati - cegah karat Fungsi-fungsi bendalir hidraulik - penghantaran kuasa - pelinciran kepada bahagian yang bergerak - sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu - pelenyap haba Jenis-jenis bendalir hidraulik 1.Air masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana bendalir itu dikadar alirkan. Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan. 2.Minyak galian ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan penambah editif dicampur bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan yang tinggi dan rintangan kepada pengoksidaan.

Keburukannya adalah mudah terbakar. 3.Bendalir tahan api Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh menyokong pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya adalah: - ia tidak mudah terbakar - mempunyai graviti tentu yang tinggi - harganya mahal - masalah penyesuaian dengan bahan penyendal