Anda di halaman 1dari 6

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009 SOALAN 1

a)

Terdapat beberapa kaedah dalam meramalkan pertumbuhan penduduk bagi sesuatu kawasan pada sesuatu tahun. Namakan ENAM (6) kaedah tersebut. ( 6 markah )

b)

Penggunaan air boleh diklasifiksikan kepada beberapa kategori utama mengikut kegunaannya. Jelaskan LIMA (5) kategori utama terebut. ( 10 markah )

c)

Data bancian penduduk bagi kawasan Bandar Baru Darul Aman dari tahun 1970 hingga 2010 adalah seperti berikut :

Tahun Penduduk i.

1970 12,550

1980 14,569

1991 17,770

2000 22,271

2010 28,112

Ramalkan penduduk bandar itu pada tahun 2020 dan pada tahun 2030 dengan menggunakan Kaedah Pertambahan Aritmetik. ( 5 markah )

ii.

Jika penggunaan air perkapita adalah 230 liter/hari (q), berapakah permintaan kuantiti air (WDn) yang perlu dibekalkan pada kedua dua tahun tersebut jika faktor perkhidmatan (F1) adalah 0.98 dan faktor rekabentuk (F2) adalah 2.5. Andaikan bahawa tiada permintaan tambahan (Dm) pada kedua dua tahun tersebut. ( 4 markah )

SOALAN 2

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009

a)

Senaraikan LIMA (5) sifat kimia bagi air. ( 5 markah )

b)

Terangkan proses rawatan air mentah berikut : i. ii. iii. Pengudaraan Penurasan Pengentalan ( 10 markah )

c)

Terangkan teknik rawatan air tambahan berikut : i. ii. iii. Pembuangan besi dan mangan Pelembutan air Pembasmian kuman ( 10 markah )

SOALAN 3

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009

a)

Nyatakan jenis jenis sistem agihan air beserta lakaran yang biasa digunakan dalam sistem pengagihan air. ( 9 markah )

b)

Terangkan DUA (2) kaedah dalam menentukan kebocoran dalam sistem agihan air. ( 8 markah )

c)

Nyatakan EMPAT (4) fungsi takungan dalam sistem agihan air. ( 8 markah )

SOALAN 4

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009

a)

i. ii.

Nyatakan TIGA (3) jenis paip bentung. Berikan EMPAT (4) kriteria dalam pemilihan bahan paip. ( 7 markah )

b)

Terangkan fungsi dan kepentingan sistem pembetungan berikut : i. ii. iii. Sistem Berasingan Sistem Separa Berasingan Sistem Bergabung ( 9 markah )

c)

Terangkan prosedur merekabentuk paip betung seperti berikut : i. Penyelidikan awalan Penentuan kala rekabentuk Penentuan halaju aliran kumbahan ( 9 markah )

ii.
iii.

SOALAN 5

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009

a)

Sebahagian besar dari air yang kita gunakan akan menjadi air sisa yang perlu dilepaskan ke persekitaran. Pelepasan air sisa tanpa rawatan akan menyumbangkan kepada pencemaran alam. Berikan EMPAT (4) sebab mengapa perlu dibuat rawatan ke atas air sisa ini. ( 8 markah )

b)

Terangkan TIGA (3) dari sifat fizikal dan sifat kimia bagi air sisa. ( 12 markah )

c)

Berikan perbezaan di antara ujian BOD dan COD. ( 5 markah )

SOALAN 6

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan piawaian A (Standard A) dan piawaian B (Standard B) bagi pelupusan kumbah keluar (effluent) ke dalam perairan Malaysia ? ( 10 markah )

b)

Dengan bantuan lakaran gambarajah yang sesuai, terangkan langkah langkah operasi dan aspek aspek pengubahsuaian terhadap proses enapcemar teraktif berikut serta nyatakan perbezaan di antara proses proses tersebut. i. Proses enapcemar teraktif lazim ( 7 markah ) ii. Proses enapcemar teraktif percampuran menyeluruh ( 8 markah )

PMM/JKA/C5305/SESI JANUARI 2009