Anda di halaman 1dari 26

1.

KONSEP

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM. 2. OBJEKTIF

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran. Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan; Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri. Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran. Menguasai kemahiran fasilitator dan Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

3.

PROSEDUR PELAKSANAAN 3.1 Syarat Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi awal semester. (Rujuk Jadual 1: Pelaksanaan Amalan Profesional) 3.2 Penempatan a) Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG Kampus Keningau dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). b) Pelajar ditempatkan di sekolah rendah.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

Pelaksanaan Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah Semester Program Tempoh Subjek 2 1 PBS minggu Praktikum 2 Praktikum 12 minggu

mata pelajaran major

mata pelajaran major dan minor

Jadual 1 : Pelaksanaan Amalan Profesional 3.3 Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus (Rujuk Jadual 1: Pelaksanaan Amalan Profesional). 3.4 Bilangan Waktu Mengajar a) b) Minimum 8 waktu mengajar seminggu Maksimum 12 waktu mengajar seminggu (subjek major minimum 6 waktu, maksimum 8 waktu dan subjek minor minimum 2 waktu, maksimum 4 waktu). Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu. Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major, pelajar wajib mengajar mata pelajaran minor. Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa Praktikum 1.

c) d) e)

3.5 Bilangan Penyeliaan a) b) c) d) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. Penyeliaan bersama antara pensyarah dan guru pembimbing perlu dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum tamat praktikum. Jadual 2 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibatkan juga pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Praktikum Praktikum (12 minggu) Mata Pra penyeliaan Penyeliaan Sekolah Jumlah pelajaran Dan Bimbingan IPG bersama Major Minor 1 Pra penyeliaan dan 2 bimbingan 2 4 3 1 1 8 6

Jadual 2: Agihan Penyeliaan


Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

3.6 Panduan Prapenyeliaan Dan Penyeliaan Praktikum


(Senarai semak untuk Pensyarah Pembimbing / Guru Pembimbing) Nama Pelajar :............................................... Kursus : KPLI SR/ KPLI(KDC) Sekolah Opsyen : ..........................................................

:............................................... Guru Pembimbing :............................................................................................... TINDAKAN 2. PENYELIAAN PRAKTIKUM Mengamalkan Pencerapan Klinikal dalam penyeliaan praktikum (perbincangan sebelum pemerhatian dan perbincangan selepas pemerhatian) Melaksanakan penyeliaan berpandukan Jadual Kerja Praktikum yang disediakan. Membimbing guru pelatih merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira penulisan objektif, pemeringkatan isi pelajaran, pemilihan strategi dan aktiviti pengajaran, amalan refleksi, dan sebagainya. Membimbing guru pelatih memperkembangkan kemahiran mengajar (set induksi, kemahiran menerang, pengurusan kelas, teknik menyoal, pengurusan masa, peneguhan, variasi ransangan, penggunaan papan tulis, pengayaan dan pemulihan, dsb.) Menyemak catatan refleksi, jurnal, dan penyediaan portfolio. Bimbingan ke arah perkembangan sahsiah guru yang baik/berkesan. 3. BORANG-BORANG PRAKTIKUM Borang PR1- untuk bimbingan penyeliaan(major/minor) praktikum (satu salinan untuk pelatih) Borang PR 1/P Penyelarasan- untuk merumus markah praktikum FASA 1 KPLI/KPLI (Penilaian bersama guru pembimbing) Borang PR2- untuk merumuskan markah praktikum FASA 2 KPLI/KDPM ( Penilaian bersama guru pembimbing ) Borang Laporan Pemantauan Praktikum ( LAM-PT12-09 : Diisi oleh Panel Pemantau/PP/GP/Pengurus Sekolah ) Borang PR2 dan Borang Pemantauan LAM-PT12-09 juga digunakan untuk RENTASAN 4. RENTASAN Isi Borang Pencalonan Cemerlang/Pinggiran dan serahkan kepada Penyelaras ( Ruj. 2 di bawah ) mengikut jadual penyeliaan yang disediakan Pencalonan cemerlang dibuat sebulan lebih awal dan hanya setelah pelatih menerima bimbingan menyeluruh dan telah menunjukkan pencapaian di tahap 5 (PR1) dalam BANYAK aspek. Serah semua borang Penilaian (IKUT JADUAL) kepada Penyelaras Praktikum KPLI-SR: En.Jais Siarus Penyelaras Praktikum KPLI jQAF : En. M.Rosli Ismail Penyelaras Praktikum KEMAS :En.Suriani M.Sukindar Laporkan perkembangan pelatih di bawah seliaan dengan mengisi BORANG PEMANTAUAN PRAKTIKUM (LAMPT12-09) 5. REKOD Simpan SATU salinan Borang PR1, PR 1/P, dan PR2 untuk rujukan (rekod anda). Tindakan : Segera / Pemerhatian

TINDAKAN 1. PRAPENYELIAAN (LAWATAN SOSIAL) (Pensyarah Pembimbing mesti berjumpa dengan Pengurus Sekolah sebelum membuat prapenyeliaan, bimbingan dan penilaian) Bincang dengan Guru Pelatih tentang perkara berikut: A. Buku Rekod Mengajar: Butiran Peribadi Jadual Waktu Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Bilangan waktu mengajar mengikut opsyen Rancangan kerja semester/mingguan Persediaan Mengajar Harian (RPH) Amalan Refleksi Senarai nama murid/Keputusan ujian bulanan *Pensyarah/Guru Pembimbing perlu menyemak Buku Rekod Pengajaran pelatih, persediaan rancangan kerja semester/mingguan, harian, amalan refleksi, Portfolio, Jurnal, rekod keputusan ujian bulanan. B. Portfolio Praktikum: Kandungan folio Surat-surat berkenaan praktikum Dokumen berkenaan sekolah Surat/dokumen sebagai bukti penglibatan dalam Kokurikulum (guru pelatih sebagai pembantu) Bahan bantu mengajar/belajar Lain-lain yang berkenaan C. Penulisan Jurnal Kandungan jurnal Peristiwa penting yang releven Kematangan dalam penulisan jurnal (Refleksi/penambahbaikan) D. Kehadiran Praktikum (LAM-PT12-11) Ketua kumpulan pelatih sesebuah sekolah mengisi Borang Kehadiran(serah kepada Penyelaras/Supr setiap bulan sebelum 5hb berikutnya) E. Kebajikan Pelatih Keselamatan Tempat tinggal semasa praktikum Jarak rumah sewa ke sekolah Pengangkutan Lain-lain yang berkenaan F. Berbincang dengan: Pengurus sekolah/Guru Pembimbing tentang peranan dan tanggungjawab guru pelatih sepanjang praktikum. Peruntukan masa mengajar serta tugas-tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Memaklumkan kepada Pengurus Sekolah/Guru Pembimbing Ketua Pelatih serta peranannya di sekolah tersebut. Laporan sahsiah guru pelatih sepanjang praktikum oleh pihak sekolah (Isi BORANG LAPORAN PEMANTAUAN PRAKTIKUM-LAM-PT12-09) Catatan:

..................................................................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................................................................... .....................................................................................................................................................................................................

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

4. JADUAL BIMBINGAN SILA RUJUK DILAMAN WEB http//:www.ipks.edu.my

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

5.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB a. Peranan dan Tanggungjawab Pelajar a) b) c) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum. Memahami, berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum. Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guruguru dan staf sokongan di sekolah. Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat-maklumat lain kepada pensyarah major dan minor sebelum prapenyeliaan. Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG Kampus Keningau dan peraturan sekolah Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum. Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan (yang disediakan oleh pihak sekolah). Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum pada minggu ke-1 setiap bulan. Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut format sebelum melaksanakan pengajaran. Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang pengajaran. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (Rujuk muka surat 11) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk muka surat 16 & Lampiran 2) Melibatkan diri dan membantu pengendalian satu komponen kokurikulum (Rujuk muka surat 15 dan Lampiran 5a,5b)

d) e)

f) g) h) i) j) k) l) m) n)

o)

p)

Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap kali bimbingan / penyeliaan dijalankan. (Rujuk Lampiran 3) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPG Kampus Keningau, selepas tamat praktikum.
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

b.

Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing a) b) c) d) e) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengarah IPG Kampus Keningau. Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan praktikum. Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum. Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional. Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa kepada Unit Praktikum. Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan (Rujuk muka surat 13 dan Lampiran 2, 3). Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum. Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan menggunakan borang yang ditetapkan. Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal (Rujuk muka surat 16). Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah dicadangkan. Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum (Rujuk muka surat 15 dan Lampiran 5a,5b) Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan. Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang. Melengkapkan Borang Bimbingan Praktikum (PR1) dan menyerahkan salinan asal kepada pelajar. Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing major atau elektif dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR2) Menyerahkan Borang Penilaian Praktikum (PR2) yang lengkap dan kemas kini kepada Ketua Unit Praktikum. Borang yang tidak lengkap akan di kembalikan.

f) g)

h) i) j)

k) l) m) n) o) p) q) r)

s) t)

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

c.

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pembimbing a) b) c) Mendapatkan maklumat atau taklimat pengurusan praktikum oleh pensyarah pembimbing mengikut sekolah masing-masing. Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru pembimbing (Rujuk muka surat 9). Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah: Jadual waktu Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru Rancangan semester dan persediaan mengajar harian Sumber dan proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran berpasangan Amalan pemulihan dan pengayaan di dalam P & P Teknik penyoalan Pentaksiran dan penilaian murid Pengurusan bilik darjah Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum) Hal-hal lain yang berkaitan Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran. Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar. Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan (Rujuk muka surat 13 & Lampiran 2, 3). Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang. Menyelia pengajaran berdasarkan prinsip pencerapan klinikal (Rujuk muka surat 16) dengan menggunakan Borang Bimbingan PR1(Rujuk Lampiran 1). Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum. Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum. Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (cemerlang, gagal, masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG Kampus Keningau dengan segera. Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbing dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum PR2. Borang PR2 ini akan diperolehi semasa guru dan pensyarah melaksanakan bimbingan bersama.

d) e) f)

g) h)

i) j) k) l)

m)

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

d.

Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah a) b) c) Mendapatkan maklumat atau taklimat pengurusan praktikum oleh pensyarah pembimbing mengikut sekolah masing-masing. Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolah Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum Memberi taklimat kepada pelajar tentang: Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan Latar belakang murid dan masyarakat setempat Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah Pengelolaan gerak kerja kokurikulum Maklumat-maklumat lain yang berkaitan Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka. Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG Kampus Keningau, Sabah tentang pelajar yang: Menunjukkan prestasi cemerlang Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan Tidak hadir tanpa sebab. Terlibat dengan kes-kes disiplin Menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang disediakan Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah satu komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit beruniform atau sukan/permainan

d)

e) f) g)

h) i) j)

k) l) m)

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

6.

KEHADIRAN PRAKTIKUM a) b) Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum. Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya dengan kebenaran Pengarah IPG Kampus Keningau tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah had praktikum ialah: Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan Sijil Kematian Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG Kampus Keningau

7.

GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR 7.1 Pendahuluan Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru. Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama. 7.2 Objektif 7.2.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan profesional. 7.2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan IPG Kampus Keningau. 7.3 Tanggungjawab Mentor 7.3.1 Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan) Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan pelajar.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

7.3.2 Mentoring dan Maklum Balas Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan. 7.3.3 Penasihat Strategi Kerjaya Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam bilik darjah. 7.3.4 Pembimbing dalam di Bilik Darjah Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan dan memberi "resipi" untuk membantu para pelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah berlaku di dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru. 7.3.5 Sponsoring dan Pengantaraan Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

10

7.4 Prinsip Bimbingan 7.4.1 Mendengar lebih daripada bercakap. 7.4.2 Mencelah hanya apabila perlu. 7.4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah) 7.4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan. 7.4.5 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi. 7.4.6 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar. 7.4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah. 7.4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).

8.

PENGAJARAN BERPASANGAN 8.1 Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa amatan profesional. 8.2 Objektif Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat: 8.2.1 Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan "two heads are better than one". 8.2.2 Berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka. 8.2.3 Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar. 8.2.4 Mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya. 8.2.5 Memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai. 8.2.6 Meningkatkan kreativiti.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

11

8.3 Garis Panduan 8.3.1 Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri yang berikut: I. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran: a) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar. b) Kemahiran mengajar c) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan II. Proses pembelajaran berlaku melalui: a) perbincangan b) pemerhatian dan c) maklum balas III. Jenis-jenis interaksi: a) "Tandem": proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu petajaran. b) 'Berpasukan": proses interaksi datam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan. c) "Individu": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan. 8.3.2 Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan kurangnya 2 kali pada setiap peringkat praktikum. sekurang-

8.3.3 Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Unit Praktikum. 8.3.4 Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred. 8.3.5 Pelajar perlu mengisi rekod pengajaran berpasangan (Rujuk Lampiran 4a, 4b)

8.4 Perkara-perkara Berpasangan

Yang

Diberi

Perhatian

Dalam

Pengajaran

8.4.1 Pensyarah perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional.
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

12

8.4.2 Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan akan dijalankan. 8.4.3 Guru pembimbing/pensyarah pembimbing memastikan pengajaran berpasangan dijalankan. 8.4.4 Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.

9.

PENULISAN JURNAL MINGGUAN 9.1 Konsep Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai alas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri. 9.2 Objektif Pelajar dapat: 9.2.1 Menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikan renungan 9.2.2 menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya 9.2.3 menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusan 9.2.4 meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid. 9.2.5 menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionatisme keguruannya 9.2.6 meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritis dan analitikal 9.2.7 meningkatkan kemahiran profesionalismenya

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

13

9.3

Garis Panduan 9.3.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum (Rujuk Lampiran 2). 9.3.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum. 9.3.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara mengandungi pandangan, cadangan dan tindakan susulan. terperinci,

9.3.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (Literature review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan. 9.3.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan mengatasi masalah yang telah difokuskan. cadangan-

9.3.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. 9.3.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru profesional. 9.3.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.

9.4

Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal 9.4.1 Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan. 9.4.2 Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

14

10. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH Borang Rancangan dan Laporan Kokurikulum di Sekolah (Rujuk Lampiran 5a,5b) 10.1 Sukan dan Permainan (i) Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan. (ii) Membantu Guru pertandingan. Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam

(iii) Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival. (iv) Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 10.2 Unit Beruniform (i) Melibatkan diri dalam satu unit beruniform yang diikuti oleh pelajar semasa di IPG Kampus Keningau, Sabah. (ii) Membantu guru penasihat dalam kokurikulum unit beruniform di sekolah. latihan atau perjumpaan

(iii) Membantu guru penasihat merancang perkhemahan/ kursus/latihan/lawatan/projek.

dalam

menjayakan

(iv) Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu). (v) Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform yang diikuti di IPG Kampus Keningau (jika belum selesai) (vi) Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 10.3 Aktiviti-aktiviti Tambahan Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dengan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di peringkat sekolah/ daerah/ negeri dalam bidang persatuan/ sukan/ permainan/ unit beruniform seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 5. (i) Merentasi desa (ii) Jogathon (iii) Hari Terbuka/Hari Ibu Bapa (iv) Pasar Ria (v) Sukaneka dan sebagainya (vi) Lain-lain aktiviti

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

15

11. PENCERAPAN KLINIKAL 11.1 Konsep Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

11.2 Objektif Pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pelajar bersama-sama berusaha: (i) memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran, (ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran

11.3 Lingkaran Pencerapan Klinikal


A. SIDANG PRAPEMERHATIAN Menjalinkan perhubungan Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran Meramalkan hasil pembelajaran Menentukan fokus pemerhatian

E. ANALISIS SIDANG PASCA PEMERHATIAN Membuat refleksi dan menganalisis sidang pasca pemerhatian

B. PEMERHATIAN Memerhati pengajaran guru Membuat catatan Membuat huraian

D. SIDANG PASCA PEMERHATIAN Berbincang berdasarkan data Mengenal pasti strategi seterusnya Membuat kesimpulan

C. ANALISIS Mengkategorikan data Menentukan strategi sidang pasca pemerhatian Memikirkan soalan yang akan dikemukakan kepada pelajar

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

16

11.4 Langkah-Langkah Dalam Pencerapan Klinikal 11.4.1 Sidang Prapemerhatian Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh kerangka mental) dan langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan bertaku. Pembimbing perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan pelajar bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspekaspek profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama. 11.4.2 Pemerhatian Dalam peringkat ini pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan membuat catatan (data). Pembimbing juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan. 11.4.3 Analisis Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing / guru pembimbing dan pelajar dengan tujuan: - Menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui. - Merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan. Pembimbing mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian, soalan dan kesimpulan.

11.4.4 Sidang Pasca Pemerhatian Dalam sidang ini pensyarah pembimbing/guru pembimbing berbincang dengan pelajar tentang pengajaran dengan Merujuk kepada perkara-perkara (episod-episod) tertentu dalam pelajaran. Mencari penerangan atau penjelasan. Mengenal pasti alternatif. 11.4.5 Analisis Sidang Pasca Pemerhatian Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing menganalisis sidang pasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan membuat penilaian kendiri.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

17

Lampiran 1

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

18

Lampiran 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU. KENINGAU. SABAH. SENARAI SEMAK PENULISAN JURNAL
Nama Pelajar Kursus/Opsyen Nama Sekolah Tarikh Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ Perkara Jurnal ditulis setiap minggu Masalah** yang dijadikan focus relevan Focus dianalisis secara terperinci Punca/sebab berlakunya masalah dikenal pasti Kemungkinan lain penyebab masalah dikenal pasti Kelemahan yang menimbulkan masalah dikenal pasti Kekuatan untuk menyelesaikan masalah dikenal pasti Kesan/akibat masalah yang menjadi focus diramalkan Cadangan penyelesaian masalah kritis/kreatif Cadangan penyelesaian masalah sesuai/relevan Tempoh penyelesaian masalah dikenal pasti Ada pelan tindakan penyelesaian masalah Ada bukti rujukan pembacaan, internet dan lain-lain Tempoh penambahbaikan sesuai Cadangan penambahbaikan berkesan Refleksi: menilai tindakan penyelesaian masalah Refleksi: menyatakan halangan (jika ada) Status* Catatan

* Cetakan betul ( / ) jika ada dan salah ( x ) jika ada ** Juga berupa isu atau peristiwa Disemak oleh:

Pensyarah Pembimbing Nama:

Guru Pembimbing Nama:

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

19

Lampiran 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU. KENINGAU. SABAH.


SENARAI SEMAK PORTFOLIO PRAKTIKUM

(Diisikan oleh pensyarah pembimbing setiap kali penyeliaan) Nama Pelajar Kursus & Major
Bil 01

: __________________________________________________ : __________________________________________________
Butiran Semakan 1 2 Catatan

02

03

04

05

06

07

08

09

Biodata Guru Pelatih Maklumat Sekolah a. Sejarah, Organisasi (staf & Guru) Sekolah b. Logo, Lagu Sekolah c. Pelan, Gambar Persekitaran Sekolah d. dan lain-lain yang berkaitan Pernyataan Profesional a. Harapan pelajar terhadap praktikum ini Hasil Kerja Harian (hasilan pelatih sendiri) a. Catatan, lakaran, draf awal dan lain-lain b. Koleksi bahan bantu belajar c. Koleksi modul d. Koleksi perisian (digital,video,audio) e. Pengurusan Grafik Bukti/Dokumen (yang menunjukkan proses pelaksanaan sesuatu tugas) a. Surat lantikan/arahan/penghargaan b. Proses kolaborasi/bimbingan c. Senarai semak/soal selidik d. Laporan pencapaian/prestasi Pengajaran Berpasangan a. Rekod Pengajaran Berpasangan b. Maklum Balas Pengajaran Berpasagan Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran a. Formatif (bersifat diagnostik) b. Sumatif c. Panduan member markah (PMM) Salinan Borang(disahkan oleh GB) a. Kehadiran praktikum setiap bulan b. Penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing Penglibatan dalam kokurikulum a. Rancangan Aktiviti Kokurikulum b. Laporan Aktiviti Kokurikulum

Lain-lain (jika ada,catatkan) a. b. Catatkan tarikh penyemakan dilakukan dan tandakan betul/ada pada butiran berkenaan Disemak oleh: 10 Pensyarah Pembimbing Nama:
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

Guru Pembimbing Nama:


20

Lampiran 4a INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH.


REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

Nama Pelajar Kursus dan Ambilan Nama Pasangan Praktikum Nama Guru Pembimbing Tarikh & hari

: __________________________________________ : __________________________________________ : __________________________________________ : __________________________________________ Mata pelajaran & kelas (tahun) Tandatangan Catatan pasangan (guru pembimbing)

Mgu M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12

Masa

Disemak oleh guru pembimbing

Disahkan oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Salinan:

1. Protfolio praktikum (kedua-dua pasangan guru pelatih) 2. Ketua Unit Praktikum.

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

21

Lampiran 4b INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU. SABAH.


BORANG MAKLUMBALAS PENGAJARAN BERPASANGAN

Catatan: Sila fokuskan pemerhatian anda terhadap satu atau dua aspek/kemahiran sahaja dalam setiap sesi pengajaran berpasangan. Sila rujuk aspek-aspek tersebut dalam Borang Bimbingan PR1 Kekuatan/kelemahan (Perancangan / pelaksanaan sesi pengajaran pembelajaran) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Kekuatan/kelemahan (Perancangan/pelaksanaan sesi pengajaran pembelajaran) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Cadangan mengatasi kelemahan/kekurangan (hasil perbincangan) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Disemak oleh guru pembimbing

Disahkan oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :


22

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

Lampiran 5a INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH.


RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM

(Sukan / Unit Beruniform / Persatuan) Nama Pelajar Institut Kursus dan Ambilan Jenis Kokurikulum Guru Penasihat Kokum :........................................................................................... :........................................................................................... :........................................................................................... :...........................................................................................

Minggu (Tarikh) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12

Tajuk / Aktiviti Menyediakan Rancangan Aktiviti Kokurikulum

Tempat / Catatan Bilik Guru

Disemak oleh pihak sekolah

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

23

Lampiran 5b INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU. SABAH.


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGUKE- ......... Nama Pelajar : __________________________________________________

Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : __________________________________ Tarikh Tempat : __________________ Masa : ____________________________

: _______________________________________________________ : _______________________________________

Nama Guru Penasihat GERKO Bilangan Pelajar

: __________________________________________________

Aktiviti/aspek kemahiran yang dijalankan kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian:

yang

merangkumi

kepimpinan,

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Aspek yang dibimbing oleh Guru Penasihat/ Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing: ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Refleksi:____________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

___________________ Tandatangan pelajar

__________________________________ Tandatangan guru/ pensyarah pembimbing

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

24

Lampiran 6a INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH.


RANCANGAN PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN

Rujuk Aspek H dalam Borang Penilaian Prestasi PR 2 : Peranan-peranan Lain Semasa Praktikum (Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran) Nama Pelajar Kursus dan Ambilan Nama Sekolah : ____________________________________________ : ____________________________________________ : ____________________________________________

Mgu M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12

Tarikh Masa

Projek / Aktiviti / Peranan Lain Menyediakan Rancangan Projek / Aktiviti

Catatan / Tempat Bilik Guru

Disemak oleh pihak sekolah

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :


25

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

Lampiran 6b INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH.


LAPORAN PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN

(Aspek H dalam Borang PR 2 : Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran) Laporan Ke - .............. Nama Pelajar:________________________________________________________ Kursus dan Ambilan : __________________________________________________ Tarikh :__________ Masa:__________ Tempat:_____________________________ Projek / Aktiviti / Peranan :______________________________________________

BAHAGIAN A : PERANAN YANG DIJALANKAN (Sila lampirkan dokumen sokongan seperti kertas kerja, minit mesyuarat, pelan tindakan, gambar foto, surat perlantikan, laporan khas projek, surat penghargaan dll) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ BAHAGIAN B : CATATAN REFLEKSI (Diisi oleh pelajar selapas tamat / siap sesuatu projek / aktiviti) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ BAHAGIAN C : KOMEN / ULASAN / CATATAN (Diisi oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Pembimbing) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Disemak oleh pihak sekolah

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah

26

Anda mungkin juga menyukai