Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN ANALISIS BANDING BEZA MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN DAN MODEL TERAPI REALITI GLASSER Oleh: Mohd

Fetri bin Abdul Rahim

Banding beza model Pengurusan Kelompok Kounin dan model Terapi Realiti Glasser adalah mengenai apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua model tersebut dan apakah perbezaan yang dapat dikenal pasti antara model-model tersebut. Bagi memudahkan perbezaan dilakukan, definisi dan konsep asas model Pengurusan Kelompok Kounin dan model Terapi Realiti Glasser difahami terlebih dahulu. Melalui beberapa rujukan yang telah dilakukan melalui buku dan artikel laman web, segala maklumat dikumpul bagi memudahkan pemahaman terhadap kedua-dua model tersebut.

Model Pengurusan Kelompok Kounin yang diketengahkan oleh Jacob Kounin adalah berkaitan dengan teori disiplin dan pengurusan kumpulan. Model ini menumpukan terhadap konsep kesan riak. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Fokus utama model ini ialah cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Asas keberkesanan pelaksanaan model ini pula berdasarkan pengawasan dan penyelian yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Contohnya ialah bagaimana guru mengawal keadaan kelas sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak diingini seperti terdapat murid yang cedera akibat terhantuk pada meja. Dalam situasi tersebut, guru perlu bijak mengawal kelas supaya pelajar yang cedera dapat dirawat dan dalam masa yang sama murid-murid yang lain berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Antara teknik yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti withitness, bertindih, kelancaran, momentum, dan kepekaan kelompok. Terdapat beberapa implikasi model Kounin terhadap tingkah laku

bermasalah. Antaranya ialah seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sekelas yang berada di sekelilingnya. Situasi itu dikenali sebagai kesan riak (riple effect). Selain itu, guru harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah pada setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness. Implikasi lain ialah kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.

Model Terapi Realiti telah diperkenalkan oleh Willian Glasser. Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. Teori Pilihan telah menjadi asas kepada model Terapi Realiti. Asas teori ini adalah setiap tingkah laku yang dibuat oleh individu berdasarkan pilihan yang dibuat. Model ini menekankan tingkah laku manusia didorong keperluan untuk memenuhi 4 keperluan psikologi asas iaitu kasih sayang, kuasa dan kawalan, kebebasan, dan keseronokan. Konsep Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling bagi membantu individu meneroka kemahuan diri, mebuat refleksi tentang perkara yang sedang dilakukan, dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Model ini juga memfokuskan individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri.

William Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius atau penting. Murid-murid memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya, pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk. Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk. Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atasnya. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.Guru sepatutnya tidak

boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya. Seterusnya, murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.

Menurut model ini juga, Galsser menekankan perilaku yang baik akan mendatangkan kesan yang baik. Ini boleh kita jelaskan dengan contoh guru yang baik akan menghasilkan murid yang baik, seperti peribahasa Melayu, kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya peranan seorang guru dalam membimbing dan membentuk pelajar. Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, dimana ia bermaksud membina disiplin kelas.

Melalui pembacaan yang dilakukan, telah dikenal pasti terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua model tersebut. Berikut merupakan perbezaan yang dijumpai pada model Pengurusan Kelompok Kounin dengan model Terapi Realiti Glasser.

Model Pengurusan Kelompok Kounin Jacob Kounin Pengurusan kelompok ialah teori disiplin dan pengurusan kumpulan.

Aspek

Model Terapi Realiti Glasser

Pengasas Definisi / konsep utama

William Glasser Merupakan satu teknik kaunseling bagi membantu individu meneroka kemahuan diri, mebuat refleksi tentang perkara yang sedang dilakukan, dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.

Model Pengurusan Kelompok Kounin Cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.

Aspek

Model Terapi Realiti Glasser

Fokus utama

Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa ganggu atau menjangkaui keperluan dan kehendak individu lain.

Terdapat 5 faktor iaitu: 1. Withitness (dalam jangkaun) 2. Bertindih 3. Kelancaran 4. Momentum 5. Kepekaan kelompok

Faktor

1. Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang perkara lalu. 2. Galakkan individu untuk hakimi diri mereka sendiri dengan pertanyaan. 3. Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan dan menilai kemajuan diri.

1. Guru peka dgn keadaan dlm bilik darjah & memerhati masalah yg berlaku di kalangan murid. 2. Keupayaan guru tangani masalah di dlm & luar bilik darjah yang ganggu sesi P&P semasa. 3. Guru mesti buat persediaan supaya proses P&P lancar. 4. Guru tidak ganggu murid semasa aktiviti tetapi bantu secara individu yg bermasalah.

Aplikasi

1. Pelajar dilihat sebagai berpotensi bukanya perosak. 2. Guru yakinkan pelajar bagi tambah kualiti hidup. 3. Guru sediakan suasana belajar yang menyeronokkan. 4. Guru wujudkan hubungan baik dengan pelajar bantu mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

5. Terangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat. 6. Meninjau hasil kerja murid. 7. Minta murid bagi respons terhadap sesuatu perkara.

Kesimpulannya, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu mencari jalan penyelesaian, atau model-model yana sesuai agar mudah untuk mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik. Selain itu, kita juga perlu memikirkan akibat dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus memahami dan menyelami perasaan pelajar serta peka terhadap persekitaran kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Anda mungkin juga menyukai