Anda di halaman 1dari 2

WAYANG KULIT KELANTAN : STRUKTUR PERSEMBAHAN DAN PERANANNYA DALAM SOSIO BUDAYA MASYARAKAT.

Pengenalan Persembahan Wayang Kulit merupakan persembahan yang berasaskan permainan bayang yang dihasilkan dengan pancaran cahaya dan dilengkapi dan di sempurnakan dengan suara dalang serta iringan ensembel muzik. Suara dalang berfungsi sebagai narator, suara watak dan bomoh untuk tujuan pembacaan jampi serapah. Wayang Kulit sebagai seni kepandaian manusia sememangnya tersebar luas ke merata tempat melintasi benua dunia. Sebagai seni yang berkaitan dengan tamaddun manusia, maka tidak hairanlah ia amat sukar untuk dikenalpastikan akan tempat asal-usulnya seni genre ini. Walau dari manapun asal atau puncanya, apabila wayang kulit itu berkembang ke lokasi baru, ia akan bercirikan elemen tempatan. Dari situlah ia akan membina identitinya dengan mengambil corak dan budaya penduduk setempat yang mendokong seni berkenaan. Maka elemen-elemen wayang kulit seperti gambar watak, bahasa dan muziknya tidak boleh lari dari ciri-ciri tersebut. Pemantapan seni persembahan ini yang pasti melalui proses masa, maka lahirlah nama seperti Wayang Kulit Purwa di Indonesia, Wayang Siam di Kelantan, Wayang Kulit Gedek di utara Malaysia, Wayang Melayu di Kelantan, Wayang Kulit Purwa di Johor, Nang Talung di Thailand Selatan, Nang Yai di Thailand Tengah, Nang Sbek di Kemboja dan Kharagoz di Turki. Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysiamempunyai pengaruh-pengaruh samaada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat disamping satu rupa pengutaraan kesenian.

Permasalahan kajian Persembahan wayang kulit semakin dilupakan pada zaman sekarang da nada sesetengah masyarakat yang menganggap persembahan ini penuh dengan tahyul, syirik dan membuang masa. kemajuan teknologi dan era globalisasi yang melanda dunia hari ini sepatutnya tidak menjadi penghalang keseniaan ini terus subur dan mekar dihati setiap lapisan masyarakat. Dapatkan wayang kulit mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini dan bertahan menghadapi abad ke-21? institusi masyarakat sebagai pendokong kepada seni persembahan tidak lagi tertarik atau berminat untuk memasukkan program seni persembahan tradisional ke dalam aktiviti kehidupan seharian mereka.