Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Pelan Lantai Bilik Darjah yang mesra budaya

Pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya.

Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Saya telah memilih pelan lantai bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelah lantai tersebut murid dapat duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama.

Selain itu, pelan lantai ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut maklumat, kemudahan LCD dan perpustakaan kelas dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Murid bebas

memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Sudut ruang kerja membolehkan murid bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan. Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian serta tahap keterlibatan serta

pencapaian setiap diri seorang murid. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka.

Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam mewujukan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menjaga disiplin serta bergaul mesra sesame sendiri dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan lantai perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana iannya mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.